Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 17 Januari 2014

Aidil Zafuan Dan Kekasih Baru, Zarema Zainal Kahwin Mac 2014

17 januari 2014

Nampaknya bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini ini semakin berani berkongsi detik-detik bahagianya bersama kekasih barunya Zarema Zainal.

Terbaru, Aidil Zafuan telah memuat naik beberapa keping foto dia dan Zarema ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini, di laman instagram miliknya.

Mungkin kerana hubungannya dengan Zarema telah mendapat restu keluarga, maka Aidil tidak lagi berselindung mengenai status terbarunya itu.

“Restu keluarga adalah yang paling penting untuk membentuk sesebuah keluarga, kerana bagi saya restu jugalah yang akan menjamin masa depan suami dan isteri.

“Saya bersyukur kerana keluarga merestui hubungan saya dan Zarema…Saya tidak mahu perkara lama berulang lagi…Insya-Allah saya dan Zarema akan berkahwin pada Mac depan, katanya seperti yang dipetik daripada mStar Online.


Aidil dan Zarema bersama Nora Danish dan Nadim ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi anak Nora Danish baru-baru ini.

Menanti hari bahagianya itu, menurut Aidil setakat ini dia  dan Zarema masih belum menyiapkan sebarang persiapan serta tarikh yang sesuai juga masih belum diputuskan.

“Insya-Allah, saya mengharapkan agar perkahwinan kali kedua ini kekal selamanya dan berazam untuk menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab selepas ini.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Segala kekurangan dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin perbaiki pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang lebih baik.

"Apa yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya.

Aidil sah bercerai talak satu dengan aktres Rita Rudaini pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut sering dilanda masalah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...