Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 26 September 2012

Sinopsis Drama Trilogi Cinta 2

26 September 2012


. DRAMA 4O episod, Trilogi Cinta 2 terus meruntun perasaan penonton dengan perbalahan dua beradik, Norjinah (Fouziah Gous) dan Norseha ().

Pergeseran mereka berdua berterusan selepas Norseha melahirkan anaknya. Drama arahan Amie Maziah itu mampu membuatkan penonton untuk terus mengikuti apa kesudahan di antara Norjinah, Norseha dan ibu mereka, Mak Nab yang fikirannya asyik terganggu selepas bapa mereka meninggal dunia dan susah hatinya melihatkan perbalahan dua anaknya itu.

Drama Trilogi Cinta 2

Drama berdurasi selama 60 minit setiap kali bersiaran itu disiarkan di TV1, setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 malam. Drama hebat itu turut dilakonkan Rosyam Nor (sebagai Razif),  (Suraya), (Badrul),  (Sharifah Yasmin), (Anuar), Zulin Aziz (Kartini),  (Aida), (Taufik),  (Amira) dan Fureena (Balkis).
Kisah baru musim kedua bermula selepas setahun Norseha melahirkan anaknya.

Sengketa Norjinah dengan Norseha terus berpanjangan kerana Norjinah masih belum dapat memaafkan adiknya. Setiap kali bersemuka dengan Norseha kebencian dan kemarahannya muncul. Dia tidak mahu berjumpa Norseha langsung dan setiap kali Norseha datang ke rumahnya dia tidak mahu keluar bilik. Kesedihan Norseha terhadap sikap Norjinah bertukar menjadi benci dan marah.

Bukan itu saja, malah Badrul dengan anaknya juga menjadi mangsa kemarahannya. Badrul dengan Razif cuba mendamaikan kedua-duanya, tetapi jalan perdamaian seperti tidak ada.

Permusuhan kedua-duanya sampai ke kemuncak apabila pada majlis perkahwinan Anuar dengan Kartini menjadi kecoh gara-gara pertengkaran mereka. Ketika pengantin bersanding, mereka bertengkar kerana Norseha merungut Amirul asyik menangis dan mengganggu tidur anaknya, Lukman.
Majlis menjadi kecoh dan pertengkaran mereka menjadi tontonan tetamu. Anuar yang sedang bersanding meninggalkan pelamin dan terus menampar kedua-dua adiknya. Mak Nab menanggung malu kepada tetamu yang datang dan Anuar sedih dengan sikap mereka. Bagi Norjinah apa yang berlaku satu tamparan kepadanya dan keluarganya. Bagi Razif pula Norjinah patut memaafkan Norseha kerana apa yang berlaku bukan salahnya seorang. Norjinah sentiasa menjawab kata-kata Razif dan membuatkan Razif hilang sabar. Pertengkaran Razif dengan Norjinah membuat anak-anaknya ketakutan dan lari ke rumah datuk mereka.

Dalam pada itu, Razif mahu Norjinah menerima takdir Allah dengan sabar, tetapi Norjinah tetap tidak boleh menerima apa yang berlaku. Norseha sudah berzina dan melakukan dosa besar. Razif bimbang jika Norjinah terus bersikap begitu, rahsia Norseha akan terbongkar dan Mak Nab serta Anuar akan mengetahuinya.

Mak Nab mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku lalu dia datang bermalam di rumah Norseha dan dapat tahu yang Norseha serta Badrul tidur di bilik berasingan.

Segala yang berlaku sangat merunsingkan Mak Nab dan dia senyap-senyap balik ke kampung.
Norseha pula mulai trauma dengan keadaan yang dilaluinya dan dia ingin kembali bekerja, tetapi anaknya dianggap sebagai penghalang pula, lalu dia meminta Mak Nab menjaganya. Badrul pula tertekan kerana Norseha tidak dapat menerimanya dan bercadang menceraikannya.

Dalam kekalutannya, Badrul terserempak dengan Sharifah Yasmin dan dia meluahkan masalahnya kepada Sharifah Yasmin atas dasar sahabat. Sharifah Yasmin bersedia membahagiakan Badrul kerana dia memang cintakan Badrul dan bukannya Razif.

Sementara itu Norjinah yang kembali belajar, diminati seniornya Fazli dan Shah yang menghidap barah hati. Mereka berdua tidak tahu Norjinah sudah bekahwin.
Banyak pergolakan yang berlaku sehingga Norjinah mahu bercerai dengan Razif dan Badrul pula akan mengahwini Sharifah Yasmin. Apakah yang berlaku dengan rumah tangga Norjinah dan apa perasaan Norseha terhadap Badrul, jangan lepaskan setiap episod Trilogi Cinta 2, setiap minggu di TV1.

Drama Trilogi Cinta 2





Drama Trilogi Cinta 2



Drama Trilogi Cinta 2

Aidil Zafuan Kalah, Rita Rudaini Dapat Hak Penjagaan Anak

26 September 2012


Sehari terlambat, bukan bermaksud kami tak berminat. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada pelakon, Rita Rudaini kerana akhirnya berjaya membuktikan yang dirinya benar.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa permohonan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan kedua anak (hadanah) hasil perkongsian bersama Rita Rudaini , dibatalkan. Faktor utama permohonan Aidil Zafuan ditolak adalah kerana pemain bolasepak ini gagal membuktikan dan memberikan alamat khusus samada dia menetap di Subang Jaya atau tidak.
“Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif.” – Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar
Aidil turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos kepada Rita sebanyak RM3,000.
Menurut peguam syarie yang mewakili Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, bantahan awal anak guamnya terhadap Aidil adalah disebabkan isu tempat tinggal. Rita memberitahu kepadanya bahawa Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah mereka di Damansara ketika memfailkan hak penjagaan anak sedangkan pada ketika itu, Aidil sudah meninggalkan rumah.
Apa yang pasti, Rita Rudaini benar-benar gembira dan memanjatkan rasa bersyukurnya pada Tuhan selesai sahaja perbicaraan mereka mengenai tuntutan hadanah oleh Aidil Zafuan, semalam.
“Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kebenaran telah terbukti.”
Untuk pengetahuan, Rita & Aidil dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Sumber : Sinar Harian

Selasa, 25 September 2012

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Bermalam Dengan Anak

26 September 2012

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Bermalam Dengan Anak

SHAH ALAM, 26 SEPT 2012: Pemain bola sepak ATM, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak semalam gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Aidil Zafuan, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan isterinya Rita, 36.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aidil juga telah diarahkan hakim untuk membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkmah.

Pemain pertahanan kebangsaan itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Aidil Zafuan selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai "locus standi" atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Ini kerana, Aidil Zafuan membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.

Rita yang ditemui media selepas prosiding melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
"Alhamdulillah, syukur sangat kerana kebenaran terbukti. Saya tidak takut kerana saya tidak buat salah. Saya benarkan Aidil jumpa anak. Selepas tiga bulan dia menghilangkan diri, Aidil ada datang dan bertemu dengan anak empat kali," katanya.

Rita Rudaini dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak

26 September 2012


Rita Rudaini. Foto AZLINA ABDULLAH
SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36.
Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah.
Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Aidil Zafuan Abdul Radzak
Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil.
Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas.
"Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah," katanya.
Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
"Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya. - BERNAMA

Aidil gagal dapat hak lawat anak

26 September 2012


SHAH ALAM 25 Sept. - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak gagal dalam permohonan untuk mendapat hak lawatan dan bermalam bersama dua anaknya selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menerima bantahan awal isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Syarie Mohamad Fozi Md. Zain yang memutuskan demikian turut memerintahkan Aidil membayar kos mahkamah sebanyak RM3,000 kepada Rita.

Aidil, 25, selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan dan bermalam dengan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, pada 20 Jun lalu dan tujuh hari kemudian, afidavit diserahkan kepada defendan iaitu Rita.

Bagaimanapun, Rita, 36, yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain mengemukakan bantahan pada 9 Julai lalu atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) atau bidang kuasa untuk mendengar kes-kes tersebut.

...


Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Aidil gagal dapat hak

26 September 2012


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan hak lawatan dan bermalam yang dikemukakan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak terhadap dua anak lelakinya hasil perkongsian hidup dengan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal difailkan Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berhubung isu permastautinan.

Mahkamah turut memerintahkan Aidil selaku plaintif membayar kos RM3,000 kepada Rita Rudaini. Aidil sebelum memfailkan permohonan hak lawatan dan bermalam dua anaknya itu pada 20 Jun lalu dan afidavit diserahkan kepada defendan iaitu Rita pada 27 Jun 2012. Bagaimanapun, Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain mengemukakan bantahan dengan alasan mahkamah tidak mempunyai locus standi atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Hujah Zaidi, ia disebabkan Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah kelamin yang turut diduduki Rita Rudaini dan anak-anaknya di Damansara sedangkan dia tidak lagi menetap di alamat berkenaan. Tambahnya, Aidil dalam jawapan kepada bantahan itu mengaku sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari lalu dan kini tinggal di rumah disediakan majikan di USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding, memberikan alamatnya di USJ1, Subang Jaya. Selain itu, peguam Aidil turut menggunakan alamatnya di Negeri Sembilan dalam kes berkenaan.

Pada prosiding semalam, Aidil hadir ke mahkamah bersama peguam Norasyada Osman. Rita Rudaini ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu dan menyifatkan apa yang dilakukannya sebagai berani kerana benar.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana kebenaran terbukti. Saya tidak takut kerana saya tidak buat salah.
“Saya benarkan Aidil jumpa anak. Selepas tiga bulan dia menghilangkan diri, Aidil ada datang dan bertemu dengan anak empat kali,” katanya yang berbaju kurung dan bertudung biru sedondon. Rita Rudaini dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26

Rita Syukur Mahkamah Tolak Permohonan Aidil

26 September 2012

rita


Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan permohonan suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.
 
Dipetik daripada Sinar Harian, Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil.
 
"Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.
 
"Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan)  maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.
 
Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan. Sebelum ini Aidil gagal membuktikan dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.
 
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Rita Rudaini syukur, mahkamah batal permohonan Aidil

25 September 2012


Rita Rudaini
Rita Rudaini
SHAH ALAM – "Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”

Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.

"Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.

"Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan)  maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

"Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif," katanya.

Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah  berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap  Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita  di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan  juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu," katanya.

Permohonan hak penjagaan anak  difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.

Saya Bersyukur Kerana Kebenaran Telah Terbukti – Rita Rudaini

25 September 2012


Hari ini ialah hari yang amat gembira untuk insan yang bernama Rita Rudaini. Setelah begitu lama menghabiskan masa di mahkamah untuk kes penjagaan anaknya bersama Aidil, hari ini mahkamah telah membatalkan permohonan suaminya itu. Mahkamah telah memutuskan yang Aidil gagal mendapatkan hak penjagaan (hadanah) terhadap 2 orang anak mereka.
rita rudaini menang
Rita Rudaini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah atas kemenangan ini yang sekaligus membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Rita turut berkata yang dirinya tidak pernah membuat salah dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan. Kata Rita kepada Sinar Harian:-
Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti. Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali. Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah.
Semoga dengan kemenangan ini kehidupan Rita akan lebih selesa, gembira dan selamat di samping anak-anak tercinta. Amin ~~

Rita Rudaini Bersyukur & Mahkamah Batal Tuntutan Jagaan Anak Aidil Zafuan

25 September 2012


Rita Rudaini Bersyukur & Mahkamah Batal Tuntutan Aidil ZafuanBoleh kami katakan ini ‘kemenangan’ yang signifikan buat Rita Rudaini? Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan Aidil Zafuan atas hak jagaan anak.
Permohonan Aidil Zafuan telah terbatal akibat alamat tempat tinggal selepas pemain bola sepak itu gagal membuktikan yang beliau tinggal di USJ Subang Jaya kepada mahkamah.
Berkata kepada Sinar Harian hari ini, Rita Rudaini bersyukur kepada Allah dengan keputusan mahkamah itu & berkata yang kebenaran telah terbukti dengan keputusan tersebut.
“Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali,” ujar Rita Rudaini.
“Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah”
Melalui Twitter beliau pula, Rita Rudaini berkata beliau tidak mampu tidur malam tadi sehingga Subuh tetapi lega apabila keputusan jagaan anak anak berpihak kepada beliau.








Ahad, 23 September 2012

Ramai yang kasihankan Rita

24 September 2012


Ramai yang kasihan mendengar rintihan Rita Rudaini pasal sensasi terbaru membabitkan namanya dan pelakon Ayu Raudhah. Sensasi itu ekoran kenyataan Ayu yang terasa berkaitan posting Rita dalam laman Twitter walaupun tidak menyebut nama sesiapa.
Ayu dengan lantang membuat kenyataan yang memburuk-burukkan Rita dan menyentuh pasal rumah tangga Rita dengan abang iparnya pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan. Perbalahan keluarga menjadi tatapan umum.

SAAT BAHAGIA RITA-AIDIL
Wartawan Mangga mendengar banyak komen selari peminat yang rata-ratanya berasa kasihan terhadap nasib Rita. Rita turut meluahkan perasaan dalam sebuah akhbar mingguan, minggu lalu.
Antara lain turut mempersoalkan tindakan Ayu yang memainkan peranan dalam perjalanan rumah tangganya.
Sebelum ini Rita dan suami Ayu, Zaquan Adha saling menghantar posting ke Twitter dan saling memburuk-burukkan di antara satu sama lain. Setelah isu itu senyap muncul pula pasal Ayu. Segala-galanya bermula bila Rita membuat posting secara awam berkaitan satu perkara yang membuatkan Zaquan dan Ayu berasa ia ditujukan kepada mereka.
"Aku dan baca akhbar mingguan tu... kasihan sangat kat Rita, dah lah nama dia diburuk-burukkan oleh pihak lain, suami dia pula macam menyebelahi pihak lain itu," kata rakan Wartawan Mangga yang mahu dikenali sebagai Zamri Arm.
Zamri Arm bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi dalam keadaan itu dia berasa simpati dengan nasib Rita yang membesarkan dua orang anak seorang diri.
"Saya juga hairan mengapa Ayu bukan main lantang menyerang Rita, padahal Rita tak pernah menyebut namanya dalam komen di Twitter. Bila ada peranan orang ketiga keadaan akan semakin keruh," kata seorang lagi peminat yang dipanggil Bunga.
Bunya juga menganggap tindakan Ayu memperkenalkan seorang rakan pelakon kepada Aidil (kalau benar sebagaimana yang didakwa Rita) sebagai tindakan sangat tak wajar dan mengeruhkan lagi keadaan.
"Sekarang ini Aidil  masih lagi suami Rita? Mengapa perlu memperkenalkan wanita lain?" persoal Bunga lagi.
Sementara itu antara komen terbaru Rita berkait rumah tangga ialah jawapannya kepada seorang pengikut. Ini bunyinya:"Ingat kawen cerai ni main pondok2? D abjaya hancurkn smuanye. nk brdamai? Ape yg dorg buat pd sy ye: mcm ada wat sesuatu plk."

Ayu Raudhah Anggap Sengketa Dengan Rita Rudaini Sudah Selesai

24 September 2012


Lega hati Abang Nara apabila membaca berita ini. Akhirnya tamat sudah persengketaan di antara Ayu Raudhah dan Rita Rudaini. Rasanya ramai yang sudah cukup muak dengan pergaduhan yang timbul di antara mereka berdua dan berdoa agar ianya dapat segera ditamatkan.
ayu raudhah
Berkata kepada wartawan Kosmo, Ayu Raudhah berkata:-
Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai. Lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya. Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya. Begitu juga saya. Harap tiada apa-apa yang berkait lagi.
Kan bagus kalau macam ini. Abang Nara berharap agar kedua-duanya tidak lagi mengeluarkan statement yang boleh memburukkan keadaan. Lebih baik kedua-duanya beri tumpuan kepada keluarga. Ayu Raudhah tak lama lagi pun nak bergelar seorang ibu. Daripada stress memikirkan hal ini, lebih baik berehat menenangkan minda. Tak gitu?

Sabtu, 22 September 2012

“Untuk Tiga Hari” Sanggupkah Korbankan Kebahagiaan Seketika?

23 September 2012
Bagi anda yang sememangnya pencinta dan peminat novel dan filem-filem tempatan, semestinya tidak sabar untuk menonton filem berjudul “Untuk Tiga Hari” arahan pengarah terkenal Afdlin Shauki. Filem yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah ini pasti menjanjikan kepuasan yang hebat buat semua penontonnya.
Menerusi barisan pelakon-pelakon yang hebat dan berpengalaman seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah dan Afdlin Shauki sendiri, OHBULAN! pasti filem ini mampu memberikan impak yang mendalam kepada setiap penonton.
Disamping itu, menerusi kejayaan dan sambutan hebat penonton untuk filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan yang lalu, tidak hairanlah sekiranya filem Untuk Tiga Hari ini juga mampu mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan peminat filem tempatan.
Oleh itu, jangan lupa untuk menonton filem “Untuk Tiga Hari” ini di pawagam-pawagam berhampiran mulai 20 September 2012. Pastikan anda adalah orang pertama yang menonton filem ini dan bawalah orang tersayang menonton bersama agar aura romantik dapat diwujudkan dalam perhubungan anda.
Hargai orang yang berada di samping kita dan jangan mempersendakan jodoh demi kepentingan diri sendiri.
Jom lihat trailer filem “Untuk Tiga Hari”. Pasti lepas ini anda tidak sabar untuk menonton tayangannya di pawagam!

Idea berani Afdlin

23 September 2012


FILEM Untuk Tiga Hari cukup istimewa buat Vanidah Imran apabila berpeluang bergandingan dengan suami, Rashidi Ishak, sebagai pasangan kekasih buat kali pertama di layar perak.
Idea berani sutradara yang juga pelakon utama filem ini, Afdlin Shauki, seakan-akan meniup semangat luar biasa kepada Vanidah dan Rashidi dalam memberikan komitmen terbaik. 
Akui aktres jelita ini, dia terkejut apabila nama suaminya meluncur laju dari bibir Afdlin ketika ditanya siapakah pasangannya dalam filem yang diangkat dari novel. Seakan-akan bermimpi kerana sudah sekian lama senario itu diidamkan.

“Inilah kali pertama kami bercinta sebagai kekasih di skrin. Sebelum ini tiada pengarah atau penerbit yang tawarkan kami muncul sebagai kekasih. Saya suka bekerja dengan Afdlin sebab dia selalu tampil dengan idea lain dari lain dan memandang sesuatu perkara itu dari sudut berbeza.

“Wujud cabaran apabila Afdlin gandingkan saya dengan Shidi kerana Afdlin sangat mementingkan kejujuran dan ketelitian dalam lakonan. Biarpun di luar (skrip) kami suami isteri, dalam filem ini kami kekasih dan harus membataskan kemesraan. Berlakon di bawah arahan Afdlin, dia tahu apa yang kami zahirkan itu jujur atau tidak,” katanya.

Dalam filem terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd ini yang mula menjengah pawagam Khamis lalu, ibu dua cahaya mata itu mengakui meskipun beraksi dalam filem sama, baik dia mahupun Rashidi tidak bercakap mengenai kerja di rumah malah amat menekankan aspek profesional di lokasi penggambaran.

Status suami isteri tidak ‘menghalalkan’ mereka untuk berkepit 24 jam, sebaliknya masing-masing memilih untuk duduk berasingan di lokasi. Malah mereka juga memandu kereta masing-masing ke lokasi.

Mengenai watak Ujie dalam filem ini, Vanidah yang dipilih Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, berkata ia mewakili wanita biasa yang berdepan dengan konflik cinta dan jodoh.

Katanya, senario itu pernah dialami ramai wanita. Biarpun nampak mudah, hakikatnya ia sangat mencabar kerana Afdlin amat mementingkan kehalusan dalam penjiwaan watak. Banyak perkara yang perlu dikawal lebih-lebih lagi membabitkan emosi agar tiada yang kurang atau berlebihan.

“Semua pelakon dituntut menghidupkan watak senatural mungkin. Malah lontaran dialog seperti dalam perbualan biasa agar hasilnya lebih asli dan dekat di hati penonton.

“Untuk babak Armi menyanyi untuk Ujie, saya tidak tahu apa lagu yang Afdlin akan nyanyikan. Bila ‘shoot’ itulah pertama kali saya dengar dan apa juga reaksi di wajah saya benar-benar jujur dan ia diabadikan dalam filem ini.

“Selain sukar menjayakan babak cinta dengan Rashidi, babak paling susah buat saya adalah melatah. Saya bukan jenis yang melatah dan bila perlu melakonkannya, agak sukar. Kebetulan pembantu juru solek dan pembantu wardrobe melatah, jadi saya belajar dengan mereka,” katanya yang meletakkan harapan tinggi filem ini dapat diterima ramai.

Mengenai kritikan segelitir pihak mendakwa usia barisan bintang utama filem ini tidak kena dengan watak, Vanidah dengan penuh berhati-hati berkata, itu sekadar pandangan dan tidak sewajarnya dijadikan isu.

“Kenapa usia menjadi ukuran sedangkan naratifnya bukan mengupas cinta remaja. Bukan ambil hati tetapi seharusnya penonton lebih terbuka dan menghargai bakat tempatan seperti mana mereka dapat menerima karya dan bakat dari luar.

“Itu masalah industri kita. Kalau di Hollywood, makin berusia lebih dihargai tetapi di sini tidak. Dalam mana-mana bidang pun di dunia ini yang lebih berpengalaman biasanya lebih bagus.

“Kadang-kadang orang suka mengkritik tetapi mereka tidak tahu pasal industri filem. Semua orang boleh cakap apa saja malah sebagai pelakon saya terbuka dalam menerima kritikan. Kalau itu yang mereka fikir, apa boleh buat. Itu pandangan mereka.

“Saya memang kesal, jika menonton filem Barat boleh pula mereka terima hero dan heroin berusia hidupkan watak pasangan kekasih. Adakah ini bermakna minda kita masih dijajah?

“Sepatutnya kita kena hargai bakat tempatan, jangan tengok usia. Dalam novel pun cinta yang dipaparkan bukanlah cinta pasangan belasan tahun tetapi mereka yang sudah bekerja dan matang dalam memahami erti jodoh dan ketentuan Ilahi,” katanya.

Akui Vanidah, ada sedikit pengubahsuaian dalam naratif yang mengikut naskhah asal berlatar belakang era 1980-an tetapi agar sesuai buat tontonan zaman ini, maka ia dimodenkan. Malah tidak semua paparan dalam novel diterjemahkan ke layar lebar berikutan durasi terhad filem.

Filem adaptasi novel nukilan Ahadiat Akashah ini mengisahkan Zafrin dan Ujie bercinta ketika menuntut di universiti tetapi berhadapan dilema apabila terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Mengikat janji untuk setia selama-lamanya, mereka memutuskan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing selepas tiga hari mendirikan rumah tangga.

Majlis perkahwinan Zafrin dan Ujie berlangsung pada hari dan masa yang sama. Namun dalam tempoh tiga hari, mereka dirundung rasa bersalah berikutan sikap baik pasangan masing-masing. Mula timbul kesedaran dalam diri itulah jodoh terbaik buat mereka dan meneruskan takdir itu mungkin keputusan terbaik dalam hidup mereka.

Ikuti kesudahan nasib Zafrin dan Ujie dalam Untuk Tiga Hari yang turut dibintangi Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaib dan Khatijah Tan. 

Ayu anggap sengketa dengan Rita selesai

23 September 2012
AYU RAUDHAH kini hamil tiga bulan. Untuk ketenangan masa hadapan dia tidak mahu lagi isu lama terus diperkatakan.


PELAKON jelita, Ayu Raudhah Che Wan, 28, menganggap kontroversi dengan birasnya, pelakon Rita Rudaini sudah selesai memandangkan Rita tidak mahu berjumpa dengannya.
Kata Ayu, dia berharap selepas ini tiada lagi timbul isu baharu yang boleh mengeruhkan keadaan berkaitan dirinya dan Rita.
“Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai, lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya,” ujarnya kepada Sensasi Bintang ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ayu beranggapan isu yang berlaku antara dia dengan Rita adalah dugaan dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pihak ketiga yang sengaja melaga-lagakan mereka di laman sosial itu.
Baru-baru ini nama Ayu dikaitkan apabila berlaku ‘perang Twitter’ antara suaminya yang juga bintang bola sepak, Zaquan Adha yang membalas Twitter Rita.
Twitter itu yang berbunyi: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant (hamil). Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”
Tulisan itu menjadi hangat apabila Zaquan membalas melalui akaun Twitter  yang mengatakan ada orang sedang meroyan.
Sebelum ini, Sensasi Bintang pernah menyiarkan bahawa Ayu ingin bertemu Rita bagi menjernihkan keadaan dan menjalinkan hubungan baik tetapi Rita menolak usaha berbaik-baik itu.
Tambah Ayu, selepas ini dia berharap tiada lagi kata-kata yang menyalahkan dia dan suaminya berhubung isu yang berbangkit pada masa hadapan.
“Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya begitu juga saya, harap tiada apa-apa berkait lagi” ujarnya yang sedang hamil tiga bulan.

Khamis, 20 September 2012

Untuk Tiga Hari

21 September 2012


Untuk Tiga Hari
Untuk Tiga Hari
Jika selama ini Afdlin Shauki lebih gemar mengarahkan filem bercorak komedi, namun buat kali pertamanya, Afdlin memecah tradisi dengan mengarahkan sebuah filem romantik, Untuk Tiga Hari.

Membariskan pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar dan Afdlin sendiri, filem yang diadaptasi menerusi novel berjudul sama karya Ahadiat Akashah ini, mengetengahkan kisah cinta dan jodoh daripada Tuhan.

Ternyata, biarpun selama ini sering menghidangkan karya komedi, Afdlin boleh dikategorikan sebagai pengarah bijak dalam mengadunkan sebuah novel dalam tempoh tayangan 120 minit.

Pada pandangan penulis, menonton filem ini seperti mengikuti kursus perkahwinan jangka pendek kerana dalam penceritaan, Afdlin banyak meletakkan moral yang boleh diteladani bersama.

Sejak minit pertama, Afdlin membawa penonton melayari kisah percintaan yang tidak kesampaian antara Ujie (Vanidah) dan Afin (Rashidi) yang menjalinkan hubungan cinta, namun terpaksa akur untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Biarpun sangat mencintai antara satu sama lain, sikap Afin yang begitu takut pada ibunya membuatkan dia bimbang untuk memperjuangkan cintanya bersama Ujie. Justeru mereka meletakkan diri mereka dalam satu konflik yang tak terjangka apabila berjanji untuk berkahwin dalam masa tiga hari dan bercerai.

Namun, tanpa mereka sedari, mereka saling terkait dengan pasangan masing-masing apabila Afin mendapat Juwita (Ayu), seorang isteri yang cantik, lemah-lembut dan penyayang, manakala Ujie mendapat Armi (Afdlin) yang begitu bijak mengambil hati.

Pelbagai konflik mula timbul apabila masing-masing mencegah untuk jatuh cinta. Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga apabila Ujie memilih untuk kekal bersama Armi sedangkan Afin sudah pun menceraikan Juwita mengikut perjanjian yang mereka lakukan sebelum berkahwin.

Afdlin bijak mengadunkan keseluruhan cerita dalam novel ke dalam filem dengan menyelitkan banyak unsur humor yang dekat dengan masyarakat. Contohnya, dalam era kemodenan, Afdlin turut menyelitkan tradisi dan nilai kemelayuan.

Tidak sekadar meletakkan jalan cerita dan sinematografi yang cantik, runut bunyi di dalam filem ini juga turut menarik untuk didengar, antaranya lagu Dilema Hati, paduan suara Hazama dan Fina AF9.

Malah, sebuah lagu ciptaan Afdlin juga, tidak mustahil akan menjadi pilihan pasangan bercinta selepas ini kerana mampu mencengkam jiwa yang mendengar.

Tidak banyak yang penulis mahu katakan tentang pelakon yang terlibat kerana pilihan Afdlin ternyata bijak. Walaupun tidak meletakkan ramai pelakon popular, namun dengan adanya pelakon berbakat besar seperti Vanidah dan Rashidi serta Afdlin sendiri, filem ini sudah cukup hebat.

Filem berkisarkan tentang hubungan cinta Afin dan Ujie yang berada di dalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Afin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.

Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Afin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.

Namun, setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Adakah mereka akan meneruskan juga perjanjian untuk bersama? Adakah Armi akan melepaskan Ujie kepada Afin?

Untuk Tiga Hari

PENGARAH : Afdlin Shauki
PELAKON : Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah dan Dira Abu Zahar.
GENRE : Komedi/Romantik
DURASI : 1jam 57minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 20 September 2012

Zaquan tak gentar jumpa bekas pasukan

21 September 2012


KUALA LUMPUR - Pertama kali bersemuka dengan bekas rakan sepasukan, Negeri Sembilan pada suku akhir Piala Malaysia 28 September ini, penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zaquan Adha Abdul Razak berkata, tiada istilah gementar sebaliknya mahu beraksi seperti biasa.

Zaquan dan abangnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang menjadi dua tonggak membantu skuad Hoben Jang Hoben menjuarai Piala Malaysia edisi lalu, mengakui dia masih menyimpan hormat terhadap pasukan Negeri Sembilan yang banyak membentuk dirinya menjadi pemain seperti hari ini.

"Bagi saya dalam bola sepak, perasaan hormat memang ada terhadap pasukan lama, tetapi pada perlawanan itu nanti saya hanya mahu memberikan yang terbaik bagi pasukan yang saya wakili kini iaitu ATM.

"Memang tidak dinafikan, Negeri Sembilan adalah negeri kelahiran saya namun apabila masuk ke dalam padang, saya perlu bersikap profesional dan mengetepikan rasa sentimen terhadap pasukan lama saya, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak menafikan bakal berdepan provokasi segelintir penyokong Negeri Sembilan menjelang dua pertemuan suku akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pemain berusia 25 tahun itu menganggap ia adalah asam garam dalam dunia bola sepak.

"Jika keadaan itu berlaku, saya anggap itu sebagai satu yang lumrah sebagai pemain profesional kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Saya faham apa yang difikirkan oleh penyokong tetapi saya mahu beritahu yang saya bukannya keluar Negeri Sembilan kerana benci.

"Ini adalah soal kerja semata-mata namun saya tetap ingat jasa Negeri Sembilan menaikkan karier saya sebelum ke ATM, " katanya.

Dilahirkan di Seremban, Zaquan telah bersama dengan skuad Rusa selama enam musim sejak 2006 selepas membantu Negeri Sembilan menjuarai pingat emas Sukan Malaysia 2004 namun bertukar angin ke ATM musim ini di bawah bimbingan B. Sathianathan.

Menyentuh mengenai aksinya dengan skuad kebangsaan, Zaquan berharap para peminat memberikannya sedikit masa untuk kembali menemui sentuhannya seperti satu masa dulu apabila mendapat kritikan hebat ekoran persembahan hambar semasa berdepan Vietnam pada 11 September lalu.

Rabu, 19 September 2012

Untuk Tiga Hari Perjudikan Cinta Dan Prinsip Diri

20 September 2012

Untuk Tiga Hari Perjudikan Cinta Dan Prinsip Diri

TAJUK: Untuk Tiga Hari
GENRE: Drama 
PENGARAH: Afdlin Shauki
PELAKON: Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar
Tayangan: Mulai 20 September 2012

Sekali Imbas

Merujuk kepada kenyataan Afdlin Shauki selaku pengarah, dia memang mementingkan krediibiliti pelakon yang diambil untuk menjayakan filem Untuk Tiga Hari yang diangkat dari[ada novel karya Ahadiat Akasha. Percaturan itu boleh dikira berjaya apabila Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Dira Abu Zahar malah Ayu Raudhah berjaya menghidupkan watak dan lakonan masing-masing di dalam filem tersebut. Jalan cerita yang mungkin jarang kita dengar, tapi yang pasti ianya berlaku dalam kehidupan realiti pada zaman ini.

Ulasan Penuh

Di awal mulanya filem ini, penonton telah dihamburkan dengan beberapa persoalan tentang percaturan dua hati di antara Ujie dan Affin yang dilamun cinta namun tidak bisa bersatu. Biarpun sangat mencintai Ujie, namun perasaannya seperti tidak kukuh kerana Affin tidak pernah mahu mencuba untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Begitu dengan Ujie yang sukar untuk mengucapkan sayang dan berjuang demi cinta yang disemai bersama Affin.

Melalui imbasan sebelum mereka dewasa, Ujie pernah kecewa kerana tidak mempertahankan cinta dengan meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Kedua karektor ini seolah berlawanan namun mereka berikrar tetap akan bersama satu hari nanti.

Tindakan Affin yang menuruti kata ibunya kerana tidak mahu mengecewakan orang tuanya itu telah mewujudkan satu konflik. Namun Ujie pula tidak tahu kenapa dia terpaksa menerima Armi dalam hidupnya kerana tiada kisah menceritakan perihal Ujie dan Armi. Perkahwinan ini berlangsung tanpa kerelaan kedua hati ini. Demi mentaati kedua ibu bapa, cinta yang mereka bina digadai untuk tiga hari.

Usul yang tercetus daripada Affin telah meyakinkan Ujie untuk menerima takdir mereka yang harus menerima pilihan orang tua. Dalam masa tiga hari mereka akan kembali bersatu walaupun perkara tersebut hanya janji yang terungkap sebelum takdir yang telah tertulis datang meragut cinta yang mereka pertahankan selama ini.
Juwita yang cantik jelita telah menggugat iman Affin selepas mereka berkahwin manakala Ujie tidak mengendahkan Armi. Tetapi Armi bijak mengatur langkah mengambil hati Ujie yang dilihat mudah untuk dijinakkan. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan Ujie berfikir mengenai cinta dia bersama Affin, apakah kesudahannya.

Pertemuan yang terjadi menjadi klimaks pada filem ini, namun ia sedikit cliché namun Afdlin tahu bagaimana untuk memberikan twist dalam jalan cerita agar ia tidak menjadi bosan dan membuatkan penonton berfikir. Walaupun ada beberapa adegan yang agak keterlaluan namun dia tahu bagaimana untuk mengawal situasi supaya tidak nampak sedemikian.

Berbalik pada kisah Affin yang hanya menturuti kata ibunya. Hingga dia tidak berpeluang langsung untuk membuat pilihan dalam hidup yang seharusnya menjanjikan kebahagiaan bukannya konflik yang memperlihatkan nilai cinta yang rapuh. Dia juga sewenangnya meletakkan kesalahan kepada orang lain dan membiarkan sebuah hati yang tidak bersalah hancur dek kerana kelemahannya untuk berjuang demi kebahagiannya.

Nilai cinta kembali terbela apabila Armi dapat mewujudkan adegan yang membuatkan anda berfikir cinta itu tidak semestinya harus dinilai melalui masa. Armi percaya pada takdir dan mengutuk perbuatan Ujie yang memainkan takdir melalui rancangannya untuk meminta cerai selepas tiga hari. Bagi Armi, Ujie telah mempermainkan ketentuan tuhan dan Armi telah melakukan sesuatu yang membuat Ujie memikirkan tentang cintanya dengan Affin.

Persoalan kini timbul apabila Ujie bersetuju untuk terus bersama Armi dan Affin pula telah menceraikan Juwita dengan talak tiga. Kisah cinta yang menjadi tulang belakang filem ini berbalas dengan konflik yang tercetus oleh kelemahan seorang jejaka yang tidak boleh membuat keputusan dalam hidupnya.

Pelbagai persoalan yang terungkap daripada pengakhiran filem ini. Walaupun pada Afdlin, pengakhiran yang dibuatnya menjawab semua persoalan, tetapi ramai yang mahu ianya disambung. Namun begitu ramai yang menggemari jalan cerita garapan Afdlin Shauki kerana dia tahu mengimbangi plot di mana adegan romantis serta humor yang digabungkan membuatkan ia lebih terkesan di hati penonton. Karya pertama adaptasi novel oleh Afdlin ini boleh dibanggakan.

Sinopsis

Filem arahan Afdlin Shauki berkisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.

Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin..

Namun, setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah mereka akan meneruskan juga perjanjian untuk bersama? Adakah Armi akan melepaskan Ujie kepada Zafrin?

Selasa, 18 September 2012

Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?

18 September 2012


Menarik gila jalan cerita Untuk Tiga Hari ini. Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut Abang Nara apabila membaca sinopsis filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Selaku peminat karya Afdlin, Abang Nara dapat rasakan filem Untuk Tiga Hari yang mula ditayangkan pada 20 September ini boleh jadi salah satu filem terbaik Malaysia.
filem untuk 3 hari
Pelakon-pelakon pun semuanya hebat. Rashidi Ishak first time dapat berlakon dengan isterinya, Vanida Imran. Mutu lakonan Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah rasanya tak perlu dipersoalkan lagi. Ditambah pula penerbit filem Untuk Tiga Hari ini ialah penerbit filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Yang lagi best, filem ini diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah yang bertajuk Untuk 3 Hari. Gyeah ~~
filem untuk 3 hari
Meh Abang Nara bagi sinopsisnya sikit untuk mereka yang tak pernah membaca novel ini. Keempat-empat mereka ini terpaksa berkahwin bukan dengan kekasih sendiri kerana menghormati pilihan orang tua mereka. Oleh kerana itu, mereka telah berjanji hanya untuk menjadi suami isteri selama 3 hari. Dalam masa 3 hari ini, tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku dan mereka akan bercerai selepas tamat tempoh. Jeng, jeng, jeng.
filem untuk 3 hari
Mampukah mereka mengotakan janji selepas 3 hari? Apakah yang akan berlaku selepas 3 hari? Adakah tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku sepanjang tempoh 3 hari itu? Adakah perancangan mereka akan berjalan lancar? Amboi banyaknya persoalan daripada Abang Nara. Mesti korang pun tertanya-tanya perkara yang serupa kan?

Isnin, 17 September 2012

Preview 10 Minit : Apabila Cinta Dipertaruhkan “Untuk Tiga Hari”

18 September 2012

Biasanya, kita selalu disajikan dengan kisah cinta ‘popcorn’ yang orang kata, mesti ada ‘happy ending’. Jarang untuk pengarah-pengarah filem memberikan kita sesuatu yang unik, dimana OHBULAN! sendiri pasti, yang anda belum pernah menonton filem sebegini.
Kerana pilihan keluarga, 2 pasangan terpaksa berkorban demi cinta mereka. Namun apa yang menarik, kedua pasangan ini iaitu Ujie lakonan Vanidah Imran dan Afin lakonan Rashidi Ishak telah merancang sesuatu diluar jangkaan.
Mereka berdua ikut permintaan ibubapa masing-masing, namun menetapkan bahawa mereka hanya akan berkahwin selama 3 hari dengan pilihan keluarga. Ujie dan Afin telah berjanji bahawa mereka akan menceraikan pasangan masing-masing pada hari ketiga.
Itu semua tak menjadi masalah bagi Afin sebagai seorang suami. Namun sebagai isteri, Ujie haruslah meminta kebenaran suaminya untuk bercerai. Adakah suami Ujie akan menceraikan Ujie? Atau Ujie terpaksa hidup terpaksa dan menjalani tanggungjawab sebagai isteri tanpa kerelaan?
Bagaimana pula dengan Afin? Dia terpaksa berkahwin dengan seorang gadis bernama Juwita (Ayu Raudhah), gadis yang cantik menggoda dengan perwatakan yang lembut. Adakah Afin akan mengotakan janjinya apabila selama 3 hari, dia dan Juwita hidup sebagai suami isteri?
Untuk pengetahuan, filem ini diadaptasi dari novel penulis novel terkemuka, Ahadiat Akashah dan juga pengarah filem box-office, Afdlin Shauki.
Mahu tahu apa kesudahan cerita cinta yang bagi OHBULAN!, sangat jarang didengari ini? Jom tonton preview khas 10 minit filem “Untuk Tiga Hari” selepas ini!
Preview khas ini hanya akan disiarkan hari ini, 18 September bermula jam 12 tengahari sehingga 19 September, 12 tengahari. Anda antara yang bertuah untuk menonton preview khas selama 10 minit ini. Jangan lepaskan peluang untuk tonton preview ini pada masa yang ditetapkan hanya di Astro Gempak.

“Buat Apa Berjumpa, Sudah Terlambat” – Rita Rudaini Jawab Kenyataan Ayu Raudhah

18 September 2012


Menerusi laporan Harian Metro semalam, pelakon cantik Rita Rudaini telah membalas semula kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ayu Raudhah minggu lalu, di mana Rita memaklumkan bahawa segala perbualannya di akauan Twitternye sebelum ini langsung tiada kaitan dengan Ayu Raudhah. Malah segala perbualan tersebut ditujukan kepada suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga pemain skuad bola sepak kebangsaan.
Selain itu, Rita Rudaini turut melahirkan rasa hairan kenapa perlu Ayu Rudhah terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Twitter sedangkan dia tidak berniat untuk tujukan kata-kata tersebut kepada Ayu.
“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.
“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.
“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.” Ujar Rita kepada Harian Metro.
Disamping itu, menerusi laporan lain di Kosmo Online, Rita Rudaini menyatakan yang dia tidak mahu brjumpa dengan Ayu Raudhah. Seperti mana kenyataan yang pernah Ayu Raudhah keluarkan sebelum ini yang dia sudi bertemu dengan Rita sekiranya perkara tersebut boleh menjernihkan kemelut yang melanda antara mereka.
“Buat apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!” Ujar Rita Rudaini dengan tegas.
Dalam masa yang sama, Rita turut memaklumkan bahawa selepas dia manghadapi masalah rumah tangga dengan Aidil, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Ibu kepada dua orang anak ini turut memberitahu, dia lebih rela mendiamkan diri, ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan pasti dia akan mendapat mesej berbaur ugutan.
Sebagai rujukan, kemelut rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dijangka bertambah hangat apabila tuntutan hak penjagaan dua orang anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan bakal dibicarakn di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...