Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 17 Mei 2011

PDRM minta bantuan FIFA

12 Mei 2011






POLIS akan menyiasat dakwaan wujud komplot mengatur perlawanan dalam aksi bola sepak antarabangsa yang berlangsung di negara ini.




PIHAK polis mahu meminta bantuan pasukan perisikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyiasat dakwaan wujud rangkaian sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan bola sepak yang turut melibatkan rakyat Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar kecil) berkata, ia penting bagi membolehkan polis menganalisis dan melancarkan operasi tertentu berhubung dakwaan tersebut.
“Kita mahu pasukan siasatan FIFA memberi maklumat risikan berhubung dakwaan wujud rangkaian menentukan perlawanan beroperasi di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.
Dilaporkan Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton akan mengetuai pasukan siasatan melawat Malaysia sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan lebih 300 perlawanan di tiga buah benua dipengaruhi sindiket mengatur keputusan perlawanan.
Mohd. Bakri berkata, pihak polis akan menangani isu berkenaan kerana tidak mahu ia memberi gambaran bahawa Malaysia merestui aktiviti tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga berkata, pasukan khas polis sedia bekerjasama dengan pasukan siasatan FIFA yang menyiasat dakwaan wujud rangkaian mengatur perlawanan yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Selasa, 10 Mei 2011

FAM disiasat

11 Mei 2011




IMBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA.
Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.
“Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini.
“Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan.
“Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini,” jelas Azzuddin semalam.
Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe.
Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’.
Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini.
“Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.
“Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab,” tegasnya.
Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan ‘panas’ berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak.

Sabtu, 7 Mei 2011

Ucapan :)

08 Mei 2011

<3 Khas untuk Ibu, Mama, Mak, Umi dan apa panggilan untuk IBU... :) 







Rabu, 4 Mei 2011

Rajagobal uji pemain baru lawan Hong Kong

04 Mei 2011


PEMAIN baru bakal diberi peluang menyarung jersi skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 3 Jun ini apabila jurulatih K Rajagobal berkemungkinan besar tidak akan membawa beberapa pemain utama daripada skuad Olimpik negara.
Keputusan Rajagobal itu dilihat sebagai tidak mahu menjejaskan persiapan skuad Olimpik yang sibuk melakukan persiapan bagi mengharungi pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Lubnan pada 19 Jun.

“Saya akan berbincang mengenai perkara ini dengan jurulatih Ong Kim Swee minggu ini sama ada memanggil pemain skuad Olimpik ataupun tidak. Saya tahu keadaan sekarang di mana kedua-dua pasukan (skuad negara dan Olimpik) masing-masing memikul tanggungjawab dan saya akan membuat keputusan demi kebaikan bersama.
“Kemungkinan besar saya tidak akan memanggil pemain skuad Olimpik untuk bersama skuad kebangsaan bagi perlawanan menentang Hong Kong. Sebelum ini, saya sudah beri gambaran akan memanggil pemain baru berdasarkan aksi mereka dalam liga tapi saya hanya akan mengumumkan senarai pemain minggu depan,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Pemain skuad Olimpik yang sebelum ini mendapat tempat dalam skuad kebangsaan adalah Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan.

Jika mereka tidak dipanggil bagi perlawanan dengan Hong Kong, Rajagobal masih boleh menggunakan khidmat pemain muda itu bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.
Mengikut perancangan, pemain skuad kebangsaan akan melaporkan diri pada 29 Mei ini sebelum bertolak ke Hong Kong tiga hari kemudian. Selepas itu anak buah Rajagobal akan bertemu Myanmar dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 18 Jun sebelum menghadapi Taiwan bagi perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia di gelanggang yang belum lagi ditentukan di Kuala Lumpur pada 29 Jun.

Pada 3 Julai, Malaysia akan bertandang ke Taiwan bagi perlawanan kedua. Tugasan skuad kebangsaan diteruskan dengan aksi perlawanan menentang Chelsea pada 21 Julai.


Isnin, 2 Mei 2011

Rita Rudaini & Aidil Zafuan Dapat Anak Kedua

02 Mei 2011


PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.
Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
“Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat,” katanya.
Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.
Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.
Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.


Ahad, 1 Mei 2011

Thaniah Aidil Zafuan & Rita Rudaini

02 Mei 2011

Thaniah kepada AIDIL ZAFUAN & RITA RUDAINI...
Kerana telah mendapat bayi lelaki yang bernama Airit Rafqa Arjuna...
Seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court Jumaat lalu.... 
Kami di Blog ini mendoakan 
Semoga AIDIL ZAFUAN & RITA RUDAINI 
berbahagia sehingga ke akhir hayat... 
Amin... :)




Petua Moden & Tradisional Ayu Raudhah

02 Mei 2011


LEBIH empat bulan bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pelakon Ayu Raudhah masih menantikan kehadiran cahaya mata.
Setakat ini, Ayu belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun begitu, pasangan itu berserah kepada rezeki Tuhan dan menerima bila-bila masa sahaja untuk dikurniakan anak.
Sesibuk mana dengan rumah tangga yang baru dibina itu, ia tidak menjadi halangan untuk wanita ini meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Namun, Ayu perlu lebih selektif memilih watak yang sesuai.
Selepas berkahwin, wajah Ayu jarang dilihat muncul di media cetak mahupun elektronik. Jika ada yang perasan, telefilem terbaru lakonan Ayu berjudul Pabila Syaitan Berbisik baru disiarkan di TV1 pada 22 April lalu.
Ayu yang selama ini cukup dikenali dengan watak gadis lemah-lembut dalam lakonannya bertukar kepada sisi jahat apabila membawa watak gadis kampung yang lupa daratan dan sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.
Bagi mengubat rindu peminat Ayu, OopStarz! minggu ini mahu berkongsi tentang rahsia kejelitaannya.
Dalam menjaga penampilan, dia paling gemar menyerlahkan kecantikan mata. Boleh dikatakan Ayu memiliki mata yang mampu menjadi aset berharga pada dirinya dan mudah mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang.
“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak. Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan Manjalara ini.
Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.
“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak maskara pada mata,” ujarnya lagi.
Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap muka.
“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani penggambaran.
“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah.
“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.
Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.
Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan ‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.
Guna daun bunga raya
Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan rambut.
“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.
Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.
“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.
Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...