Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Kembar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembar. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Percutian Keluarga Aidil Zafuan & Zakuan Adha

28 Oktober 2014

aidil

Media Hiburan Online kongsikan foto-foto menarik sekitar percutian pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema di Taman Tema Legoland, Johor bersama ahli keluarga mereka yang lain.
 
Percutian ini turut disertai oleh kembarnya, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bersama anak mereka. Biarpun hanya bercuti di dalam negara, pastinya ia meninggalkan kenangan manis bagi keluarga ini. 
 
Tambahan pula, ini adalah masa yang paling sesuai untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka. Jom saksikan antara aktiviti yang mereka lakukan di taman tema ini. 

Isnin, 9 Jun 2014

Penangan Aura Selebriti Bola Sepak

10 Jun 2014



Mereka bukan sahaja popular dengan aksi lincah ketika menggelecek bola di padang, namun mereka juga popular di luar padang apabila tidak terlepas daripada perhatian lensa kamera dunia hiburan. Ada yang digosipkan serta berkahwin dengan selebriti, malah tidak kurang juga ada yang dilantik sebagai duta produk.

Ketika era 90-an, pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan mula mendapat perhatian selepas berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Haleeda. Walau bagaimanapun, mereka bercerai setelah lapan tahun berumahtangga dan setahun kemudian, Azman berkahwin dengan Asfarina Muhamad atau lebih popular sebagai As Feminin. Pemain bola sepak Selangor, Subadron Aziz juga turut mendapat perhatian apabila berkahwin dengan penyanyi popular era 80-an, Salwa Abdul Rahman.

Pemain bola sepak era sekarang juga tidak kurang hebatnya terkena tempias aura selebriti. Pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zakuan Adha antara contoh pemain bola sepak yang popular selepas berkahwin dengan selebriti. Populariti Aidil lebih menyerlah berbanding Zakuan memandangkan kisah perceraian Aidil dengan pelakon Rita Rudaini hangat diperkatakan.
Walaupun sudah bercerai dengan Rita, namun peminat masih mengikuti perkembangan pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini termasuklah kisah cinta dan perkahwinannya dengan wanita bernama Zarema Zainal. Terbaru, Zakuan dihimpit gosip apabila dia didakwa cuba bermain cinta dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat. Ayu Raudhah bagaimanapun menafikan perkara itu dan mendakwa ada pihak yang cuba memporak-perandakan perkahwinannya.
Seorang lagi pemain skuad JDT, Mahali Jasuli juga turut menerima tempias dalam industri hiburan tempatan apabila dikaitkan dengan pelakon Tasha Shilla. Jejaka berusia 25 tahun ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Tasha apabila mereka sering mengungkap kata-kata cinta dan sayang di laman Twitter masing-masing. Tasha juga pernah pergi ke stadium bagi memberi sokongan terhadap Mahali. Namun, kedua-duanya mengklasifikasikan status hubungan mereka sebagai kawan rapat sahaja.
Pemain pertahanan pasukan Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar atau lebih mesra dengan panggilan Asra juga pernah menggemparkan industri seni tanah air pada tahun 2009 apabila dikaitkan dengan pelakon cantik, Rozita Che Wan. Walaupun kedua-dua mereka lebih selesa mengunci mulut mengenai hubungan mereka, namun ada pihak memberitahu pasangan ini pernah keluar bersama bagi menonton wayang dan bersiar-siar.
Che Ta juga turut dilihat hadir ke perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dengan Manchester United (MU) di Stadium Nasional Bukit Jalil di mana Asra turut beraksi ketika itu. Che Ta menafikan kehadirannya adalah bagi menyokong Asra dan memberitahu hanya membawa anaknya yang meminati pasukan MU.

Nama Wan Zack Haikal Wan Noor mula meniti di bibir peminat-peminat wanita ketika dia bermain untuk skuad Harimau Muda A. Selain aksi lincahnya sebagai pemain tengah skuad tersebut, Wan Zack juga popular kerana memiliki wajah tampan. Namun, apabila Wan Zack mengakui mempunyai teman wanita bernama Zzati Rashid yang juga merupakan pendatang baharu dalam industri nyanyian, ramai gadis yang kecewa.
Walau bagaimanapun, perkenalan yang bermula di Twitter ini tidak kekal lama dan berakhir pada Oktober 2013 kononnya disebabkan sikap mengongkong Zzati selain dilabel sebagai pisau cukur. Tidak lama kemudian, Wan Zack telah bertunang dengan seorang gadis bernama Nur Syahifah Azmi dan pasangan ini baru saja melangsungkan pernikahan pada 30 Mei lalu.

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular dengan panggilan Apex mula popular selepas aksi hebatnya di AFF Suzuki Cup pada tahun 2010. Dari situ, peminat mula mengikuti perjalanan kariernya sehinggalah ke kisah peribadinya. Biarpun bukan artis, namun percintaan Apex dengan seorang gadis bernama Dahlia Teck menjadi tumpuan hangat masyarakat. Pasangan ini bagaimanapun putus dan tidak lama selepas itu, timbul pula cerita kononnya Apex dikaitkan sebagai punca pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey putus tunang.
Aura selebriti jejaka kelahiran Kelantan ini mula terserlah apabila dia dilantik sebagai duta wangian jenama Simplysiti. Lebih menarik, Apex turut bergandingan dengan Leuniey dalam iklan komersial tersebut. Dari situ, mereka menjalin hubungan cinta, bertunang seterusnya berkahwin sehinggalah dikurniakan cahaya mata perempuan pada awal Februari lalu.

Selain itu, nama-nama seperti Safee Sali dan Safiq Rahim juga tidak terlepas dari diperkatakan di mana Safee pernah dikaitkan dengan pelakon Julia Hana manakala Safiq pula pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon dan pengarah muda, Nurul Ain Nordin. Hebat sungguh penangan aura selebriti mereka sehingga membuatkan mereka lebih popular mengalahkan artis tempatan. Walau bagaimanapun, diharap kehebatan aura selebriti mereka juga seiring dan sama hebat ketika beraksi di padang bola!

Sabtu, 15 Mac 2014

Aidil Sah Bergelar Suami Buat Kali Kedua

15 Mac 2014

aidil
Tahniah diucapkan kepada bekas suami aktres Rita Rudaini, Aidil Zafuan Razak yang sah bergear suami kepada Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.50 pagi tadi. 
 
Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang.  
 
Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan. 
 
Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro. 
 

Jumaat, 14 Mac 2014

(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Aidil & Zarema Daripada WunderClique

15 Mac 2014

Cantik-cantik kesemua gambar yang dibidik oleh WunderClique yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Untuk makluman, Aidil telah memberikan wang hantaran sebanyak RM17,000 kepada Zarema di majlis pernikahan yang telah berlangsung kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang.
gambar pernikahan aidil zarema
Aidil juga turut menghantar 9 dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh Zarema. Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.
gambar pernikahan aidil zarema
Semoga berbahagia ke akhir hayat buat Aidil dan Zarema. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook WunderClique.
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema
gambar pernikahan aidil zarema

Isnin, 19 Ogos 2013

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

20 Ogos 2013

Rita Rudaini

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Perang Status Di Twitter — Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini

20 Ogos 2013




Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.
Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adhayang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.
Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.
Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.
Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan
#04 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#03 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#02 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

#01 Perang Status Di Twitter -- Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini - ROTIKAYA

Rita Rudaini Vs Zaquan Adha VS Aidil Zafuan

19 Ogos 2013




Umum telah mengetahui Rita Rudaini telah diceraikan oleh Aidil Zafuan pada 27 Ramadan lalu. Berita perceraian pasangan ini mendapat maklum balas yang pelbagai kerana Aidil bertindak menceraikan Rita dengan menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Bukan diputuskan oleh mahkamah atau dilakukan secara bersemuka dengan isterinya itu.

Biarpun dalam laporan akhbar sebelum ini Rita ada memberitahu dia redha dengan keputusan bekas suaminya itu, namun pelakon ini sekali lagi tampil menempelak tindakan Aidil yang dianggap kejam kerana menceraikannya hanya beberapa hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri. Bahkan, luahan perasaan Rita dalam satu laporan akhbar kali ini lebih lantang apabila dia menganggap hanya manusia yang kurang didikan agama sahaja yang sanggup menceraikan isterinya di bulan Ramadhan.

Kenyataan Rita itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang bekas asik iparnya, Zaquan Adha. Kembar kepada Aidil ini tampil membidas Rita melalui akuan twitternya. Entri-entri Zaquan jelas berbaur marah apabila dia meminta Rita jangan membabitkan orang tua dan pihak keluarga. Malah, Zaquan turut meminta Rita bersemuka selain meminta Rita berhenti daripada meraih simpati orang ramai.

Ekoran entri Zaquan itu, Rita membuat serangan balas, apabila melabelkan suami Ayu Raudhah itu gila glamor dan cuba masuk campur urusannya. Mungkin kerana tidak senang dengan situasi ini, Aidil yang lebih suka mendiamkan diri akhirnya tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian hari ini. Jelas lelaki berusia 26 tahun ini, Rita sebenarnya tidak menceritakan perkara sebenar kepada pihak media terutamanya soal pemberian nafkah. Malah, Aidil juga mendakwa dia mempunyai bukti pemberian nafkah yang boleh dibawa ke mahkamah.
Dalam masa yang sama, Aidil turut memaklumkan dia sudah hilang sabar dengan Rita walaupun enggan mengulas lanjut tentang lafaz cerainya melalui SMS itu.

Rita dan Aidil telah melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 lalu tanpa pengetahuan pihak keluarga. Bagaimanapun, berita pernikahan pasangan ini terbongkar apabila bapa Aidil tampil membuat kenyataan media mengenai 'kehilangan' anaknya itu. Sepanjang tempoh perkahwinan pasangan ini, mereka boleh dikatakan tidak henti-henti dilanda kontroversi sehingga membawa kepada perceraian.

Rita dan Aidil dikurniakan dengan dua cahayamata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia setahun lebih.

 Foto Zaquan & Aidil diambil daripada Facebook

Isnin, 7 Januari 2013

Muslihat Johor DT

08 Januari 2013

FANDI (dua dari kanan) memberi taklimat kepada barisan pemainnya menjelang aksi pembuka tirai menentang Pahang malam ini.


PASUKAN tumpuan, Johor Darul Takzim (Johor DT) tidak akan menurunkan barisan terbaiknya pada perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata, belum tiba masanya untuk beliau menurunkan barisan terbaik meskipun memiliki paling ramai pemain berstatus bintang.
Jelas Fandi, tindakannya itu bukan kerana memandang rendah pasukan lawan tetapi beliau mempunyai strategi tertentu.
“Kami perlu ‘simpan’ barisan terbaik kami. Ini semua saya pandang dari sudut taktikal, bukan kerana kami ingin memperkecil pasukan Pahang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Meskipun tanpa barisan terbaik, Fandi tetap memberi amaran bahawa Harimau Selatan mempunyai satu misi iaitu untuk meraih kemenangan, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh.
Katanya, Johor Darul Takzim kini mempunyai semangat berpasukan yang lebih baik berbanding ketika tewas kepada pasukan Johor pada perlawanan akhir kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor, 28 Disember lalu.
Begitupun Fandi mengakui, pasukannya pasti berdepan saingan sengit kerana yakin pasukan lawan akan memberikan komitmen yang lebih apabila bertemu Johor Darul Takzim.
“Dengan dibarisi pemain-pemain ternama, sudah tentu semua pasukan akan berusaha bermati-matian untuk menewaskan kami.
“Oleh itu, saya sering menasihati pemain-pemain saya agar sentiasa berhati-hati dan malam esok (hari ini) saya ingin mereka mencipta seberapa banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.
Johor Darul Takzim atau dahulunya dikenali sebagai Johor FC mula mencuri tumpuan apabila menandatangani kontrak bersama barisan pemain-pemain handalan seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abd. Razak serta Mohamad Azmi Muslim.
Johor Darul Takzim juga berjaya mengikat dua pemain import, Daniel Gonzales Guiza yang juga bekas penjaring terbanyak La Liga serta pemain Serie A, Simone Del Nero.
Del Nero dan bekas pemain Sabah, K. Thanaraj bagaimanapun tidak akan diturunkan malam ini kerana masih cedera.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2HMj5cQg8 
Hakcipta terpelihara 

Jumaat, 4 Januari 2013

Johor DT cetus fenomena Liga-M

05 Januari 2012


KUALA LUMPUR - Kemunculan Johor Darul Takzim (JDT) atau nama lamanya Johor FC pasti mencuri tumpuan apabila kempen Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya dengan Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam ini.

Perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu melibatkan juara Piala Malaysia 2012, Kelantan dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, peminat bola sepak tempatan sudah pasti akan memberi tumpuan kepada pasukan JDT dengan deretan pemain bertaraf lima bintang termasuk gandingan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Mohd Sali.

Lebih-lebih lagi, Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengisytiharkan skuad kendalian bekas legenda Singapura, Fandi Ahmad, mampu menyapu bersih tiga gelaran musim ini iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Nyata sekali, baginda telah mencetuskan fenomena baharu dalam kempen Liga Super musim ini dengan membariskan pemain berstatus bintang dengan matlamat menjadi juara, sekali gus menjadi pasukan yang digeruni dan disegani oleh pihak lawan.

Johor Darul Takzim turut disertai pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim.

Bagi melengkapkan koleksi pemain bintang, JDT turut menyenaraikan bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain kelan Lazio dalam Serie A, Simone Del Nero dari Itali.

Dalam kancah bola sepak, kehadiran pemain berstatus bintang tidak semestinya menjanjikan kejayaan kepada sesuatu pasukan dan ini tidak terkecuali bagi pasukan JDT, yang digelar sebagai 'Manchester City Malaysia'.

Selain JDT, pasukan lain dalam Liga Super juga melakukan persiapan rapi termasuk Kelantan, ATM, Terengganu, Pahang, Selangor serta pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII.

Pasukan Lions XII, pada penampilan sulung musim lepas, berjaya menempa nama apabila muncul naib juara Liga Super tetapi pada musim ini, pasukan Singa Utara itu dijangka membariskan skuad Bawah 23.

Kehadiran skuad 'Singa Muda' itu adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar, pada hujung tahun ini.

Berbanding musim lepas, kempen 2013 dianggap sebagai musim paling mengujakan bagi peminat bola sepak tempatan dengan kehadiran 41 pemain import mewakili pasukan negeri dan kelab berbanding 26, musim lepas.

Kehadiran pemain import serta kemunculan JDT dilihat mampu menghangatkan lagi suasana pertandingan serta berpeluang meniup nafas baharu kepada peminat bola sepak tempatan untuk kembali semula ke stadium bagi menyaksikan aksi pasukan kesayangan masing-masing. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130105/su_05/Johor-DT-cetus-fenomena-Liga-M#ixzz2H4cBlXJ3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 3 Januari 2013

Shukor harap tuah berterusan

04 Januari 2013


PEMAIN berpengalaman, Muhammad Shukor Adan berharap tuahnya ketika mencapai kegemilangan bersama Negeri Sembilan akan turut mengiringinya apabila menyarung jersi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim ini.
Shukor menjadi sandaran utama ATM selepas skuad kendalian B Sathianathan itu kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang berhijrah ke Johor Darul Takzim.

Sejauh mana kemampuan pemain berusia 33 tahun itu yang boleh beraksi di posisi pertahanan dan tengah itu memberi impak bersama skuad The Gladiators akan mula diuji pada Perlawanan Sumbangsih menentang juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Kelantan di Stadium Shah Alam, esok.
“Perpindahan saya ke ATM perkara biasa bola sepak profesional. Saya yakin dengan kemampuan ATM kerana kalau dilihat apa yang berlaku pada tahun lalu, ATM adalah pesaing yang hebat dalam Liga Perdana dan Piala Malaysia.

“Bagi saya tiada yang mustahil, jika berusaha keras, kami mampu mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04

Ahad, 30 Disember 2012

5 selebriti paling kontroversi sepanjang tahun

31 Disember 2012 (30 Disember 2012)


Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Sempena berakhirnya 2012, Zass senaraikan lima selebriti dengan kisah kontroversi sepanjang tahun.


Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila
dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Tidak terhenti setakat itu, bermula daripada insiden keluar rumah itu, Rita dan Aidil mula naik turun mahkamah berkaitan isu penjagaan anak, kembali taat, dan kini berkaitan dengan kes penceraian pula. Kes berkaitan rumah tangga mereka masih berjalan sehingga kini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.


Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Susulan daripada itu, Anzalna tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang dikatakan sering menghinanya serta cuba menjatuhkannya ketika berada di dalam pertandingan program realiti itu. Kenyataan berani Anzalna itu bagaimanapun membawa padah kerana Neelofa kemudian mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut Anzalna membuat kenyataan maaf dalam tempoh 7 hari.

Namun kes mereka dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Neelofa dan Anzalna kemudian berdamai selepas Anzalna mengeluarkan kenyataan maaf dalam sidang media yang dianjurkan Seniman.

Baru sahaja reda dengan kontroversi, nama Neelofa kembali menjadi perhatian apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak profesional oleh pereka fesyen, Nurita Harith, yang menyediakan bajunya untuk program.

Namun, kes itu diam begitu sahaja selepas kedua-duanya berdiam diri.

Artis dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada di antara selebriti tidak berniat untuk mencipta kontroversi, namun kerana status yang dikecapi, maka mereka tidak dapat lari dari menjadi perhatian bukan sahaja media, malahan peminat yang kini semakin peka dengan karier mereka.


Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.


Kisah cinta Rozita

Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.


Bila Zed Zaidi berkuasa

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.



Selasa, 25 Disember 2012

Safee, Norshahrul mula sertai sesi latihan Johor

25 Disember 2012


Fandi Ahmad memberikan arahan kepada pemain ketika sesi latihan skuad Johor Darul Takzim di Stadium Larkin, Johor Bahru , semalam.

JOHOR BAHRU - Pemain kebangsaan yang beraksi untuk Johor Darul Takzim bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan memulakan latihan bersama skuad Harimau Selatan buat pertama kali di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini, semalam.

Pada sesi latihan itu, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak dan Azmi Muslim bersemangat menjalani latihan, bagaimanapun mereka dilihat masih mencari rentak dan keserasian bersama rakan pasukan yang lain.

Hanya Daniel Guiza tidak menyertai latihan semalam kerana diberi pelepasan untuk meraikan sambutan Krismas.
Pengurus pasukan yang juga ketua jurulatih, Fandi Ahmad berkata, semangat yang ditunjukkan kelima-lima pemain kebangsaan itu untuk menjalani latihan bersama rakan pasukan lain disifatkan sebagai 'lumayan' dan petanda terbaik bagi pasukan Johor Darul Takzim.

Pada masa sama, beliau percaya semua mereka memerlukan masa sekurang-kurangnya menyertai lima atau enam perlawanan akan datang bagi mendapatkan rentak permainan dan yakin setiap pemain Johor Darul Takzim mampu menerapkan apa yang telah diarahkan.

"Sebagai pemain profesional saya yakin mereka dapat adaptasi corak permainan kita kerana mereka pernah bermain dengan banyak pasukan lain dan yang berubah mungkin dari segi serangan dan pertahanan, yang penting adalah disiplin mereka.

"Saya berpuas hati dengan komitmen diberikan, mereka kelihatan bersemangat berlatih bersama yang lain, keadaan mereka juga bagus sekali gus ini memberi gambaran 'lumayan' untuk pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan.

Dalam pada itu, bagi penggempur baru skuad Harimau Selatan, Safee dan Norshahrul atau Mat Yo, masih terlalu awal untuk menilai kemampuan mereka beraksi sebagai satu pasukan kerana semua pemain baru berkumpul.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yakin persefahaman dalam kalangan pemain dapat disatukan tidak lama lagi apabila mereka mula bermain sebagai satu pasukan.

Sementara itu, bagi menguji kehebatan barisan pemain Johor Darul Takzim sebelum mengharungi saingan Liga M musim depan, Fandi berkata, pasukan akan beraksi pada saingan empat penjuru kalah mati bermula esok hingga Jumaat.

Beliau berkata, selain Johor Darul Takzim, pasukan lain yang akan menyertai saingan yang julung kali diadakan dalam fasa akhir mempersiapkan skuad Harimau Selatan adalah Johor, Pahang dan kelab dari Liga Singapura, Woodlands Wellington FC.

"Pertandingan empat penjuru itu adalah satu platform terbaik untuk kita uji dan lihat pemain-pemain beraksi dan saya harap dapat menggunakan peluang tersebut untuk memantapkan lagi pasukan sebagai persiapan akhir sebelum saingan Liga-M bermula," katanya.

"Saya tidak merancang untuk menurunkan semua mereka sebagai kesebelasan utama, namun akan cuba memasukkan mereka sebagai pemain gantian bagi memberi ruang untuk mendapat keserasian dengan corak permainan yang kita terapkan," ujarnya.

Justeru, Fandi berharap pasukannya mampu memberikan aksi terbaik mereka di mana Johor Darul Takzim akan menentang Woodlands Wellington FC manakala Johor akan bertemu Pahang dan pemenang perlawanan itu bakal bertemu pada perlawanan akhir.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121225/su_02/Safee-Norshahrul-mula-sertai-sesi-latihan-Johor#ixzz2G49SAcit
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 17 Disember 2012

'Johor bukan tempat bercuti'

18 Disember 2012


Tunku Ismail Sultan Ibrahim (lima dari kiri) bersama pemain dan jurulatih yang akan menguatkan cabaran pasukan Harimau Selatan pada musim baru Liga Malaysia di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi ingatan awal kepada pemain berstatus bintang pasukannya bahawa Johor bukan satu destinasi percutian kepada mereka.

Sebaliknya, Tunku Ismail berkata, mereka yang bermain untuk pasukan mempunyai misi dan tanggungjawab sekali gus perlu berusaha mencapai setiap misi yang dirancang pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan terutama dalam usaha menjadi juara.

Menurut Tunku Ismail, beliau sedar bahawa pasukan Johor Darul Takzim kini menjadi tumpuan ekoran pembelian pemain ternama untuk skuad Harimau Selatan baik pemain tempatan dan import, namun perkara yang paling penting baginya ialah objektif pasukan.

"Johor bukan satu tempat percutian atau tempat ambil gaji tiap-tiap bulan. Kita mempunyai impian yang perlu dicapai dan mahu dikenali sebagai satu pasukan yang kuat, mantap dan digeruni. Bukan pemain yang perlu diberi tumpuan tetapi objektif pasukan.

"Kami ingin naikkan semula nama Johor dalam arena bola sepak tempatan dan saya amat gembira dengan pasukan yang kami ada ini. Kami telah merancang hampir setahun untuk mengenal pasti dan mendapatkan pemain berkualiti," katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Turut hadir, pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih, Fandi Ahmad.

Pada majlis itu juga peminat bola sepak negeri ini berpeluang bertemu dengan Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim, Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak serta dua pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza dan Simone Del Nero.

Pada masa sama, Fandi juga turut memberi amaran kepada pasukannya, biarpun kebanyakan pemainnya berstatus bintang, namun ia bukanlah tiket untuk kesemua pemain kebangsaan yang menyertai pasukan Johor Darul Takzim dijanjikan tempat dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan.

"Semua pemain yang ada dalam pasukan berhak untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Saya amat mementingkan disiplin dan semangat berpasukan. Justeru, tidak semestinya semua pemain berstatus bintang akan mendapat tempat secara automatik, mereka perlu berusaha untuk itu," katanya.

Dalam pada itu, pemain yang hadir berjanji memberikan komitmen dan aksi terbaik untuk pasukan.

Bagi Safee, Norshahrul, Azmi, Safiq, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, mereka kini sudah bersedia untuk berjumpa rakan pasukan lain dan menjalani latihan bersama sekali gus menjadi pasukan yang kuat dan mantap dalam mengharungi saingan Liga M akan datang.

"Selepas dua tahun di Indonesia, saya harap saya dapat gunakan semua pengalaman di sana untuk membantu pasukan baru saya ini menjadi juara. Saya sudah tidak sabar untuk beraksi bersama Johor Darul Takzim yang sudah pun dilabel sebagai pasukan impian," kata Safee.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pula berkata, dia memilih untuk menyertai pasukan Harimau Selatan kerana inginkan satu cabaran baru demi karier bola sepaknya dan berjanji akan memberikan komitmen 100 peratus buat pasukan dan sudah pasti mahukan hanya yang terbaik.

Sementara itu, Norshahrul ketika ditanya mengenai cabaran bagi merebut Kasut Emas, dia yang dikenali sebagai Mat Yo berkata, persaingan antara dirinya, Safee dan Guiza dilihat dari sudut positif sekali gus yakin ia bakal menyaksikan Johor Darul Takzim muncul pasukan paling banyak mencipta jaringan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121218/su_01/Johor-bukan-tempat-bercuti#ixzz2FNzE97Vz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 4 Disember 2012

Sathia rasa bahang tanpa trio

05 Disember 2012

Kuala Lumpur: Tentera turun menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan dengan reputasi sebagai juara Liga Perdana dan finalis Piala Malaysia tetapi kini tanpa tiga pemain terbaik Aidil Zafuan Abd Radzak, adiknya, Zaquan Adha dan Azmi Muslim yang berpindah ke Johor. 

Ketua jurulatih pasukan, B Sathianathan, berkata ketiadaan pemain berkenaan memang dirasakan setelah bersama mengharungi cabaran semusim ini, namun tidak akan menjejaskan persiapan pasukan. 


Saya akan menyusun semula struktur pasukan terutama di bahagian pertahanan kerana ketiadaan tiga pemain berkenaan bagi mengekal keupayaan menghadapi saingan dan memastikan pasukan berada sekurang-kurangnya dalam kumpulan empat pasukan teratas Liga Super, katanya. 


Sementara kehadiran Shukor Adan, 33, dari Negeri Sembilan, Nor Fazly Alias dari T-Team dan penjaga gol Johor FC, G Jeevananthan bersama pasukan memudahkan tugasnya mengatur strategi baru. 

Kehadiran Shukor yang juga bekas ketua pasukan Selangor yang menjulang Merah Kuning menjuarai tiga gelaran pada 2005 dan membantu Negeri Sembilan menjulang piala Malaysia musim 2009 dan 2011, akan memudahkan lagi percaturan saya nanti, kata Sathia yang dinobatkan jurulatih terbaik Liga M musim ini. 

Kehadiran Jeevananthan yang pernah bermain sebagai penjaga gol Sabah dan Selangor memberi pilihan untuknya menggantikan penjaga gol utama Mohd Farizal Harun. 

Bagi musim 2013 Tentera menyenarai 25 pemain yang memulakan latihan di pangkalan TUDM Subang minggu lalu. Mereka akan mengadakan tiga aksi persahabatan di Thailand bermula 13 hingga 19 Disember menentang Tentera Darat Thailand, Bangkok Club dan juara Piala FA Thailand musim ini, pasukan Kelab Burinam.

Safee ikut jejak Mat Yo

05 Disember 2012


pix_gal0
Tanpa angin, tanpa ribut, penyerang sensasi negara, Safee Sali menyertai skuad Liga Super Johor secara pinjaman selama setahun daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.

Dengan perpindahan pemain yang kini bersama Harimau Malaya menghadapi Piala Suzuki AFF itu menjadikan Johor satusatunya pasukan disertai enam pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi Liga Super 2013. 


Sebelum ini Johor berjaya mengikat Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad. 


Bagaimanapun, sidang media majlis menandatangani kontrak antara Safee dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang sepatutnya berlangsung di Hotel Prince di sini, malam tadi tidak dapat disempurnakan seperti dirancang.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini keluar dari kem.

“Saya minta maaf kerana sidang media ini tidak dapat dijalankan seperti dirancang kerana FAM tidak membenarkan Safee keluar dari kem.

“Apa pun kami sudah pun mendapatkan surat pelepasan daripada Arema Indonesia hari ini (semalam) untuk Safee dipinjamkan ke Kelab Bola Sepak Darul Takzim iaitu pasukan Johor selama semusim dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. 
“Nilai pinjaman dan gaji bakal diterima Safee tidak boleh didedahkan.

“Rundingan sebenarnya sudah dilakukan sebelum ini dan sepatutnya hari ini (semalam) kami dapat mengadakan sidang media.

“Bagaimanapun, pada 29 Disember ini, kami akan mengadakan sidang media memperkenalkan skuad lengkap Johor untuk musim 2013,” kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim pemberita malam tadi.

Suhairi sempat menunjukkan surat pelepasan yang ditandatangani Pengarah Arema Indonesia, Ruddy Widodo dan surat tawaran kontrak untuk ditandatangani Safee.

Selepas pengumuman itu, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang enggan ditemuramah dilihat bersama rombongannya bergegas menaiki kereta dipercayai untuk ke Wisma FAM bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Ditanya tindakan Johor itu boleh mengganggu fokus Safee dan persiapan skuad kebangsaan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, Suhairi berkata: “Kami nak kejar tarikh tutup pendaftaran pemain pada 6 Disember ini. Jadi kami terpaksa menyelesaikan urusan perpindahan ini dengan segera. 

“Apa pun Tunku Ismail mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya.”

Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini

Safee milik Johor

05 Disember 2012

SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.
Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.
“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.
Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.
Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.
Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2E8P9s8gP 
Hakcipta terpelihara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...