Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Duta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duta. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mac 2013

Kulit Mulus Bak Rita Rudaini Dengan RS Collagen

26 March 2013


KUALA LUMPUR, 25 MAC 2013: Dalam ketegangan berhadapan dengan masalah rumahtangga yang masih belum temui kesudahannya, aktres yang ketika ini sedang hangat dengan drama Sehangat Asmara, Rita Rudaini dilihat telah membuka lembaran baru dengan menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan kecantikan.

Kejelitaan wajah dimiliki Rita di usia 37 tahun itu seringkali diperkatakan dan menjadi bualan dek kerana kemulusan kulit wajahnya yang putih bersih itu. Tanpa sebarang pembedahan atau suntikan vitamin, Rita berjaya memelihara aset terpentingnya itu dengan begitu baik sekali.

Kini ada berita baik buat peminat juga orang ramai yang mahu memiliki kulit semulus Rita Rudaini. Hasil perkongsian idea dengan rakannya, Rita kini berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat dengan memperkenalkan RS Collagen.

"RS Collagen ini bagi saya adalah rezeki buat anak-anak saya. Apabila melihat sambutan yang sangat menggalakan daripada peminat dan orang ramai saya jadi lebih kuat untuk memperluaskan lagi perniagaan yang baru sahaja saya jalankan ini.

"Idea asalnya bermula bila ramai peminat tanya dengan saya macam mana jaga kulit dan sentiasa nampak sihat, berseri dan semulajadi. Memang saya sudah lama mengamalkan kolagen ini. Ia adalah produk berasaskan kolagen(rumpai laut) yang dicampur dengan ramuan khas dihasilkan oleh ibu kepada rakan kongsi saya. Semua ramuan yang ada pada Magic Masker RS dan RS Collagen adalah semula jadi.

"Saya yakin dengan khasiat yang ada pada kolagen ini sebab dalam masa yang singkat dapat menunjukkan hasil. Ia bukan sahaja untuk penjagaan muka malah ia berguna untuk menyembuhkan penyakit-penyakit dan pelbagai lagi khasiat khazanah dari laut ini,"cerita Rita kepada murai.com.my secara panjang lebar mengenai RS Collagen yang mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.

Fenomena yang disifatkan positif membuatkan ibu kepada dua cahaya mata ini sedang dalam perancangan untuk melancarkan RS Collagen secara rasmi dan mengembangkannya ke seluruh negara.

"Buat masa ini saya menjalankan perniagaan secara online dan dibantu rakan-rakan. Sekarang saya merancang untuk menukar packaging RS Collagen agar nampak lebih menarik dan menepati standard produk kosmetik lain dipasaran. 

"Majlis pelancaran secara rasmi juga termasuk dalan perancangan untuk memperkembangkan lagi produk kecantikan berasaskan rumpai laut ini.

"Sehingga kini kami telah mendapat lebih 800 pesanan dan Alhamdulillah mereka ini adalah pelanggan yang telah menggunakan RS Collagen dan yakin dengan khasiat produk ini,"jelas Rita yang juga secara tidak langsung adalah jurucakap bagi Magic Masker Collagen dan RS Collagen, hasil usahasamanya bersama rakan kongsi.

Selasa, 14 Ogos 2012

Ahad, 26 Jun 2011

Herbalife taja lima atlet negara

26 Jun 2011


Image © D5 
(Dari kiri) Perenang Khoo Cai Lin, pemain skuasy Low Wee Wern, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan atlet berbasikal Azizulhasni Awang bergambar ketika majlis pengumuman duta Herbalife.

KUALA LUMPUR, (D5) - Syarikat pemakanan nutrisi, Herbalife mengumumkan penajaan terhadap lima personaliti sukan terkenal dalam satu majlis yang diadakan di Plaza See Hoy Chan di Kuala Lumpur, semalam.
Herbalife menjadi penaja rasmi produk pemakanan untuk pelumba nombor satu Malaysia, Azizulhasni Awang, pemain skuasy Low Wee Wern, perenang Khoo Cai Lin dan pasangan kembar pemain bola sepak tempatan, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.
Semua atlet kecuali pasangan kembar akan memakai lencana Herbalife pada pakaian sukan mereka dan bersedia untuk membuat kemunculan dalam pelbagai promosi Herbalife.
Azizulhasni yang akan berlepas ke Melbourne bulan depan bagi meneruskan latihan beliau, melahirkan kegembiraan dengan pelantikan tersebut.
"Selepas ditawarkan untuk menjadi duta pada awal tahun ini, saya membuat sedikit penyelidikan mengenai produk dan syarikat. Saya kagum apabila mendapat tahu bahawa Lionel Messi turut menggunakan Herbalife," kata Azizulhasni.
"Atlet seharusnya memahami kepentingan mengenai makanan tambahan, jadi saya merebut peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Herbalife."
Menurut Naib Presiden dan Pengarah Urusan Herbalife Asia Tenggara, Dato 'Dr Ronie Tan, atlet bakal melibatkan diri dalam beberapa usaha kebajikan yang dijalankan oleh syarikat.
"Herbalife akan menganjurkan lelongan amal di mana setiap daripada mereka akan meletakkan peralatan sukan mereka untuk dilelong. Hasil daripada lelongan itu akan disampaikan kepada badan amal Yayasan Keluarga Herbalife," kata Ronie.
"Kami juga sedang mengkaji untuk mengenengahkan beberapa nama lain, tetapi ia masih dalam peringkat rundingan. Calon yang disebut-sebut ialah Safee Sali," tambahnya.
Herbalife kini menaja 100 atlet bertaraf dunia, pasukan dan pelbagai acara di seluruh dunia, mencerminkan komitmen syarikat kepada kecemerlangan gaya hidup, kesihatan dan aktif.

Khamis, 23 Jun 2011

Azizulhasni elak trauma di Shenzen

24 Jun 2011


Khoo Chai Lin (kiri), Low Wee Wern, Mohd. Zaquan Adha dan Azizulhasni Awang pada majlis pelantikan mereka sebagai duta produk kesihatan, Herbalife di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR - Enam bulan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyaksikan serpihan kayu tertusuk di betis kirinya, jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang berdoa, kepulangan semula ke trek buat kali pertama, Ogos ini tidak akan mencetus perasaan trauma.

Pelumba muda yang sinonim dengan jolokan The Pocketrocketman itu bakal menjejakkan kaki ke trek lumba buat kali pertama sejak mengalami kemalangan pada Piala Dunia Klasik di Manchester, Februari lalu dengan bertanding pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzen, China dari 12- 23 Ogos ini.

Azizulhasni, 23, menjelaskan, dia tidak pernah terfikir tentang perasaan trauma hendak berlumba kerana semangatnya untuk kembali beraksi terlalu berkobar-kobar selepas lebih enam bulan berehat, namun pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengakui, keadaan mungkin berbeza apabila dia benar-benar menjejakkan kaki ke trek.

"Saya tidak pernah terfikir tentang trauma atau takut hendak kembali berlumba kerana yang bermain di fikiran saya sekarang cuma perasaan tidak sabar dan berkobar-kobar mahu beraksi, sudah terlalu lama saya tidak berlumba.

"Bagaimanapun saya tidak tahu apakah yang akan saya rasai apabila kembali ke trek buat kali pertama nanti, selepas kemalangan di Manchester, saya tidak pernah langsung turun ke trek. Harap, saya tidak akan trauma,'' ujar Azizulhasni ketika ditemui pada sidang akhbar sempena pelantikannya sebagai duta produk suplemen, Herbalife semalam.

Menurut Azizulhasni, biarpun sudah kembali berkayuh sejak kemalangan di Manchester, namun dia hanya berlatih bersama pelumba lebuh raya negara di bawah bimbingan jurulatih, Graham Seers dan tidak pernah berkayuh di atas trek, apatah lagi dalam perlumbaan.

Katanya lagi, dia juga masih menjalani rawatan pemulihan dan fisioterapi di bawah pemantauan Institut Sukan Negara (ISN), malah belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, namun dia sudah tidak merasa sakit dan sedia untuk membawa cabaran pada temasya Universiade.

Selepas mendapat lampu hijau untuk kembali berlumba, sasarannya di China bukan pingat atau rekod tetapi sekadar mengukur sejauh mana tahap prestasi selepas enam bulan berehat, sebelum menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran lebih besar dengan kelayakan Sukan Olimpik 2012 akan memulakan kempen, Oktober ini.

"Saya akan beraksi dalam empat Piala Dunia Klasik, Kejohanan Berbasikal Asia dan Kejohanan Dunia sebelum Sukan Olimpik. Saya tidak menetapkan sebarang sasaran di Universiade kerana ia hanya medan untuk mengukur keupayaan saya dan kembali mendapat rentak kayuhan,'' katanya lagi, yang juga belum pasti apakah acara yang akan disertai di China nanti.

Azizulhasni akan kembali ke Melbourne, bulan depan untuk kembali berlatih bersama jurulatih, John Beasley dan rakan-rakan berbasikal trek yang lain.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Aziziulhasni antara lima atlet kebangsaan yang dilantik menjadi duta Herbalife bersama bintang bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, ratu renang, Khoo Cai Lin serta bintang muda skuasy, Low Wee Wern.

Mereka diperkenalkan secara rasmi oleh Naib Presiden dan Pengarah Urusan Herbalife Malaysia, Singapura dan Brunei, Datuk Ronie Tan di ibu negara semalam.

Kata Azizulhasni, menyedari betapa pentingnya pengambilan suplemen untuk atlet, dia tidak teragak-agak menyambar peluang sebaik ditawarkan oleh Herbalife menjadi duta produk mereka.

Pandangan yang sama turut diberikan oleh Zaquan, Cai Lin Dan Wee Wern, yang berharap pengambilan suplemen berkualiti Herbalife mampu membantu mereka meningkatkan prestasi dan bersaing di lapangan yang kompetitif.
"Buat masa ini kami mempunya lima atlet sebagai duta Herbalife tetapi dalam masa terdekat, kami mensasarkan sekurang-kurangnya melantik lapan hingga 10 atlet. Kami masih dalam proses rundingan dengan penyerang bola sepak kebangsaan Safee Sali.

"Selain membantu atlet kebangsaan yang sudah mempunyai nama, kami juga bekerjasama dengan persatuan sukan, terutama di peringkat negeri dengan menaja suplemen untuk atlet muda dari umur 12 hingga 16 tahun,'' jelas Ronie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...