Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 13 Disember 2014

Aidil Zafuan mahu rakan bangkit di Hanoi

13 Disember 2014

KUALA LUMPUR : Mohd Aidil Zafuan mahu rakan seperjuangannya dalam skuad Harimau Malaya beraksi penuh disiplin pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, esok.
Bekas kapten yang tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan kali ini selepas diundang kecederaan itu berharap rakannya tidak mengulangi kesilapan ketika aksi di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Beliau cukup optimis peluang menang masih terbuka jika bersandarkan rekod cemerlang Malaysia ketika menumbangkan Singapura 3-1 di tempat lawan, pada 29 November.
Malah, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu yang kini beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yakin jika rentak juang menewaskan Singapura diulangi, kemenangan pasti milik negara.
"Kena main seperti kita tewaskan Singapura hari itu, mesti kita boleh menang. Saya yakin Harimau Malaya boleh bangkit semula walaupun kita tewas di Shah Alam.
"Sekurang-kurangnya jaringan 2-0 boleh dicari. Kalau pemain beraksi penuh semangat, bersungguh dan tidak putus asa...kita boleh (lakukan)," katanya.
Beliau ditemui BH Online di Mahkamah Rendah Syariah Petaling ketika hadir prosiding tuntutan nafkah anak difailkan bekas isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di sini, hari ini.
Skuad kendalian Dollah Salleh memulakan aksi Piala AFF Suzuki 2014 agak hambar selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Myanmar, serta tewas ke atas Thailand 3-2 dalam aksi ke dua peringkat kumpulan B.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya bangkit untuk menewaskan Singapura dalam penentuan slot ke separuh akhir, selepas menundukkan skuad singa itu 3-1, menerusi dua jaringan minit tambahan separuh masa kedua oleh Safiq Rahim dan Indra Putra Mahyuddin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...