Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 5 November 2014

Foto-Foto Comel Anak Rozita Che Wan Bersama Selebriti

06 November 2014

foto-foto comel anak rozita che wan bersama selebriti

KL, 3 NOV 2014: Wah nampaknya anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadi tumpuan sejak bayi perempuan itu selamat dilahirkan pada Sabtu lalu. Murai Batu pun teruja melihat wajah anak Che Ta yang sangat comel itu!
Nampaknya pasangan ini, bukanlah seperti pasangan selebriti lain yang mahu menyembunyikan wajah anak mereka di awal kelahiran. Malah mereka sangat terbuka mendedahkan wajah comel anak mereka itu.
Bukan sahaja mereka, malah ramai juga selebriti yang turut berkongsikan foto-foto anak mereka di laman sosial kerana tidak tahan melihat kecomelan bayi itu.
Antara selebriti yang sempat berkunjung melawat dan berkongsi foto anak mereka  adalah seperti Dafi, Zaquan Adha, akak ipar Che Ta iaitu Sasha Saidin, saudara mara mereka dan ramai lagi.
Jom kita layan foto-foto comel anak Che Ta:






Jumaat, 31 Oktober 2014

Tiada istilah rakan di atas padang, kata kapten JDT, Pahang

1 November 2014


KETUA pasukan JDT dan Pahang, Safiq Rahim (kiri) dan Razman Roslan bersama piala keramat, Piala Malaysia ketika sidang media sempena perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Tiada istilah rakan di atas padang. Itulah yang menjadi pegangan kedua-dua kapten Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pertemuan final Piala Malaysia di Bukit Jalil, esok.
Pernah beraksi bersama ketika menyarung jersi Selangor, Safiq Rahim yang mengemudi JDT dan Razman Roslan, Pahang memasang tekad membawa pulang trofi utama itu sebagai hadiah kepada peminat masing-masing.
"Kami berada dalam pasukan berbeza ketika ini dan masing-masing memiliki tugas tersendiri untuk membantu pasukan," kata Safiq.
"Sesiapapun selaku pemain, mereka mahu menang namun dan sasaran kami, JDT adalah untuk memenangi piala ini," kata Safiq yang belum pernah memenangi Piala Malaysia sebagai koleksi kejuaraan.
Bagi Razman yang dikhabarkan akan meninggalkan Pahang musim depan, perlawanan menentang JDT dianggap antara perlawanan paling menarik untuk disaksikan.
"Selaku pemain profesional, kami mempunyai tanggungjawab masing-masing dengan pasukan.
"Bagi saya, pindah atau tidak bukan masalah utama kerana sebagai pemain, sikap profesional itu penting dan perkara seperti itu tidak mengganggu tumpuan kami pada final kali ini."

Jersi baru suntik ‘mood’ Harimau

11 November 2014

Kuala Lumpur: Berbaki 23 hari sebelum bermulanya misi merampas kembali Piala AFF daripada Singapura penghujung bulan ini, menyaksikan barisan kendalian Dollah Salleh akan memakai jersi baru dalam kejohanan bola sepak serantau itu.
Ia seharusnya menyuntik 'mood' baru dalam jiwa setiap pemain ketika mengibar cabaran negara apabila syarikat jenama sukan terkenal dunia, Nike menampilkan jersi berwajah baharu dengan corak berjalur kuning-hitam yang mengambil inspirasi jersi skuad kebangsaan 1958.
Menurut Pengurus Pemasaran Nike Malaysia Robin Kok, jersi baru itu dicipta khas bagi menghadapi kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung di Singapura di samping memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi buat meniupkan semangat pemain negara.
"Kami sentiasa berada di belakang pasukan negara dan untuk menghangatkan bahang kejohanan itu, Nike mengeluarkan reka bentuk baharu menggambarkan intipati semangat baharu pasukan ini serta sokongan daripada para peminat di seluruh negara.
"Menerusi inovasi serta teknologi terkini yang diterapkan dalam penciptaan reka bentuk jersi ini, ia memberi keselesaan maksimum kepada pemain ketika beraksi di atas padang," katanya ketika ditemui pada Pelancaran Jersi Baru Harimau Malaya di Pavilion, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:05 AM
ROBIN (kanan) dan Pakar Produk Nike Malaysia Gari Arwin mempamerkan jersi baru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5702#sthash.Ye6fCDb7.dpuf

‘Doa saya tetap bersama pasukan’

1 November 2014

Aidil Zafuan
Aidil Zafuan
JOHOR BAHRU – Setelah rayuan terhadap hukuman gantung perlawanannya ditolak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Aidil Zafuan Abdul Radzak sekadar mampu mendoakan kejayaan rakan seperjuangan apabila Johor Darul Ta’zim bertemu Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia esok.
Aidil Zafuan, 27, sudah menjangkakan perkara tersebut dan reda dengan keputusan dibuat oleh badan induk bola sepak itu dan berharap Harimau Selatan mampu meraih kemenangan walaupun tanpa khidmatnya.
“Saya menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana dari awal lagi sudah menjangkakannya. Sekiranya penggantungan ditarik semula, keputusan itu merupakan satu keajaiban.
“Setelah disahkan tidak dapat beraksi, apa yang perlu saya lakukan ialah memberi sokongan kepada rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, orang ramai hanya akan mengingati skuad JDT sekiranya bergelar juara, bukannya menduduki tempat kedua.
“Jadi, rakan-rakan sepasukan tiada pilihan selain bergelar juara pada malam Sabtu ini,” katanya.
Aidil Zafuan digantung satu perla­wanan apabila menerima kad kuning pada aksi separuh akhir kedua menentang Felda United Sabtu lalu.
Ini kali kedua dia terlepas aksi final JDT setelah tidak bermain dalam perlawanan akhir Piala FA tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan tewas kepada Kelantan 0-1 menerusi jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad.
Ditanya tentang amanat yang diberikan kepada rakan-rakannya, kapten skuad JDT itu memberitahu, mereka sudah berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan di atas padang nanti.
“Saya tidak perlu menasihati kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Rakan-rakan cukup berpengalaman dan itulah ramuan yang diperlukan untuk menjadi juara,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-doa-saya-tetap-bersama-pasukan-8217-1.18845#sthash.a7uFqDv1.dpuf

Hodak mengaku silap

1 November 2014


PEMAIN-PEMAIN JDT kelihatan ceria sewaktu sesi latihan terakhir

PEMAIN-PEMAIN JDT kelihatan ceria sewaktu sesi latihan terakhir menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di padang Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.
KUALA LUMPUR - Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak membuat permohonan maaf setelah mengkritik mengenai mutu padang Stadium Nasional, Bukit Jalil beberapa hari tanpa mendapatkan maklumat sahih.
Hodak pada Khamis lalu, menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai mutu permukaan padang stadium berkenaan yang dianggapnya tidak sesuai untuk perlawanan akhir sekadar berdasarkan pemerhatiannya terhadap gambar-gambar yang disiarkan di internet.

Namun, sangkaan bekas jurulatih Kelantan itu meleset sama sekali apabila meninjau sendiri keadaan padang tersebut semalam adalah jauh berbeza berban­ding yang dilihatnya menerusi gambar sebelum ini.

“Saya ingin memohon maaf kepada penganjur atas kenyataan saya sebelum ini yang melibatkan keadaan padang di sini (Stadium Nasional).

“Sebenarnya, saya cuma melihat menerusi gambar sahaja, bagaimanapun itu bukanlah isu lagi kerana selepas saya melihat sendiri keadaan padang, keadaannya nyata lebih baik.

“Saya fikir tidak menjadi masalah untuk beraksi di atas padang seperti ini dan tahniah kepada pihak penganjur kerana mereka telah melaksanakan tugas dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim berkata mereka tidak akan mengenal kawan lagi apabila dia dan rakan-rakannya beraksi malam ini, sebaliknya menganggap pemain-pemain dalam skuad Tok Gajah sebagai ‘seteru’ mereka.

“Besok kalau nak gaduh, gaduhlah. Kita hanya membuat kerja ma­sing-masing ketika beraksi nanti. Istilah rakan perlu dilupakan sebab kami semua hadir dengan matlamat masing-masing.

“Untuk mengecapi impian menjulang Piala Malaysia, individu itu sendiri perlu memainkan peranannya. Kita perlu berusaha untuk mencapai sasaran dan kita akan berjuang habis-habisan,” katanya, yang menggalas jawatan ketua pasukan setelah Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak digantung perlawanan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hodak-mengaku-silap-1.19282#sthash.W516UtZa.dpuf

Hodak tak peduli rekod lampau

1 November 2014

jdt

BARISAN pemain pasukan JDT yang akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini digeruni kerana dibarisi bintang-bintang bola sepak tempatan di samping pemain import yang berkualiti. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU - Rekod perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang tidak pernah memihak kepada pasukan Harimau Selatan, namun jurulatihnya Bojan Hodak tidak mahu melihat aspek berkenaan.
Menurutnya, perkara utama dalam sukan bola sepak adalah prestasi pemain semasa perlawanan dan bukan sebaliknya menerusi perbandingan di atas kertas ataupun rekod persembahan lampau.
“Saya tidak bimbang, walaupun pasukan kami belum pernah mencatatkan kemenangan ke atas mereka (Pahang), tetapi saya tidak bimbang.
“Saya juga tidak percaya dengan rekod pertemuan. Itu semua hanyalah statistik lampau dan tidak mempengaruhi perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung nanti,” katanya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Pasukan yang dibarisi dengan ramai pemain bintang itu tewas 2-3 kepada Pahang di Kuantan dan mencatat keputusan seri 1-1 di Larkin dalam saingan Liga Super.
Kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1 di Larkin dan tewas 0-1 di Kuantan dalam saingan separuh akhir Piala FA tahun ini.
Hodak berkata, isu sama juga pernah dibangkitkan ketika JDT berdepan pasukan ATM dengan rekod tidak pernah menang, tetapi keputusan akhirnya memihak kepada mereka.
“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama rata dan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti akan menjadi penentu kepada segala-galanya,” katanya.
Walaupun pasukan JDT kehilangan dua pemain utama, tetapi moral dan semangat setiap pemain lain berada pada tahap tertinggi dan mereka sudah bersedia untuk berjuang merebut piala berprestij di tanah air itu.
“Ketiadaan mereka (Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi) masih dapat ditampung oleh pemain lain yang sudah tidak sabar untuk turun bagi memburu kejuaraan, sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke Johor,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hodak-tak-peduli-rekod-lampau-1.19288#sthash.9ueTPj7y.dpuf

Pertarungan dua gergasi bola

1 November 2014


Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan (dua dari kiri) dan ketua pasukan Johor DT, Safiq Rahim (tiga dari kiri) serta jurulatih pasukan masing-masing, Zainal dan Hodak, bersama trofi Piala Malaysia pada sidang akhbar perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR – Saingan Liga Malaysia yang bermula Februari lalu akan menutup tirai dengan aksi kemuncak final Piala Malaysia yang menemukan dua gergasi bola sepak tanah air, Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT), di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.
Final impian itu juga sememang­nya amat dinantikan jutaan peminat sukan seluruh negara selaras dengan permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan perlawanan berkualiti daripada kedua-dua pasukan.
Selaku juara bertahan, Tok Gajah yang gah dengan reputasi sebagai juara Piala FA dan Piala Sumbangsih tahun ini mahu mengulangi kemenangan musim lalu setelah menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir.
Kejayaan skuad Tok Gajah di bawah naungan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu juga sudah pasti mahu dihadiahkan buat Sultan Ahmad Shah sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 24 Oktober lalu.
Skuad Harimau Selatan yang hadir dengan kejayaan merangkul piala Liga Super pula sudah pasti ingin menambah koleksi trofi mereka musim ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3HmXzFyqR 
Hakcipta terpelihara 

Pertembungan kawan lama

1 November 2014


SAFIQ (kiri) dan Razman merupakan kawan lama ketika kedua-duanya bermain untuk Selangor pada 2009 dan 2010 lalu.



KAPTEN pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Safiq Rahim akan berdepan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Mohd. Razman Roslan yang kini mengemudi benteng pertahanan Pahang pada aksi final Piala Malaysia 2014.
Kali ini, Safiq dan Razman akan bertembung antara satu sama lain dalam pasukan yang berlainan setelah bersama-sama membantu Selangor merangkul kejuaraan Liga Super dua kali berturut-turut dan Piala FA pada 2009 dan 2010 lalu.
Perancang Harimau Malaya itu kini bersedia melupakan istilah kawan menjelang pertembungan getir antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Kami beraksi dalam pasukan yang berbeza kali ini. Saya dengan Johor DT dan Razman dengan Pahang ketika ini.
“Ini ditambah pula kami berdua merupakan kapten pasukan. Jadi kami harus bertindak dan melaksanakan kerja secara profesional.
“Bagi saya, ketika dalam padang istilah kawan ini terpaksa dilupakan sekejap kerana kami ada sasaran masing-masing untuk dicapai.
“Saya harap, kami sebagai pemain daripada kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang terbaik esok (malam ini),” katanya sewaktu sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Sementara itu, Safiq mengakui amat mengidamkan gelaran juara Piala Malaysia musim ini bagi melengkapkan trofi yang dimenangi sepanjang karier bola sepaknya sejak bermula bersama skuad Selangor pada 2007 lalu.
“Semua pemain dalam Malaysia hendak capai sasaran tak kira Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Jadi sudah tentu secara individu, sudah tentu saya mahukan kejuaraan Piala Malaysia.
“Apa-apa pun, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3HmXjTebh 
Hakcipta terpelihara 

Apam Manis, #AwakKatMana? – Aidil Zafuan Cari Ni

1 November 2014

LENSA INSTA
Screen Shot 2014-10-30 at 11.51.46 AM
Bagi seorang wanita, detik-detik bergelar ibu adalah saat yang paling dinantikan, betul tak? Terutama bila mengidam sesuatu, pasti encik suami akan tunaikan.
Seronok betul kami lihat cara Aidil Zafuan melayan isterinya, Zarema Zainal yang sedang sarat mengandung anak sulung mereka. Iyalah, siapa tak sayang bini oii.
Mengidam punya pasal, Aidil sempat bertanya pada pengikut Instagram jika ada sesiapa yang ingin ke Jakarta. Nak kirim murtabak manis katanya. So sweet!
Screen Shot 2014-10-30 at 11.52.46 AMScreen Shot 2014-10-30 at 11.52.57 AM
Tapi, yang lucunya, ramai yang tertanya-tanya sama ada yang di idamkan Zarema itu murtabak atau apam balik manis. Kalau lihat pada foto yang dimuat naik, rasanya apam balik.
Tiba-tiba Instagram Aidil jadi medan perdebatan pengikutnya yang tak bersetuju apam balik manis dipanggil murtabak. Haha, macam-macam ragam! Kami pun tergelak membacanya.
Screen Shot 2014-10-30 at 11.54.43 AM
Namun, kami respect dengan keprihatinan masyarakat Malaysia yang tak lokek untuk berkongsi lokasi di mana Aidil boleh mendapatkan makanan tersebut.
Apapun, tak kisahlah murtabak atau apam balik, yang penting Aidil dapat menunaikan hajat isteri kesayangannya itu. Semoga berjaya Aidil!

FAM tolak rayuan PBNJ

1 November 2014

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk menurunkan Aidil Zafuan Abd Radzak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 Johor Darul Ta'zim (Johot DT) menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin keputusan dibuat selepas melihat tayangan video ketika pertahanan Johor DT itu dilayangkan kad kuning pada separuh akhir kedua menentang Felda United, Sabtu lepas.
"Ia jelas Aidil melakukan kekasaran yang menyebabkan dia dilayangkan kad kuning seterusnya digantung perlawanan kerana sudah mengumpul kad kuning sebelum ini," kata Hamidin.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 4:33 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5011#sthash.7wUUSreD.dpuf

Aidil Zafuan mahu kemuka rayuan kad kuning

1 November 2014

Kapten Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abdul Radzak mahu kemuka rayuan untuk layangan kad kuning kedua yang menafikan kelibatnya di pentas final Piala Malaysia 2014.



  Read more at: http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/aidil-zafuan-mahu-kemuka-rayuan-kad-kuning-43109?cp

Selasa, 28 Oktober 2014

Percutian Keluarga Aidil Zafuan & Zakuan Adha

28 Oktober 2014

aidil

Media Hiburan Online kongsikan foto-foto menarik sekitar percutian pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema di Taman Tema Legoland, Johor bersama ahli keluarga mereka yang lain.
 
Percutian ini turut disertai oleh kembarnya, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bersama anak mereka. Biarpun hanya bercuti di dalam negara, pastinya ia meninggalkan kenangan manis bagi keluarga ini. 
 
Tambahan pula, ini adalah masa yang paling sesuai untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka. Jom saksikan antara aktiviti yang mereka lakukan di taman tema ini. 

Tunku Ismail Dan Khaleeda Bustamam Selamat Bergelar Suami Isteri

28 Oktober 2014



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21 di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari ini.
Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Sedang dikemaskini…

Foto Aidil Zafuan & Zarema Honeymoon Di Legoland JB

28 Oktober 2014

Screen Shot 2014-10-23 at 10.30.46 PM
Tidak. Kami bukan nak cerita mengenai tuntutan nafkah anak-anak oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Itu kami akan update perkembangannya kemudian apabila ada sebutan kes.
Kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua momen-momen indah Aidil Zafuan dan isteri kesayangannya, Zarema Zainal yang sedang menikmati ‘babymoon’ mereka. Yelah, kan mereka sekarang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Apa yang lebih menarik, menerusi foto-foto yang kami terima, mereka bukan pergi berdua sahaja. Tapi turut disertai pasangan selebriti yang tak kurang meletupnya iaitu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kata kembar, kemana pun mesti nak bersama. Hehe.
zarema dan aidil
Bukan main seronok mereka semua di sana ya. Tengok macam ibu bapanya pula yang excitedberbanding anak-anak kecil Ayu dan Zaquan.
Mana taknya, bila ada masa free macam ini lah mereka nak merapatkan hubungan kan. Kalau tak, mesti Aidil dan Zaquan sibuk beraksi di atas padang je. Apa tunggu lagi, jomlah kita intai apa lagi aktiviti yang mereka buat di Legoland.
Kredit foto: Instagram Ayu Raudhah & Aidil Zafuan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...