Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 13 Disember 2014

Aidil Zafuan Sanggup Ke Bali Layan Isteri Mengidam

13 Disember 2014

Screen-Shot-2014-11-25-at-00.07.56
Ini nama dia cinta sejati. Walaupun dah dekat sebulan, tapi Aidil Zafuan tetap gigih melayan kehendak isterinya, Zarema Zainal yang mengidam martabak manis.
Mungkin disebabkan makanan tersebut sukar dicari di Malaysia, maka pasangan ini dilihat telah terbang ke Bali semata-mata untuk mendapatkan apa yang diidam. Tak untung ke dapat suami macam ni?
Screen Shot 2014-11-24 at 23.29.02

Alang-alang dah sampai sana, takkan pergi balik hari semata-mata untuk makan, betul tak? Nampaknya, Aidil turut mencuri peluang untuk terus bercuti di sana bersama adik kembarnya dan Ayu Raudhah.
Baguslah, selagi masih boleh berjalan naik kapal terbang, lebih baik melancong sepuasnya. Mana tahu nanti bila anak dah lahir, tak cukup masa pula nak bercuti panjang.
Tapi kami tertarik melihat sekeping gambar yang tersebar di Internet menunjukkan Aidil-Zarema dan Zaquan-Ayu double date menunggang motor bersiar-siar di Bali. Bukan setakat Aidil dan Zaquan sahaja kembar, tapi makin lama muka Zarema dan Ayu pun makin nampak seiras.
Screen Shot 2014-11-24 at 23.26.39
Comel kan?
Apapun, kami mendoakan agar Zarema selamat melahirkan anak sulungnya kelak. Korang rasa anak ketiga Aidil ni lelaki ke perempuan? Mungkin dapat kembar pula kali ni.

Aidil Zafuan Dapat Anak Perempuan?

13 Disember 2014

Screen Shot 2014-12-02 at 5.23.13 AM
Suka betul kami melihat kebahagiaan kapten bola sepak JDT dengan isterinya, Zarema Zainal ini. Mana taknya, bila intai laman Instagram, ada je foto sweet berdua yang dimuat baik.
Tapi, semalam kami menerima kiriman emel dari seorang pembaca. Katanya, dia keliru sama ada pasangan ini sudah mendapat cahaya mata atau tidak.
Pelik juga kami dengan pertanyaan itu. Iyalah, rasanya Zarema kini berada di fasa pertengahan kehamilannnya. Takkanlah dah dapat baby. Betul tak?
Screen Shot 2014-12-02 at 5.23.45 AMScreen Shot 2014-12-02 at 5.23.53 AM
Rupa-rupanya, kekeliruan ini tercetus apabila Zarema dan Aidil memuat naik sekeping foto bayi perempuan di akaun Instagram masing-masing.
Haa, peminat pun apa lagi, tak sempat mengetahui siapakah gerangan bayi tersebut, terus je serkap jarang dan mengucapkan tahniah bertubi-tubi kepada pasangan tersebut.
Andaian mereka dikuatkan lagi apabila Zarema memuat naik foto Aidil sewatu kecil. Haa, motif sangat kan. Saje je mengundang tanda tanya di hati peminat fanatik mereka. Hehe.
Namun, akhirnya Zarema memberikan penjelasan bahawa bayi comel tersebut adalah anak kakaknya. Dia pun terkejut bila ramai yang menyangka baby comel tu anaknya tau.
Screen Shot 2014-12-02 at 5.25.42 AMScreen Shot 2014-12-02 at 5.25.29 AMScreen Shot 2014-12-02 at 5.26.03 AM
Haaa, terjawab sudah pertanyaan semua. Alah, biasa la tu, bila dah berkahwin dengan orang popular, mesti peminat teruja nak tahu mengenai perkembangan terkini. Kan?
Apapun, kita doa-doakanlah yang terbaik buat pasangan ini. Semoga di saat Zarema bersalin nanti, segalanya dipermudahkan.

Aidil Zafuan mahu rakan bangkit di Hanoi

13 Disember 2014

KUALA LUMPUR : Mohd Aidil Zafuan mahu rakan seperjuangannya dalam skuad Harimau Malaya beraksi penuh disiplin pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, esok.
Bekas kapten yang tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan kali ini selepas diundang kecederaan itu berharap rakannya tidak mengulangi kesilapan ketika aksi di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Beliau cukup optimis peluang menang masih terbuka jika bersandarkan rekod cemerlang Malaysia ketika menumbangkan Singapura 3-1 di tempat lawan, pada 29 November.
Malah, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu yang kini beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yakin jika rentak juang menewaskan Singapura diulangi, kemenangan pasti milik negara.
"Kena main seperti kita tewaskan Singapura hari itu, mesti kita boleh menang. Saya yakin Harimau Malaya boleh bangkit semula walaupun kita tewas di Shah Alam.
"Sekurang-kurangnya jaringan 2-0 boleh dicari. Kalau pemain beraksi penuh semangat, bersungguh dan tidak putus asa...kita boleh (lakukan)," katanya.
Beliau ditemui BH Online di Mahkamah Rendah Syariah Petaling ketika hadir prosiding tuntutan nafkah anak difailkan bekas isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di sini, hari ini.
Skuad kendalian Dollah Salleh memulakan aksi Piala AFF Suzuki 2014 agak hambar selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Myanmar, serta tewas ke atas Thailand 3-2 dalam aksi ke dua peringkat kumpulan B.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya bangkit untuk menewaskan Singapura dalam penentuan slot ke separuh akhir, selepas menundukkan skuad singa itu 3-1, menerusi dua jaringan minit tambahan separuh masa kedua oleh Safiq Rahim dan Indra Putra Mahyuddin.

Khamis, 11 Disember 2014

Aidil lewat failkan hujahan balas

12 Disember 2014

SHAH ALAM – Kes tuntutan nafkah dua orang anak pelakon Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak yang sepatutnya diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini semalam terpaksa ditangguhkan pada tahun hadapan.
Ia berikutan kelewatan defendan memfailkan hujahan balas mereka baru-baru ini.
Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah turut memutuskan Mohd. Aidil Zafuan, 27, yang merupakan pemain Johor Darul Takzim (JDT) membayar kos kehadiran RM500 kepada Rita Rudaini, 38, ekoran mahkamah tidak dapat memberikan keputusan kes itu pada hari tersebut.
Abdul Halim kemudian menetapkan 26 Januari depan bagi keputusan kes itu.
Terdahulu, Rita Rudaini sebagai plaintif yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memohon kepada mahkamah agar diberikan satu tarikh baharu bagi keputusan kes itu kerana pihaknya baru menerima hujahan balas defendan pada 1 Disember lalu.
“Defendan sepatutnya memasukkan hujah itu pada 22 Oktober dan kami perlu memfailkan hujahan penutup pada 12 November lalu.
“Namun defendan hanya memfailkan hujah mereka awal bulan ini menyebabkan kami memerlukan masa bagi memfailkan hujahan penutup,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3LepbJzkT 
Hakcipta terpelihara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...