Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 25 Januari 2013

Hadi sedia calar reputasi Johor DT

25 Januari 2013


KUALA LUMPUR - Dendam kekalahan 0-1 dalam saingan Liga Super kepada Johor Darul Takzim masih tidak dapat dilupakan oleh penyerang Perak, Abdul Hadi Yahya.

Lantaran itu, dia bertekad untuk mencalarkan reputasi Johor Darul Takzim pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Bekas penyerang kebangsaan itu menjelaskan, dia tidak bimbang dengan rekod Johor Darul Takzim yang kebal di laman sendiri demi memastikan Perak terus mara dalam kempen Piala FA.

"Di atas kertas, peluang kami agak sukar tambahan pula ramai pemain utama kami berdepan kecederaan.
"Juga tidak dinafikan wujud perasaan gementar berdepan Johor Darul Takzim kerana memiliki bintang berkelas dunia dan ramai pemain kebangsaan.

"Namun kami tidak boleh memandang tinggi pasukan lawan, kami juga ada kualiti tersendiri. Kami menjanjikan saingan sengit terhadap Johor Darul Takzim.

"Dalam perlawanan Liga Super di tempat mereka, kami mampu beri saingan sebelum tewas tipis walaupun kehilangan dua pemain kerana mendapat kad merah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam saingan Liga Super 11 Januari lalu, Johor Darul Takzim menang 1-0 ke atas Perak hasil jaringan Aidil Zafuan Abdul Razak walaupun lawan kehilangan Khairi Kiman dan Mohd. Hisyamudin Sha'ari pada babak pertama.

Hakikatnya peluang Perak untuk mengatasi tuan rumah agak sukar kerana tidak dapat menurunkan pemain terbaik seperti pemain import dari Perancis, Karim Youani, S. Chanturu, V. Thirumurugan, Mohamad Rafiuddin Roddin, Mohd. Nasir Basharuddin dan ketua pasukan, Muhd. Shahrom Abdul Kalam.

Hadi yang kecewa apabila jaringannya dibatalkan ketika seri 1-1 dengan Selangor dalam aksi Liga Super di Lumut baru-baru ini kerana ofsaid berkata, insiden itu tidak mengganggu fokusnya untuk memburu jaringan di Larkin, malam ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130125/su_03/Hadi-sedia-calar-reputasi-Johor-DT#ixzz2IzqAxFFc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...