Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 21 Disember 2013

KELAHIRAN BAYI SELEBRITI YANG MEWARNAI DUNIA HIBURAN 2013

21 Disember 2013

kelahiran bayi selebriti yang mewarnai dunia hiburan 2013

KUALA LUMPUR, 19 DIS 2013: Sepanjang tahun 2012, media hiburan tempatan dipenuhi dengan cerita perkahwinan artis. Oleh itu, bagi tahun 2013 pula, cerita industri hiburan tempatan dipenuhi dengan kisah comel artis bersalin.
Apa yang pasti, kelahiran bayi sulung Fasha Sandha merupakan kelahiran yang paling dinanti-nantikan. Malah, melihat dari laporan media yang diberikan, Fasha menerima paling banyak liputan media dari pengumuman mengandung sehinggalah hari dia melahirkan anak sulungnya itu.
Selain Fasha, kelahiran bayi sulung Irma Hasmie turut dinantI-nantikan peminatnya. Disebabkan itu jugalah, murai.com.my difahamkan Irma dan suaminya, Redza Syah telah membuat satu video dokumentari istimewa tentang anaknya itu.
Kelahiran bayi sulung Irma bernama Irfan itu lebih istimewa apabila pada tarikh tersebut pelakon Ayu Raudah turut melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Qaiser. Jadi, tidak hairanlah nanti, tarikh 29 Mac merupakan tarikh istimewa buat Irma dan Ayu Raudah.
Jika bayi Fasha Sandha menjadi bayi yang dinantikan kelahirannya, anak sulung kepada pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil boleh dikategorikan bayi yang menerima paling banyak kisah panas.
Sebelum dilahirkan ke dunia, berita gembira ini telah diselitkan berita kurang enak yang melibatkan Farid Kami dan ibu mertuanya. Bagaimanapun, selepas anak mereka bernama Muhamad bersalin, segalanya telah senyap dan Muhamad boleh dikategorikan sebagai penawar bagi kontroversi berkenaan.
Apapun, berita kelahiran anak kepada selebriti ini menjadi antara berita paling dikehendaki peminat industri seni hiburan tempatan. Malah, ramai yang suka melihat wajah comel anak-anak selebriti ini.
Berikut adalah senarai selebriti yang selamat melahirkan anak:
Memey Suhaiza & Norman Hakim (Anak Sulung)
Nama anak: Mohamed Darwisz Hakim
Tarikh lahir: 1 Februari 2013
Tempat lahir: Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak
Waktu lahir: 9.55 malam
Akma AF3 & Farih Hamshi (Anak Sulung)
Nama anak: Awatif Husna Hamshi Bt Farih Hamshi
Tarikh lahir: 16 Julai 2013
Waktu lahir: 10.56 malam
Nurul Depp & Eric Depp (Anak Sulung)
Nama anak: Baby Z
Tarikh lahir: 3 Oktober 2013
Waktu lahir: 10.28 pagi
Ning Baizura & Omar Shariff Christopher Layon Dayton (Anak Sulung)
Nama anak: Ryan Sky Dalton
Tarikh lahir: 31 Januari
Waktu lahir: 3.06 pagi
Yasmin Hani & Shahrin Razali (Anak Sulung)
Nama anak: Noah Ismail Wong
Tarikh lahir: 12 November 2013
Tempat lahir: Pusat Perubatan Prince Court
Rebecca Nur Islam & Datuk Nor Azam Sulaiman (Anak Ketiga)
Nama anak: Nor Anggerik Renesmee
Tarikh lahir: 20 September 2013
Tempat lahir: Hospital Fleanegles, Ampang
Waktu lahir: 9.35 pagi
Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer (Anak Sulung)
Nama anak: Redza Syah Irfhan
Tarikh lahir: 29 Mac 2013
Waktu lahir: 8.51 pagi
Cheryl Samad & Ng Ping Ho (anak sulung)
Nama anak: Stella
Tarikh lahir: 18 Oktober 2013

Ayu Raudah & Zaquan Adha (Anak Sulung)
Nama anak: Muhammad Aisy Qaiser
Tarikh lahir: 29 Mac 2013
Waktu lahir: 2.17 petang
Tempat lahir: Hospital Columbia, Johor Bahru

Diana Daniele & Farid Kamil (Anak Sulung)
Nama anak: Muhammad
Tarikh lahir: 2 Julai 2013
Tempat lahir: Sydney, Australia
waktu lahir: 4.30 petang
Natasha Hudson & Carleed Khaza
Nama anak: Naeema Kalila
Tarikh lahir: 22 April 2013
Waktu lahir: 5.45 petang 
Wawa Zainal & Ariel Zafril (Anak Sulung)
Nama anak: Ahmad Fakharuddin Attar
Tarikh lahir: 4 Ogos 2013
Tempat lahir: Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur
Waktu lahir: 9.25 pgai
Fasha Sandha & Jejai- Rizal Ashram (Anak Sulung)
Nama anak: Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram
Tarikh lahir: 15 April 2013
Waktu lahir: 9.21 pagi
Tempat lahir: Hospital Prince Court, Kuala Lumpur
Sharifah Sofia & Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali (anak kedua)
Nama anak: Sharifah Ameera Syed Ismail
Tarikh lahir: 23 September 2013
Betty Banafe & Bruce Darghous (anak sulung)
Nama anak: Julia Claire
Tarikh lahir: 1 Disember 2013
Tempat lahir: Hospital Pakar Damansara
Nana Mahzan & Raqeem Brian (Anak kedua)
Nama anak: Aaqib
Tarikh lahir: 5 Disember 2013

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...