Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 29 Mei 2012

Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan

30 Mei 2012

Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan

KL, 30 MEI 2012: Memandangkan pemain bola sepak negara bertaraf jutawan, Safee Sali dikhabarkan adalah penonton setia Super Spontan (SS), Murai Batu diberitahu pemain yang baru saja bergelar duda itu bakal membuat kejutan pada malam final program berkenaan.

Malah, Murai Batu turut mendapat tahu, Safee Sali tidak keseorangan tetapi akan turut membabitkan pemain kacak, Aidil Zafuan yang kini sedang berbaik semula dengan isterinya, Rita Rudaini.

Menurut sumber, Safee Sali bakal hadir membuat gimik pada malam itu nanti dengan bermain bersama finalis SS iaitu Zizan, Johan, Tauke, Rahim, Suhaimi dan Ropie.

Tak silap Murai Batu, berkemungkinan besar mereka akan bermain menerusi permainan Skrip Rabak yang sebelum ini pernah dimainkan oleh pelakon Fizz Fairuz.

Namun, ianya masih belum muktamad lagi kerana baik Safee Sali mahupun Aidil Zafuan masih belum pernah berlakon.

Tambahan pula, cerita ini masih belum pasti lagi memandangkan pada malam berkenaan kedua-dua pemain ini akan terlibat dengan perlawanan bola sepaka antara Harimau Malaya menentang pasukan dari Filipina.
Apa kes pun, jika benar mereka berdua muncul, pasti final SS tambah hangat kerana kedua-dua pemain bola sepak ini sangat popular.

Murai Batu percaya rating rancangan berkenaan pasti akan naik.

Merisik mengenai seorang lagi peminat fanatik SS iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, Murai Batu diberitahu penjaga gol kebangsaan ini sememangnya tidak dapat melibatkan diri bersama Safee dan Aidil kerana mahu fokus dengan perlawanan penting.

Bagaimanapun, Apex tetap akan menyokong SS kerana sememangnya menjadi program TV kesukaannya.
Apa yang penting, Murai Batu tidak sabar untuk menyaksikan pentas final SS kerana ingin mengetahui adakah pemenang akan menepati tepati ramalan atau pun mengundang kejutan.

MURAI BATU: Macam mana fizikal piala Super Spontan. Pasti menarik

Rabu, 23 Mei 2012

Rita Rudaini Dakwa Diceraikan…Melalui SMS

23 Mei 2012

Rita Rudaini Dakwa Diceraikan...Melalui SMS


KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.
Rita dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.
Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.
“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,” katanya.
Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.

Rita Rudaini Hilang Perasaan Terhadap Aidil Zafuan

23 Mei 2012


Rita Rudaini Hilang Perasaan Terhadap Aidil Zafuan

Walaupun Aidil Zafuan menarik semula permohonan cerainya keatas Rita Rudaini, beliau masih ragu dengan niat suaminya itu. Mungkin dengan apa yang diperkatakan oleh Rita Rudaini sudah jelas, bahawa beliau tidak akan kembali semula bersama dengan Aidil Zafuan.

“Saya sudah tak ada hati untuk dia.” Demikian tegas aktres Rita Rudaini Mokhtar, 36, berhubung pembatalan cerai yang dibuat oleh suaminya.

Menurut Rita Rudaini lagi, dia mempunyai sebab untuk berasa curiga dengan pembatalan cerai tersebut kerana ini bukan kali pertama dia mahu diceraikan, sebaliknya sudah berlaku sebanyak dua kali. Katanya beliau hampir diceraikan sebanyak dua kali dalam tempoh setahun. Bimbang dengan perihal itu, jika mereka kembali menjadi suami isteri, akan terjadi perkara yang sama 

Alasan Aidil Cerai Rita Tidak Munasabah

23 Mei 2012


Pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan Aidil bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak munasabah.
Alasan Aidil Cerai Rita Tidak Munasaba
Semasa prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita Rudaini yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Aidil yang juga  pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan.
Anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu, dakwa Zaidi.
“Aidil Zafuan tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.
“Jika perceraian ini dimetrai dengan drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi,” katanya.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang  hanya mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.
“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu.” katanya yang anggun mengenakan jubah hitam dan bertudung biru.
Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.

Rita Minta Aidil Jangan Jadi Lalang

23 Mei 2012


KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan.
Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.
Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu.
Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita.
Kosmo! menghubungi Rita untuk mendapatkan maklum balas penarikan cerai tersebut dan dengan nada kesal, Rita memberitahu:
“Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab.”
Kenapa anda menyatakan sudah tiada hati untuk Aidil Zafuan sedangkan sebelum ini anda juga merayu minta jangan diceraikan?
Saya tidak pernah merayu minta jangan diceraikan. Saya cuma mahu hak saya dan nak dia beri alasan yang kukuh kenapa dia mahu tinggalkan saya dan anak-anak.
Jika dulu anda terima semula Aidil Zafuan, kenapa tidak kali ini?
Ini bukan kali pertama dia nekad mahu ceraikan saya tapi sudah dua kali. Kalau dia ada pendirian dan mahu betul-betul berubah, benda macam ini (permohonan cerai) tidak akan terjadi lagi. Saya minta dia jangan jadi macam lalang membiarkan orang lain yang masuk campur urusan rumah tangga kami. Pertama kali dulu dia ceraikan saya ketika sedang mengandungkan anak kedua. Tiba-tiba dia tarik balik. Walaupun masa itu hati saya dah hancur tapi bila fikirkan pasal anak, saya terima semula. Saya ingatkan dia dah sedar dan berubah tapi lapan bulan selepas itu dia sekali lagi tinggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa beri nafkah dan tiba-tiba hantar SMS kata mahu bercerai.
Adakah anda takut untuk terima dia kali ini kerana takut kes ini (cerai) berlaku semula?
Ya, memang saya takut benda ini akan berlaku semula walaupun sebelum ini dia pernah bersumpah dan berjanji tidak akan menceraikan saya. Dia juga pernah berjanji tidak akan membiarkan orang lain yang menguruskan hal rumah tangga kami.
Buat masa ini anda kata tiada hati lagi untuk dia, tetapi dalam masa yang sama menyerahkannya kepada Allah. Jadi, adakah anda akan menerima atau menolak untuk bersama Aidil Zafuan?
Saya akan pergi menunaikan umrah selama 14 hari bermula esok (22 Mei) dan mahu memohon petunjuk terhadap masa depan rumah tangga saya. Jika Aidil Zafuan tidak memudaratkan saya, saya minta dia didekatkan dengan saya dan begitu juga sebaliknya.
Aidil Zafuan pernah membuat kenyataan bahawa anda yang mahu mempercepatkan perceraian, namun selepas itu dia membatalkan permohonan perceraian yang dibuatnya sebelum ini dan meminta anda kembali taat. Apa komen anda?
Demi Allah saya tidak pernah minta cerai dengan dia. Lagi satu kenapa dia minta saya taat sedangkan saya tidak pernah meninggalkan rumah. Dia yang keluar daripada rumah meninggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa nafkah. Saya cuma SMS dia beritahu dia pasal taklik. Seorang suami tak boleh tinggalkan isteri selama tiga bulan tanpa beri nafkah zahir dan batin. Selepas itu saya cakap kalau awak tak mahu saya lagi, jangan buat macam ini. Kemudian, terus dia SMS saya beritahu bahawa dia sudah ke mahkamah failkan permohonan perceraian. Kenapa pula dia minta saya kembali taat. Siapa yang nusyuz sekarang?
Bila kes anda akan disebut semula?
Sebutan semula kes permohonan perceraian saya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 18 Jun ini.

Tiada Orang Ketiga – Aidil Zafuan

23 Mei 2012

Tiada Orang Ketiga - Aidil Zafuan


Aidil Zafuan Abd Razak yang merupakan suami kepada pelakon jelita Rita Rudaini menafikan segala tuduhan yang kononnya ada wanita lain sebagai orang ketiga dalam isu penceraiannya.
Hal ini berbangkit apabila Aidil bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti yang dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.
“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak.
” Saya tiada masa untuk semua itu,” katanya.
Ujarnya, dia berpendapat bahawa Rita menuduhnya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan dari beberapa komen yang dibuat oleh peminat-peminat Rita menerusi laman sosial Twitter.
Menurutnya lagi, dia tidak terfikir apa lagi menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita lain.
Tegasnya, beliau lebih mengfokuskan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.

Selasa, 22 Mei 2012

Dia Fikir Macam Main Bola – Rita Rudaini

23 Mei 2012


Nampaknya Rita Rudaini memang keliru dengan sikap suaminya, Aidil Zafuan yang tiada pendirian di dalam isu permohonan cerai mereka. Semalam di BiPop, Rita berkata yang suaminya itu menganggap nikah kahwin macam bermain bola sepak. Memang jelas benar bunyi kecewa, frust dan fedup itu.
rita
Agak panjang cerita yang disampaikan oleh Rita Rudaini kepada Raja Nurfatimah Mawar. Abang Nara selitkan yang penting sahaja untuk tatapan anda semua.
Rita memberitahu Raja, dia keliru dengan pendirian Aidil. Sekejap mahu melepaskan, sekjap pula boleh menarik hasrat mahu bercerai. Bagaimanapun, ia bukan tindakan baru yang dilakukan, sebaliknya Aidil pernah melakukan perkara yang sama ketika tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2010.
“Saya tidak tahu apa yang diinginkan. Dulu, ketika memfailkan tuntuan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Aidil begini juga, banyak bermain tarik tali. Saya jadi keliru dengan tindakannya”.

“Sebelum ini, cakap tidak serasi di mahkamah, hari ini (Rabu) cakap masih sayang. Saya tidak sangka berkahwin dengan lelaki yang kurang didikan agama, tidak takut dosa pahal apabila soal nikah kahwin dipermainkan, dia fikir macam bermain bola sepak agaknya”.

“Aidil mendakwa saya meminta cerai sedangkan dia yang memfailkan permohonan perceraian. Saya tidak takut, saya ada SMS sebelum dia keluar rumah meninggalkan saya dan anak-anak. Saya masih simpan bukti SMS itu, dia cakap dia tidak boleh hidup bersama saya lagi”.

“Awalnya, saya membiarkan saja, saya beri masa untuk dia berfikir, tetapi selepas lebih tiga bulan dia menghilang diri, saya SMS mengingatkannya hukum meninggalkan isteri selama 3 bulan 10 hari. Saya rasa mungkin dia tidak faham taklik yang dibaca sebelum angkat nikah dulu. Jika suami meninggalkan isteri tanpa nafkah zahir dan batin selama 3 bulan 10 hari, talak boleh jatuh jika saya mengadu di pejabat agama”.

Saya juga hantar pesanan, sekiranya dia tidak mahukan saya lagi, jangan biarkan saya lama-lama. Saya tidak mahu dia menanggung dosa. Dia balas pada saya, dia sudah selesaikan semuanya dan masuk bulan keempat meninggalkan saya, dia menghantar SMS mengatakan sudah memfailkan penceraian. Jadi kenapa cakap putar belit dan tuduh saya pulak? Jika saya mahukan perpisahan, saya meninggalkan rumah kelamin, ini sebaliknya keadaan sekarang, dia meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah.”

“Tuntutan panjang lebar yang dihantar tidak masuk akal. Saya anggap ia penipuan besar. Dalam tuntutan yang diserahkan ketika berlangsungnya perbicaraan di mahkamah, Aidil menuduh saya lari meninggalkannya. Diakui saya ada pulang ke kampung tetapi bukannya melarikan diri. Saya minta izinnya untuk pulang ke kampung bersama anak-anak. Kami bersalaman, Aidil mengangkat beg dan menghantar saya sampai ke kereta. Dia juga berjanji akan datang mengambil saya dan anak-anak selepas perlawanan bola sepak.”

“Saya terkejut apabila pulang ke rumah, saya tengok Aidil sudah mengangkat barang-barangnya dan menghilangkan diri. Adakah saya melarikan diri dari rumah? Saya tidak tahu apa tujuan Aidil menarik balik hasrat bercerai, tetapi dalam masa yang sama menghantar tuntutan.”

“Saya tidak menyangka Aidil melemparkan tuduhan palsu pada saya. Dia sanggup menipu diri sendiri dan menidakkan perkara yang benar. Kalau Aidil berniat baik dan nak berdamai, kenapa perlu memfailkan tuntutan berunsur fitnah dan tidak masuk akal? Aidil mahukan apa sebenarnya? Dan apa pula rancangan jahatnya kali ini?”

“Saya tidak akan berdiam diri macam dulu, saya akan memperjuangkan tuntutan berunsur fitnah itu. Saya bukannya bola, jika tidak mahu ditendang sesuka hati, bila rasa perlu dia kejar hingga dapat.”

“Aidil cakap dia menarik balik hasrat bercerai kerana anak-anak. Berilah alasan logik sikit. Selepas hampir lima bulan baru teringat anak-anak? Kenapa Aidil tidak fikir tindak tanduknya sebelum meninggalkan rumah dulu”
Nampak gayanya daripada percakapan Rita Rudaini, rumah tangganya macam tak dapat nak diselamatkan. Mungkin ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka berdua. Abang Nara baca luahan hati Rita Rudaini pun ada kelogikannya. Apa pun keputusan yang diambil, semoga anak-anak tidak terabai.

Surat Terbuka Kepada Rita Rudaini Daripada Seorang Peminat Setia

23 Mei 2012


Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Rita Rudaini sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Semalam, Abang Nara telah menerima satu email daripada seorang peminat setia Rita Rudaini. Isi kandungannya yang agak berbeza menyebabkan Abang Nara terasa ingin berkongsi email tersebut dengan pembaca di sini. Semoga Rita Rudaini membaca surat ini dan mengambil langkah yang sewajarnya.
rita
Assalamualaikum Abg NARA,
Saya amat berharap abg dapat membaca dan meniliti email yang saya hantarkan ini. Saya merupakan peminat Rita Rudaini (RR), bagi saya beliau merupakan seorang pelakon yang baik dan saya berasa begitu yakin beliau juga merupakan seorang yang baik dalam realiti hidup sebenar. Sebagai peminat, saya tidak akan bertindak bias dengan memandang kosong akan kelakuannya dan tindak – tanduk beliau yg boleh disifatkan akan keterlaluan. Saya bukanlah ingin bertindak bijak dan mengkritik, tetapi email ini hanya untuk menyelamatkan beliau daripada mendapat kata cerca serta cacian daripada orang – orang yang membaca kisah pergolakan rumah tangga beliau.
Kepada Kak Rita yang amat dikasihi,
Saya bukanlah sesiapa, mungkin setiap luka yang kakak alami tidak mungkin saya dapat rasakan. Sedalam mana luka itu, betapa sengsaranya kehidupan kakak sememangnya jelas terpancar di wajah kakak. Saya amat faham, tahap kesabaran kita sememangnya ada batasnya, tetapi saya amat berharap kakak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan khalayak umum. Kakak, berdiam diri adalah yang terbaik buat masa kini. Kita sebagai kaum hawa tidak sepatutnya menjaja kisah rumah tangga kepada khalayak. Saya faham, banyak kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak Aidil dan keluarga. tetapi berbaliklah kepada konsep Islam itu sendiri. Biarpun buruk layanan sang suami, atau apa sekalipun selagi kita ini merupakan isteri yang sah, adalah tidak sepatutnya kita membuka pekung di dada.
Maafkan saya, kadangkala kakak begitu rancak bertwitter tentang kehidupan rumah tangga yang kian merudum. Kenyataan kakak kepada para wartawan begitu lancang. Sedar atau tidak, perbuatan kakak ini menimbulkan fitnah dan cacian orang terhadap diri kakak sendiri. Ada yang pada mulanya kasihan bertukar menjadi meluat. Kakak, sebagai seorang peminat, saya tidak mahu melihat kakak terus dimaki dan dihina oleh mereka – mereka yang acap kali menjadi hakim di alam maya. Cukuplah kakak.
Setiap masalah datangnya dari Allah sebagai ujian dan tanda kasihnya kepada hambaNya. Dan Allah juga mempunyai cara penyelesaiannya. Bukan dengan mengeluarkan kenyataan balas yang menampakkan kelemahan kita sebagai seorang perempuan. Jangan rendahkan martabat diri kita. Buat masa sekarang sekiranya kakak masih mencintai dan ingin rumah tangga kembali aman, turutilah Aidil walaupun perbuatannya amat tidak matang. Namun jika sebaliknya, mohonlah petunjuk dan kekuatan dari yang Maha Esa.
Saya mohon kakak terus berkarya, mencari rezeki untuk membesarkan anak -anak. Buktikan bahawa kakak merupakan wanita solehah yang tidak mudah melatah dan tinggi martabatnya. Sebagai seorang peminat saya berasa cukup sedih membaca kara-kata cacian orang ramai terhadap kakak. Namun, ada rasional mengapa mereka berbuat demikian. Saya doakan kakak menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Berubahlah menjadi wanita solehah yang disengani. Masalah rumah tangga tidak perlu dikongsi dan diberi pendedahan yang begitu luas di pihak umum. Maafkan saya jika email ini menyakitkan.
Kepada Abg NARA,
tersiar atau tidak tulisan ini bukan persoalannya. Saya amat berharap abg dapat menyampaikan luahan ini kepada kak RR. Saya tidak mahu beliau mendapat cacian serta tanggapan negatif dari sesetengah pihak. Saya yakin abg nara akan membantu saya. Terima Kasih di atas kesudian membaca tulisan ini.

Rita pasrah, Syamsul malu-malu

23 Mei 2012



SEMENJAK berkahwin empat tahun lalu sehingga mempunyai dua orang anak, kisah rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan Aidil Zafuan Abd. Razak, 25, sering menjadi tajuk utama akhbar.

Selain cerita tentang kebahagian pada awal perkahwinan, kini kisah pergolakan rumah tangga mereka kerap menjadi bahan berita. Lagi pula cerita pasangan suami isteri yang dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun itu telah menjadi kes mahkamah.

Biar seribu dugaan datang melanda dan sering naik turun mahkamah, ia tidak pernah mengugat tumpuan Rita dalam kerjaya.

Rita yang ditemui di set penggambaran drama Aeera di Subang Bestari, baru-baru ini berkata, apa yang dilalui adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Nak kata apa, saya perlu harungi juga. Takkan saya nak bersedih dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Hidup mesti diteruskan kerana berlakon adalah kerjaya, ini periuk nasi saya.

“Selama ini pun saya tidak pernah mencampur aduk hal rumah tangga dan kerjaya. Bila berada di set, saya memberi tumpuan pada kerja," katanya yang mementingkan kualiti dalam berkarya.

Bila ditanya bagaimana dia berhadapan dengan masyarakat kerana sebagai public figure, setiap apa yang berlaku pasti menjadi perhatian, Rita terdiam sejenak.

Selepas dilihat berfikir, Rita memberitahu tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana baginya, dia adalah manusia biasa dan apa permasalahan yang berlaku ke atasnya turut dilalui oleh lain.

“Beza saya dengan wanita lain, mereka orang tidak kenal sedangkan saya dikenali. Bila tiba kes saya semua orang sibuk nak tahu sedangkan orang lain pun lalui pengalaman itu.

“Kalau saya asyik fikirkan malu sampai tak mahu keluar rumah, macam mana nak cari rezeki. Anak-anak takkan dapat makan. Pendek kata susah senang, saya kena berusaha sendiri melawan apa juga masalah yang datang," katanya yang melakonkan watak Ameera dalam drama tersebut.

Dalam drama arahan Murali Murat itu, dia berpasangan sebagai suami isteri dengan Syamsul Yusuf yang melakonkan watak Ameer.

Bila diusik mendapat suami muda dalam drama 25 episod untuk slot Samarinda itu, Rita sambil tersenyum berkata, kebetulan sahaja dia berlakon dengan pelakon muda.

“Ameera bukan berkahwin dengan lelaki muda, cuma watak Amer sahaja dibawa oleh orang muda. Sebelum ini pun saya pernah berpasangan dengan pelakon muda, Aqasha tapi dia nampak matang.

“Berbanding Syamsul yang berwajah babyface ni, takut tidak serasi bila berlakon bersama. Sebenarnya saya risau memikirkan tentang lakonan kerana kami tidak pernah digandingkan," akuinya.

Rita yang bakal menunaikan umrah buat kali kedua dengan keluarga termasuk anak-anak pada 23 Mei ini berharap kehidupannya akan kembali tenang selepas menunaikan umrah.

Bercerita lanjut mengenai kerjaya, Rita berkata, agak sukar berpasangan dengan Syamsul yang baru saja tampil dengan filem arahan Bohsia 2 - Jalan Kembali.

“Kami berlakon sebagai suami isteri yang sudah berkahwin selama lima tahun, mesti nampak kemesraan itu.
“Masalahnya, Syamsul pemalu sangat. Saya kata padanya, kita perlu nampak mesra semula jadi bukan dibuat-buat sebab penonton boleh perasan.

“Mula-mula Syamsul terkejut bila saya pegang dia sebab dalam skrip tidak diarah berbuat begitu.

“Bukan saya nak ambil kesempatan cuma ingin menunjukkan kemesraan sahaja agar lakonan nampak hidup," perjelasnya agar tidak disalah erti.

Namun Syamsul pada pandangan Rita masih lagi seorang pemalu dan sebab itu juga dia gemar mengusik pemuda itu ketika di lokasi.

Khamis, 17 Mei 2012

Ibu sokong Aidil Zafuan, Rita berbaik

18 Mei 2012


KUALA LUMPUR 17 Mei - Ibu pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, Azizah Arshad, 59, menyokong tindakan anaknya menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya iaitu pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Menurut Azizah, walaupun keputusan Aidil itu diambil tanpa melibatkan pandangan keluarganya, dia percaya keputusan anaknya itu merupakan pilihan tepat demi masa depan dua cucunya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna berusia sembilan bulan.

"Dia (Aidil) tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keputusannya itu. Segala tindakan yang diambil semuanya terpulang kepada dia. Saya sebagai ibu hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aidil memfailkan permohonan cerai terhadap Rita pada 12 April lalu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Rita Rasa Macam Kartun, Geli Hati Tindakan Aidil

18 Mei 2012

Rita Rasa Macam Kartun, Geli Hati Tindakan Aidil


“Dia minta saya kembali taat dan saya nak tanya, di mana yang saya nusyuz?” ujar pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar mengulas mengenai permohonan suaminya, bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang ingin isterinya itu kembali taat kepadanya.

“Dalam surat nikah, rumah kami di Damansara. Siapa yang lari dari rumah sebenarnya, saya atau dia? Keluar rumah pun tak ada alasan, jadi siapa yang nusyuz sekarang, dia ke saya? Saya tengah geli hati, keliru, terkesima dan semua ada dengan permohonannya itu. Dia bermimpi ke tidak, waras ke tidak bila bercakap macam itu?

“Saya rasa rumah kelamin kami di Damansara. Dia minta saya pindah ke rumah di USJ, siapa yang sepatutnya kena kembali taat sebenarnya kerana bagi saya, dia yang sepatutnya kembali ke rumah kelamin. Kenapa saya pula yang nusyuz? Dia cakap semua ini, dia sedar ke tidak dia cakap apa. Itulah sikap orang yang tak matang.

“Bagi saya, kalau nak kembali bersama ke atau nak bercerai ke, perlu ada perbincangan. Ini nak bercerai pun tak ada perbincangan, nak kembali bersama pun tak ada perbincangan. Saya pun dah rasa macam kartun kat sini,” ujar Rita ketika ditemui selepas prosiding selesai.

Rita yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari memberitahu pihaknya baru saja mengetahui permohonan Aidil, lima minit sebelum masuk ke dalam dewan mahkamah. Menurut peguam Rita, tindakan pihak plaintif tersebut seolah-olah menganiaya anak guamnya itu kerana tidak ada sebarang perbincangan sebelum plaintif membuat permohonan tersebut.

“Saya nampak di sini dia naik main-main. Jika betul dia nak berdamai, tak perlu nak mohon perintah kembali taat sebab kita ada Jawatankuasa Pendamai. Lebih baik pergi ke Jawatankuasa Pendamai untuk berbincang dan bukan dengan memohon perkara tersebut. Dia nak Rita balik kepada dia? Balik ke mana? Di mana rumah kelamin dia? Rumah mereka di tempat Rita tinggal sekarang, sepatutnya dia yang kena kembali.

“Saya lihat ada sesuatu yang tak kena. Tak apalah, saya pun belum meneliti keseluruhan permohonan ini lagi, jadi saya akan berbincang dengan Rita dulu. Bagi saya, tindakan menfailkan kes ini sudah kali ketiga bagi Aidil, jadi saya rasa Rita seperti dianiaya. Kes ini akan dibicarakan pada 18 Jun, jadi kita akan lanjutkan perbincangan pada hari itu.”

Sebutan kedua yang berlangsung petang Rabu, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling itu sepatutnya adalah bagi melakukan perbincangan di Jawatankuasa Pendamai di mana pasangan ini perlu membawa seorang wakil ke mahkamah. Rita membawa bapa tirinya, Johari Joned manakala Aidil tidak membawa sesiapa atas alasan mahu membatalkan penceraiannya.

Ekoran dari perkara tersebut, pihak Rita telah menuntut kos ganti rugi RM500 kepada Aidil sebagai kos tambang balik bapa tirinya yang datang dari Perlis serta kos mereka datang ke mahkamah. Hakim memutuskan Aidil membayar RM250, namun pihak plaintif memberitahu ingin membuat rayuan mengurangkan kos tersebut kepada RM100.

“Kereta boleh bayar, motor Ducati boleh bayar, tak kan RM250 pun nak berkira sampai nak buat rayuan bayar RM100 saja. Kalau itu pun dia tak mampu nak bayar apatah lagi nafkah anak, nafkah isteri. Dia kena ingat, dalam duit gaji tu, ada nafkah anak dan isteri, insyaAllah Tuhan akan tunjuk tak lama atau sekejap. Apapun, saya harap sangat kes ini berjalan lancar, itu saja.”

Rita Tidak Mahu Ditinggalkan Macam Sampah

18 Mei 2012

Rita Tidak Mahu Ditinggalkan Macam Sampah


Umum mengetahui, bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak telah membuat permohonan agar isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar kembali taat kepadanya, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, petang Rabu. Menurut Aidil yang juga merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, dia mahu Rita berpindah ke rumahnya yang terletak di USJ 1 kerana rumah tersebut telah disediakan oleh pihak majikannya secara percuma.

Ini sekaligus dapat mengurangkan kos hidup mereka kerana sewa rumah yang didiami Rita di Damansara sekarang agak mahal iaitu sebanyak RM3000 sebulan. Bagi Rita, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak mahu berpindah dan menganggap isu ini tidak patut ditimbulkan oleh Aidil.

“Kenapa saya perlu berpindah? Itu rumah kelamin kami. Kalau dia cakap mahal, sudah empat tahun kami duduk di situ. Kalau dia cakap tak payah bayar sewa, bagi saya sebab dia berkira rupanya, kedekut sangat ke dia? Kami kongsi bayar semuanya dalam rumah. Saya sendiri tak pernah merungut kerana saya tak sampai hati tengok dia bayar seorang diri.

“Berkira sangat ke dia? Sebab itulah nafkah isteri dan anak pun susah nak bagi. Dia pernah tahu tak saya bayar sewa selama lima bulan macam mana, duit saya bagi anak-anak makan saya dapat mana, semua dia tak nak ambil tahu. Dia tak malu ke saya bayar semua keperluan anak selama lima bulan? 
Kenapa perlu saya ikut arahan suami yang tak bertanggungjawab,” keluh ibu kepada dua anak ini.

“Sepanjang lima bulan meninggalkan rumah, dia hanya memberi saya RM1500. Saya banyak tanggungan, rumah, kereta, anak lagi dan saya bayar semuanya seorang diri. Saya tak tahulah, kalau saya tak kerja, macam mana nak bagi anak-anak makan, silap-silap kami kena halau dari rumah.

Sepatutnya dia tak boleh nak bebankan saya dan dia perlu tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya tak kisah, jika dia nak bagi atau tidak, tapi saya nak dia ingat, itu tanggungjawab dia, jika tak bagi, dia jawablah di akhirat nanti.”

Apabila ditanya mengenai dakwaan Aidil kononnya Rita tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak dengan mengambil access card rumah mereka, Rita memberitahu, “Bohong! Sebelum ini memang saya ambil access card, tapi dia masih boleh masuk. Saya beritahu pengawal mengenai kehadiran dia dan dia sendiri pun dah masuk, tak ada masalah pun.

“Kenapalah nak cakap pasal access card pula, jangan nak salahkan access card pula sekarang ini. Saya tak fahamlah dengan dia, cakap macam kartun. Dia cakap tak dapat jumpa anak? Kenapa dia tak dapat jumpa, sebab dia tak datang. Saya tak pernah menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Saya beritahu padanya, kalau nak tengok anak, datanglah.

“Memang saya kata padanya kalau nak datang biar masa saya ada rumah sebab saya pergi shooting, saya bawa anak-anak saya sekali. Jadi kalau dia datang, kami tak ada, dia nak tengok apa, pintu? 
Jangan cakap saya nak menafikan hak dia, saya masih menunggu sehingga sekarang di mana dia cakap saja nak datang tapi tak datang.”

Ditanya adakah Rita akan kembali kepada suaminya itu dan hidup aman seperti dulu, Rita sambil mengeluh menjawab, “Itu saya tak nak cakap apa-apa. Kita tunggu saja 18 Jun ini. Saya serahkan kepada peguam. Yang penting, saya akan lawan untuk hak saya serta anak-anak dan saya tak akan biarkan kami ditindas. Ini dah tiga kali dia buat saya macam ini, saya dah letih sangat.

“Saya cuma mahu pertahankan hak saya dan tak akan biarkan saya ditinggalkan macam sampah. Saya ikutlah, jika Allah tetapkan macam ini, saya redha. Cuma saya minta, jika dia betul-betul ikhlas, dia sedarlah. Saya harap dia matang dan ada pendirian supaya boleh jadi lelaki yang melindungi serta membimbing keluarga.”

Aidil Zafuan - Rita Rudaini Berdamai

18 Mei 2012

Aidil Zafuan - Rita Rudaini Berdamai


PETALING JAYA, 17 MEI 2012: Pemain bola sepak ATM serta kebangsaan, Aidil Zafuan semalam telah menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini.

Dalam kenyataannya yang dipetik menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aidil atau nama sebenarnya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya berkata, dia masih sayangkan Rita dan ingin kembali bersama Rita dan anak-anak.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Aidil juga berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih. Aidil dalam perbicaraan itu juga telah membuat tuntutan nusyuz (kembali taat) terhadap Rita dan sekiranya Rita bersetuju dengan tuntutan itu, dia inginkan Rita dan anak-anak pulang ke rumahnya di USJ1 (Subang) kerana ketika ini, Rita menetap di rumah sewa di Damansara.

Sementara itu, Rita Rudaini pula menyifatkan tuntutan nusyuz oleh Aidil adalah sebagai satu tindakan yang kelakar dan macam "budak-budak".

Menurut Rita, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya. Rita berkata selama ini dia telah menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

Tambah Rita lagi, dia melihat tindakan Aidil itu sebagai sesuatu yang tidak serius kerana dengan cepat berubah fikiran sama ada ingin bercerai atau tidak.

"Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak cerai, selepas itu tarik balik. Pada masa sama dia kemukakan pula permohonan supaya saya kembali taat dan tinggal di rumah, sedangkan yang meninggalkan rumah adalah dia bukan saya," kata Rita lagi.

Mengenai tuntutan Aidil yang mahukan Rita dan anak-anak berpindah ke rumahnya di Subang, Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.

"Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita.

Rita dan Aidil telah bernikah pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.


Rabu, 16 Mei 2012

Tuntutan Suami Macam 'Budak-Budak' Buat Rita Geli Hati

17 Mei 2012


Wajah terbaru Rita Rudaini ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”
Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25, menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
Aidil Zafuan. Foto-Rotikaya.com
Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita.
Aidil tepis tuduhan punyai wanita lain
Dalam perkembangan berkaitan, Aidil turut menepis tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.
Aidil berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.
"Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.
"Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter," katanya selepas prosiding selesai.
Dalam pada itu, Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan yang dibuat isterinya itu melalui media.
"Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata," tuturnya.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

‘Saya nak Rita’

17 Mei 2012


SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.
SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.
PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar. 

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Aidil tarik balik permohonan cerai

17 Mei 2012


PETALING JAYA 16 Mei - Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak memutuskan untuk menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon Rita Rudaini Mokhtar atas alasan ingin berbaik semula.
Perkara itu dimaklumkan oleh Aidil, 25, kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menerusi peguam syarie yang mewakilinya, Ahmad Nazib Johari.

Ahmad Nazib menyatakan, keputusan tersebut dibuat oleh anak guamnya berikutan pendirian Rita yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan Aidil pada 30 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2003.

Prosiding hari ini ditetapkan untuk kedua-dua pihak melantik wakil dalam Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada dua ahli keluarga terdekat pasangan itu.

Justeru, peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang mewakili Rita, 36, menyatakan, pihaknya terkesima dengan keputusan mengejut plaintif itu kerana hanya dimaklumkan berkenaan penarikan itu sebelum memasuki mahkamah hari ini.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Aidil Zafuan batal ceraikan Rita

17 Mei 2012


RITA RUDAINI, AIDIL ZAFUAN



PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.
“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.
“Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.
Terdahulu, Ahmad Nazib memberitahu, terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aidil Zafuan Tak Mahu Cerai

17 Mei 2012

Aidil Zafuan Tak Mahu Cerai

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak telah memohon untuk menarik semula kes tuntutan lafaz cerai terhadap pelakon Rita Rudaini di Mahkamah Syariah Daerah Petaling sebentar tadi.

Permohonan penarikan balik kes tersebut difailkan sehari sebelum prosiding berlangsung atas alasan ingin memulihkan semula rumahtangga mereka selain ingin kembali hidup aman bersama isteri dan anak-anaknya.

Dalam prosiding yang sama, pihak plaintif turut memohon defendan agar kembali taat kepadanya. Teruskan melayari GUA untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kes mereka.

Aidil Mahu Kembali Bersama Rita

17 Mei 2012

Aidil Mahu Kembali Bersama Rita


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari, memohon untuk menarik balik kes tuntutan lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, petang semalam. Difahamkan, permohonan tersebut telah difailkan pada petang Selasa lalu oleh pihak plaintif atas alasan mahu berdamai kembali dengan isterinya itu.

“Anak guam saya ingin menarik balik kes tersebut atas tiga alasan, pertama, permohonannya sebelum ini di bawah Seksyen 47 tidak boleh diteruskan kerana defendan tidak bersetuju dengan permohonan cerai tersebut. Alasan kedua pula adalah atas dasar ingin berbaik semula dan kembali bersama anak-anak. Plaintif mahu tinggal sebumbung dan juga inginkan rumahtangga mereka aman seperti dulu.

“Manakala, alasan ketiga pula ialah jika diteruskan kes tersebut juga, akan ada campur tangan pihak ketiga dan anak guam saya risau serta bimbang perbincangan tersebut akan mengeruhkan lagi hasrat untuk berdamai. Justeru, anak guam saya mengambil inisiatif untuk menarik balik perkara ini,” ujar peguam Aidil di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Aidil ketika ditemui selepas selesai prosiding berkata, “Saya mengambil keputusan untuk membatalkan serta menarik balik kes ini kerana pada sebutan pertama, Rita sendiri yang tidak mahu bercerai. Dia mahukan alasan tapi pada saya, dia sendiri sudah tahu atas alasan apa kami nak bercerai. Dah lah dia suruh percepatkan cerai, tapi bila dah buat sebutan cerai, kami terkejut sebab dia pula tak nak. Bagi saya, buat apa nak berbincang lagi, sedangkan saya tahu dia tak nak bercerai. Dari pemahaman saya, maksudnya dia nak berbaik semulalah. Saya anggap dia tak nak bercerai dan sebab itulah saya tarik balik kes ini.”

Ditanya adakah keputusannya itu dibuat kerana masihkan sayangkan Rita dan anak-anaknya, Aidil memberitahu, “Jika boleh saya memang nak kembali bersama dengan dia balik. Tipulah saya cakap saya tak sayangkan anak-anak. Saya juga masih sayang pada dia, tapi bila dia selalu buat kenyataan memburukkan saya di akhbar dan cakap tentang keluarga saya masuk campur, itu buat saya rasa makin lama seolah-olah dia nak memalukan saya. InsyaAllah, jika dia boleh jadi isteri yang baik, mendengar cakap saya dan boleh ikut apa keluarga suami kehendaki, insyaAllah saya akan baik balik dengan dia. Saya buat macam ini pun demi anak-anak dan saya masih sayangkan anak-anak.”

Selasa, 8 Mei 2012

Rita Rudaini Perjelas Tindakan Mohon Alasan Kukuh Daripada Aidil

09 Mei 2012


Abang Nara pasti ramai yang keliru dengan tindakan Rita Rudaini yang memohon alasan kukuh diceraikan daripada suaminya, Aidil di mahkamah baru-baru ini. Ada sesetengah komentar yang menyatakan kalau nak bercerai, cerai sahajalah. Tak perlu nak minta alasan apa bagai. Semua persoalan anda telah pun dijawab oleh Rita di dalam BiPop semalam.
rita
Berikut ialah soalan dan jawapan yang telah diterbitkan di dalam BiPop semalam:-
BIPOP: Cuba jelaskan apa yang berlaku? Sebelum ini, Rita seolah-olah tidak sanggup meneruskan kehidupan sebagai isteri Aidil, tapi lain pula yang berlaku di Mahkamah Syariah.

RITA: Saya nak perbetulkan kenyataan yang keluar sebelum ini. Mungkin ramai salah faham. Bukan saya tidak mahu bercerai, tapi saya mahu ikut prosedur dan undang-undang Islam yang ditetapkan, barulah boleh melafazkan talak. Ini nak bercerai tapi tiada perbincangan dan alasan kukuh, bagaimana? Sebagai isteri dan wanita, saya mahu mempertahankan hak saya. Saya tidak akan membiarkan suami menceraikan saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh. Bercerai tanpa alasan, itu tidak adil buat saya dan anak-anak. Ingin nikah cerai boleh dibuat main-main ke? Bukan senang nak bercerai, kita kena ikut prosedur yang ditetapkan, bukan main tinggalkan begitu, buang macam sampah bila sudah benci. Setiap orang ada maruah dan harga diri, begitu juga saya. Dulu ketika mahu berkahwin pandai memujuk rayu, ajak berkahwin di Songkhla, Thailand, tapi bila tidak mahu campak saya macam tu saja!
Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan penuh daripada Rita Rudaini:-
BIPOP: Ada yang anggap Rita seolah-olah main tarik tali?
RITA: Soal rumah tangga dan maruah, saya tidak sanggup main-main, apatah lagi membabitkan masa depan saya dan anak-anak. Saya malu apabila berita saya enggan bercerai terpampang di dada akhbar. Peminat, saudara mara dan kawan-kawan tidak berhenti bertanya, mereka tidak faham. Saya sudah jelaskan, negara kita ada undang-undang. Kini saya menunggu mahkamah memberi tarikh lain untuk kes yang tertangguh.
BIPOP: Rita masih sayangkan rumah tangga yang hampir berkecai?
RITA: Saya pandang wajah anak-anak Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Qaqa Arjuna, 1. Saya juga kena utamakan perasaan mereka. Kalau ikutkan, hati saya sudah hancur, perasaan saya sudah lama melayang pada suami. Saya semakin tawar hati ketika suami memfailkan perceraian di Seremban Negeri Sembila ketika saya sarat mengandungkan Arjuna tahun lalu. Sampai hati kan? Ketika says sart mengandung, suami nak buang saya dan Rayyan begitu saja dalam hidupnya. Tapi saya terima Aidil semula kerana dia pandai memujuk dan ingin berubah. Saya terima ketika itu apabila terkenangkan Rayyan masih kecil dan anak dalam kandungan. Saya pernah beritahu Aidil, saya sudah tiada perasaan terhadapnya, saya menerimanya kerana anak.
BIPOP: Khabarnya Rita dan suami tidak pernah berbincang sejak suami keluar dari rumah kira-kira empat bulan lalu. Betul ke?
RITA: Ya, suami keluar begitu saja tanpa berbincang apa-apa. Sebagai isteri saya juga nak tahu apa punca saya diceraikan. Suami cakap tidak serasi ketika ditanya di mahkamah, tapi kenapa dia beriya-iya memujuk saya terima dirinya semula tahun lalu? Suami sampaikan terpaksa meminta tolong ibu bapa dan saudara mara untuk memujuk saya. Kami berkahwin bukan setahun, tapi lebih empat tahun. Bagi saya, suami mempermainkan ikatan perkahwinan ini. Saya terima takdir Tuhan, apa yang tertulis. Saya reda, apa yang berlaku sudah diatur Allah. Kes permohonan cerai yang tertangguh, itu juga urusan Allah., bukan saya yang mengaturnya. Kalau datang dengan niat tidak elok, Allah tidak akan mengizinkannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...