Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Sinar Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinar Harian. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mei 2014

Rayuan ditolak, Aidil Zafuan gagal ‘kembali’

07 Mei 2014

  • Aidil ZafuanAidil Zafuan (kanan)
 1 / 1 
[DIKEMASKINI] PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menolak rayuan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung kes pemain pertahannya, Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah ketika berdepan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, penolakan kes Aidil berdasarkan kesalahan di bawah Perkara 35.3 (2) mengenai pergantungan secara automatik pemain yang dilayangkan kad kuning mahupun merah.

Sehubungan itu katanya, pihak FAM secara langsung tidak mempunyai bidang kuasa untuk meminda hukuman yang telah dijatuhkan oleh pengadil perlawanan.

"Layangan kad kuning dan kad merah adalah keputusan pengadil. Mana-mana pemain dilayangkan dua kad kuning digantung satu perlawanan namun bagi kad merah yang dilayangkan secara terus digantung dua perlawanan.

"Peraturan ini diguna pakai di mana-mana liga seluruh dunia, cuma masalah yang berlaku ada sesetengah liga penggantungan dua perlawanan tidak melibatkan perlawanan kalah mati.

"Namun dalam Kod Tatatertib FAM menjelaskan, mana-mana pemain yang bermain dalam Liga Malaysia seandainya dilayangkan dua kad kuning dan kad merah tidak boleh beraksi dalam saingan liga dan juga perlawanan kalah mati.

"Bagi kes Aidil ini ia jelas di mana keputusan diambil tertakluk di bawah Perkara 35.3(2) dan FAM mengambil keputusan menolak rayuan tersebut serta hukuman gantung dua perlawanan kekal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tatatertib di Wisma FAM hari ini.

Tuafek juga memberitahu bahawa rayuan yang dikemukakan oleh pihak JDT juga tidak berasas kerana sebarang keputusan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan adalah muktamad.

“Tidak kira apa juga alasan yang diberi sama ada keputusan pengadil buat, itu bukan bidang kuasa jawatankuasa tatatertib, kami tak boleh mengambil kira sikap pengadil kerana itu bidang kuasa jawatankuasa pengadil.

“Meskipun pihak JDT memberitahu alasan punca Aidil mengasari pemain Lions XII, tapi kami tak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah hukuman outomatik, jadi saya ingin jelaskan Aidil tidak akan dapat beraksi di pentas final menentang Kelantan Sabtu ini,” ujarnya.

Keputusan FAM tersebut menyebabkan Aidil bakal terlepas aksi akhir menentang Kelantan, Sabtu ini selepas dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan ke atas pemain Lions XII, Irwan Shah dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1.

Isnin, 5 Mei 2014

JDT hilang dua tonggak?

05 Mei 2014

SKUAD Harimau Selatan dikhabarkan bakal kehilangan dua tonggak import iaitu Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Pemain dari Argentina, Aimar dan pemain pertahanan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, Baihakki dikatakan turut tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkhabaran itu sudah mula menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook oleh beberapa peminat bola sepak negeri ini yang mendakwa Aimar mengambil keputusan mengundurkan diri sementara Baihakki pula digugurkan.

Tidak kurang juga ada peminat yang menjalankan kempen #savebaihakki, selain menuntut penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Baihakki yang juga bekas pemain Lions XII sudah menyatakan perkara itu di laman Instagram miliknya dengan akaun nama baihakki06, selain turut mengucapkan selamat tinggal kepada rakan dan peminat.

Beliau menulis: “Selamat tinggal kawan-kawan Johor ku, mahu pun di luar padang atau pun di luar sana. Saya ingin ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai sini saja sumbangan saya.

“Saya tak ingat perkara begini boleh berlaku tetapi itu keputusan ahli pelatih. Berjuanglah teman hingga ke garis penamat."

Baihakki turut memaklumkan mengenai status dirinya yang direhatkan buat sementara waktu dan dijangka akan beraksi semula bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada musim depan, sekali gus berharap perubahan skuad JDT memberi ruang untuk pasukan berkembang.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu.

JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin

05 Mei 2014

  • JDT dapat khidmat pemain Amerika LatinMarcos Antonio bakal ganti posisi Baihakki di benteng pertahanan JDT.
 1 / 1 
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal menggunakan khidmat pemain kelahiran Brazil, Marcos Antonio Elias Santos bagi mengisi posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Baihakki Khaizan.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka dimasukkan pada jendela perpindahan bulan ini, bagi menggalas tanggungjawab mengekang asakan penyerang import pihak.

Marcos yang pernah menyarung jersi kelab berpangkalan di Jerman, FC Nuremberg selain berkhidmat dengan Rapid Bucuresti, Belenenses dan Auxerre dipilih atas kemampuan dimiliki serta pengalamannya bermain di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Jurulatih JDT terdahulu, Cesar Ferrando Jimenez pernah mencadangkan pasukan memerlukan pemain yang memiliki fizikal lebih besar dan kuat.

Marcos yang memiliki ketinggian 1.87 meter juga pernah dipinjam ke kelab ternama di Greece iaitu PAOK FC, U.D.Leiria dan Academica de Coimbra (Portugal).

Selain Marcos, JDT turut dikhabarkan membawa masuk penyerang berusia 24 tahun kelahiran Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz.

Pemain yang bermain untuk kelab Atletico Lanus itu dikatakan memiliki bakat yang hebat, skil tinggi serta kemampuan menggelecek yang menakjubkan.

Bagaimanapun, PBNJ masih belum mengumumkan kedua-dua pemain ini secara rasmi kepada media buat masa ini.

5 pemain JDT perkuat Asean All-Stars

05 Mei 2014

  • 5 pemain JDT perkuat Asean All-StarsSafee Sali (tengah) antara pemain JDT yang disenaraikan dalam pasukan Asean All-Stars
 1 / 1 
MOHD Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan Safee Sali antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang disenaraikan dalam pasukan Asean All-Stars.

Kelima-lima pemain Harimau Selatan itu bakal beraksi bersama pasukan pilihan Asean menentang skuad kebangsaan Indonesia bagi menghadapi perlawanan amal di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 11 Mei ini.

Ketika mengumumkannya, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pemilihan mereka diputuskan badan induk kebangsaan itu berdasarkan persembahan semasa dalam saingan Liga Malaysia.

FAM turut memilih bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dan Tan Cheng Hoe masing-masing sebagai ketua dan penolong jurulatih untuk pasukan itu, yang bakal dianggotai oleh beberapa pemain daripada liga di rantau Asean.

“Ini merupakan penghormatan kepada Malaysia dan AFF dalam mengadakan lebih banyak perlawanan amal (pada masa akan datang),” katanya

Ayu Raudhah bakal timang anak kedua

05 Mei 2014

  • Ayu Raudhah Ayu Raudhah
 1 / 1 
PELAKON cantik, Ayu Raudhah dan pasangannya, pemain bola sepak negara, Zaquan Adha, bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Adik kepada Rozita Che Wan itu telah pun mengesahkan dia kini hamil empat bulan setelah menimang cahaya mata pertama, Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.

Tahniah buat Ayu- Zaquan yang bakal menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Ahad, 4 Mei 2014

JDT turunkan 2 pemain import baharu tentang Pahang

05 Mei 2015

  • JDT turunkan 2 pemain import baharu tentang PahangPengurus Pasukan Johor Darul Ta'zim ( JDT) I, Bojan Hodak menyerahkan jersi kepada dua pemain Import baharu Jorge Pereyra Diaz, 24, dari Argentina (kiri) dan Marcos Antonio Elias Santos, 30, dari Brazil pada majlis sesi memperkenalkan pemain baru kepada peminat di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) yang akan berdepan Pahang pada perlawanan separuh akhir Piala FA malam esok bakal menurunkan dua pemain import baharu bagi memastikan kemenangan.
 
Pengurus pasukan Bojan Hodak berkata kehadiran Jorge Pereyra Diaz, 24, dan Marcos Elias Santos, 31, yang menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan menjadi senjata rahsia skuad 'Harimau Selatan' memandangkan pihak pelawat tidak tahu keupayaan yang dimiliki mereka.

"Diaz dan Santos sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka dan kehadiran mereka merupakan satu tambahan yang baik kepada pasukan.

"Ini sekaligus menaikkan semangat pemain lama dan menambahkan ketajaman di bahagian serangan," katanya pada majlis pengenalan Diaz dan Santos di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Johor Bahru, hari ini.

Hodak berkata Diaz bakal menyarung jersi bernombor 42 namun masih menanti Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) yang beliau yakin dapat diperoleh sebelum perlawanan esok.

Dalam pada itu, Hodak menuntut pemain skuad tuan rumah memberi tumpuan penuh pada perlawanan itu dan memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri.
 
"Dengan memontum kemenangan yang dimiliki, saya yakin pemain mampu memastikan kami mempunyai kelebihan sebagai bekalan  untuk pertemuan kedua di Stadium Darul Makmur nanti," katanya.
 
Sementara itu, Santos yang akan menyarung jersi bernombor 44 berkata beliau bertekad untuk membantu pasukan berkenaan memenangi trofi pada musim ini.
 
"Keyakinan saya amat tinggi pada ketika ini untuk memastikan kemenangan dan membawa pasukan ke perlawanan akhir," katanya. - Bernama

Ayu Raudah selamat lahir anak kedua

05 Mei 2014

  • Ayu Raudah selamat lahir anak keduaGambar anak Ayu Raudah. - Foto Ihsan Roti Kaya
 1 / 1 
PELAKON, Ayu Raudhah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 2.15 petang Jumaat lalu.

Ayu berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah berkat doa daripada keluarga, kawan-kawan dan kalian semua, pada jam 2.15 petang Ayu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.73 kilogram.

Alhamdulillah syukur,” tulisnya pada sekeping gambar bayinya.

Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun.

Isnin, 16 Disember 2013

Ayu Raudhah bakal timang anak kedua

17 Disember 2013

  • Ayu Raudhah Ayu Raudhah
 1 / 1 
PELAKON cantik, Ayu Raudhah dan pasangannya, pemain bola sepak negara, Zaquan Adha, bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Adik kepada Rozita Che Wan itu telah pun mengesahkan dia kini hamil empat bulan setelah menimang cahaya mata pertama, Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.

Tahniah buat Ayu- Zaquan yang bakal menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Aidil Zafuan temui cinta baharu

17 Disember 2013

  • Aidil ZafuanAidil Zafuan bersama teman barunya, Zarema Zaina.l - Foto ihsan Media Hiburan
 1 / 1 
BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.

Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan  bakal mengahwini  anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.

“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.

Aidil: Tuntutan nafkah Rita tak munasabah

17 Disember 2013

Rita Rudaini

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak menganggap tuntutan nafkah untuk dua orang anak mereka yang diminta bekas isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebanyak RM5,392 sebagai tidak munasabah.

Hal ini kerana menurut Aidil, gaji bulanan yang diperolehinya hanya RM10,000 sebulan.

Aidil, 26, yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut mendakwa jumlah yang diminta Rita, 37, melampaui perbelanjaan sebenar keperluan asas kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Aidil juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang  kerana anaknya sudah pun makan makanan pejal dan sudah pandai pergi ke tandas sendiri.

"Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah.

"Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac," ujar Aidil.

Tambahnya lagi, gaji RM10,000 yang diterimanya perlu diagihkan kepada tanggungan lain juga seperti ibu bapa, hutang peribadi dan keperluan sendiri.

Kata Aidil, duit itu jugalah yang digunakannya untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya yang diperuntukkan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Isnin, 19 Ogos 2013

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

20 Ogos 2013

Rita Rudaini

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Isnin, 15 Julai 2013

Rita masih tunggu Aidil?

15 Julai 2013

Rita Rudaini
Rita Rudaini
ENTAH bila masalah rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akan berakhir setelah berlarutan tiga tahun lamanya.

Namun, aktres cantik itu masih menerima Aidil sekiranya jodoh mereka masih panjang.

Menerusi akhbar tempatan, Rita menegaskan dia sudah malas untuk memikirkan masalah yang dialaminya itu.

Sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk mencari nafkah dan membesarkan kedua-dua puteranya tanpa kehadiran suami.

“Saya bahagia solo. Tetapi andai jodoh kami masih kuat, saya akan terima dia seadanya dan cuba untuk memupuk kembali rasa sayang itu,” katanya.

Selasa, 26 Februari 2013

Aidil: 'Saya tak sayang Rita lagi'

26 Februari 2013


Rita Rudaini
Rita ketika ditemu bual di luar Mahkamah Rendah Syariah Seremban
 Aidil Zafuan
Aidil Zafuan
SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh  baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS).

Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif.

Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan.

“Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan,” katanya.

Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu.

“Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh.

Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan.

“Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini,” katanya.

Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain.

Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri?

Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia.

Hakim syarie: Sayang tak kat suami?

Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang.

Hakim syarie : Nak cerai dah?

Aidil: Ya (angguk)

Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya.

“Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya.

Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga.

“Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini,” katanya.

Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil.

“Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek,” katanya.

Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai.

Jumaat, 25 Januari 2013

Feroz pertahan keaslian 'Sehangat Asmara'

25 Januari 2013 (24 Januari 2013)


Adi Putra, Rita Rudaini
Adi Putra, Rita Rudaini peneraju Sehangat Asmara
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief, di Sydney Australia, membawa mereka ke ikatan perkahwinan meskipun tanpa restu orang tua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanah air membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal.

Sembilan tahun berlalu, Zainal kembali menagih cintanya. Mampukah Zainal menambat kembali hati isterinya?

Semuanya akan terjawab menerusi drama Sehangat Asmara yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta popular hasil nukilan penulis Aisya Sofea terbitan Alaf 21.

Bersiaran selama 33 episod di saluran 134, Astro Mustika HD, jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis, drama ini menampilkan gandingan mantap Rita Rudaini (Kamilia Najwa) dan Adi Putra (Zainal Arief).

Mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal, Mohd Feroz Kader, drama adaptasi ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.

“Sehangat Asmara bukanlah karya biasa yang ada dalam pasaran kerana novel ini ramai pengikutnya. Selain dapat mengetengahkan novel yang lebih  berkualiti dan cuba menarik minat peminat penonton drama tersebut,

"Kami mahu beri satu peluang buat peminat novel ini untuk menonton cerita yang sama dalam bentuk visual, ”kata pengarah Cinta Kasih dan Carlos ini.

Tak ubah 'sesuka hati'

Feroz berkata, pengalaman mengarahkan drama adaptasi novel ini tidaklah begitu berbeza berbanding drama lain. Cuma yang membezakannya hanyalah pada jalan cerita yang tidak boleh diubah sesuka hati.

Bagaimanapun, menurut Feroz, setiap babak yang terkandung dalam penceritaan novel adalah mustahil untuk dipenuhi sepenuhnya menerusi bentuk visual memandangkan ia dilakukan dalam jangka masa singkat.

“Dalam drama ini, jalan cerita adalah berdasarkan penulisan novel dan selebihnya kami telah mengolah mengikut kesesuaian watak dan keadaan. Kami cuba sedaya upaya mengekalkan jalan cerita yang sama supaya ia tidak lari jauh dengan penulisan novel tersebut.

“Walaupun tidak semua yang ditulis dalam novel dapat divisualkan, namun dalam keseluruhan episod ini sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan babak yang ada dalam novel itu,” katanya yang turut menjalani penggambaran di Australia.

Tanpa membelakangkan penulis novel itu, Feroz memberitahu, dia juga turut berbincang dengan penulis novel itu bagi mendapatkan gambaran jalan cerita yang sebenar.

Keserasian Adi, Rita

Mengenai pemilihan barisan pelakon terlibat, Feroz berkata, pandangan daripada pembaca novel Sehangat Asmara juga diambil untuk menentukan pelakon yang sesuai membintangi drama ini.

“Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian watak, sedikit sebanyak membantu menjayakan drama ini.

"Saya turut berpuas hati dengan pemilihan pembaca. Ternyata gandingan Adi Putra dan Rita Rudaini serasi untuk drama ini. “Mereka merupakan pelakon yang sangat profesional dan mampu menghayati watak dengan berkesan," katanya.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran mengarahkan drama tersebut, Feroz meluahkan rasa bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan yang berlaku, cuma ada setengah penggambaran terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca.

Menurutnya, sepanjang menjalani penggambaran bersama produksi Sehangat Asmara, tiada sebarang masalah timbul memandangkan semua yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang baik.

“Alhamdulillah, semua krew dan pelakon melakukan kerja mereka dengan baik dan segala  kesukaran dapat ditangani dengan sempurna.

“Sebagai pengarah, saya berpuas hati dan berharap drama ini dapat menarik penonton untuk sentiasa mengikuti kisahnya hingga ke akhir,” katanya.
 

Ahad, 20 Januari 2013

Sehangat Asmara, gandingan mantap Adi, Rita & Izreen

20 Januari 2013


Sehangat Asmara, gandingan mantap Adi, Rita & Izreen
Gandingan mantap Adi Putra dan Rita Rudaini
Sehangat Asmara, gandingan mantap Adi, Rita & Izreen
Barisan pelakon sehangat Asmara
Sehangat Asmara, gandingan mantap Adi, Rita & Izreen
Sehangat Asmara oleh Aisya Sofea
SETELAH tayangan drama bersiri Adam & Hawa berjaya menjadi fenomena tersendiri, Astro menerusi saluran Mustika HD bakal mengulangi kejayaan itu dengan mempertaruhkan sebuah lagi drama bersiri hebat, Sehangat Asmara.

Drama bersiri terbitan Global Station tersebut turut diadaptasi daripada novel cinta popular hasil nukilan penulis Aisya Sofea terbitan Alaf 21.

Bakal menemui penonton bermula 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam, drama arahan Mohd Feroz Kader ini menampilkan gandingan mantap Rita Rudaini (Kamilia Najwa) dan Adi Putra (Zainal Arief). Turut dibantu beberapa pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle (Azman), Izreen Azminda (Mimie), Dian P Ramlee (Puan Sri Zaharah) dan ramai lagi.

Ditemui ketika majlis perasmian Sehangat Asmara di Publika, Solaris Dutamas, ternyata barisan pelakonnya pasti 'menghangatkan' lagi drama cinta terhalang ini.

Drama 33 episod ini mengisahkan pasangan Kamilia Najwa dan Zainal Arief yang menjalinkan hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan di Sydney tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka terhenti kerana Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu, sehinggalah mencecah sembilan tahun, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia menanti dengan air mata.

Babak romantis Adi

Pelakon kacak, Adi Putra akui dirinya tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakonkan babak remaja dalam drama tersebut.

Walaupun begitu, Adi percaya setiap watak dan babak dalam drama tersebut memiliki cabarannya yang tersendiri, namun kesukaran mendalami karakter Azinal Arief tidaklah begitu maksimum.

"Alhamdulillah, saya senang bawa watak ini dengan baik. Dengan pengalaman lakonan sebelum ini, saya mampu mendalami karakter Zainal dengan mudah.

"Saya juga tidak mengalami masalah untuk hidupkan watak Zainal ketika remaja dan saya yakin babak itu masih nampak segar.

"Bagi saya, usia seseorang pelakon tidak tertakluk kepada watak yang dipegang. Apa yang penting, kebolehan pelakon menguasai watak dengan baik," katanya.

Tambah Adi, dia selesa dan senang bekerjasama dengan Rita Rudaini walaupun mereka jarang digandingkan bersama.

Menurut Adi, setiap babak romantis yang perlu dilakukan bersama Rita mendapat keserasian memandangkan aktres itu lebih bersikap profesional.

“Sepanjang menjalani penggambaran bersamanya, saya tidak mengalami sebarang masalah dan kami senang untuk mendapatkan keserasian.

“Dia seorang pelakon yang profesional dan sikap terbukanya memudahkan kami untuk menghidupkan watak sebagai suami isteri dengan baik,” katanya mengenai gandingannya bersama Rita dalam drama yang sebahagiannya menjalani penggambaran di Sydney, Australia itu.

Rita tertekan

Berlainan dengan Adi Putra, aktres cantik, Rita Rudaini memberitahu pada awal menerima skrip dirinya agak tertekan untuk menghayati watak yang diberikan.

Kata Rita, jalan cerita yang diketengahkan dalam drama ini memberi impak yang begitu mendalam sehinggakan dia tertekan untuk menyesuaikan watak tersebut.

"Sebelum menerima tawaran lakonan dalam drama ini, saya juga merupakan salah seorang peminat novel Sehangat Asmara dan saya akui jalan ceritanya sedih.

"Lebih tertekan apabila watak yang saya bawa banyak babak menangis sehinggakan saya kekeringan air mata untuk menangis.

"Sebagai seorang pelakon, saya terpaksa lakukannya. Walaupun mengambil sedikit masa, akhirnya saya mampu mendalami watak dengan baik," ujarnya.

Selain tertekan dengan babak sedih, Rita turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan keserasian bersama Adi.

Sikap pendiam Adi membataskan dirinya untuk mengenali mengenali pelakon itu dengan lebih dekat walaupun pernah digandingkan bersama menerusi filem Balistik.

“Walaupun ini kali ketiga kami digandingkan bersama, namun saya akui masih belum mengenali Adi dengan baik dan sebab itu, saya segan untuk menegurnya takut-takut dipandang serong.

"Setelah beberapa hari menjalani penggambaran bersama, akhirnya Adi telah memberi respons yang baik dan sejak itu keserasian kami mula wujud," jelasnya.

Jadi jahat lagi: Izreen

Biarpun sekali lagi diberi kepercayaan memegang watak antagonis, pelakon Izreen Azminda masih gembira menerima tawaran lakonan tersebut.

Tambahan pula, penonton sudah mula mengenali dirinya dengan baik menerusi watak seumpama itu dan ia menunjukkan lakonannya berjaya sekali gus memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

"Dalam drama ini saya memegang watak sebagai Mimi yang merupakan teman rapat Kamilia dan atas beberapa sebab akhirnya dia menjadi musuh rakan baiknya itu.

"Saya tidak kisah melakonkan watak perempuan jahat malah saya seronok melakukannya, tapi pada masa yang sama ia perlulah mengikut kesesuaian.

"Walaupun saya kerap diberi watak seperti itu, saya akan cuba lakukan kelainan supaya penonton tidak bosan dengan lakonan saya," katanya.

Bercerita mengenai pengalaman menjalani penggambaran Sehangat Asmara di Sydney, Izreen memberitahu, itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di sana.

"Ketika menjalani penggambaran di sana, Sydney mengalami musim panas dan ia memudahkan kami menjalankan tugas dengan baik.

"Pemandangan dan persekitaran di sana juga cukup indah dan ia sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya untuk mendalami watak dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izreen bakal tampil dalam sebuah drama Tanggang Ayu yang bakal ditayangkan di saliran Astro Prima bermula 11 Februari ini.

Ahad, 30 Disember 2012

5 selebriti paling kontroversi sepanjang tahun

31 Disember 2012 (30 Disember 2012)


Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Sempena berakhirnya 2012, Zass senaraikan lima selebriti dengan kisah kontroversi sepanjang tahun.


Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila
dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Tidak terhenti setakat itu, bermula daripada insiden keluar rumah itu, Rita dan Aidil mula naik turun mahkamah berkaitan isu penjagaan anak, kembali taat, dan kini berkaitan dengan kes penceraian pula. Kes berkaitan rumah tangga mereka masih berjalan sehingga kini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.


Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Susulan daripada itu, Anzalna tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang dikatakan sering menghinanya serta cuba menjatuhkannya ketika berada di dalam pertandingan program realiti itu. Kenyataan berani Anzalna itu bagaimanapun membawa padah kerana Neelofa kemudian mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut Anzalna membuat kenyataan maaf dalam tempoh 7 hari.

Namun kes mereka dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Neelofa dan Anzalna kemudian berdamai selepas Anzalna mengeluarkan kenyataan maaf dalam sidang media yang dianjurkan Seniman.

Baru sahaja reda dengan kontroversi, nama Neelofa kembali menjadi perhatian apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak profesional oleh pereka fesyen, Nurita Harith, yang menyediakan bajunya untuk program.

Namun, kes itu diam begitu sahaja selepas kedua-duanya berdiam diri.

Artis dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada di antara selebriti tidak berniat untuk mencipta kontroversi, namun kerana status yang dikecapi, maka mereka tidak dapat lari dari menjadi perhatian bukan sahaja media, malahan peminat yang kini semakin peka dengan karier mereka.


Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.


Kisah cinta Rozita

Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.


Bila Zed Zaidi berkuasa

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.



Ahad, 2 Disember 2012

Piala AFF: Malaysia mara separuh akhir

2 Disember 2012


Mahalli Jasuli
Mahalli Jasuli meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua bagi Malaysia. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
MALAYSIA layak ke separuh akhir dengan mengatasi Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad kebangsaan mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27, sebelum Mahala Jasuli menggegarkan stadium dengan gol kedua pada minit ke-30.
Meskipun Malaysia mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong yang membanjiri stadium malam ini, Harimau Malaya tidak mempamerkan aksi garang pada babak awal perlawanan apabila Indonesia terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah menerusi Vendry.
Pun begitu, rembatan kencang Rendry berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.
Selang satu minit kemudian, sekali lagi peluang Indonesia untuk menjaringkan gol. Percubaan Samsul tersasar.
Susulan asakan pasukan pelawat, Malaysia mula mengatur gerakan menarik. Safee Sali tidak berjaya menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut pada minit ke-23.
Selepas itu, penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila tendangan Azamuddin berjaya menewaskan penjaga Indonesia, Wahyu Tri Nugroho untuk meletakkan di depan pada minit ke-27.
Selang tiga minit kemudiaan, kealpaan benteng pertahanan Indonesia akhirnya mengundang padah apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua menerusi Mahali pada minit ke-30, sekali gus menggegarkan stadium dengan nyanyian kata-kata semangat.
Bersambung babak kedua, Indonesia mula beraksi garang apabila pergerakkan cantik Andik nyaris membolosi gawang.
Percubaannya ditangkap kemas oleh Farizal.
Selepas itu, giliran Malaysia melakukan asakan, tetapi tandukan Safee hasil hantaran Zubir sekali lagi tidak menepati sasaran pada minit ke-51.
Indonesia tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, Pun begitu gagal membolosi gawang lawan dan akhirnya terpaksa akur apabila misi mereka untuk menempah tiket ke separuh akhir musnah.

Senarai pemain:
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (Kapten), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Wan Zack Haikal Wan Nor, Azamuddin Mohd Akil (Ahmad Fakri Saarani), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan), Mohd Safee Mohd Sali.
  
INDONESIA: Wahyu Tri Nugroho, Vendry Ronaldo Mofu, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Fachruddin Wahyudi Aryanto, Taufiq, Elie Aiboy (Kapten)(Andik Vermansyah), Samsul Arif Munip (Jhonny Rudolf Van Beukering), Oktovianus Maniani (Tonnie Harry Cusell), Irfan Haarys Bachdim.
  
Pengadil: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)
Berikut kedudukan akhir pasukan kumpulan B selepas perlawanan Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki:
  
                                 P    M     S    K    J    B   MATA
  
    SINGAPURA     3    2     0    1    7    4    6
    MALAYSIA         3    2     0    1    6    4    6
    Indonesia           3    1     1    1    3    4    4
    Laos                   3    0     1    2    6   10    1

Piala AFF: Malaysia layak ke separuh akhir, komen anda?

2 Disember 2012
Logo Piala AFF


DENGAN kemenangan kedua berturut-turut malam tadi, Malaysia kini layak ke separuh akhir kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia mengatasi Indonesia 2-0. Harimau Malaya akan bertemu Thailand, juara Kumpulan A, di separuh akhir.

Apakah komen anda tentang pencapaian Harimau Malaya setakat ini dan harapan berkenaan peringkat separuh akhir. Sila berkongsi bersama pembaca Sinar Harian Online.

Rajagobal puji aksi mantap pemain

2 Disember 2012


K Rajagobal
Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal memuji para pemainnya yang berjaya menunjukkan peningkatan dari semua segi serta mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding sebelum ini.

Jelasnya, walaupun skuad Garuda cuba mengubah kedudukan jaringan dan bermain corak pantas, namun para pemain bejaya bertahan dengan begitu baik.

"Kemenangan ini sebenarnya tidak mudah. Kami hanya berehat dua hari sebelum berdepan Indonesia.

"Saya gembira dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain yang bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan ini," katanya selepas berakhirnya perlawanan menentang Indonesia, semalam.

Semalam, Harimau Malaya berjaya menundukkan Indonesia 2-0 sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Sebagai naib juara kumpulan B, anak buah Rajagobal bakal berdepan dengan Thailand yang muncul juara Kumpulan A di separuh akhir yang akan berlangsung di sini pada 9 Disember dan di Bangkok pada 13 Disember.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang Thailand dalam saingan separuh akhir minggu depan, Rajagobal menegaskan bahawa beliau telah bersedia untuk menghadapi skuad Gajah Putih itu.

"Saya sudah bersedia berhadapan pasukan Thailand.

"Memang tidak dinafikan Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi.

"Pada masa sama, pemain juga perlu melupakan kemenangan ke atas Indonesia, sebaliknya memberi memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand nanti," ujar beliau yang berharap pemainnya dapat mengekalkan prestasi ini.

Sabtu, 1 Disember 2012

Harimau kembali bernafas

1 Disember 2012 (28 November 2012)


Harimau kembali bernafas
Khyril Muhymeen merembat untuk gol keempat Harimau Malaya semasa menewaskan Laos, 4-1 pada aksi Kumpulan B, Piala AFF Suzuki, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
PINTU ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka buat anak buah Datuk K Rajagobal selepas mencatat kemenangan ke atas Laos, malam tadi.
Skuad Harimau Malaya yang terdesak memburu tiga mata, membaham skuad Kokichi Kimura 4-1, sekali gus melenyapkan seketika kekecewaan tewas pada perlawanan pertama.

Safiq Rahim yang menerima kritikan sebelum ini membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi satu sepakan percuma selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan di luar kotak penalti.

Gol berkenaan berjaya menyuntik semangat pemain untuk  memburu jaringan tambahan namun, gandingan Safee-Mat Yo gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang.

Menuju penghujung babak pertama Malaysia menggandakan asakan ke kubu Laos, namun kesilapan Safiq menghantar bola kepada pemain lawan membawa padah, apabila Khonesavanh Sihavong bijak menggunakan peluang untuk meledak gol penyamaan Laos pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Rajagobal melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Azmi Muslim dengan memasukkan Zubir Azmi.

Sedar hanya kemenangan sahaja mampu menyelamatkan kempen Malaysia pada kali ini, skuad kebangsaan kembali mengatur serangan dan hampir berada di hadapan, namun tandukan Safee pada minit ke-62 sedikit tersasar.

Bagaimanapun, empat minit kemudian penyerang Pelita Jaya itu menebus kesilapannya dengan jaringan kedua Malaysia selepas menyempurnakan hantaran Wan Zack Haikal.

Pada minit ke-75 tiba giliran Wan Zack mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menanduk masuk untuk jaringan ketiga Harimau Malaya.

Selesa mendahului 3-1, Rajagobal melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Khyril Muhymeen Zambri untuk digantikan dengan Safee dan ternyata ia tidak sia-sia apabila penyerang

Kedah itu meledak gol  keempat  pada minit ke-78 selepas hanya beberapa minit berada di atas padang.

Kemenangan 4-1 diraih skuad kebangsaan menjadi penyuntik motivasi bagi mengalahkan Indonesia pada perlawanan wajib menang Sabtu ini untuk mara ke pusingan separuh akhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...