Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 19 Januari 2014

Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad

20 Januari 2014

Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu “Tetap Menantimu”. Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
rita rudaini nomadKata-kata yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini menerusi Metro Ahad semalam memang jelas menunjukkan kemarahannya dan ada sindiran pedas yang ditujukan kepada mereka yang terbabit mengelurkan gosip ini. Kata Rita:-
Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat nudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.
Hakikatnya saya bertemu Nomad sewaktu promosi filem Balistik tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.
Yang menghairankan saya, sebelum ini ramai bergambar dengan saya atau saya bergambar dengan artis lain, baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda dan ia tidak pernah pula menjadi isu.
Entah mengapa dengan Nomad tiba-tiba ada pihak mahu menimbulkan gosip mengarut. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya
Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-
Saya tidak berniat memburukkan Rita tetapi sebagai orang baru, saya tiada pengalaman dalam menangani isu sebegini. Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gosip.
Saya juga tidak terlintas langsung untuk menjadi popular dengan cara begini. Apa yang berlaku timbul daripada salah faham dan di luar jangkaan. Sekali lagi saya memohon maaf banyak-banyak.
Bagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda.

Dapat Restu Keluarga, Aidil Zafuan Kahwini Zarema Zainal Mac Ini

20 Januari 2014

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Tidak mahu perkara yang lama berulang kembali, kali ini keluarga telah pun merestui perhubungan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Menurut perancangan, mereka berdua bakal diijabkabulkan pada Mac ini. Apa pun yang penting, Aidil mengambil langkah bijak untuk mendapatkan restu terlebih dahulu sebelum berkahwin buat kali kedua.
aidil zafuan kahwin zarema mac
Bagi Abang Nara, perkara yang lepas biarlah lepas. Tak perlu diungkit lagi. Setiap orang ada hak untuk bahagia. Jadikan pengajaran apa yang telah berlaku. Kata Aidil kepada Mstar Online:-
Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin. Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan.
Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik
Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah
aidil zafuan
Betul kata Aidil itu. Pengalaman lepas jadikan panduan untuk mengharungi kehidupan seterusnya. What past is past. Amboi “speaking” pulak Abang Nara. Tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema atas berita gembira ini. Apa pun nasihat Abang Nara buat Aidil, jangan dilupa tanggungjawab anda terhadap 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Rita Rudaini. Tahniah sekali lagi!!!

Aidil Zafuan Syukur, Keluarga Restu Bakal Isteri

20 Januari 2014

Aidil bahagia bersama Zarema
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan meluahkan rasa syukur apabila kekasihnya, Zarema Zainal yang bakal dikahwininya pada Mac depan mendapat restu keluarga.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata, dia percaya restu keluarga merupakan perkara yang sangat penting kerana ia menjamin masa depan perhubungannya bersama bakal isteri.
"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin.
"Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Bagaimanapun tambah Aidil tiada sebarang persiapan perkahwinan yang dibuat lagi, malah tarikh perkahwinan juga belum ditetapkan.
Dalam pada itu, Aidil berkata dia berharap perkahwinan kedua ini akan kekal selamanya dan pada masa sama ingin mengubah diri menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.
"Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik.
"Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya.
Aidil disahkan bercerai talak satu dengan aktres Rita Rudaini pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Harimau Selatan memang ada kelas

20 Januari 2014

Amri Yahyah (kiri) menanduk gol pembukaan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Pasukan yang menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mengutip tiga mata pada perlawanan pembukaan Liga Super selepas menumbangkan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.

Bermain di hadapan lebih 30,000 penyokong setia, skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras apabila Perak yang menampilkan ramai pemain muda berjaya bertahan dengan baik sebelum skuad kendalian Cesar Ferrando Jiminez itu memastikan kemenangan milik mereka.

Gol pasukan JDT dijaringkan oleh bekas pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-38, manakala gol kedua diperolehi daripada pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa, dua minit sebelum permainan tamat.

Harimau Selatan hampir mendapatkan gol pertama mereka menerusi bintang import, Pablo Aimar pada minit keenam namun sepakannya tersasar.

JDT memperoleh gol pertama menerusi tandukan ke belakang Amri hasil sepakan sudut dari sebelah kanan pada minit ke-38.

Masuk separuh masa kedua, tuan rumah terus memberi tekanan kepada Perak dengan Figueroa hampir menjaringkan gol kedua untuk JDT, namun tandukannya melepasi gawang.

Bekas pemain Panathinaikos itu menebus kehampaan pada minit ke-88 apabila dia mudah menyepak masuk hasil hantaran cantik Safiq Rahim dari luar kotak penalti.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain import kelahiran Guinea, Mamadou Hady Barry muncul wira Terengganu apabila meledak dua gol pada minit ke-22 dan 66 bagi menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Walaupun ketinggalan terlebih dahulu apabila pelawat berada di depan melalui jaringan pemain antarabangsa Indonesia, Hamka Hamzah pada minit ke-17, namun Sang Penyu bangkit dengan penuh bergaya.
Tidak sampai empat minit kemudian, tuan rumah memperolehi gol penyamaan apabila Barry bijak memperdayakan pertahanan PKNS melalui tandukan cantik.

Dia menggandakan jaringan selepas mudah menewaskan penjaga gol pelawat, Md. Remezey Che Ros hasil umpanan jauh tonggak pertahanan, Mazlizam Mohamad.

Seperti mana pasukan jirannya, Kelantan juga bangkit daripada ketinggalan untuk mengutip tiga mata penuh apabila membenam cabaran pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super musim ini, Sime Darby dengan kemenangan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Beraksi di hadapan 25,000 penyokong setia, The Red Warriors bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit ketujuh hasil sepakan percuma Mohd. Fazdli Shaari yang gagal dijangkau Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang seakan-akan mendapat suntikan semangat daripada ketua jurulatih baharu, Steve Darby mengubah corak permainan lebih pantas sehingga beberapa kali mengancam kubu gol pelawat.

Asakan bertali arus Kelantan itu akhirnya berjaya membuahkan hasil pada minit ke-60 apabila Mohammed Ghaddar yang berada didalam kotak penalti bijak menyudahkan hantaran Forkey Doe.

Dia kemudian bertindak menjaringkan gol kemenangan pada minit-79 hasil sepakan penalti.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berdepan sebarang masalah apabila menewaskan Sarawak 2-0 melalui penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Marlon Alex James pada minit ke-17 dan Christie Jayaseelan, minit ke-35.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140119/su_01/Harimau-Selatan-memang-ada-kelas#ixzz2qriKQKYr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 17 Januari 2014

Aidil Zafuan Dan Kekasih Baru, Zarema Zainal Kahwin Mac 2014

17 januari 2014

Nampaknya bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini ini semakin berani berkongsi detik-detik bahagianya bersama kekasih barunya Zarema Zainal.

Terbaru, Aidil Zafuan telah memuat naik beberapa keping foto dia dan Zarema ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini, di laman instagram miliknya.

Mungkin kerana hubungannya dengan Zarema telah mendapat restu keluarga, maka Aidil tidak lagi berselindung mengenai status terbarunya itu.

“Restu keluarga adalah yang paling penting untuk membentuk sesebuah keluarga, kerana bagi saya restu jugalah yang akan menjamin masa depan suami dan isteri.

“Saya bersyukur kerana keluarga merestui hubungan saya dan Zarema…Saya tidak mahu perkara lama berulang lagi…Insya-Allah saya dan Zarema akan berkahwin pada Mac depan, katanya seperti yang dipetik daripada mStar Online.


Aidil dan Zarema bersama Nora Danish dan Nadim ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi anak Nora Danish baru-baru ini.

Menanti hari bahagianya itu, menurut Aidil setakat ini dia  dan Zarema masih belum menyiapkan sebarang persiapan serta tarikh yang sesuai juga masih belum diputuskan.

“Insya-Allah, saya mengharapkan agar perkahwinan kali kedua ini kekal selamanya dan berazam untuk menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab selepas ini.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Segala kekurangan dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin perbaiki pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang lebih baik.

"Apa yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya.

Aidil sah bercerai talak satu dengan aktres Rita Rudaini pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut sering dilanda masalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...