Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Majalah Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majalah Online. Papar semua catatan

Isnin, 2 Disember 2013

"Saya Dah Mula Rasa Sunyi..." - Aidil Zafuan

03 Disember 2013

Aidil Zafuan
Hakikat sebenar hanya saya yang tahu... - Aidil Zafuan
Aidil Zafuan Abdul Razak yang menjadi pilihan Maskulin bagi menghiasi wajah muka depan seakan memberi kesan penutup 2013. Mana mungkin ingatan penulis boleh lupa tentang kisah dirinya. Selama setahun ini, kisah hidupnya menjadi sebutan ramai baik soal peribadi mahu pun kerjaya. Mungkin untuk penghujung tahun ini, Aidil Zafuan sesuai bercakap mengenai pengalaman yang dilaluinya. Juga erti sebuah perhubungan dari aspek pandangan seorang lelaki. Mahukah anda mendengarnya?

Penulis masih ingat tatkala mengubungu jejaka kacak ini. Apa istimewanya dia? Itu soalan yang ditanya oleh Aidil kepada penulis apabila memintanya beraksi untuk majalah ini. Tiada jawapan khusus diberikan cuma penulis minta dia bercakap mengenai isu perhubungan. Mungkin jawapan selamat yang diberi penulis kepada Aidil membuatkannya setuju, mungkin juga ada sesuatu yang terbuku di hati untuk dirinya? Penulis sendiri tidak dapat mentafsirkan situasi ini. Apa yang pasti, persetujuan Aidil untuk bekerjasama dengan Maskulin, kami lihat sebagai tanda kemenangan.

Sehari selepas pasukan Malaysia menentang Bahrain, kami berkumpul di lokasi yang ditetapkan juga menjadi kegemaran pemain bola sepak ini iaitu laut. Menunggu kehadiran Aidil di Mayang Sari Resort & Hotel Port Dickson tidak meresahkan penulis. Apa tidaknya, dek kerana keindahan pantai yang dimiliki oleh resort ini begitu membuai fikiran penulis. Membuatkan diri tidak sedar dengan kedatangan figura yang ditunggu. Aidil hadir sendirian memandu kereta mewah yang dimiliknya sambil tersenyum ke arah kami semua.

TIDAK MENYESAL APA YANG TERJADI
Dunia sememangnya tidak akan lari dari perhubungan. Sama ada hubungan di tempat kerja, rakan-rakan, kekeluargaan mahupun hubungan cinta antara pasangan. Bercakap mengenai pasangan, lelaki dan wanita mempunyai tarikan yang berkemungkinan akan melahirkan perkara-perkara indah daripada perhubungan yang dicipta.

Tetapi untuk mencipta perhubungan indah yang diangankan oleh dua kaum ini, memerlukan pengorbanan yang spontan. Maksud penulis, apa peranan kita semua untuk mengejar erti kebahagiaan ini? Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mencari kebahagiaan itu, hubungan ini berkemungkinan besar bakal menempuh kegagalan.

MENARIK BULAN INI
Banyak perkara yang dikongsi jejaka kacak ini untuk edisi kali ini. Selain itu, antara kandungan menarik adalah Dilema Bujang Terlajak: Sengkek Atau Tolak Jodoh?, Panas! Kahwin Songsang Terang-Terangan, Orb Challlenges: Kegilaan Baru Menyeronokkan, 7 Idea Kurangkan Kos Kahwin, Ketahui Faktor Pengaruhi Kesuburan & Tip Saranan Pakar, 12 Fesyen & Gaya Hujung Tahun Perlu Cuba dan banyak lagi. Anda juga boleh menang set pencuci muka Men's Biore Double Scrub & Set Eksklusif Jabra Bluetooth Headset bernilai RM528. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Maskulin keluaran Disember 2013.

BTS MASKULIN DISEMBER 2013 - AIDIL ZAFUAN

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/lEtV_-y7i8Y" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Khamis, 5 September 2013

Zaquan & Rita Luah Kemarahan Di Twitter

05 September 2013

rita

Pemain bola sepak Johor, Zaquan Adha Abd Razak yang juga kembar kepada bekas suami pelakon, Rita Rudaini, Aidil Zakuan tampil membidas kenyataan Rita dalam sebuah akhbar yang dianggap keterlaluan dan melampau. 
Menerusi kenyataan dalam akaun Twitter miliknya, Zakuan menyuruh Rita 'cermin diri' dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan. 
"Jangan sesedap mulut ckp orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal2 agama.sudah2lah nak raih simpati org..
"Kalau rasa diri 2 tinggi ilmu agama..mari bersemuka..kau blh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tp jgn babitkan org tua dan keluarga aku.." ujar Zaquan yang juga suami kepada pelakon, Ayu Raudhah.
Tidak mahu berdiam diri, Rita turut memberi respon berhubung status Zaquan di akaun Twitter miliknya.  
"XGUNA MELAYAN POYO ;) BAIK AKU LAYAN ANAK2 AKU TGK DVD LAGI BAGUIHHH..ALLAH ADA DGN AKU..
"Si poyo gila glam.nk cari glamer mcm ni lah,buat meroyan kt twitter supaya blog nmpk nnti ble interview,glam u olls ;) konon xmasuk cmpor!" 
Sebelum ini, Rita ada mengulas tindakan mengenai tindakan Aidil yang menceraikannya dengan talak satu menerusi SMS. Dia menganggap perbuatan Aidil menceraikannya di bulan Ramadan sebagai perbuatan orang yang cetek ilmu agama.
Selain itu, Rita juga turut mendedahkan sudah 'membuka buku baru' sejak diceraikan malah tidak pernah kesal dengan perceraian ini kerana menyedari itulah kesudahan yang sebaiknya. 

Aidil Serah Hak Jaga Anak Pada Rita

05 September 2013

Rita

Susulan daripada kenyataan Rita Rudaini, 36, yang mempertahankan hak penjagaan anak-anak jika berlaku perceraian antara dia dan suaminya, Aidil Zafuan, 25, MH Online mendapatkan kenyataan balas daripada Aidil sendiri.

Aidil memberitahu bahawa hak penjagaan anak-anak akan diserahkan kepada Rita kerana dia mengakui bahawa anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.

"Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa," jelas Aidil dalam nada suara yang bergetar.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

Rita & Aidil Akhirnya Bercerai

05 September 2013

rita

Selepas kisah pergolakan rumah tangga pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan menjadi bualan hangat masyarakat, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini akhirnya mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu. 
Memetik laporan Utusan Malaysia Online, Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan perceraian yang dilafazkan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Rita yang memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram menunjukkan kehadirannya ke mahkamah telah ditemani oleh rakan-rakan yang banyak menyokongnya sepanjang prosiding ini berlangsung. 

Ahad, 9 Jun 2013

Irma Hasmie & Ayu Raudhah Hiasi Muka Depan NONA Edisi Ramadhan

09 June 2013

NONA Ramadhan
Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak Julai akan datang, majalah NONA tmenampilkan dua selebriti jelita iaitu Irma Hasmi dan Ayu Raudhah sebagai penghias muka depan majalah mereka.
Apa yang menarik mengenai penghias muka depan kali ini adalah, Irma dan Ayu merupakan dua selebriti popular bergelar ibu dan dikurnaikan seorang putera sulung pada tarikh sama, iaitu pada tanggal 29 Mac lalu.
Melalui foto yang dipaparkan, Ayu Raudhah kelihatan sangat anggun mengenakan tudung serta busana rekaan Radiusite dan Zery Zamri, manakala Irma Hasmie pula kelihatan ayu menggayakan busana serta tudung tajaan Ezuwan Ismail dan D’Haja.
NONA Ramadhan
Ayu Raudhah & Irma Hasmie bersama putera tersayang
Terdapat pelbagai isu-isu menarik bakal dikupas sempena bulan Ramdhan akan datang, antaranya adalah pelajarai 60 resepi berbuka puasa, apakah fesyen pra raya tahun ini dan paling istimewa, ketahui apakah cahaya Ramadhan buat Irma Hasmi dan Ayu Raudhah.
Ingin ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik kali ini? Jangan lupa untuk dapatkan edisi istimewa bumper NONA edisi Ramadhan di pasaran akan datang!

Khamis, 21 Februari 2013

Rita Rudaini & Fauziah Latiff Hiasi Muka Depan Nona, Mac 2013

21 Februari 2013


221927_10151313622574724_1864462293_n
Bagi edisi Mac 2013, pihak majalah NONA bakal menampilkan satu kelainan, di mana pihak karangkaraf telah memilih dua pelakon jelita iaitu Rita Rudaini dan Fauziah Latiff sebagai penghias muka depan majalah mereka, manakala untuk penghias muka belakang majalah pihak NONA telah menampilkan pasangan artis Bollywood terkenal, iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri.
Menerusi foto yang dipaparkan, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff kelihatan sungguh anggun dengan busana rona hijau turquoise, manakala pasangan Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri juga tidak kurang hebatnya apabila kedua-duanya kelihatan sungguh bergaya dengan salinan pakaian yang sedikit formal dan sofistikated.
Terdapat pelbagai isu menarik yang bakal dibincang untuk edisi bulan Mac kali ini, antaranya adalah ketahui siapakan antara 20 wanita terkaya di dunia, apakah cerita disebalik kehidupan berkeluarga Datuk Shah Rukh Khan bersama Datin Gauri, serta ketahui aura glam dua selebriti popular, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff.
Bagi ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk dapatkan majalah NONA di pasaran!
Di sini kami tampilkan sedikit video sewaktu berlangsungnya sesi fotografi Rita Rudaini & Fauziah Latiff.

Khamis, 12 Julai 2012

Balistik Gabungkan Pelakon Popular Melayu & Cina

12 Julai 2012

balistik

Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik.

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.

Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.  

Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini.

Sinopsis

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
 
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

Rabu, 11 Julai 2012

Rita & Aidil Dinasihat Berbincang

11 Julai 2012

Rita

Pasangan pelakon popular, Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd. Radzak dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Dipetik daripada sebuah portal berita, peguam Syarie Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan bahawa anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing.

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah turut dipersetujui oleh Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari yang berkata bahawa perbincangan boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja.

Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Selasa, 1 Mei 2012

Rita Tak Setuju Permohonan Cerai Aidil

02 Mei 2012

Rita


Pelakon jelita, Rita Rudaini dilaporkan tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling jaya, baru-baru ini.
 
Rita, yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.
 
“Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai).
 
“Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.
 
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik.
 
Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes. Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
 
Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Rabu, 11 April 2012

Aidil FailKan Permohonan Cerai Rita

12 April 2012


Rita

Aidil FailKan Permohonan Cerai Rita

Ulang tahun kelahiran ke-36 pelakon Rita Rudaini tentunya meninggalkan kenangan pahit apabila dia telah menerima berita daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, yang telah membuat permohonan cerai dengannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut laporan Sinar Harian, Rita menjelaskan permohonan penceraian tersebut langsung tidak memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.

“Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya,” katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yang ke-36, Rabu lalu.

Dalam laporan lain pula, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menegaskan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya. Semua keperluan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1, diuruskan dengan baik dan beliau sentiasa bertanyakan khabar mereka dari semasa ke semasa.

Mengulas kenyataan Rita yang mengakui menerima SMS daripadanya yang memaklumkan telah membuat permohonan untuk bercerai, Aidil mempunyai alasan sendiri untuk tidak pulang ke rumah dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Aidil Zafuan, 25, dan dan Rita Rudaini, 36 bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

Isnin, 23 Januari 2012

Rita Rudaini lantik Peguam

23 Januari 2012

rita


Pelakon popular, Rita Rudaini hari ini hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam untuk melantik peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.
Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dilihat hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Menurut akhbar Sinar Harian, Rita dan Mohd Zaidi dilihat memasuki sebuah bilik untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mahkamah dan keluar kira-kira 40 minit kemudian. Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohd Zaidi berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.
Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.
Sebelum ini, Rita menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya ketika hendak keluar rumah bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem. 
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan. Rumahtangga pasangan suami isteri popular ini tegang berikutan Aidil keluar dari rumah mereka di Damansara kira-kira dua minggu lepas.
MH mengharapkan walau apa jua keputusan yang dicapai, kebajikan anak-anak tetap menajdi keutamaan bagi pasangan ini.

Selasa, 11 Oktober 2011

AYU RAUDAH NAFI RUMAH TANGGA BERANTAKAN

12 Oktober 2011



Oleh : Rafiq Mazlan

Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Rudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;

“Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar.  Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.

Ayu Raudah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu.

Ahad, 23 Januari 2011

Foto Gambar Ayu Raudah

23 Januari 2011 (Mangga Online)



Ayu-Zaquan selamat diijabkabul

23 Januari 2011 (Mangga Online)



Pelakon Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah petang ini.
Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jalil. Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31, dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.

CERIA BERGELAR SUAMI ISTERI
Zaquan tidak kelihatan gementar dan hanya dengan sekali lafaz sudah sah bergelar suami.

Dia kemudian menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan turut menyarung cincin dalam acara membatalkan air sembahyang.


Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

DIRESTUI KELUARGA TIDAK SEPERTI PASANGAN KEMBARNYA.
Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar bermula pukul 8.00 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.

Jelas kelihatan raut bahagia pada wajah masing-masing setelah sah bergelar suami isteri.
Belum rancang bulan madu
Pasangan ini berseri dengan persalinan rekaan Man Kajang dan solekan jurusolek terkenal Amy Jant.
Mereka bagaimanapun belum merancang berbulan madu memandangkan kesibukan kerjaya masing-masing.

BAGAIMANA PRESTASI ZAQUAN SELEPAS DISUNTIK GLAMOR SENI ISTERI?


Isnin, 17 Januari 2011

Bakal Nikah Jumaat ini, Ayu Raudah Semakin Berdebar

17 Januari 2011 (Mangga Online




Tidak sampai lima hari lagi, pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular di gelar, Ayu Raudah ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Zaquan Adha Abdul Razak.
Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairy tale, dan ia di tatarias oleh kakaknya sendiri iaitu, Jaja.
Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan dan Qudyn Kuala Lumpur di malam berinai.
Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini.
"Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.

"Persiapan di Alor Setar sudah pun siap sepenuhnya, tinggal menanti kepulangan saya sahaja. kalau ikutkan, memang saya sudah mula bercuti sejak beberapa hari lepas, tapi banyak perkara perlu di siapkan sebelum saya berangkat pulang ke Kedah esok (selasa).
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang.
Tiada Bulan Madu

AYU DAN ZAQUAN AKHIRNYA BERSATU
Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Ayu akur apabila terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk berbulan madu kerana kesibukkan Zaquan selapas majlis perkahwinan mereka nanti.
"Selepas berkahwin Zaquan akan kembali berlatih bersama skuad bola sepaknya, jadi terpaksa tangguhkan dahulu apa-apa perancangan tentang berbulan madu.
"Disebabkan Zaquan sudah mula sibuk dengan latihan, jadi saya ambil keputusan untuk tidak bercuti lama, dan menyambung kembali tugas-tugas di Kuala Lumpur.
"Tentang lakonan, saya masih tidak merancang untuk menghadkan masa berlakon. Tetapi sekiranya Zaquan bercuti, saya akan cuba membahagikan masa untuk bersamanya dan kalau boleh dielakkan, mungkin saya tidak lagi mengambil tawaran lakonan di luar daripada kawasan Kuala Lumpur,"jelas Ayu yang akan menetap di rumah milik Zaquan di Seremban, selepas berkahwin nanti.

Mahu Anak Secepat Mungkin
Biarpun dia akur bila dikatakan akan jarang berjumpa suaminya kerana faktor kesibukkan Zaquan di tempat latihan dan perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung, jelas Ayu dia akan tetap menyokong suaminya. Mahu memiliki cahaya mata seawal yang boleh, menurut Ayu juga dia sudah bersedia dari segi zahir dan batin untuk bergelar isteri kepada Zaquan Adha ini.
"Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Zaquan terlalu sibuk dengan tugasnya, kerana sebelum ini sekalipun saya memang jarang bertemunya jika dia ada latihan.
"Insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga keharmonian ruamh tangga kami. Tentang anak pula, antara saya dan Zaquan, tiada apa-apa perancangan, cuma jika boleh biarlah rezeki itu datang awal,"jelas Ayu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Aidil-Rita belum reda

29 Oktober 2010



Kita ingatkan kemelut rumah tangga pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak dan pelakon top Rita Rudaini Mokhtar dah reda. Yalah rasa baru saja baca pengakuan saling sayang menyayangi di antara satu sama lain dalam sisipan Pancaindera di akhbar Mingguan Malaysia.

Sebelum itu memanglah ada juga tuduh menuduh sesama mereka serta kenyataan daripada keluarga Aidil yang dipaparkan dalam akhbar. Rupa-rupanya kisah mereka belum reda walaupun Aidil sibuk membuat persiapan nak lawan pasukan hebat Pantai Timur, Kelantan di final Piala Malaysia Sabtu ini.


Dalam sibuk-sibuk itu Aidil sempat ke mahkamah membuat tuntutan rundingan secara baik untuk mendapat hak penjagaan anak mereka Airit Rayyan. Nasib baiklah tak buat tuntutan nak bercerai. Mintak jauhlah benda-benda tak elok macam tu.

Kita pun tak tahulah apa nak jadi dengan pasangan yang tak sepadan usia ni. Agaknya betullah orang kata, lelaki muda ni lambat matang. Tapi Aidil dah berusia 23 tahun, takkan belum dapat membuat penilaian secara matang.

Kita bukan nak kata Aidil tak matang dalam membuat pertimbangan.
Mungkin juga dia tertekan dengan krisis yang melanda isteri dan keluarganya. Semasa awal perkahwinan dulu keluarga Aidil mengkritik kuat dan tidak menerima kehadiran Rita. Rita dakwa hatinya sakit sehingga payah nak dipulihkan.

Namun Rita janji akan berusaha untuk berbaik dan pulang ke rumah keluarga mertua tanpa paksaan sesiapa. Dia menunggu masa yang sesuai dan apabila hatinya terbuka secara ikhlas untuk melangkah ke sana.

Nampaknya belum lagi Rita sedia mengatur langkah murni, suaminya heret dia ke mahkamah pula. Bila dah ke mahkamah ini pastilah makin parah hubungan mereka dalam masa-masa depan ini.
Aidil failkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada hari Selasa.

Permohonan sulh dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan kedua-dua pihak akan

dipanggil untuk berbincang secara baik dan diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa perbicaraan di mahkamah.

Kita: Cepat-cepatlah buang yang keruh. Tak lama lagi nak sambut hari raya haji pulak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...