Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2013

Anak Cemburu Bila Rita Rudaini Didekati Seseorang?

05 Julai 2013 

Anak Cemburu Bila Rita Rudaini Didekati Seseorang?

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2013: Biarpun Syawal yang menjelang kelak menandakan bahawa ianya bakal menjadi tahun kedua Rita Rudaini beraya tanpa suami di sisi namun dramatis jelita itu nyata langsung tidak merasai kekurangan dari segi itu. Sebaliknya, 2 orang putera dalam hidupnya kini adalah segalanya buat Rita serta merupakan keutamaannya yang terpenting dalam hidupnya.
Mengenai kisah dan hal rumahtangga, Rita meletakkan ia di posisi yang jauh di bawah dan sekadar berserah kepada takdir untuk menentukan jodohnya dengan pemain bola sepak ternama negara, Aidil Zafuan.
Jarang sekali Rita berenggang dengan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna yang kini masing-masing berusia 4 dan 2 tahun itu. Jika di luar waktu Rita berkerja, sudah semestinya kedua-dua hero itu yang akan menemani aktres jelita berusia 36 tahun ini ke mana sahaja dia pergi.
"Sekarang fokus utama saya hanya pada anak-anak. Tiada lain yang mampu mengembirakan hati saya selain daripada melihat telatah mereka berdua. Benda yang tidak pernah selesai (kes rumahtangga), itu biarkanlah.
"Saya tunggu sahaja apa keputusan daripada pihak mahkamah tetapi selagi saya boleh lawan, saya akan lawan demi anak-anak dan keadilan untuk saya. Lagipun saya sendiri susah nak percayakan orang untuk menjaga anak saya. Lagi-lagi pelbagai cerita penderaan budak oleh pembantu rumah, saya jadi fobia.
"Ada juga yang suruh pasang CCTV, tapi saya bukan risau anak kena dera. Tapi risau kalau saya nampak anak saya dah kena dera, memang parah pembantu rumah itu saya kerjakan,"ujar Rita berseloroh sambil menceritakan tentang perihal anak-anaknya yang sentiasa berada dalam pengawasannya sendiri.
Dek kerana sentiasa berada di depan mata, anak sulung Rita yang lebih dikenali dengan nama Rayyan itu dikatakan cemburu jika ada orang lain kelihatan mendekati 'mummy'nya itu. Tidak kira siapa pun, Rayyan dikatakan bimbang kalau-kalau mummynya akan dibawa lari meninggalkannya.
"Mana tidaknya kalau dah setiap masa dengan saya, bila ada orang duduk sebelah saya pun dia dah merengek tidak mahu orang duduk berdekatan dengan saya. Kalau dulu ada pembantu tidaklah sampai begini.
"Sekarang ini memang semua saya buat sendiri. Ibu sayalah yang akan ambil alih tugas menjaga mereka jika berkunjung ke KL atau jika saya ada penggambaran di luar. Macam saya cakap sebelum ini, memang susah nak percaya orang jaga anak kita.
"Kalau waktu bersama memang saya tak dapat nak buat apa-apa selain melayan karenah mereka. Lepas dah penat, mereka masuk tidur barulah saya dapat berkemas dan membuat hal-hal lain,"tambahnya lagi.
Rita Rudaini ditemui di sebuah majlis anjuran label perhiasan diri terkemuka, Pandora di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Khamis, semalam. Majlis yang meraikan koleksi terbaru Pandora khas untuk digayakan sempena Aidilfitri itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Fouziah Gous, Kaka Azraff, ChaCha Ma'embong dan Nabila Huda.
Aktres yang baru selesai dengan telemovie Antara Safa & Marwah itu kini sedang berehat menanti Ramadhan dimana dia akan bercuti sepanjang bulan dan menumpukan perhatian pada anak dan persiapan Syawal.
Khabarnya dia telah pun memiliki 10 helai baju raya dan akan pulang ke Perlis berhari raya. Perniagaan kosmetik miliknya iaitu RS Collagen juga terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan bakal tampil dengan produk baru tidak lama lagi.


Ahad, 30 Disember 2012

5 selebriti paling kontroversi sepanjang tahun

31 Disember 2012 (30 Disember 2012)


Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Antara selebriti paling kontroversi sepanjang tahun ini.
Sempena berakhirnya 2012, Zass senaraikan lima selebriti dengan kisah kontroversi sepanjang tahun.


Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila
dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Tidak terhenti setakat itu, bermula daripada insiden keluar rumah itu, Rita dan Aidil mula naik turun mahkamah berkaitan isu penjagaan anak, kembali taat, dan kini berkaitan dengan kes penceraian pula. Kes berkaitan rumah tangga mereka masih berjalan sehingga kini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.


Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Susulan daripada itu, Anzalna tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang dikatakan sering menghinanya serta cuba menjatuhkannya ketika berada di dalam pertandingan program realiti itu. Kenyataan berani Anzalna itu bagaimanapun membawa padah kerana Neelofa kemudian mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut Anzalna membuat kenyataan maaf dalam tempoh 7 hari.

Namun kes mereka dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Neelofa dan Anzalna kemudian berdamai selepas Anzalna mengeluarkan kenyataan maaf dalam sidang media yang dianjurkan Seniman.

Baru sahaja reda dengan kontroversi, nama Neelofa kembali menjadi perhatian apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak profesional oleh pereka fesyen, Nurita Harith, yang menyediakan bajunya untuk program.

Namun, kes itu diam begitu sahaja selepas kedua-duanya berdiam diri.

Artis dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada di antara selebriti tidak berniat untuk mencipta kontroversi, namun kerana status yang dikecapi, maka mereka tidak dapat lari dari menjadi perhatian bukan sahaja media, malahan peminat yang kini semakin peka dengan karier mereka.


Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.


Kisah cinta Rozita

Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.


Bila Zed Zaidi berkuasa

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.



Safee sesuai galas tugas pembantu penyerang

31 Disember 2012

Johor Bahru: Andai Johor Darul Takzim masih mahu menurunkan semua pemain berstatus bintang ketika aksi Liga Super bermula 8 Januari ini, formasi paling sesuai digunakan ialah 4-3-1-2 dengan meletakkan Safee Sali sebagai pembantu penyerang. 

Safee tampak sesuai membantu gandingan Daniel Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha di posisi serangan kerana gemar beraksi dengan hantaran pendek dan melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti. 

Guiza dan Mat Yo pula beraksi di posisi sayap kanan dan kiri sebelum menyusup ke dalam kotak penalti. 


Posisi tengah menyaksikan Safiq Rahim akan bergandingan bersama Simone Del Nero, namun andai pemain import dari Itali itu belum pulih dari kecederaan paha, Ahmad Ezrie Sazali tampak sesuai mengisi kekosongan di posisi tengah kiri sambil Nurul Azwan Roya di kanan. 

Benteng pertahanan tampak ampuh menerusi gandingan Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan Abd Radzak dengan Azmi Muslim menguatkan bahagian kiri manakala Mohd Faizal Mansor di kanan tatkala kedua-dua pemain itu mampu melakukan serangan dengan bola hantaran lintang ke kawasan kubu lawan. 

Apa pun ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad masih belum memutuskan kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim baru ini, sebaliknya masih berusaha mencari kombinasi terbaik. 

Kami sedang berusaha dan saya akan pastikan semua pemain kebangsaan yang berada dalam skuad Johor Darul Takzim diturunkan pada setiap aksi Liga Super kerana misi utama adalah memburu kemenangan. Formasi saya pratikkan semuanya bergantung kepada kerjasama pemain, katanya.

Carta artis kontroversi 2012

31 Disember 2012 (30 Disember 2012)



KALENDAR 2012 menemui tarikh hujungnya sebelum tahun baru 2012 menjelma sehari lagi. Seiring dengan itu, pentas hiburan tempatan tidak ketinggalan dihidangkan isu-isu kontroversi. Pancaindera senaraikan paparkan sorotan figura dunia hiburan tempatan mengikut carta.

MENGANDUNG PALING PANTAS

PASANGAN pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle menjuarai carta artis kontroversi 2012 setelah membocorkan rahsia kehamilan selepas 16 hari selamat melangsungkan pernikahan. Pasangan itu bernikah pada 3 November lalu di Ampang. Diana sendiri yang berkongsikan berita gembiranya itu melalui Twitter miliknya. Bagaimanapun, pasangan pelakon itu menggunakan pendekatan ‘tutup mulut’ untuk mengulas perkhabaran berita itu.

BERKAHWIN PALING CEPAT

PELAKON Anne Ngasri mengambil masa yang singkat untuk berkahwin dengan Mohd. Sumali Reduan. Perkahwinan mereka menjadi sensasi kerana berlaku selepas Anne berpisah dengan bekas kekasihnya, Aliff Aziz. Anne dilaporkan bersedia untuk bersatu dengan Aliff pada penghujung 2012. Lantaran itu timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinan Anne dengan Mohd. Sumali yang juga Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia. Malah ada yang mempertikaikan tujuan Anne mengahwini lelaki berasal dari Johor itu.

BERGADUH SEBAB CEMBURU?

PUNCA pergaduhan antara Neelofa dan Anzalna bermula sewaktu sama-sama turut serta dalam pertandingan wanita tercantik. Ada silap kata dan tingkah yang tidak menyenangkan di antara dua pihak yang menyebabkan isu yang kecil menanah dan menjadi besar. Masing-masing memendam perasaan sehingga tercetus peperangan. Pun begitu mereka ada hujah mempertahankan diri sendiri.

DITUDUH MENCURI TAPI TAK ADA BUKTI

KEJADIAN memalukan yang melanda pelakon Awal Shaari dan Scha Al-Yahya ini ketika mereka sama-sama memperagakan baju sebuah butik terkenal. Dikatakan ada baju penganjur yang diambil oleh pasangan selebriti itu secara tak sengaja. Namun tak ada bukti khusus dibuat daripada penganjur mahupun daripada mana-mana pihak tentang perbuatan pasangan pelakon tersebut.

DITAJA TAPI TAK MENGAKU

TASHA Shilla yang populariti semakin mencanak naik dikatakan ‘disimpan’ oleh seorang lelaki kaya-raya. Lelaki yang dikenali sebagai Datuk J itu dikatakan sanggup menghadiah sebuah banglo sehinggalah kereta Audi yang dipandu olehnya asalkan sanggup berparti di kelab malam bersama. Pun begitu Tasha tetap dengan pendirian menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan terhadap dirinya itu.

KISAH RUMAH TANGGA RITA RUDAINI

KRISIS rumah tangga Rita Rudaini dengan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjadi tumpuan sepanjang tahun. Pelbagai cerita didedahkan di media sehingga menyebabkan orang luar membuat persepsi masing-masing. Pada 7 November lalu, Rita berjaya dalam permohonannya untuk membantah perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil.

BERCINTA LAMA TAPI TAK KAHWIN-KAHWIN

SERI hubungan cinta antara pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz semakin pudar selepas cerita mereka dilihat kerap didedahkan di media. Perubahan ketara selepas Fizz dapat anugerah yang mengganggu gugat hubungan cintanya dengan Almy. Banyak pihak buat spekulasi, ditambah pula dah enam tahun cerita tentang kahwin, tapi masih belum ada cerita perkahwinan sebenar.

IKA NABILA SERBA LENGKAP

NAMA penyanyi genit ini menjadi jelik sebab dikatakan terlibat dengan kes hubungan sejenis, minuman keras dan menyimpan alat permainan seks orang dewasa. Gosip kian panas apabila kru produksi menyampaikan bahawa Ika Nabila tanpa segan silu mengajak seorang aktres comel untuk mengadakan hubungan seks terlarang bersamanya yang katanya lebih menyeronokkan. Kesemua dakwaan itu disangkal Ika.

NABILA HUDA YANG SENSASI

KISAH kontroversi membabitkan Nabila Huda sering mencerminkan sisi negatif dirinya kepada khalayak. Dikatakan berpeluk sakan dengan kekasih gelap, Johan As’ari di lokasi penggambaran drama Pelangi Kasih. Ibu Keisha Laila ini juga panas dengan kontroversi pakaian seksinya pada acara karpet merah majlis Anugerah Blokbuster 2011 awal bulan Oktober lalu dan mencuri tumpuan umum apabila dituduh menghadiri parti liar menyambut Halloween pada hujung bulan yang sama.

SOAL CINTA HATI SHILA

JUARA rancangan realiti Asian Wave 2012 di Shanghai, China mencetuskan kontroversi gara-gara terlalu mendedahkan kisah cintanya dengan Shaarnaz Ahmad kepada khalayak. Perlakuan mencium tangan Sharnaaz secara tidak sengaja di satu majlis anugerah, pergaduhan dan lamaran tak rasmi di Twitter menyebabkan ada segelintir pihak kurang senang. Pun begitu, perkara peribadi itu bijak dikawal Shila seiring dengan kisah kerjayanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121230/hi_06/Carta-artis-kontroversi-2012#ixzz2Gbwtg14F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hot Mama To Be 2013

31 Disember 2012



Tiada apa yang lebih menggembirakan pasangan yang sudah berumahtangga selain menerima khabar gembira yang si isteri disahkan hamil. Apa kata kita lihat senarai selebriti wanita yang hamil pada tahun ini, di mana ada di antara mereka yang sedang menunggu bila-bila masa sahaja untuk bersalin.

Natasha Hudson

                         

Pelakon cantik ini disahkan hamil sebulan oleh doktor pada 30 Ogos lalu. Ia merupakan kehamilan keduanya di mana beliau mempunyai seorang anak, Nessa Helena yang kini berusia empat tahun. Natasha berkahwin dengan Carleed Khaza pada 15 April lalu.

Fasha Sandha

                         

Mendirikan rumahtangga pada 27 April 2012, Fasha kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta, Jejai. Jika dihitung, usia kandungan pelakon ‘Runtun Qalbu’ ini sudah melebihi 20 minggu sekarang. Ketika trimester pertama kehamilan, Fasha mengakui beliau mengalami alahan pada ubat gigi. Fasha kini sudah tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana mahu berehat.

Memey Suhaiza
Pelakon Memey Suhaiza begitu gembira apabila disahkan hamil enam minggu selepas sembilan bulan melayari bahtera perkahwinan bersama aktor Norman Hakim. Dijangka melahirkan anak pada Februari tahun depan, usia kandungan Memey kini dianggarkan berusia dalam tujuh bulan.

        

Walaupun mengalami alahan yang teruk sehingga usia kandungan mencecah empat bulan, namun Memey tetap teruja menanti kehadiran cahaya mata sulungnya di mana setiap hari beliau akan memandang cermin untuk melihat perutnya membesar. Malah, dek kerana terlalu teruja, pasangan ini juga sudah terlintas untuk memberikan nama anak mereka, Muhammad Darwish Hakim.

Ning Baizura

               

Spekulasi mengenai berita kehamilan Ning Baizura akhirnya terjawab apabila penyanyi bersuara soprano itu akhirnya berkongsi dalam sebuah majlis sidang media pada September lalu yang beliau kini sedang hamil lima bulan. Ning dan suami, Omar Sharif Christopher Layton cukup teruja dengan berita ini apatah lagi mereka sudah empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.

Diana Danielle
                         

Isteri kepada Farid Kamil ini disahkan hamil selepas enam belas hari mereka mendirikan rumahtangga. Tidak dinafikan ramai yang agak terkejut dengan berita gembira tersebut kerana menganggap ia berlaku terlampau cepat. Diana berkongsi berita kehamilannya itu di Twitter dan Instagram, dan menganggap bayi yang dikandungnya itu adalah anugerah terindah sempena hari jadinya yang ke-21.

Faezah Elai

                         

Mendirikan rumahtangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada 9 September 2011, pelakon Faezah Elai kini sedang hamil sekitar lapan bulan. Pelakon ini sudah mula berehat dari mengambil sebarang tawaran lakonan sejak kandungannya berusia 2 bulan lagi kerana mengalami alahan yang teruk selain cepat penat sepanjang tempoh kehamilan.

Eira Syazira

                         

Boleh dikatakan, isteri kepada Azad Jazmin ini sedang menghitung waktu untuk melahirkan cahaya mata sulungnya pada bila-bila masa saja. Berkongsi berita kehamilannya kepada umum sekitar Mei lalu, Eira Syazira dan suami begitu teruja untuk bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Ayu Raudhah

                          

Kesedihan akibat keguguran semasa mengandungkan anak pertama pada akhir tahun lalu terubat apabila Ayu Raudhah kini sedang hamil enam bulan. Isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha ini memberitahu yang beliau kini lebih bersikap berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Sepanjang tempoh kehamilan, Ayu tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

Shera Aiyob

                          

Setelah hampir setahun diijabkabulkan, pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob menerima berita gembira apabila Shera disahkan hamil. Berkongsi berita tersebut di laman Instagram, Shera kini sedang hamil tiga bulan.

Sabtu, 29 Disember 2012

Tunku Ismail yakin kemampuan Johor D.T

30 Disember 2012


Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalam dengan pemain pada majlis memperkenalkan skuad Johor Darul Takzim dan Johor di Plaza Angsana, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bimbang dengan kekalahan pasukan bintang Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos itu, Johor Darul Takzim tewas 1-2 kepada skuad adik, Johor.
Tunku Ismail berkata, ini kerana menang atau kalah merupakan adat pertandingan, namun apa yang lebih penting baginya adalah kedua-dua pasukan di bawah PBNJ menunjukkan komitmen, semangat juang dan disiplin yang tinggi.

“Kita tidak boleh menjangkakan untuk menang 6-0 pada setiap perlawanan. Perlawanan itu hanyalah aksi pemanas badan dan melihat keberkesanan strategi yang dibuat. Saya masih percaya kita mempunyai peluang meraih kejayaan.

“Bagaimanapun saya gembira dengan perkembangan Johor, syabas dan ia jelas kita mempunyai dua pasukan yang mantap," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tunku Ismail berkata, adalah tidak adil untuk menghakimi aksi pasukan bintang Johor Darul Takzim selepas satu perlawanan yang lebih kepada sesi pemanas badan, satu kekalahan bukan bermakna ia adalah penamat bagi segala-galanya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan keyakinan pasukan Johor Darul Takzim dapat beraksi pada waktu malam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos sebaik saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bermula.

Ia berikutan jaminan yang diberikan Tunku Ismail bahawa pihaknya sedang berusaha untuk memasang dan menaik taraf lampu limpah di stadium berkenaan mengikut spesifikasi ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Insya-Allah kita akan selesaikan masalah ini sebelum 8 Januari. Saya yakin perlawanan di Stadium Larkin pasti akan diadakan pada waktu malam," katanya ketika diminta mengulas berhubung isu lampu limpah yang tidak mengikut spesifikasi.

Akhbar sebelum ini melaporkan, hanya tujuh stadium yang menjadi lokasi tuan rumah aksi Liga M menepati piawaian memiliki sekurang-kurangnya lampu limpah dengan tahap kecerahan 1,000 lux.

Stadium Tan Sri Hassan Yunos merupakan salah satu stadium yang tidak menepati piawaian ditetapkan FAM sekali gus menyebabkan perlawanan di lokasi tersebut perlu dijalankan pada waktu siang iaitu pukul 4.45 petang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121230/su_02/Tunku-Ismail-yakin-kemampuan-Johor-DT#ixzz2GUXAvYRs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 27 Disember 2012

Fandi puas hati prestasi pemain

28 Disember 2012


 Pemain Kelab Johor Darul Takzim Daniel Guiza (kiri) cuba melepasi pertahanan  Woodlands Wellington, di Stadium Larkin, kelmarin.Pemain Kelab Johor Darul Takzim Daniel Guiza (kiri) cuba melepasi pertahanan Woodlands Wellington, di Stadium Larkin, kelmarin.
Johor Bahru: Pelaburan lumayan Johor Darul Takzim mendapatkan khidmat pemain berstatus bintang menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan mula membuahkan hasil.

Ini berikutan kemenangan besar skuad kendalian Fandi Ahmad apabila membelasah kelab Liga Singapura (Liga-S), Woodland Wellington 5-1 pada saingan Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, kelmarin. 
Kejayaan itu memberi gambaran awal skuad yang bergelar Harimau Selatan itu harus digeruni dalam usaha memburu tiga kejuaraan - Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia musim depan. 


Kelemahan dikesan

“Untuk keseluruhan aksi itu, saya berpuas hati,” kata pengendali skuad Johor darul Takzim, Fandi Ahmad.

“Cuma pada 10 hingga 15 minit perlawanan pada babak pertama, ada kelemahan dikesan apabila pemain hilang arah dan gagal mengumpan bola dengan tepat namun semua dapat diatasi selepas mereka mula menjiwai perlawanan itu.”

Fandi berkata, beliau sengaja tidak menurunkan Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak pertama bagi memberi ruang kepada pemain muda membuktikan kesungguhan untuk berada dalam skuad utama dan apa yang mereka sajikan tidak mengecewakan. 
Mengenai tugas Safiq Rahim, Fandi berkata pemain itu tampak lebih selesa apabila bergandingan dengan Ahmad Ezrie Sazali yang sering bertindak menyekat pergerakan lawan di kawasan tengah tatkala pemain tengah kebangsaan itu bebas melakukan gerakan tanpa perlu memikir untuk bertahan.

Keserasian terserlah

28 Disember 2012


GANDINGAN Daniel Guiza dan Safee Sali yang dipertaruhkan ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad mula menunjukkan keserasian apabila saling membantu bagi menghasilkan gol pada Kejohanan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Larkin, kelmarin.
Apapun bagi pemain import termahal kancah Liga M musim depan, Guiza yang memiliki reputasi tinggi selaku pemenang Kasut Emas La Liga Sepanyol ketika bersama Real Mallorca musim 2007 menganggap masih terlalu awal untuk melabelkan dia dan Safee penyerang paling digeruni.

“Ini baru permulaan dan belum lagi ada persefahaman jitu namun saya puas hati dengan aksi Safee sepanjang babak pertama apabila bijak mencari ruang kosong sebelum bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Jika ada dua atau tiga lagi perlawanan mungkin saya akan serasi dengan corak permainan Safee.
“Hasil gerakan kami, saya dan Safee berjaya menjaringkan gol. Pada saya kombinasi begini amat penting dalam setiap perlawanan,” katanya.

Fandi yang sengaja tidak menurunkan Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak pertama mempunyai alasan sendiri kerana kedua-dua pemain itu belum mencapai tahap kecergasan memuaskan selepas mengharungi kempen Piala AFF bersama skuad Harimau Malaya baru-baru ini.

“Mat Yo dan Aidil Zafuan belum 100 peratus cergas dan saya tidak mahu ambil risiko untuk menurunkan mereka sepanjang 90 minit perlawanan. Apapun saya memasukkan mereka di babak kedua dan corak permainan yang disajikan tidak mengecewakan malah Mat Yo mampu mencipta jaringan.
“Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu berpuas hati dengan persembahan pemain kerana dalam tempoh 10 hingga 15 minit di babak pertama, masih ada kelonggaran yang dipamerkan namun semuanya dapat diatasi selepas pemain mula menunjukkan kesungguhan dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Skuad bergelar Harimau Selatan itu layak ke final saingan itu dan akan beraksi malam ini sama ada bertemu Pahang atau Johor dan barisan Fandi perlu melakar kejuaraan pada kejohanan yang julung kali diadakan dan berjaya menggamit kehadiran lebih 20,000 penyokong untuk membanjiri stadium.
“Saya berterima kasih kepada penyokong yang hadir dan ini isyarat kepada saya dan pemain untuk memberi persembahan terbaik sepanjang kempen Liga M bermula bulan depan.”
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Harimau Selatan baham Wellington

27 Disember 2012


KELAB Johor Darul Takzim yang dianggap pasukan paling mahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan memberi amaran awal untuk pencabar mereka apabila mudah meratah kelab Liga Singapura (Liga S), Woodlands Wellington, 5-1 dalam aksi pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Larkin, malam tadi.
Walaupun tanpa kelibat Simone Del Nero yang mengalami kecederaan hingga memaksa ketua jurulatih, Fandi Ahmad melakukan perubahan taktik dengan merehatkan Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Nurul Azwan Roya di babak pertama, penguasaan jelas milik skuad bergelar Harimau Selatan itu.

Sebaik aksi memasuki minit kesembilan, gema ‘Sorakan Larkin’ yang sekian lama menyepi menyambut jaringan Daniel Guiza hasil bola sepakan percuma yang terbias benteng Woodlands Wellington dengan penjaga gol, Ahmadulhaq Che Omar terpaku melihat bola menerjah jaring. Gandingan Safee Sali-Guiza sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pelawat apabila bertali arus melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol namun masih belum menemui penyudah berkesan ketika Ahmadulhaq tampak bertungkus lumus menghalang pintu golnya daripada dibolosi.
Keserasian Safee dan Guiza sudah mula mempamerkan taring dengan gerakan pemain import termahal Liga M dari Sepanyol itu pada minit ke-39 yang melorongkan bola tepat kepada penyerang kebangsaan itu untuk mudah menolak masuk bagi menewaskan Ahmadulhaq.

Sepanjang babak pertama benteng pertahanan skuad Harimau Selatan yang membabitkan gandingan kapten Ahmad Tharmimi Saiban dan Muslim Ahmad tampak begitu kebal apabila barisan serangan Woodlands Wellington jelas sukar untuk melakukan percubaan berbahaya.

Ketika aksi babak pertama berbaki seminit, Safee Sali yang tampak lesu pada saingan Piala AFF meledakkan rembatan deras untuk memastikan Johor Darul Takzim selesa mendahului 3-0.
Sebaik babak kedua bermula, Woodlands Wellington merapatkan jurang gol pada minit ke-51 selepas Khalid Hamdaoui merembat kencang dari luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol, Al-Hafiz Hamzah. Fandi yang tampak mahu menggunakan perlawanan itu bagi mencari barisan mantap memasukkan Norshahrul Idlan dan Aidil Zafuan ketika mereka cuba memperagakan corak permainan pantas dan hasilnya, pada minit ke-82, Safiq Rahim meledakkan rembatan deras menerusi sepakan percuma sebelum Norshahrul turut menjaringkan gol ketika aksi berbaki dua minit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/2

Sorotan Penceraian Selebriti Sepanjang 2012 Di Murai

27 Disember 2012

Sorotan Penceraian Selebriti Sepanjang 2012 Di Murai


ada Adi Putra, awal tahun lalu. Dalam pada itu ada juga yang mahu merujuk semula sepertimana yang dilakukan Datuk Aziz Sattar selepas 9 bulan berpisah dengan isterinya.
Tidak kurang juga kisah panas mengenai perceraian para selebriti tempatan yang masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak seperti Erra dan suami, Engku Emran serta kisah penceraian yang tiada kesudahan di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta A.Aida dengan suaminya.
Berikut adalah senarai penceraian yang telah disahkan berlaku sepanjang 2012 ini.
Hattan & Farah Asyikin
Pada 12 Januari 2012, penyanyi rock popular, Hattan, 48, dan Farah Asyikin Othman, 34, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah walaupun baru sahaja dua bulan disatukan sebagai suami isteri. Mereka telah berkahwin pada November tahun lalu sebelum tersebarnya gambar panas melibatkan Farah dengan jejaka lain.
Sharifah Aleya & Ashraf
Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik , di atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Perkara ini mengejutkan para media dan peminat kerana sebelum ini tiada khabar bertiup mengenai pasangan yang bernikah pada 2007 itu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar perempuan iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena.
Adda Butterfly & Ridzuan Mohammad
Setelah kisah perkahwinan penyanyi kumpulan Butterfly, Adda yang dirahsiakan pada awalnya telah dapat dihidu media, namun ia hanya bertahan selama 17 hari. Jejaka berstatus duda, Ridzuan Mohammad yang dikahwininya dikatakan menyembunyikan status sebenar dirinya. Adda Butterfly bagaimana pun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kekeliruan status suaminya dan menerima ketentuan menjadi janda di usia muda.
Safee Sali & Sabrina Yusof
Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof pada April lepas di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar di Mahkamah Syariah Shah Alam. Pasangan ini mempunyai dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 ketika Safee masih bermain untuk negeri Sarawak. Punca penceraian tidak dapat dikenalpasti.
Jimmy Shanley & Nursuhaila
Setelah pelbagai isu berbangkit mengenai perceraian pasangan Jimmy Shanley dan anak pengasas produk Natasya, Nursuhaila bertebaran, akhirnya mereka disahkan bercerai secara tebus talak pada 10 Oktober 2012 di Mahkamah Syariah Subang Bistari. Jimmy hanya perlu membayar RM1 kepada Nursuhaila sebagai bayaran tebus talak dan ianya telah dilakukan pada hari tersebut. Pasangan ini memiliki seorang cahayamata daripada perkahwinan ini.
Sasha Saidin & Salyo
Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin telah sah bercerai dengan suami, Salyo yang dinikahinya lima tahun lalu pada 10 Julai 2012. Pasangan ini bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak selepas Salyo, 37, yang berasal dari Indonesia melafazkan cerai talak satu terhadap Sasha, 36, di hadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin. Punca penceraian sebenar tidak diketahui namun mereka menjelaskan ini adalah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Raja Azmi & Jailani Sidek
Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49 dan produser kontroversi, Raja Azmi telah disahkan bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 3.25 petang pada 27 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat. Pasangan yang sudah 28 tahun mendirikan rumahtangga ini memilih haluan sendiri setelah munculnya pelbagai kisah mengaitkan mereka. Menurut Raja Azmi, dia tidak senang melihat Jalani dituduh dayus dan sebagainya membuatkan dia rela berpisah demi maruah bekas suaminya itu.
Ana Dahlia & Chef Riz
Setelah genap setahun bergelar suami isterin Ana Dahlia dan Chef Riz akhirnya disahkan bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember lalu. Mereka yang melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2011 dilanda kemelut rumahtangga yang dirahsiakan punca sebenarnya. Namun Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan memberitahu usia perkenalan yang singkat antara sebab tiada sefahaman diantara mereka.
Datuk Aziz Sattar & Datin Hashimah Delan
Walaupun seniman veteran, Datuk Aziz Sattar berjaya menyembunyikan kisah perceraiannya dengan bekas isteri, Datin Hashimah Delan selama 9 bulan, namun akhirnya perkara tersebut sampai ke pengetahuan media pada November lalu. Mereka dilaporkan telah bercerai pada 3 Mac lalu. Punca dikatakan berlaku sedikit perselisihan faham di antara mereka. Namun Pak Aziz kini dalam proses untuk kembali merujuk isterinya itu tidak lama lagi.

Rabu, 26 Disember 2012

Aidil kekok beralih posisi

26 Disember 2012


'PASUKAN MAHAL' MULA LATIHAN...Skuad Johor Darul Takzim mengadakan latihan pertama disertai bintang baru, Safee Sali (dua daru kanan), Muslim Ahmad, Safiq Rahim dan Nurul Azwan Roya di bawah bimbingan Fandi Ahmad (kiri) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam. - Foto OMAR AHMAD'PASUKAN MAHAL' MULA LATIHAN...Skuad Johor Darul Takzim mengadakan latihan pertama disertai bintang baru, Safee Sali (dua daru kanan), Muslim Ahmad, Safiq Rahim dan Nurul Azwan Roya di bawah bimbingan Fandi Ahmad (kiri) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam. - Foto OMAR AHMAD
Johor Bahru: Selepas sekian lama mendominasi posisi pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak bakal memulakan kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan bersama kelab Johor Darul Takzim di posisi pertahanan kanan.

Pemain pertahanan Harimau Malaya mengakui dirinya agak kekok selepas ketua jurulatih skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad meletakkannya beraksi di posisi itu buat pertama pada sesi latihan pertama bersama skuad itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam. 
"Ini adalah pertama kali dalam karier bola sepak saya beraksi di posisi pertahanan kanan dan saya akui agak kekok pada sesi latihan pertama namun sebagai pemain profesional masalah itu mampu diatasi dan saya yakin segala kerumitan yang dihadapi akan dapat diselesaikan. 


"Apapun semuanya bergantung kepada jurulatih (Fandi Ahmad) yang mencorakkan taktikal pasukan, dan dengan adanya latihan sebelum saingan Liga Super bermula sudah pasti saya akan bersedia menggalas tugas di posisi baru," kata Aidil Zafuan.

Bagi Fandi perubahan itu perlu dilakukan memandangkan pasukan itu sudah ada pemain pertahanan tengah yang mantap gandingan Ahmad Tharmimi Saiban dan Muslim Ahmad malah tindakan itu juga bagi memastikan posisi pertahanan kanan memerlukan pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan.

"Salah satu faktor yang menyebabkan saya mengubah posisi Aidil Zafuan lebih terarah kepada perlu pemain pertahanan kanan yang mampu melakukan larian pantas untuk membuat serangan di posisi sayap kanan dan saya lihat beliau amat sesuai untuk diletakkan di posisi itu.

"Saya yakin dalam tempoh terdekat, beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan posisi baru itu dan bakal bergandingan bersama kembarnya, Zaquan Adha (Abd Radzak) yang akan beraksi di posisi sayap kanan," katanya. 
Fandi juga berpuas hati dengan komitmen dari lima pemain kebangsaan, Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Azmi Muslim dan Norshahrul Idlan Talaha yang memulakan latihan pertama bersama skuad Harimau Selatan yang tampak bersemangat tatkala masih perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan Johor Darul Takzim.

"Kita akan harungi saingan empat penjuru yang bermula malam esok namun kelima-lima pemain mempunyai tempoh singkat untuk menyesuaikan diri. 

Bagaimanapun sebagai pemain profesional dan pernah beraksi dengan beberapa pasukan, saya yakin tidak timbul masalah buat mereka mempraktikkan corak permainan yang saya terapkan," kata Fandi.

Tugas berat bintang Johor

26 Disember 2012


Safee Sali (kanan) dan Norshahrul Idlan Talaha antara bintang baru dalam skuad Johor musim 2013.

JOHOR BAHRU - Selepas dua tahun tidak menyertai liga elit domestik, penyerang baru Johor Darul Takzim, Safee Sali nyata teruja menjalani latihan bersama pasukan barunya, sekali gus berjanji memberikan yang terbaik.

Sambil menyifatkan keputusan untuk menyertai skuad Harimau Selatan adalah tepat terutama dalam usaha menyelamatkan karier bola sepaknya, Safee jelas gembira dan bersemangat pada sesi latihan pertamanya.

Sesi latihan pertama bagi lima pemain kebangsaan yang bermain untuk pasukan yang dilabel sebagai termahal dalam Liga Malaysia (Liga M) itu diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin kelmarin.
Selain, Safee, kelibat Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak dan Azmi Muslim juga kelihatan bersemangat pada sesi latihan dikendalikan ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan pembantunya, Ismail Ibrahim.

Safee mengakui dia mempunyai tugas berat terutama dalam peringkat awal kerana mahu mendapatkan keserasian bersama skuad Harimau Selatan yang baru disertainya itu.

"Saya gembira dapat bersama menjalani latihan dengan rakan lain dan sudah pasti untuk mendapatkan keserasian yang sempurna memerlukan masa, mungkin dalam lima hingga perlawanan lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Pendapat dan perasaan sama turut diluahkan Pemain Paling Bernilai 2012, Norshahrul atau Mat Yo yang kini mendapat gelaran baru iaitu Wak Lan, yang menekankan tentang persefahaman antara rakan pasukan lain sebagai perkara penting.

Ini kerana, katanya, persefahaman antara satu sama lain perlu dipertingkatkan sejajar usaha untuk menjadikan pasukan lebih yakin dalam mengharungi saingan dalam setiap perlawanan apabila Liga-M bermula tidak lama lagi.

"Ini baru sesi latihan pertama dan sudah pasti keserasian itu masih longgar, namun saya percaya dengan komitmen diberikan setiap pemain, segala yang diajar semasa latihan mampu diterapkan," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai lambakan pemain bintang terutamanya di bahagian jentera serangan, kedua-dua mereka, Safee dan Norshahrul menyifatkan ia satu perkembangan positif dan petanda baik untuk pasukan.

"Sememangnya bahagian serangan skuad Harimau Selatan mempunyai pilihan, situasi itu pada saya adalah satu persaingan sihat dalam pasukan. Semua ada kualiti masing-masing dan harap semuanya dapat beraksi baik untuk musim akan datang," kata Safee.

Norshahrul pula menjawab: "Bagi saya lambakan penyerang bukan satu isu, malah ia satu persaingan sihat supaya setiap pemain berusaha lebih gigih untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121226/su_01/Tugas-berat-bintang-Johor#ixzz2GAps9vMc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 25 Disember 2012

Safee, Norshahrul mula sertai sesi latihan Johor

25 Disember 2012


Fandi Ahmad memberikan arahan kepada pemain ketika sesi latihan skuad Johor Darul Takzim di Stadium Larkin, Johor Bahru , semalam.

JOHOR BAHRU - Pemain kebangsaan yang beraksi untuk Johor Darul Takzim bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan memulakan latihan bersama skuad Harimau Selatan buat pertama kali di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini, semalam.

Pada sesi latihan itu, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak dan Azmi Muslim bersemangat menjalani latihan, bagaimanapun mereka dilihat masih mencari rentak dan keserasian bersama rakan pasukan yang lain.

Hanya Daniel Guiza tidak menyertai latihan semalam kerana diberi pelepasan untuk meraikan sambutan Krismas.
Pengurus pasukan yang juga ketua jurulatih, Fandi Ahmad berkata, semangat yang ditunjukkan kelima-lima pemain kebangsaan itu untuk menjalani latihan bersama rakan pasukan lain disifatkan sebagai 'lumayan' dan petanda terbaik bagi pasukan Johor Darul Takzim.

Pada masa sama, beliau percaya semua mereka memerlukan masa sekurang-kurangnya menyertai lima atau enam perlawanan akan datang bagi mendapatkan rentak permainan dan yakin setiap pemain Johor Darul Takzim mampu menerapkan apa yang telah diarahkan.

"Sebagai pemain profesional saya yakin mereka dapat adaptasi corak permainan kita kerana mereka pernah bermain dengan banyak pasukan lain dan yang berubah mungkin dari segi serangan dan pertahanan, yang penting adalah disiplin mereka.

"Saya berpuas hati dengan komitmen diberikan, mereka kelihatan bersemangat berlatih bersama yang lain, keadaan mereka juga bagus sekali gus ini memberi gambaran 'lumayan' untuk pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan.

Dalam pada itu, bagi penggempur baru skuad Harimau Selatan, Safee dan Norshahrul atau Mat Yo, masih terlalu awal untuk menilai kemampuan mereka beraksi sebagai satu pasukan kerana semua pemain baru berkumpul.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yakin persefahaman dalam kalangan pemain dapat disatukan tidak lama lagi apabila mereka mula bermain sebagai satu pasukan.

Sementara itu, bagi menguji kehebatan barisan pemain Johor Darul Takzim sebelum mengharungi saingan Liga M musim depan, Fandi berkata, pasukan akan beraksi pada saingan empat penjuru kalah mati bermula esok hingga Jumaat.

Beliau berkata, selain Johor Darul Takzim, pasukan lain yang akan menyertai saingan yang julung kali diadakan dalam fasa akhir mempersiapkan skuad Harimau Selatan adalah Johor, Pahang dan kelab dari Liga Singapura, Woodlands Wellington FC.

"Pertandingan empat penjuru itu adalah satu platform terbaik untuk kita uji dan lihat pemain-pemain beraksi dan saya harap dapat menggunakan peluang tersebut untuk memantapkan lagi pasukan sebagai persiapan akhir sebelum saingan Liga-M bermula," katanya.

"Saya tidak merancang untuk menurunkan semua mereka sebagai kesebelasan utama, namun akan cuba memasukkan mereka sebagai pemain gantian bagi memberi ruang untuk mendapat keserasian dengan corak permainan yang kita terapkan," ujarnya.

Justeru, Fandi berharap pasukannya mampu memberikan aksi terbaik mereka di mana Johor Darul Takzim akan menentang Woodlands Wellington FC manakala Johor akan bertemu Pahang dan pemenang perlawanan itu bakal bertemu pada perlawanan akhir.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121225/su_02/Safee-Norshahrul-mula-sertai-sesi-latihan-Johor#ixzz2G49SAcit
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sorotan Kontroversi Sepanjang 2012, Neelofa Paling Hot!

25 Disember 2012

Sorotan Kontroversi Sepanjang 2012, Neelofa Paling Hot!


KUALA LUMPUR, 24 DIS 2012: Kontroversi tidak pernah lekang dalam dunia hiburan, malah tahun 2012 ini telah menyaksikan pelbagai gosip dan cerita-cerita sensasi melingkari diari kehidupan golongan selebriti tanah air.
Sebagai penutup tirai penghujung tahun ini, murai.com.my ingin membawa pembaca semua menyingkap sorotan gosip dan kontroversi yang melanda artis masa kini.Bukan mahu membuka pekung di dada sebaliknya sebagai renungan bersama, agar segala peristiwa pahit manis yang pernah melanda sebahagian artis ini dapat menjadi renungan kita bersama.
Pada waktu yang sama memberikan kemeriahan kepada industri hiburan tanah air serta menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin dapat kita lupakan, walaupun 2012 semakin jauh kita tinggalkan.
1) Pelakon, Pengacara dan Model: Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguXXeleffRhWUJ218sx6HE6sORHy4PEsaIKn9AIVwpNtJb88FB5DjTjb8nPX-TtI0jd-oVeVRVqsduS7CcAWccFGVpitp0wGsUzwsqmPSmUtxSYTzgspvpvWM9UaDY4z5TudT1y_Uq79Eg/s1600/Hans+isaac+dan+neelofa.jpg
i. Percintaan bersama Hans Issac
Tak cukup dengan kontroversi yang menghimpitnya tahun lalu, nama Neelofa terus melonjak dengan kontroversi-kontroversi yang lebih hangat sepanjang tahun 2012. Pelakon filem Azura (versi baru) itu mula dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan bercinta dengan pelakon kacak Hans Issac ketika sama-sama menjayakan filem Lemak Kampung Santan.
Malah, lebih mengukuhkan lagi kisah percintaan mereka, apabila wujudnya satu lagi gosip yangmengatakan bahaawa mereka telah sama-sama bercuti di Koh Samui selepas status di akuan Twitter masing-masing memberitahu mereka berada di Thailand.
Namun Neelofa telah menafikannya, malah sehingga kini pasangan ini tidak mahu mengaku yang mereka mempunyai hubungan cinta sebaliknya hanya menyifatkan hubungan mereka sekadar kenalan rapat.
http://amekaw.com/wp-content/uploads/2012/06/tasha-shila-neelofa-and-anzalna.jpg
ii. Pergaduhan bersama Tasha Shila dan Anzalna
Selain isu percintaannya, Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Berita Harian 2011 (ABPBH2011) menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Susulan daripada itu, seorang lagi rakannya ketika sama-sama berada di Dewi Remaja 2010, Anzalna Nasir tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang dikatakan sering menghinanya serta cuba menjatuhkannya ketika berada di dalam pertandingan program realiti itu.
Kenyataan berani Anzalna itu bagaimanapun membawa padah kerana Neelofa kemudian mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut Anzalna untuk mengeluarkan kenyataan maaf dalam tempoh 7 hari. Namun kes mereka dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi. Neelofa dan Anzalna kemudian berdamai selepas Anzalna mengeluarkan kenyataan maaf dalam sidang media yang dianjurkan Seniman.
http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2012/08/yusof-haslam-dan-neelofa.jpg
iii. Datuk Yusof Haslam Tegur Sikap Lupa Diri
Datuk Yusof Haslam telah meluahkan rasa kurang senangnya terhadap Neelofa gara-gara sikapnya yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam rangka promosi filem terbaru lakonannya, Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production.
Sikap Neelofa itu dianggap seperti lupa diri walaupun baru setahun jagung menjadi anak wayang. Neelofa bagaimanapun terima terguran itu dan menganggap ianya teguran daripada seorang bapa.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT4mMETzS9mnnkUVI0bR3yrY-Q6KFO8A_wur7nhvQ-XzErimj-QJMSARcpgW_kRiLRLDBhHD3OLghDeMn-g4Bu8A0lNqUUwVMJYlCJt-LeXBcNOWGxdmLQXcv3csMlHL4_oV6cGteuZPkU/s1600/fdd.jpg
iv. Pegang Tangan Dengan Pelakon Nazim Othman di Depan Kaabah
Babak akhir drama bersiri Kau Yang Terindah telah menimbulkan sedikit kontroversi, apabila penonton mula mempersoalkan babak pegang tangan depan kaabah oleh Neelofa dan Nazim Othman yang berlakon dalam cerita tersebut. Bagaimanapun, pengarah Erma Fatima telah menjawab pertanyaan serta persoalan mengenai babak tersebut di dalam Twitternya. Kata Erma semua babak tidur sekatil dan pegang tangan itu dibuat di KL bukan di Mekah.
http://farm9.staticflickr.com/8066/8260656491_21a15ed821_o.jpg
v. Didakwa Kurang Ajar oleh Nurita Harith
Belum sempat reda, industri hiburan digemparkan lagi dengan satu lagi kontroversi melibatkan Neelofa dengan pereka fesyen, Nurita Harith yang menyediakan baju Neelofa untuk sebuah program.
Di dalam akaun Twitternya, Nurita Harith telah mengeluarkan kenyataan bahawa Neelofa adalah artis yang kurang ajar serta tidak professional. Malah, dia akui serik untuk bekerjasama lagi dengan pelakon serta pengacara tersebut. Namun, kes itu diam begitu sahaja selepas kedua-duanya mengambil langkah untuk berdiam diri.
2) Pelakon dan penyanyi: Nabila Huda
http://www.jomberita.com/wp-content/uploads/2012/09/johan-dan-nabila.jpg
i. Percintaan Bersama Johan As' aari
Biarpun pelakon Nabila Huda dan Johan As' aari tidak pernah mengaku bahawa mereka sebenarnya sedang dilamun cinta, namun kemesraan mereka seperti mengiyakan gosip berkenaan.
Bahkan bermula awal tahun ini, merek dilihat sangat intim bersama sehingga menimbulkan bberapa kontroversi. Selain menonton wayang di e@Curve bersama, perbualan mereka di Twitter juga agak mesra dan berbaur cinta. Malah, Johan pernah meluahkan perasaan cintanya kepada Nabila secara terang-terangan di akaun Twitter.
Namun semakin hangat kisah percintaan mereka iti diperkatakan, tiba-tiba dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita kononnya bahawa mereka sudah putus cinta.
Namun kedua-duanya menafikan berita itu, malah menafikan bahawa mereka pernah bercinta. Menariknya, hubungan mereka putus selepas Nabila pulang dari percutiannya di Afrika.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6cEgQBQZOL9aYm5bTAVhoaVbfhrTrxZtN1DevQSfGTRX0VF85_PSLgiwB0P4-KDLHLCjXaJNQxnfedVc3mqLsIaP9rLd9ldJHsoj6QNCXW3oBRDSupUcD0aqofRPq3nF-OmaKID3hpDY/s640/229821_530998313580247_935391195_n.jpg
ii. Pakaian Seksi di Anugerah Blokbuster
Pada malam kemuncak Anugerah Blokbuster yang lalu, pelakon berbakat ini sekali lagi mencipta kontroversi apabila muncul di permaidani merah dengan gaun hitam seksi yang mendedahkan dada dan perutnya.
http://s2.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/10/hall2.jpeg
iii. Hadir di Majlis Parti Halloween
Selepas isu pakaiannya, Nabila sekali lagi dihimpit kontorversi apabila berkongsi beberapa fotonya di Instagram ketika hadir di sebuah parti Halloween baru baru ini dan dalam gambar itu juga menunjukkan Nabila seperti mencium buah dada seorang lelaki. Namun Nabila Huda menafikan bahawa ketika itu dia berada di parti Halloween, sebaliknya di berada parti hari jadi.
3) Penyanyi dan pelakon: Aliff Aziz
i. Gambar Mesra Bersama Zarina Anjoulie
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiWvMRdxxCqXjbYcDV2TQnGwuuOGEtxT6GLIqq8kGI1TjaKehaaNjFT4_VZUpUFRlOkvaP1DdG4HO8JxcU60S13lxzR5NzJyMC-ACwyd_kU-QWCoXDyEEleNa-JJZ3VfcdLJvNLSJtYmyw/s1600/2tjcwf.jpg
Zarina Anjoulie menyuarakan rasa kemarahannya terhadap penyanyi, Aliff Aziz atas sebab yang tidak diketahui. Kontroversi tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu. Zarina turut menyebut bahawa dia tidak teragak-agak untuk membongkarkan kejadian yang berlaku pada malam mereka keluar bersama kepada pihak media.
Situasi tegang itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap mereka berdua, tambahan pula dengan tersebarnya foto mesra mereka berdua di dalam kereta.
Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.
Aliff bagaimanapun tidak mahu menegangkan keadaaan dan mengambil jalan selamat untuk tidak memberi sebarang komen kepada media mengenai hal itu. Malah dia memberitahu sudah memutuskan hubungannya dengan pelakon seksi tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgEMuPCQjpwPEh9xknj98Hbb7tjor5wmj0qMwrWA7gVbx7JQjrUQwPF8-AlSHBiK09kPxFpwSyZH6wC-mc3AGzP3HSPzzWOOaVT9VY_NlqTT_1UuZTpkViiCvp4RfZymWhCEunRF2FJWE/s640/Anne+Ngasri+dan+Aliff+Aziz+Putus.jpg
ii. Bercinta dan Putus Cinta Anne Ngasri
Selepas membiarkan kontroversinya bersama Zarina Anjoulie berlalu begitu sahaja, Aliff Aziz kemudian mengaku hubungannya dengan Anne Ngasri pula semakin intim. Hubungan rapat mereka itu akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta sehinggalah masing-masing akhirnya mengaku bercinta.
Namun, mereka dilihat seperti kurang sepadan berikutan jarak usia mereka yang agak jauh dan Anne pula berstatus ibu tunggal kepada 3 orang anak jika dibandingkan dengan Aliff yang masih muda dan bujang.
Namun percintaan mereka tidak berpanjangan. Malah, dengan tidak semena-mena Anne Ngasri mendedahkan hubungan cinta mereka sudah pun berakhir. Namun begitu, Aliff Aziz seperti mahu mempertahankan hubungan cintanya dengan pelakon tersebut.
Ia jelas dapat dilihat menerusi posting-posting tweet yang dimuatkan Aliff Aziz di laman Twitternya yang ditujukan kepada Anne, seolah-olah mahu menyelamatkan hubungan mereka yang difahamkan hanya retak menanti belah selepas berakhirnya hari raya yang lalu.
Aliff begitu berharap Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berdepan dengan dugaan cinta mereka. Malah Aliff turut jatuh sakit selepas hubungan cinta mereka berakhir dan terus mendiamkan diri di negara asalnya, Singapura.
http://photo.murai.com.my/1042012_adiraaliffanne-a.jpg
iii. Adira Punca Cinta Putus Anne Ngasri
Selepas putus cinta, pelbagai spekulasi timbul dan ramai menganggap cinta mereka putus asa disebabkan kehadiran orang ketiga dan orang ketiga yang dimaksudkan itu adalah Adira. Ini kerana ketika hubungan cinta mereka bergolak, Aliff sedang berlakon bersama Adira dalam drama bersiri Tiara. Adira kemudian mengaku dia bercinta dengan Aliff tetapi hanya di dalam drama tersebut serta menafikan ada menjalinkan hubungan cinta di luar lokasi.
iv. Kecewa Bila Anne Ngasri Bertunang
Belum pun sempat pulih daripada kekecewaannya selepas hubungan cintanya dengan Anne Ngasri putus di tengah jalan, Aliff Aziz terus dilanda kecewa apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah pun bertunang dengan seorang ahli politik pada November lalu.
4) Pelakon dan penyanyi: Abby Abadi
i. Terlibat dalam parti politik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiudZuX0Slb9aNubAJ4Al2D3n5NRaJB-AH-1Ne3CKpx0t21pSR7uwiBKTe6emSakdxOZ-VfnVEaCjWkvFZj5uiu_7k0z-FitEQvYSX2jeC5RteS7gHo3VMWEcD56w5dBFsr5pD0455jwsg/s400/103.jpg
Pada mulanya ramai yang menyambut baik penghijrahan pelakon, Abby Abdi untuk berubah kearah menjadi muslimah yang sejati. Namun, kontroversi mula timbul pabila tersebarnya gambar Abby bersama Tok Guru Nik Aziz yang juga ketua parti pembangkang, Pas.
Biarpun pada awalnya Abby menafikan bahawa dirinya itu sudah menyertai parti pembangkang tersebut, namun dia kemudian secara terang-terangan telah mengaku bergiat aktif di dalam parti tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbcWH4gJz3mLOkpJstibnFmlf0QmcbyeDmkGeSoxzHxK2BkgYvrX1ac2cwkUopvvTIwJ1ehw3Ov6Fz4kuCv-1MBlwUKmHy7gRhx9koO7sf4ZH4ZN42dOpmC2zOlnaVNzXuZax7E7evSP4/s1600/umie_aida_kahwin-horz.jpg
ii. Datin Paduka Umie Aida Tempelak Kenyataan Abby Abadi
Semenjak tampil dengan imej bertudung serta giat aberpolitik, Abby Abadi telah banyak mengeluarkan kenyataan yang penuh kontroversi di dalam akaun Twitternya apabila dilihat sering mengkritik kerajaan, kakitangan awam serta parti politik Umno.
Antara yang menimbulkan kontroversi apabila Abby Abadi telah menyifatkan golongan artis yang bertudung kurang menerima tawaran dalam bidang seni. Namun, jika parti kerajaan sekarang yang memerintah tumbang, artis sepertinya akan dapat semula bekerja.
Pelakon Datin Paduka Umie Aida kemudian menempelak kenyataan Abby di akaun Twitter miliknya bahawa pemikiran Abby sangat cetek kerana membuat komen sebegitu. Abby Abadi yang membaca tulisan Umie Aida memberikan respon dengan menyatakan yang dia menyayangi rakan-rakannya termasuk Umie Aida. Bagi Abby, umat Islam sekarang sudah jauh sangat tersasar. Umie Aida kemudiannya membalas dengan memohon Abby supaya tidak menggunakan saluran politik untuk membuat kenyataan sebegini.
iii. Dato` AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat
Biarpun dikritik kerana seringkali memberikan kenyataan yang kurang berasas, namun Abby Abadi tetap Abby Abadi. Terus lantang mengeluarkan komen-komen yang menghentam serta berbaur politik.
Namun tindakannya menghentam polis telah menyebabkan rakan pelakonnya dalam Siri Gerak Khas iaitu Dato' AC Mizal tidak dapat duduk diam. AC Mizal kemudian mempersoalkan tindakan Abby yang disifatkannya telah membuat kenyataan yang melulu.
AC Mizal juga turut mengajak Abby Abadi untuk berdebat, namun Abby Abadi tidak pula membalas.
http://cdn.malaysiandigest.com/images/Abby-Abadi-Memey-Suhaiza-ROTIKAYA.jpg
iv. Kejutan berbaik dengan Memey Suhaiza
Abby Abadi kemudian membuat satu lagi kejutan pada tahun ini apabila dilihat berbaik-baik dengan isteri kepada bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza apabila berkongsi dua keping gambar di akaun Twiter miliknya yang menunjukkan mereka kini sudah berbaik dengan bertelekung dalam corak yang sama. Sebelum ini Abby jelas kurang senang dengan Memey selepas bekas suaminya itu ditangkap khalwat bersama Memey sehingga menjadi punca penceraian mereka.
http://photo.murai.com.my/11262012_abby_kawin_lagi%21-a.jpg
v. Abby Abadi Bakal Kahwin?
Abby Abadi sekali lagi cetuskan tanda tanya apabila memuat naik beberapa keeping gambar di laman Instagram dengan kenyataan bahawa dia dia seolah-olah sedang membuat perisapan kahwin. Ada juga beberapa pengikut Instagramnya yang memberikan komen terhadap gmbar itu dan memberitahu yang dia akan berkahwin dengan seorang ustaz. Namun sehingga kini tiada lagi kepastian mengenai perkahwinannya itu.
http://photo.murai.com.my/12132012_abbydakwajalan-a.jpg
vi. Tuduh Artis Ke Gaza Hanya Berjalan-Jalan
Reda sedikit dengan berita perkahwinannya, Abby Abadi kembali lagi dengan cerita panas dan kali ini mengenai dakwaannya bahawa ada kalangan artis yang pergi ke Gaza hanya untuk suka-suka dan berjalan-jalan, walhal mereka ke sana untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman Zionis.
Ramai yang tertanya-tanya, kenyaatan Abby itu dtujukan kepada siapa kerana hanya dua sahaja kumpulan artis yang ke sana iaitu kumpulan Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin bersama 6 crew Vision Works beserta team badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aqsa Sharif serta kumpulan Usrah Fitrah dan Aman Palestin yang terdiri daripada artis seperti Heliza Helmi, Salimah AF, Maulana AF, Zoey dan ramai lagi.
Namun, menurut status Abby di akaun Twitternya, ianya bukan ditujukan kepada Afdlin Shauki , Bront Palarae dan Zain Saidin. Kalau bukan Afdlin dengan teamnya, ada yang beranggapan Abby Sengaja menujukan dakwaan itu kepada kumpulan artis Usrah Fitrah. Kebetulan pula, Usrat Fitrah ke sana bersama Aman Palestine iaitu NGO yang ditubuhkan Umno.
5) Pelakon: Sharnaaz Ahmad
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/Sharnaaz-Ahmad-565x326.jpg
i. Mengamuk Baling Telefon Pada Shila Amzah
http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/11/Shila-Amzah-Sharnaaz-Ahmad1.jpg
Sewaktu Shila Amzah menjayakan program reality Mania, aktor ini tiba-tiba dilihat naik marah hingga dilihat membaling telefon ke arah Shila Amzah di belakang pentas ketika menemani kekasihnya itu di dalam pertandingan berkenaan.
ii. Mencekik Pengarah Filem
Penerbit filem Darah Panas, S. Baldev dikhabarkan telah menghantar surat saman kepada Sharnaaz untuk meminta pelakon ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.
Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.
Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa kekasih jantung hatinya Shila Amzah yang ketika itu sedang menghitung detik untuk terbang ke Shanghai untuk menyertai pertandingan Asia Wave 2012.
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/Shila-Hamzah.jpg
http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/11/Shila-Amzah-Sharnaaz-Ahmad1.jpg
iii. Shila Amzah Mencium Tangannya
Tindakan penyanyi, Shila Amzah yang mencium tangan kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, itu telah menimbulkan pelbagai maklum balas daripada banyak pihak.
Apatah lagi, tindakan mereka itu dilihat seperti mengulangi kontroversi menimpa pelawak, Nabil Raja Lawak yang memeluk Irma Hasmie selepas dinobatkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2009. Namun Shila Amzah telah pun meminta maaf kepada semua peminat atas tindakan spontannya itu. Sementara Sharnaaz Ahmad sebagai kekasihnya menganggap perkara itu tidak perlu diperbesarkan. Malah menyifatkan tindakan Shila itu hanyalah sebagai penghormatan di antara 'adik kepada abang'.
http://photo.murai.com.my/sharnazbaran.jpg
iv. Mengamuk Pasal Shila Amzah Berduet Dengan Taufik Batisah
Sharnaaz terus menimbulkan kontroversi dengan kata-kata kesatnya yang memarahi serta baran kepada kekasihnya Shila Amzah. Ianya berpunca apabila dia dikatakan merajuk serta cemburu kerana Shila menyanyi berduet bersama Taufik Batisah pada Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) yang lalu.
Dan Shila Amzah pula turut membuat lawak mengenai perkara itu sebaik saja dia naik ke atas penats semula untuk menjadi penyampai trofi.
Susulan daripada itu, itu, Sharnaaz telah menghantar posting tweet di akaun Twitternya yang agak kesat bahasanya iaitu: "Kalau aku tak suka Taufiq Batisha abah dia pun kau apahal? Jawablah sakai!"
Namun, keesokkan harinya, Sharnaaz telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan, kononya akaun twitternya kena telah digodam pada malam itu. Namun, ada beberapa pihak yang kurang percaya dengan kenyataannya itu.
i. Melamar Shila Amzah Selepas Insiden Tersebut
Hari berikutnya pula, Sharnaaz dikatakan telah melamar Shila Amzah dan Shila Amzah pula menerusi akaun Twitternya mengumumkan yang dia sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya itu.
6) Pelakon: Aaron Aziz
http://www.tokobakso.com/wp-content/uploads/2012/04/yct9p.jpg
i. Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz
Sebuah laman hiburan telah mendedahkan kad pengenalan pelakon Aaron Aziz yang mendakwa nama sebenarnyanya adalah Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Malah Aaron telah dikritik hebat oleh ramai individu yang menganggap dia sengaja menukarkan namanya untuk menjadi popular.
Walaubagaimanapun Aaron menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan ianya hanya kad pengenalan palsu, malah merasakan perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1pnxv60mOwsdgSO0hA9YmB1UKJBpBvYvZOZfCBhYwecg4jrNXZHJKClk-nuuutTu-8EX4jmXzOn2khQDmEWpAq00ce3KO70Ho898E06HqjRFcAfsRaOvWH8De-XkjR0YeqNnvqzx6oJJE/s1600/zed+zaidi+vs+aaron+aziz.jpg
ii. Kemenangan Aaron Aziz Sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 Dipertikaikan
Kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Bintang Paling Popular dalam Anugerah Biintang Popular Berita Harian 2011 telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Terutama sekali, Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang beranggapan Aaron Aziz tidak wajar menang kerana dia adalah Aaron warganegara Singapura.
Tidak terhenti di situ, malah Zed Zaidi turut mempertikaikan isu permit dan pelbagai lagi isu seumpamanya, Aaron Aziz yang kesal dengan pertikaian itu bagaimanapun telah memohon kerakyatan negara ini untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia.
7) Pelakon, penyanyi, pengacara dan model: Erra Fazira
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgqomF0pcdATPVnMc0eeB_Qh3i81CEeY6WY6vuCWvjgsiZDT8r76-F5qByy8snTnO28BHWdcpDfEarbICvoCjHWvJ4UqEWtSAlDvauISXgH_76WfCzAB8sKqIr-WT5pjlKjgt8hkusgyTk/s320/erra_emran+%5B320x200%5D.jpgi. Isu Rumahtangga Retak
Bukan sekali dua cerita atau khabar angin mengenai keretakan rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira tersebar pada tahun ini. Malah sehingga kini kisah peribadinya itu terus diperkatakan.
Namun, Erra Fazira sendiri akui rumah tangganya sama seperti pasangan berkahwin yang lain yang mana ada pasang surutnya. Bagaimanapun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu.
Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media. Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu.
Erra bagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan supaya menghentikan perkara tersebut. Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan.
8) Pelakon dan pengacara: Rozita Che Wan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWMbo0LRAEE7aCY2TIYPxfN0W8GKKCxDz6O090rjWROuYZE5NQc8d7DICX7b8IEghA-Ba1wboXNg2Xv7efREvhl_WINFAVvfSskANxD5PxMgCiIaxCf5av4PzftTgEU0Yi5l-ueqoii9EM/s1600/rozita.jpg
i. Kontroversi Berkahwin Dengan Dato Khalid Mohd Jiwa
Rozita Che Wan pernah dikhabarkan bakal menjadi isteri baru kepada suami penyanyi popular Dato` Siti Nurhaliza iaitu Dato' Khalid Mohd Jiwa atau Dato' K, namun dia telah pun menafikannya dan menganggapnya sebagai satu fitnah yang sangat besar dan tidak masuk akal langsung.
Selepas menafikannya, Rozita dalam satu kenyataannya mengaku anak kepada Dato'K iaitu Ashraf pernah datang dan bertanyakan kepadanya adakah dia bakal menjadi isteri kepada bapanya itu.
http://photo.murai.com.my/rcwrebut3.jpg
ii. Rebutan 3 Jejaka Zain Saidin, Beego dan Shah Iskandar
Pelakon janda anak 3 ini memang tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Selepas dikaitkan dengan Datuk K iaitu suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, nama pelakon berbulu mata tebal itu dikaitkan pula dengan selebriti muda bergetah, Zain Saidin serta pelakon Beego. Isu itu timbul selepas sebuah akhbar memberitahu ada mata-mata yang melihat Rozita berpimpinan tangan dengan Beego di Pavilion dan The Curve.
Namun dipenghujung tahun ini, nama Rozita sekali lagi dikaitkan dengan lelaki muda dan bujang iaitu pelakon baru Shah Iskandar. Mereka dikatakan kelihatan mesra ketika sama-sama menjayakan telefilem Anak Ikan. Dan hal ini dikatakan telah menimbulkan rasa cemburu serta tidak puas hati Zain Saidin terhadap Shah Iskandar.
iii. Percintaan Dengan Zain Saidin
Gosip percintaan Rozita Che Wan dengan adik kepada Sasha Saidin ini bukanlah pertama kali didengar. Malah, dek kerana Rozita Che Wan, hubungan Zain Saidin dengan Shah Iskandar juga dilaporkan agak panas.
Terbaru, di dalam entri Istagram Zain Saidin, aktor kacak yang membintangi siri Oh! My English ini telah menulis: 'Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. @rozitachewan1'.
Kata-kata yang dianggap romantis bermaksud seperti Zain mengatakan bahawa Rozita tidak akan menjumpai jejaka lain selain dia yang mencintai Rozita sepenuh hati sepertimana dirinya(Zain), inilah janji Zain buat wanita itu.
Namun, sehingga kini, masih belum ada pengakuan daripada Che mahu pun Zain mengenai hubungan mereka.
iv. Gosip Kahwin Ahli Perniagaan November 2012
Sebuah akhbar tabloid ada melaporkan yang pelakon sensasi ini sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solonya pada November 2012 ini. Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini dikhabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.
Mereka dikhabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri dikatakan sudah pun lama melamar Rozita Che Wan namun baru kini aktres ini bersetuju untuk berkahwin. Namun sekali lagi, Rozita menafikannya dan menganggapa ianya hanyalah sekadar gosip liar.
v. Isu Gambar Bogel
Selain dikaitkan dengan pelbagai jejaka, Rozita Che Wan terus memanaskan industri hiburan dengan kewujudakn gambar bogelnya. Namun, Rozita menafikan bahawa wanita di dalam foto berkenaan itu adalah dirinya.
9) Arorra Salwa
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizFfZO_nPkYSn6eF4GtPnDWXDVmmwj2aaevKTmCZ1qg6SqIxOvhzXfIMT08i5roKmsCnosPyWMI7U9xQPsLnouOfX4DJ8w5ebI8y16wRSysTN_yGdWDu0Gy91QRAJHlGS_4v0pxDvpldGR/s1600/IMG_4818.JPG
1. Batalkan Pertunangan Seminggu Sebelum Majlis
Arorra Salwa telah membatalkan pertunangannya dengan bekas kumpulan Max 24:7 iaitu Alloi atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari seminggu sebelum majlis tersebut itu berlangsung. Alasannya adalah kerana dia mempunyai komitmen lain pada saat-saat akhir sebelum majlis pertunangannya itu berlangsung. Pembatalan itu telah mengejutkan tunang serta keluarga tunangnya.
http://photo.murai.com.my/6222012_arroradimaki-a.jpg
iii. Arrora Salwa Kaki Temberang?
Penyanyi, Arrora Salwa agak terkelu untuk mengulas dakwaan adik kandung kepada kekasihnya yang juga bekas kumpulan Max:247, Alloi di laman sosial Facebook mengenai sikapnya yang dikatakangemar bermuka-muka. Malah adik perempuan kepada kekasihnya itu turut mendakwa keluarga Alloi sendiri tidak menggemari sikap Arrora Salwa yang suka memburuk-burukkan ibu kandung Alloi di akaun kedua laman social, Facebook milinya. Namun, pelatun lagu Ahmad itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan dan dakwaan tersebut kerana bimbang ianya akan berpanjangan serta berlarutan.
http://cdn.malaysiandigest.com/images/Entertainment/1252012_arrorareport-a.jpg
iv. Arrora Salwa Kaki Mandrem
Arrora kembali panas di laman Facebook apabila Alloi mendakwa bahawa Arrora Salwa kaki mandrem. Menurut laman Facebook milik Mohd Fairuz Shaari (Alloi), dia mendakwa Arrora Salwa pernah menggunakan khidmat bomoh terhadap CD demo lagu Ahmad sebelum dihantar ke stesen radio bagi mempopularkan lagu tersebut.
Menurutnya lagi, Arrora juga turut mempelawa dia untuk menggunakan khidmat bomoh bagi single Inspirasi ke 7, namun dia tidak berminat dengan kerja-kerja berunsurkan syirik ini.
Bekas bekas kumpulan Max:247 turut mencabar Arora untuk menyamannya jika pekara itu tidak benar dan berunsur fitnah darinya. Turut terkandung dalam laman sosial miliknya, mengenai isu santau keluarga Alloi, yang dikatakan berpunca daripada Arrora Salwa.
Menurut Alloi lagi, ibu Arrora Salwa juga pernah menasihati Alloi tentang perangai penyanyi itu. Dia juga menggelar Arrora sebagai lesbian. Menurut Alloi lagi dia berani bersumpah bahawa kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial ini adalah benar.
10) Pelakon dan model: Rita Rudaini - Aidil Zafuan
http://photo.murai.com.my/1102012_ritazaquan-a.jpg
i. Rita Rudaini Perang Dingin Dengan Adik Ipar
Rita Rudaini dengan Zaquan Adha pernah berbalah dan menyindir di antara satu sama lain di Twitter. Umum sudah mengetahui hubungan mereka berdua sudah lama tidak semesra dulu. . Malah hubungan Rita dengan isteri Zaquan Adha iaitu pelakon manis, Ayu Raudhah juga dikatakan panas kerana pernah tersebar cerita mengatakan Ayu dan Zaquan menjadi batu api agar hubungan Rita dan ibu serta keluarga mertua semakin bergolak. Malah sejak berkahwin pun dengan Aidil Zafuan, kita semua sedia maklum hubungan Rita dengan ibu mertuanya juga sudah dingin.
http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/aidiljue.jpg
ii. Jue Aziz Orang Ketiga
Rita menjadi marah serta meluahkan rasa di akaun Twitternya selepas sebuah akhbar mengeluarkan gosip yang mengatakan bahawa suaminya, Aidil Zafuan telah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Jue Aziz.
http://s4.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/09/rita.jpg
iii. Turun Naik Mahkamah
Kes mahkamah bagi memulihkan rumah tangga pasangan ini masih lagi belum berakhir dan sepanjang tahun ini mereka sudah banyak kali turun naik mahkamah. Namun perbicaraan kes mereka sering sahaja ditangguhkan selepas Aidil beberapa kali tidak menghadirkan diri. Antara kes yang dibicarakan adalah permohonan kembali taat, hak penjagaan anak dan yang seumpanya.
11) Pelakon dan model: Zahida Rafiq
http://mybloghub.my/wp-content/uploads/zahida1.jpg
i. Kehilangan Wang Sebanyak RM200 000
Selepas sebuah akhbar mengeluarkan laporan mengenai pelakon Zahida Rafiq telah kehilangan wang berjumlah RM200 000 yang disyaki dibawa lari oleh pemandu peribadinya itu, ramai yang membuat spekulasi Zahida telah ditaja seorang VVIP sehingga boleh memiliki wang tunai sebanyak itu.
http://cdn.malaysiandigest.com/images/azleen/zahida.jpg
ii. Skandal Bersama Pak Menteri
Susulan daripada kontroversi kehilangan sejumlah wang yang banyak itu Zahida telah digosipkan berskandal atau dibela oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Namun masing-masing menafikan, malah Shafie Apdal mengaku tidak pernah memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Rafik seperti yang didakwa.
Dakwaan itu timbul bersandarkan satu laporan polis oleh seorang individu yang bernama Noor Azman Azemi yang telah mengaitkan nama ahli politik itu di dalam isu berkenaan.
12) Pelakon, pengacara dan model: Dira Abu Zahar
http://photo.murai.com.my/4162012_diratekanan-a.jpg
i. Pukul Pengunjung Kelab
Industri seni tanah air digemparkan mengenai kontroversi yang melibatkan hos Melodi, Dira Abu Zahar apabila dituduh memukul seorang pengunjung wanita dengan memijak dan menendang muka pengunjung itu di sebuah kelab malam. Namun pelakon itu enggan memberi sebarang komen mengenai kesahihan berita tersebut.
ii. Ketiadaan Dalam Program Melodi
Susulan daripada kejadianmemukul seorang pengunjung wanita dengan memijak dan menendang muka pengunjung itu di sebuah kelab malam, penglibatan Dira Abu Zahar dalam program Melodi juga tiba-tiba terhenti begitu saja.Ramai yang menganggap bahawa pihak TV3 telah menghentikan kidmat Dira sebagai hos program tersebut, namun Dira menafikan dan memberitahu bahawa dia mahu sambung belajar serta meneruskan aktiviti dan kerjaya lakonannya.
13) Penyanyi: Awi Rafael
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy_GnuawnoVgnAEcbr4vxMyGiHn6Cm2Ux4cQVUac9ljNBRybHlCu9jxTNJVwyWONo4CorBpaUNidOEVjJXhDKRmxMP7M52fwoil5jp3rzeQYs8Uv9wkTXF2Ik3tOJX4S0Zmxv70ylIIDZV/s1600/Tatu+Awi+Rafael.jpg
i. Isu Tentang Tatu
Awi Rafael tampil menjelaskan tentang tatu yang wujud di bahagian tangannya selepas beberapa keeping gambarnya bertatu tersebar. Dia memberitahu tatu itu wujud adalah kerana kekhilafan dan kejahilannya di masa lalu dan dia kini dalam proses untuk mula berubah ke arah lebih baik.
14) Pelakon dan model: Julia Perez
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaX33LUlIZ8prQs6zDvWADHqC5oOjnYSnvSTI4zMdG-WeYTE8Xa-N_Yiml2iLDhH8O8qJobqLcXwkUghi6tv0uYUYqTS-UisO_cKgRJv2zxbM6kCrkkFrf32v8MMsi9FTiecvB_aAmI9g/s640/Lirik+Lagu+dan+Video+Klip+Julia+Perez+-+Siti+Nurbaya+%28Lyric%29.jpg
i. Menghina Drama Malaysia
Pelakon Julia Perez atau Jupe menimbil kontroversi apabila dengan mengatakan drama atau cerita-cerita di Malaysia tidak sehebat di Indonesia. Atas sebab itu, dia telah menerima pelbagai kecaman termasuklah daripada Presiden Seniman Malaysia: Zed Zaidi.
15) Pelakon: Miliea Aimilea
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDRTNzBaDadhhpKMYtjqHi2NPFzeIKH6wg4i5OyLbKioQk7jNRZoD3v4ioZ_LVNUYFV7S0_0XAFK8CPWdGAoeBYcjS1FVRH-3GBi1H1Rk6QFkIhAK0jdl5r8z6iH-fXHO-FLM55k8Zs7D_/s1600/melai+aimelia.jpg
i. Isu Gambar Bogel
Gambar yang diambil daripada video bogel pelakon baru daripada filem Karipap-Karipap Cinta iaitu Milea Aimilea dalam sebuah blog telah menjadi kontorversi hangat pada tahun ini. Namun, pelakon itu sendiri menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu adalah satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
Melia kemudian mengambik tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan. Bagaimanapun kes itu dapat diselesaikan dengan secara baik atas campur tangan pihak Seniman.
16) Pelakon dan model: Norish Karman
http://photo.murai.com.my/11212012_norishxbagi-a.jpg
i. Isu Anak Luar Nikah
Gambar pelakon Norish Karman melahirkan anak tersebar, sedangkan umum mengetahui dia ketika itu bergelar ibu tunggal. Gambar itu menjadi tanda tanya dan menimbulkan kontroversi di dalam dunia hiburan.
Sebelum ini timbul gosip yang menuduh Norish Karman telah mengandung anak luar malah dikatakan lama menghilang atas sebab ingin mengelak dari rahsianya terbongkar. Ada pihak yang menuduh Norish Karman tinggal di Bali buat seketika sehingga dirinya pulih. Namun, Norish Karman sendiri menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya.
17) Presiden Seniman Malaysia dan pelakon: Zed Zaidi
http://cdn.malaysiandigest.com/images/azleen/zedzaidikosmo.jpg
i. Pertikai Kemenangan Aaron Aziz di ABPBH 2011
Pelakon, Zed Zaidi mengakui tidak menyokong kemenangan pelakon Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung pada Ahad lalu. Tidak terhenti di situ, malah Zed Zaidi sebagai presiden Seniman, turut mempertikaikan isu permit dan pelbagai lagi isu seumpamanya, Aaron Aziz yang kesal dengan pertikaian itu walaubagaimanapun telah memohon kerakyatan Negara ini untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia.
http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2012/10/ajo2E.jpg
ii. Mempersoalkan Status Randy Pangalila
Selepas Aaron Aziz, bintang daripada Indonesia, Randy Pangalila pula dipersoalkan status permitnya bekerja di Malaysia. Malah menurut Zed Zaidi, Randy Pangalila tidak tersenarai namanya sebagai ahli bersekutu Seniman.
http://ebeep.net/wp-content/uploads/2012/07/Mamat-Sepah-Kurang-Ajar.jpg
iii. Dikatakan Meninggal Dunia Oleh Mamat Sepah
Foto penggambaran kemalangan Zed Zaidi disalahertikan oleh Mamat Sepah dan menerusi entri Twitternya dia telah menguar-uarkan kepada semua bahawa mPresiden Seniman itu benar-benar kemalangan. Ekoran daripada stautusnya itu, Mamat telah menerima pelbagai kecaman daripada banyak pihak kerana bersikap sambil lewa dengan penyebaran berita kemalangan tersebut.
Memahami situasi yang dialami pelawak, Mamat Sepah, Zed Zaidi akui tidak menyalahkan tindakan ahli kumpulan Sepah itu yang telah memuat naik status serta fotonya yang mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di dalam akuan Twitter peribadinya. Malah Zed Zaidi menganggap niat Mamat Sepah itu adalah baik kerana dia telah menunjukkan keperihatinannya terhadap artis lain.
http://photo.murai.com.my/12172012_zednsk-a.jpg
iv. Zed Zaidi Tempelak Julia Perez
Selepas kecoh dengan kenyataan beraninya di akaun Twiiter dengan mengatakan drama atau cerita-cerita di Malaysia tidak sehebat di Indonesia, Julia Perez nampaknya telah diserang oleh Pengerusi Seniman, Zed Zaidi menerusi entri di akaun twiiternya itu.
Zed Zaidi ternyata berang dengan kenyataan lancang dari Julia sendiri dan memberitahu akan membangkitkan isu permit kerja Julia ke peringkat atasan. Pihak NSK Sdn Bhd iaitu syarikat produksi yang membawa masuk Jupe itu akui permit masih dalam proses.
18) Pelakon: Siti Fazurina
http://photo.murai.com.my/12212012_fazurinakahwin%28a%29.jpg
i. Siti Fazurina Kahwin Lari Tanpa Restu Keluarga
Pelakon wanita yang popular menerusi siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir atau Fazurina 30, telah menamatkan zaman bujang dengan penuh kontroversi apabila dikatakan bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang, pada 20 Disember 2012. Malah, perancangan untuk acara akad nikah itu dibuat secara senyap tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun ibu pelakon itu. Malah menurut sumber ibunya hingga jatuh sakit disebabkan terlalu risau dengan keadaan dirinya.
19) Penyanyi: Dato Siti Nurhaliza
i. Batalkan Konsert
Pertama kali di dalam sejarah kerjaya nyanyiannya penyanyi popular tanah air, Dato` Siti Nurhaliza telah membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia selepas mengetahui kemalangan yang menimpa suaminya. Dato` Khalid Mohd Jiwa akibat menunggang motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...