Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Lain - lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain - lain. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2013

‘Saya Tidak Tahu Siapa Pelakon Yang Dimaksudkan Rita Rudaini’ – Adiputra

20 March 2013


Sebelum ini tersiar di beberapa laman sesawang mengenai kisah suami kepada pelakon Rita Rudaini yang melarang dirinya berlakon bersama-sama dengan aktor yang berasal dari Singapura.
Kesempatan bertemu dengan jejaka idaman Malaya yang berasal dari Singapura, Adiputra di Pelancaran filem Langgar semalam dapat menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran orang ramai.
Menurut Adi, dia sendiri tidak tahu mengenai perkara ini dan anggap kisah rumah tangga mereka adalah sangat peribadi dan tiada hak untuk mengulas lebih lanjut.
“Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada mengena dengan perkara ini kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Saya hanya berkarya dan tidak lebih dari itu”
“Cuma satu hal yang ingin saya cakapkan ialah sekiranya suami tidak suka anda melakukan sesuatu perkara yang dia tidak gemari, anda haruslah akur kerana suami ialah khalifah dan pembimbing dalam kehidupan bekeluarga,” katanya ringkas.
Mengenai filem Langgar arahan pertama pengarah dan juga penyanyi Sein, Adiputra diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama dalam filem ini dan dijangka filem ini akan memberikan perbezaan dari filem-filem gangster yang pernah ditayangkan di Malaysia.

Khamis, 7 Februari 2013

Nazmi balik sebab gaji, bukan cinta

07 February 2013


Tengku Nurshufilla

KOTA BHARU - Model jelita, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, yang juga bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor menafikan kepulangan pemain muda itu ke negara ini dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Nurshufilla atau lebih dikenali sebagai Tengku Fiella bagaimanapun menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.

"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.

"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Nazmi, 19, yang membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia sehingga namanya meniti bibir peminat bola sepak tanah air.

Harapan peminat untuk melihat anak muda ini berjaya dalam arena bola sepak menjadi lebih cerah apabila dia menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar yang beraksi di Divisyen Satu Portugal.

Bagaimanapun, jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Kepulangan Nazmi ke negara ini segera menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya malah pemain itu sendiri sehingga sekarang masih cuba berahsia.

Pada masa sama, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengejutkan tanah air, baru-baru ini.
Ini berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Sementara itu, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.

"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130207/su_01/Nazmi-balik-sebab-gaji-bukan-cinta#ixzz2KDbeaDS7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 1 Februari 2013

Saya Tak Pernah Bercinta Dengan Rita Rudaini – Fauzi Nawawi

1 Februari 2013


Ini satu kenyataan yang pastinya dapat menghuraikan pertanyaan banyak pihak. Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Rita Rudaini tidak mahu Fauzi Nawawi ada dalam apa jua penggambaran yang melibatkan dirinya.
rita dan fauzi
Sehinggakan ada suara-suara menyatakan yang Fauzi pernah bercinta dengan Rita suatu ketika dahulu. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Fauzi Nawawi menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya:-
Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu. Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?
fuzzu
Ayat terakhir daripada Fauzi Nawawi itu memang boleh buat Rita Rudaini terbakar jiwa raga. Tambah menarik apabila Fauzi Nawawi mengakui dirinya bangga sering dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sudah berusia 40 tahun dan berstatus ayah.
Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku.
Diharapkan agar Fauzi Nawawi hanya berbangga dan tidak pula berhasrat untuk menambah bilangan isteri. Kang tak pasal-pasal mengamuk pulak isteri anda. Jangan marah ye. Gurau-gurau je. Apa pun semoga hubungan Fauzi Nawawi sekeluarga akan bertambah mesra selepas penafian percintaannya dengan Rita Rudaini ini.

Saya Sebenarnya Masih Lagi Laku – Fauzi Nawawi

1 Februari 2013


Screen Shot 2013-01-31 at 7.36.18 AMBetul juga apa yang dikatakan oleh Fauzi Nawawi ini kan? Siapa yang tak bangga jika umur sudah hampir mencecah 40an, tapi masih dikaitkan dengan beberapa orang wanita?
Turut mempunyai 6 orang anak, Fauzi Nawawi dalam kenyataannya kepada mStar Online mengaku bahawa dia berbangga kerana masih lagi menjadi perhatian ramai walaupun sudah berkahwin.
“Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak.  Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku.”
Selain Rita Rudaini, Fauzi Nawawi sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan beberapa orang lagi selebriti seperti Ida Nerina dan Zarina An-Joulie. Namun, apa yang boleh dilihat ialah cara Lisdawati sendiri yang mampu menangani masalah tanpa cepat melatah. Walaupun.
 

Enggan lagi sebut pasal Rita

01 Februari 2013



PERBUALAN yang mesra pada mulanya bertukar menjadi serius. Semuanya gara-gara nama Rita Rudaini disebut dalam pertanyaan Kosmo! kepada Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, pada sesi fotografi berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ungkap Lisdawati, kalau boleh dia enggan lagi menjawab soalan yang berkaitan dengan Rita daripada pihak media mulai saat itu.
Keengganannya bukan disebabkan mereka bergaduh semula, tetapi luah pelakon berusia 35 tahun yang masih kekal cantik itu, ada kenyataannya dalam media (bukan akhbar Kosmo!) mengenai Rita, baru-baru ini telah disalahertikan.
"Kalau boleh saya tidak mahu lagi sebut pasal dia (Rita). Bukan sebab apa, saya takut disalahertikan.
"Tutup cerita lama buka cerita baharu. Biarlah saya simpan isi hati ini sampai akhirat nanti," jelasnya penuh makna.
Lisdawati sebelum ini dituduh sebagai sengaja mencari publisiti untuk kembali popular dengan memberi pelbagai kenyataan, ekoran dia dan Rita dikatakan berdamai selepas bersengketa selama tujuh tahun.
Ujarnya, dia membuat kenyataan tentang Rita sebelum ini sebagai jawapan kepada banyak pertanyaan media yang diajukan kepadanya.
"Saya tidak perlukan publisiti atau kontroversi untuk popular. Sejak awal berlakon lagi, banyak kontroversi yang saya sendiri tidak cari, muncul melanda diri ini.
"Saya percaya rezeki merupakan kehendak Allah. Alhamdulillah, rezeki lakonan sentiasa ada. Penerbit masih ambil saya berlakon," ujarnya yang mengakui sentiasa bermuhasabah diri.
Menyambung bicara, luah Lisdawati, dia sedar nyawanya untuk hidup dalam alam fana ini cuma sekadar dipinjamkan Allah dan dia tidak perlu terlibat perkara yang menyesat dan menyeksakan hatinya lagi.
Belajar kaunseling
Ditebak pula mengenai hubungan dengan suaminya, aktor Fauzi Nawawi, yang dikhabarkan sudah acap kali dilanda masalah berikutan Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa wanita lain, dedah Lisdawati, dia masih bahagia bersama Fauzi sehingga kini.
"Sedangkan sesama adik-beradik juga boleh bergaduh inikan pula dengan suami - orang yang kita baru kenali pada usia yang matang.
"Krisis rumah tangga sedikit-sedikit itu perkara biasa yang berlaku kepada suami isteri. Kadang-kadang pasal anak atau kerja," ujarnya yang sering beristighfar setiap kali dilanda masalah rumah tangga.
Dalam pada itu berkongsi cerita baharu tentang dirinya, ungkap Lisdawati, dia merancang untuk menyambung pelajarannya tidak lama lagi.
Mengambil kaunseling, jelas Lisdawati, dia sangat menyukai jurusan tersebut selain berniat untuk mempraktikkan ilmu tersebut di rumah.
Sedar anak-anaknya dan juga anak-anak tirinya iaitu anak Fauzi daripada perkahwinan terdahulunya semakin membesar, kata Lisdawati, dia perlukan ilmu di dada untuk mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna kelak.
"Saya berbincang dengan anak sulung (anak Fauzi hasil perkahwinan pertama), Fatihah, 17, mengenai perancangan tersebut memandangkan dia juga baru menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," jelasnya yang akan menyambung pelajaran bersama-sama anak tirinya itu tetapi berlainan bidang.
Tegas
KESIBUKAN rutin seharian tidak menghalang figura cantik ini untuk menimba ilmu.


Terlanjur bercerita tentang anak, Lisdawati juga mengakui sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya, Farhana, 4, dan Fazneesya, 3, termasuk anak-anak tirinya, Hainal Fatiha, 17, Fariz Hazwan, 16, Hana Farisha, 14, serta Fikri Hakimi, 11.
"Saya kena tegas dan pantau aktiviti anak-anak termasuk anak abang (Fauzi Nawawi). Sebab kalau jadi apa-apa orang akan tanya anak siapa? Saya tidak mahu mereka jadi seperti kebanyakan remaja yang sudah rosak peribadi," ujarnya yang mengakui zaman remajanya tidak bebas walaupun dia suka menunggang motosikal berkuasa besar.
Ditanya apakah ketegasan yang diterapkannya, jelas Lisdawati, dia tidak akan membenarkan langsung anak-anak Fauzi keluar dengan kawan-kawan mereka kecuali jika dia atau Fauzi turut ikut bersama.
Begitupun, dia tidak menghalang anak-anak tirinya mempunyai teman lelaki atau wanita asalkan diperkenalkan terlebih dahulu kepadanya dan Fauzi.
Jelasnya lagi, ramai ibu bapa yang sibuk bekerja tetapi tidak tahu sikap sebenar anak mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2JecEquiI 
Hakcipta terpelihara 

Jumaat, 25 Januari 2013

Hadi sedia calar reputasi Johor DT

25 Januari 2013


KUALA LUMPUR - Dendam kekalahan 0-1 dalam saingan Liga Super kepada Johor Darul Takzim masih tidak dapat dilupakan oleh penyerang Perak, Abdul Hadi Yahya.

Lantaran itu, dia bertekad untuk mencalarkan reputasi Johor Darul Takzim pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Bekas penyerang kebangsaan itu menjelaskan, dia tidak bimbang dengan rekod Johor Darul Takzim yang kebal di laman sendiri demi memastikan Perak terus mara dalam kempen Piala FA.

"Di atas kertas, peluang kami agak sukar tambahan pula ramai pemain utama kami berdepan kecederaan.
"Juga tidak dinafikan wujud perasaan gementar berdepan Johor Darul Takzim kerana memiliki bintang berkelas dunia dan ramai pemain kebangsaan.

"Namun kami tidak boleh memandang tinggi pasukan lawan, kami juga ada kualiti tersendiri. Kami menjanjikan saingan sengit terhadap Johor Darul Takzim.

"Dalam perlawanan Liga Super di tempat mereka, kami mampu beri saingan sebelum tewas tipis walaupun kehilangan dua pemain kerana mendapat kad merah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam saingan Liga Super 11 Januari lalu, Johor Darul Takzim menang 1-0 ke atas Perak hasil jaringan Aidil Zafuan Abdul Razak walaupun lawan kehilangan Khairi Kiman dan Mohd. Hisyamudin Sha'ari pada babak pertama.

Hakikatnya peluang Perak untuk mengatasi tuan rumah agak sukar kerana tidak dapat menurunkan pemain terbaik seperti pemain import dari Perancis, Karim Youani, S. Chanturu, V. Thirumurugan, Mohamad Rafiuddin Roddin, Mohd. Nasir Basharuddin dan ketua pasukan, Muhd. Shahrom Abdul Kalam.

Hadi yang kecewa apabila jaringannya dibatalkan ketika seri 1-1 dengan Selangor dalam aksi Liga Super di Lumut baru-baru ini kerana ofsaid berkata, insiden itu tidak mengganggu fokusnya untuk memburu jaringan di Larkin, malam ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130125/su_03/Hadi-sedia-calar-reputasi-Johor-DT#ixzz2IzqAxFFc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 23 Januari 2013

Status Twitter Lisdawati Bukan Dituju Kepada Rita Rudaini

23 Januari 2013


Pelakon Lisdawati Nazaruddin yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa status twitter yang disebarkannya pada pagi kelmarin adalah ditujukan buat pelakon Rita Rudaini.
Pada pagi 21 Januari yang tenang itu, ramai yang tertanya-tanya kepada siapa status di Twitter milik pelakon Lisdawati Nazaruddin ini ditujukan. Adakah ia ditujukan kepada Rita Rudaini? Andaian atau spekulasi  ini mungkin timbul selepas isu yang bergolak antara mereka sebelum ini.
@lisdawati15: Hope hati2 dgn berita fitnah melibatkan Fauzi Nawawi. Anything direct to polis report Bukan publisiti murahan or giler glamour.
Sebaliknya, pelakon yang berusia 34 tahun itu memberitahu bahawa status berkenaan sebenarnya ditujukan kepada seorang wanita (bukan selebriti) yang sekarang ini tidak henti-henti mengugut suaminya. Mmm… kes apa pulak ni? Ni mesti ada kes terbaru ni.
“Statement di Twitter tu bukan dituju kepada Rita Rudaini, tapi kpd orang lain. Status tu takde kena mengena dgn dia.” - Lisdawati
Begitulah lebih kurang penjelasan diberikan Lisdawati berhubung dengan kenyataaan yang dipaparkannya di Twitter pagi kelmarin sejurus dia kesal dengan tindakan individu tertentu yang dikatakan memfitnah suaminya, Fauzi Nawawi, 40 tahun.
Status Twitter itu tiada ada kena mengena langsung dengan pelakon Rita Rudaini. Buat masa sekarang Lisdawati tak dapat bagitau siapa gerangan orang tersebut. Namun, dia bukanlah artis seperti yang diramal oleh sesetengah pihak. Spekulasi dan maklum balas di beberapa buah blog dan halaman sosial menyaksikan ramai yang anggap kenyataan itu ditujukan kepada Rita Rudaini berikutan konflik yang melanda antara mereka bertiga.
Pasangan ini akan buat laporan polis dalam masa tedekat dan mereka tak nak menghebohkan perkara ini.
Apa-apa pun kita tunggu berita seterusnya selepas laporan polis dibuat nanti.
Lisdawati & Fauzi Nawawi

Lisdawati Tidak Tahu Menahu, Enggan Campur Tangan Isu Suami & Rita Rudaini

23 Januari 2013


Keputusan Rita Rudaini & Lisdawati untuk melupakan sengketa lama dan berbaik sekarang ini memang mendapat pujian ramai — tetapi ada satu isu yang masih menjadi tanda tanya peminat.
Rita Rudaini telah melarang suami Lisdawati, Fauzi Nawawi untuk berada di’lokasi penggambaran mereka berdua atas sebab sebab yang masih tidak di’ketahui sesiapa.
Bercakap kepada Murai hari ini, Lisdawati pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan apa sebenarnya yang berlaku antara suaminya itu & Rita Rudaini ketika ini — juga tidak mahu campur tangan.
“Terus terang, saya tidak tahu apa-apa hal mereka. Sebolehnya, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan dikecohkan lagi. Cukuplah”
“Saya tidak mahu sebelah mana-mana pihak. Itu antara Fauzi dan Rita. Saya hanya menjalani perkara ini secara profesional,” ujar Lisdawati.

Selasa, 22 Januari 2013

Lisdawati Tak Mahu Campur Urusan Fauzi Dan Rita

22 Januari 2013

Lisdawati Tak Mahu Campur Urusan Fauzi Dan Rita


KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Apabila diajukan soalan mengenai hubungan suaminya, Fauzi Nawawi dan pelakon Rita Rudaini, Lisdawati hanya memberikan jawapan yang lebih kepada menghormati hubungannya bersama kedua pelakon ini.

Bagaimanapun, Lisdawati tidak menafikan, dia dan Rita tidak lagi bermusuh dengan kembali berlakon dalam drama yang menggandingkan mereka berdua.

"Saya dengan dia okay. Saya pun tidak mahu benda lama diungkit dan dipanjangkan lagi. Mengenai dia dan suami saya, saya tidak mahu masuk campur.

"Saya tidak mahu sebelah mana-mana pihak. Itu antara Fauzi dan Rita. Saya hanya menjalani perkara ini secara profesional.

"Terus-terang, saya tidak tahu apa-apa hal mereka. Sebolehnya, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan dikecohkan lagi. Cukuplah," katanya kepada murai.com.my.

Difahamkan, selepas berbaik semula dan dipertemukan dalam sebuah drama, Lisdawati dan Rita kini menjadi pilihan majalah tempatan untuk menggandingkan mereka berdua sebagai penghias kulit majalah.

Ahad, 20 Januari 2013

Halang Datang Lokasi — Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang

20 Januari 2013 (17 Januari 2013)


Ketika para peminat menarik nafas gembira kerana dua aktress ini kini telah berbaik dari persengketaan selama tujuh tahun, ada kenyataan yang kurang senang keluar dari salah seorang mereka.
Mengulas tentang hubungan dengan Lisdawati yang kini sudah pulih, Rita Rudaini meletakkan syarat bahawa Fauzi Nawawi tidak boleh berada di lokasi penggambaran yang melibatkan dirinya.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mendakwa yang keputusan Rita Rudaini adalah satu tindakan orang yang kurang matang.
“Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” ujar Fauzi Nawawi.
Walaupun keliru dengan permintaan Rita Rudaini tersebut, Fauzi Nawawi berkata beliau akan bersikap professional & memenuhi syarat aktress tersebut untuk tidak berada di lokasi penggambaran.
Lisdawati & Rita Rudaini terlibat sama dalam sebuah drama araham Murali Abdullah yang kini sedang menjalani penggambaran sekitar lembah Klang.

Fauzi Nawawi Akur Permintaan Rita

20 Januari 2013

rita


Selepas persengketaan antara dua pelakon popular, Lisdawati dan Rita Rudaini berakhir apabila keduanya bersetuju untuk berlakon bersama, timbul pula isu baru apabila Rita dikatakan tidak mahu suami Lisda, Fauzi Nawawi berada di set penggambaran drama bersiri 'Kerana Sarah' atas sebab-sebab tertentu. 
 
Dipetik daripada Harian Metro, Fauzi menganggap tindakan Rita sebagai sesuatu yang tidak matang;
 
“Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada."
 
Pun begitu, Fauzi tetap bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.
 
Difahamkan, skrip asal drama 'Kerana Sarah' yang menampilkan mereka bertiga turut dipinda atas permintaan Rita. 

Isnin, 14 Januari 2013

Program Karpet Merah Warnai Resepsi Apex Leuniey

14 Januari 2013

Program Karpet Merah Warnai Resepsi Apex Leuniey


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Kemuncak resepsi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha pada Ahad ini, 13 Januari 2013 akan diserikan lagi dengan acara karpet merah yang bakal dilalui selebriti tempatan yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Acara karpet merah ini bakal dirakam sinematografi rasmi perkahwinan Apex Leuniey iaitu LH Media TV dengan menampilkan dua pengacara iaitu Elly Raja Lawak dan penyampai THR Gegar, Shah.

Tambah menarik lagi, rakaman tertunda karpet merah ini akan ditayangkan secara eksklusif di murai.com.my.

Difahamkan, detektif Stailista, Ayie Ali akan turut serta karpet merah berkenaan yang mana sesi rakaman bersama Ayie bakal ditayangkan dalam program Propaganza yang disiarkan setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Mustika HD(Saluran 134).

Menerusi acara ini, antara selebriti tempatan yang bakal melalui acara karpet merah ialah Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Aznil Hj Nawawi, Sabri Yunos, Mustapha Kamal, Gambit Saifullah, Dina Nadzir, Adibah Noor, Fizo Omar, Marsha Milan Londoh, Syed Aiman, Linda Rafar, Hazama, Ayu Raudah, Danny X Factor, penyampai Era FM dan ramai lagi.

Menurut penganjur, program karpet merah diwujudkan bagi menghargai jemputan yang hadir dengan mengenakan pakaian yang bertemakan English Style.

Selain artis, antara selebriti sukan yang bakal melusuri karpet merah ini adalah Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Izham Tarmizi, Fadhli Saas, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli, Fandi Othman, wan Zaharul Nizam dan Izzaq Faris.

Tambah menarik lagi, jemputan lain yang terdiri daripada sanak saudara, sahabat dan peminat Apex juga akan diberi peluang untuk melalui karpet merah dan ditemuramah pengacara program Elly dan Shah.

Lebih istimewa, pada malam itu juga, tetamu yang mengenakan pakaian yang mengikut tema dan paling bergaya bakal diberikan hadiah daripada penganjur. Acara karpet merah ini akan dimulakan jam 7.45 malam sehinggalah pengantin tiba di dewan.

Selasa, 13 November 2012

Corat-Coret Di Sekitar Malam Kemuncak ASK 2012

13 November 2012

Corat-Coret Di Sekitar Malam Kemuncak ASK 2012


KUALA LUMPUR, 12 NOV 2012: Pelbagai kenangan pahit manis telah dicatatkan sepanjang berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Skrin 2012 yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Duniat Putra (PWTC) pada malam Jumaat lalu.

Berkonsepkan Selami Dunia Fantasi Kami (Fairy Tale) dengan mengunakan pendekatan storytelling with an event, ASK 2012 telah pun menobatkan pemenang-pemenangnya menerusi 23 kategori yang telah dicalonkan di dalam acara anugerah ini.

Biarpun ada ramalan yang tersasar, namun rata-rata penonton begitu tidak mempertikaikan kemenangan yang dilakar setiap pemenang. Namun, rata-rata kritikan lebih banyak ditujukan kepada konsep dan perjalanan anugerah ini yang dianggap sebagai panjang, meleret dan terlalu membosankan. Untuk mengetahui selanjutnya, ikuti corat-coret di sekitar malam kemuncak ASK 2012 sebagaimana yang dicatatkan oleh portal Murai.

Corat-Coret ASK 2012: -

- Walaupun siaran langsung acara kemuncak ASK2012 diadakan di TV3, nama acara karpet merahnya telah diadakan di TV9.

- Konsep Selami Dunia Fantasi Kami (Fairy Tale) yang dimaksudkan adalah kisah dongeng Melayu yang digabungkan dengan kisah dongeng barat.

- Peranan Awal Ashaari dengan Neelofa selaku hos utama dengan watak putera dan puteri nampak tenggelam apabila dipenuhi dengan watak-watak lain biarpun mereka hanyalah sebagai penyampai trofi.

- Tidak ramai yang tahu bahawa watak nenek kebayan dibawakan oleh Datin Paduka, Umie Aida.

- Rata-rata penonton yang cair bila melihat betapa comelnya rocker Ella dan pelakon Nora Danish bila membawakan karektor masing-masing iaitu Ella sebagai CinderElla dan Nora Danish (Puteri Hang Li Po).

- Biarpun kemunculan Orang Minyak (Lan Pet Pet) dan Dayang Senandung (Ifa Raziah) mencuit hati ramai, namun ada juga dari kalangan orang Kedah yang mengakui kecil hati apabila watak-watak berkenaan diberikan kepada pelakon kelahiran negeri jelapang padi tersebut.

- Pun begitu, ramai yang beranggapan bahawa watak Rozita Che Wan sebagai Red Riding Hood memang sangat sesuai dengannya. Malah dia juga nampak hot dengan watak sebegitu.

- Gandingan Amy Aznan dan Didie Alias sebagai kakak-kakak tiri kepada CinderElla juga membuatkan ramai yang tidak kering gusi. Lawak mereka memang hebat dan bersahaja.

- Watak Erra Fazira sebagai Snow White juga sangat dinanti-nantikan bersama Captaion Hook (Rosyam Nor). Erra nampak begitu jelita.

- Gandingan aktor Ady Putra dan Rita Rudaini sebagai Putera Arjuna dan Puteri Anastasia yang terlarang cinta mereka di dalam kisah fairy tale ini nampaknya sangat direstui oleh fans mereka.

- Malah, aktor Ady Putra sentiasa mendapat sorakan daripada peminat yang sangat menggilai wajah, susuk tubuh serta lakonannya.

- Aktres Lisa Surihani tidak dapat hadir menerima anugerah Aktres Terbaik kerana sibuk menjayakan pementasan Teater Tun Siti Hasmah.

- Aktor Shaheizy Sam kelihatan terkejut apabila menerima anugerah Aktor Terbaik, lebih-lebih lagi bila menewaskan Faizal Hussein yang sememangnya cemerlang dalam Bunohan.

- Maya Karin yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem mengakui seronok dan gembira apabila buat pertama kalinya dia dapat naik ke atas pentas dan menerima anugerah kemenangan dengan tangannya sendiri. Sebelum ini, dia tidak pernah berpeluang berbuat demikian walaupun pernah menang anugerah sebelum ini kerana berada di luar negara.

- Selepas 24 tahun berlakon, aktres Sherie Merlis buat perta kali menerima anugerah pertamanya menerusi kategori Pembantu Wanita Terbaik Drama.

- Ramai yang terpaku tatkala Pierre Andre yang memenangi Anugerah Yasmin Ahmad memberikan ucapan yang penuh keinsafan dengan menyebut kalimah Lailahaillalah.

- Aktor Abu Bakar Omar meluahkan rasanya kepada pihak media tentang kepincangan yang berlaku dalam dunia seni serta nasib malang yang menimpa golongan anak seni sebaik saja namanya diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

- Penulis skrip Di Telapak Kaki Bonda, Lum Pung Hui yang memenangi anugerah Lakon Tv Terbaik berjaya mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan ayu dan sopan menerusi kebaya pendek yang dipadakan dengan batik sarung.

- Namun sebagai saja Lum Pung Hui memberikan ucapan bagi pihak Khabir Bhatia apabila Di Telapak Kaki Bonda diangkat sebagai pemenang Drama Terbaik, ramai yang melopong kerana suaranya garau.

- Akibat status yang ditulisnya tentang kejutan orang-orang di atas pentas yang kelihatan melopong apabila Lum Pung Hui memberikan ucapan, pengarah Afdlin Shauki dihentam golongan nyah yang salah faham dan berpendapat dia memandang rendah golongan sebegini.

- Pengarah Bunohan, Dain Said mengakui bahawa dia memang mengharapkan Faizal Hussein untuk memenangi anugerah Aktor Terbaik ASK 2012.

- Aktor Syafie Naswip memberitahu bahawa kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di dalam Songlap ditujukan buat arwah Yasmin Ahmad.

- Ada di kalangan penonton yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila ASK 2012 menggunakan lagu-lagu cinta daripada seberang seperti Cinta nyanyian Adibah Noor dengan Dayang Nurfaizah serta Dealova (Misha Omar).

- Biarpun dikritik memenerusi dandanan rambut dan mekapnya, namun ramai yang mengakui bahawa Misha Omar telah memberikan persembahan yang mantap menerusi lagu Dealova itu.

- Rami yang menanti kemunculan Fizz Fairuz dengan lagu Lelaki Seperti Aku. Not bad...
- Sepanjang majlis ini berlangsung, ramai penonton yang telah mengkritik anugerah ini sebagai acara yang terlalu meleret dan membosankan.

- Disebabkan terlalu membosankan, penonton juga telah mewujudkan hastag #ASKBOSAN.

- Menyedari kritikan yang tidak henti-henti diterima terhadap ASK 2012, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar terpaksa memohon maaf kepada penonton rangkaian stesen televisten tersebut.

- Aktres Lana Nordin antara aktres yang diberi perhatian berkaitan dengan kenyataan yang tidak kisah diekplotasikan di dalam filem filem Pontianak Vs Orang Minyak arahan pengarah, Afdlin Shauki.

- Aktor Zalif Sidek kelihatan serba-salah bila wartawan mengajukan sejauh mana hubungannya dengan Rafidah Ibrahim. Lebih membuatkan dia tidak tentu arah apabila Fida juga berdiri di sebelahnya.

- Aktres Hanez Suraya dan Ana Dahlia juga turut diburu berikutan isu masing-masing. Ana Dahlia mengenai perceraiannya dengan Chef Riz, manakala Hanez Suraya mengenai laporan Harian Metro tentang statusnya di Instagram mengenai isteri Amy Search.

Ahad, 11 November 2012

Corat-Coret Anugerah Skrin 2012

12 November 2012



Tidak lengkap rasanya apabila sesebuah majlis penganugerahan yang sudah pun melabuhkan tirainya tidak disertakan dengan artikel corat-coret. Di sini GUA paparkan beberapa perkara menarik yang berlaku di sebalik Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu.

1. Penggiat seni teater, Rusminah Tahir yang bertindak selaku koreografer bagi persembahan pentas ASK 2012 dilihat menengking serta memarahi para pelakon tari ketika sesi latihan akhir yang dibuat tiga jam sebelum majlis bermula.

2. Terkenal sebagai ikon fesyen pelik Malaysia, Didie Alias merupakan antara selebriti yang paling mendapat perhatian ramai ketika melalui karpet merah apabila hadir dengan karakter dari 101 Dalmatians, Cruella de Vil. Mujur tidak membawa anjing, Didie hadir dengan menbawa seekor kucing putih. Menurut Didie, kucing itu dinamakan Beckham kerana malam itu beliau ‘feeling’ ala-ala Victoria. 

3. Pasangan pelakon yang baru saja mengumumkan mengenai hubungan rapat mereka, Zalif Sidek dan Fida Ibrahim dilihat berjalan bersama ketika di karpet merah.

4. Ketika sedang ‘catwalk’ memperagakan busana yang dipakai, pelakon Amyza Adnan terpaksa ‘cover line’ apabila anting-anting yang dipakainya terjatuh ketika melalui karpet merah.

5. Biar susah, asalkan cantik. Ayat ini sesuai ditujukan buat pelakon, Nor Khiriah. Hadir dengan busana merah dipadankan bersama ‘veil’ panjang, Nor kelihatan agak sukar dan terpaksa berhati-hati untuk berjalan dengan ‘veil’ yang panjang meleret itu kerana takut nanti dipijak orang lain. 

6. Sewaktu acara karpet merah berlangsung, sebuah replika kaca yang diletakkan di tepi pintu masuk utama dewan pecah sehingga petugas terpaksa membersihkannya dengan cepat bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

7. Klon Ziana Zain mencuri perhatian tetamu di dalam dewan apabila menjerit memanggil nama Misha Omar dan Shaheizy Sam ketika kedua-dua artis tersebut membuat persembahan dan menerima trofi.

8. Setiap kali kemunculan Adi Putra melakukan persembahan, peminatnya, Hot Lovers tidak penat untuk menjerit bagi menyokong bintang kesayangan mereka itu.

9. Pengarah Kabir Bhatia yang sedang ditemubual di Bilik Sidang Media bergegas lari menuju ke dalam dewan ketika dramanya, ‘Di Telapak Kaki Bonda’ diumumkan sebagai Drama Terbaik. Namun, beliau tidak sempat naik ke atas pentas kerana penerima Lakon TV Terbaik, Lum Pung Hui mewakili drama itu untuk menerima trofi tersebut.

10. Masih ada juga peminat yang sanggup menunggu artis kesayangan mereka di luar pintu acara Post Party walaupun ketika itu waktu sudah menunjukkan jam 3.00 pagi.

Ahad, 4 November 2012

Guiza janji tepati status termahal

05 November 2012


DANIEL Gonzales Guiza (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan jurulatih Johor, Fandi Ahmad selepas sidang akhbar di Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super tahun depan.

Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu mengenai bola sepak Malaysia.

Guiza, yang kelihatan semangat turut melaungkan amaran awal untuk muncul penjaring terbanyak serta berusaha mencipta jaringan dalam setiap perlawanan yang diharungi bagi misi memburu Kasut Emas dan menjaga status sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.

"Saya akui tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan sebaik mendapat tawaran daripada Johor barulah saya mengikuti perkembangan Liga Malaysia menerusi internet.

"Misi utama apabila bersama Johor musim depan sudah pastinya untuk membantu pasukan meraih kejuaraan dan saya kini sudah cukup bersiap sedia termasuk dari soal kecergasan,'' katanya pada sidang akhbar di Hotel Thistle di sini semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Guiza memberitahu, dia mengambil keputusan meninggalkan Getafe secara pinjaman untuk beraksi bersama Johor kerana mendakwa kurang persefahaman dengan pengurus kelab, selain mahu merasai pengalaman di tempat baru.
Dalam pada itu, pemain yang turut mendapat tawaran dari dua pasukan La Liga, Malaga dan Real Zaragoza tidak sabar untuk beraksi dengan beberapa pemain Johor seperti Mohd. Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd. Radzak, Safiq Rahim dan Azmi Muslim.

Sementara itu, Tunku Ismail turut berbangga kerana mendapatkan khidmat Guiza meskipun sudah ada tawaran dari kelab La Liga namun sebaliknya memilih Johor sebagai pasukan barunya secara pinjaman dari Getafe.
"Johor tidak mahu mengambil pemain berkualiti untuk jangka masa pendek sebaliknya sudah ada perancangan untuk memastikan pasukan ini dibarisi para pemain yang mantap dan mampu membantu pasukan meraih kejayaan kelak,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121105/su_01/Guiza-janji-tepati-status-termahal#ixzz2BKaBbv1L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabtu, 3 November 2012

Lebih RM1 juta untuk tebus kontrak Mat Yo ke Johor?

04 November 2012 (02 November 2012)


Harga tebus kontrak Norshahrul Idlan dikatakan melebihi RM1 juta.

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikhabarkan perlu membayar lebih RM1 juta sekiranya masih berminat mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo.
Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan bersedia 'melepaskan' Norshahrul Idlan sekiranya PBNJ sanggup menebus kontrak pemain berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, nilai tersebut disifatkan amat berpatutan selepas KAFA membuat pelaburan yang besar untuk mengilap bakat pemain tersebut sehingga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 100 Plus-Arena-FAM, sekali gus mencipta hatrik bagi kategori tersebut sejak 2010.

"Sekiranya perpindahan ini berlaku, saya difahamkan ia akan menjadi sejarah baharu bola sepak negara di mana yuran perpindahan pemain yang tertinggi setakat ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Aksi memukau yang dipamerkan oleh Norshahrul Idlan, anak jati kelahiran Besut, Terengganu, ketika membantu Kelantan menjulang kejuaraan treble musim ini telah memikat pihak pengurusan PBNJ untuk memperkuatkan cabaran Johor.

Kelmarin sebuah akhbar tempatan melaporkan PBNJ bersedia membayar baki kontrak pemain tersebut yang khabarkan bernilai hampir RM1 juta dan tidak akan berputus asa bagi mendapatkan tonggak kebangsaan ini.
Utusan Malaysia 28 Oktober lalu melaporkan, KAFA tidak membenarkan hasrat penyerang sensasi negara itu berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Johor sebelum itu berjaya mendapatkan tiga tonggak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengikat penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008, Daniel Gonzales Guiza.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata, pihak persatuan sedang mengkaji terma-terma kontrak dengan pemain Norshahrul Idlan yang akan tamat pada penghujung musim depan.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk melepaskan pemain tersebut akan dibuat oleh pihaknya selepas membuat penelitian secara mendalam berhubung perkara berkenaan.

"Setakat ini Muhammad Ramzul Zahini Adenan akan dilepaskan ke Selangor, manakala Nurul Azuan Roya masih dalam perbincangan kerana kontraknya akan tamat pada penghujung November ini.

"Begitu juga dengan S. Chanturu dia masih belum membalas surat KAFA, berdasarkan terma kontrak jika dia tidak membalasnya kami beranggapan dia bersetuju untuk bersama dengan Kelantan," katanya.

Dalam pada itu, Rosmadi memberitahu, pihaknya tetap membuat persiapan bagi mengharungi saingan musim hadapan termasuk kemungkinan memancing dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhaymeen Zambri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_04/Lebih-RM1-juta-untuk-tebus-kontrak-Mat-Yo-ke-Johor#ixzz2BELDSbcX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Safiq sah sarung jersi Johor

04 November 2012 (02 November 2012)


Safiq Rahim

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama berteka-teki, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim memberi pengesahan dia bakal menyarung jersi gergasi baru Liga Malaysia, Johor, dalam saingan musim depan.
Tanpa berselindung, Safiq mengakui itu keputusan terbaik setelah mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan mendapat restu keluarga yang membenarkan dia berhijrah ke pasukan selatan tanah air itu yang akan dikenali sebagai Harimau Selatan pada musim depan.

"Terima kasih kepada FAS yang sudi melepaskan saya dan kini sudah pasti saya akan berbakti bersama pasukan Johor pada musim depan.

"Saya akan menunggu kontrak saya habis dengan Selangor pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak dengan Johor.

"Beraksi bersama Johor adalah kerana saya ingin pengalaman baru macam pemain lain dan ini adalah masa sesuai berbuat demikian bagi meluaskan bakat saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi membantu pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan dengan Vietnam dan Thailand.
Jelas Safiq, dia akan mengikat kontrak 1+1 iaitu selama setahun dengan diberi pilihan lanjutan kontrak selama setahun pada musim seterusnya namun diberi kebebasan untuk dilepaskan jika mendapat tawaran dari luar negara.
"Saya ada letak syarat kepada Johor kalau saya dapat tawaran dari mana-mana kelab seperti sekitar ASEAN, mereka perlu lepaskan saya pergi dan mereka bersetuju dengan syarat itu," katanya.

Selain Safiq, beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim telah menyatakan persetujuan ke Johor selain Mohd. Muslim Ahmad serta Nurul Azwan Roya turut dikaitkan setelah pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza mengesahkan bakal beraksi bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Dalam masa sama, Safiq berjanji kepada penyokong Johor yang dia akan berikan terbaik sambil mensasarkan Piala Malaysia sebagai sasaran utama.

''Tidak boleh saya berjanji sesuatu yang luar biasa kepada para penyokong Johor tetapi memandangkan Piala Malaysia satu-satunya piala yang saya masih belum kecapi sepanjang bergelar pemain profesional, itu akan menjadi sasaran utama saya ketika bermain dengan Johor.

Pemain berusia 25 tahun itu juga berkata dia terpaksa menolak tawaran percubaan dengan kelab dari Croatia kerana mahu mengutamakan pasukan kebangsaan menjelang Piala Suzuki AFF.

"Tarikh ujian yang mereka berikan itu bertembung dengan jadual pasukan negara bagi menghadapi Piala Suzuki AFF, jadi saya terpaksa menolaknya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_02/Safiq-sah-sarung-jersi-Johor#ixzz2BEKFWTMp
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat datang Shukor Adan ke ATM!

27 Oktober 2012


PATAH tumbuh hilang berganti. Penghijrahan tiga pemain, Aidil Zafuan Abd Radzak, adiknya Zaquan dan Azmi Muslim sedikit pun tidak menjejaskan finalis Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia yang menyambut ketibaan tonggak tengah Negeri Sembilan, Shukor Adan.
Bekas kapten skuad kebangsaan berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak bersama ‘The Gladiators’ itu dan akan menyuntik semangat juara Liga Perdana itu yang disentak dengan pemergian tiga tonggak itu ke Johor musim depan.
Shukor yang pernah mengetuai Selangor berhijrah ke Hoben Jang Hoben pada 2009 dan membantu mereka menjuarai Piala Malaysia pada tahun tersebut. Peranannya mengekang barisan tengah Kelantan yang diketuai Indra Putra Mahayuddin menyaksikannya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Sepanjang kerjayanya bersama the ‘Red Giants’, pemain kelahiran Melaka itu membantu mereka menjuarai treble pada 2005 (Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia) di samping Piala FA pada  pada 2002.
Penampilannya turut memikat pengendali skuad kebangsaan pada 2001, Allan Harris untuk menyenaraikannya dalam Harimau Malaya yang menyaksikan Shukor mewakili negara 58 kali.

Khamis, 25 Oktober 2012

Safiq Rahim pilih Johor

26 Oktober 2012


KUALA LUMPUR - Jika tahun lalu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul sebagai Manchester City Malaysia nampaknya gelaran itu bakal diraih oleh pasukan Johor FC atau yang mahu dikenali sebagai Johor pada musim depan.

Selepas Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dikaitkan hampir pasti akan berpindah ke Johor, yang terbaru, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim difahamkan sudah menjadi milik skuad dari negeri selatan tanah air itu.

Menurut sumber, Safiq telah memberikan persetujuan bersama Johor pada musim depan dan telah menolak tawaran untuk bermain bersama Safee Sali di Arema-Pelita dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).

Safiq memilih bersama Johor yang dijangka menjadi pencabar baru saingan Liga Malaysia pada musim depan yang mendapat sentuhan pemain legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad sebagai jurulatih.

Fandi bakal dibantu bekas jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim pada musim 2013 sementara Johor FA yang berada dalam Liga Perdana melantik Azmi Mohammad sebagai jurulatih.

Mempunyai kepakaran menjaringkan gol melalui sepakan percuma, Safiq dianggap antara pemain tengah tempatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Selepas sekian lama gagal meriah sebarang trofi dalam saingan Liga Malaysia, Johor yang kini berada di bawah kepimpinan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka berbelanja besar bagi menarik seberapa ramai pemain ternama menyertai pasukan Johor yang bersaing di Liga Super.

Selain itu, Johor kini dalam usaha menarik minat tiga lagi nama besar iaitu sayap kiri Harimau Malaya, S. Kunalan dari Negeri Sembilan, penyerang veteran ATM, Hairuddin Omar dan bekas pemain Terengganu, Mohd. Muslim Ahmad yang beraksi di posisi pertahanan.

Dua pemain yang membantu kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia, Nurul Azwan Roya dan Indra Putra Mahayuddin juga turut menarik perhatian Johor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121026/su_08/Safiq-Rahim-pilih-Johor#ixzz2AM2xMmfa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 8 Oktober 2012

Didakwa semakin intim dengan Aidil

08 Oktober 2012


Jue Aziz dan Aidil Zafuan Abd Razak
Jue Aziz dan Aidil Zafuan Abd Razak
Isu membabitkan hubungan cinta membabitkan Jue Aziz dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Malah, khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila suami kepada aktres Rita Rudaini itu dikatakan membeli seutas jam tangan dari sebuah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memujuk Jue.

Lebih menguatkan desas-desus percintaan mereka, Aidil sekali lagi telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini dan sudah tekad untuk menceraikan isterinya yang dinikahi semenjak tahun 2009.

Malah, Zass sendiri sudah mendapat pengesahan dari Rita berkaitan surat tersebut dan aktres berkenaan enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk menemu bual Jue berkaitan hubungan mereka tidak berhasil apabila pelakon yang turut membintangi filem Hantu Bonceng ini seperti cuba mengelak untuk ditemu bual.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...