Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Blog Radio. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Radio. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Lapor Ugutan Bunuh

28 Oktober 2014

aidil

PETALING JAYA: Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.
“Bagi saya, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram saya itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak,” kata Aidil kepada mStar Online pada Isnin.
Pada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.
Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai.
Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan.
“Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan.
“Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu?” soalnya.
Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang dia tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar.
Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan.
“Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu?
“Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu,” ujarnya.
Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.
Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. 

Sumber dipetik dari Mstar Online
Oleh Feride Hikmet Atak
- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/aidil-zafuan-sokong-rita-rudaini-lapor-ugutan-bunuh/#sthash.0TDcOdyN.dpuf

Suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha Mengamuk?

28 Oktober 2014

Kalau sebelum ni kecoh dengan isu Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran suami Ayu Raudhah pula yang 'bising' selepas menonton Lagenda Budak Setan 3, filem terbaru lakonan isteri beliau.
Ada pihak yang menyatakan, Zaquan Adha cemburu. Akan tetapi, jika kita dilihat pada status yang di kemas kini oleh Zaquan menerusi akaun twitter beliau, kami dapat mengagak yang suami Ayu Raudhah marah apabila melihat salah satu adegan dalam filem tersebut. Bukan cemburu ye, tapi marah. Zaquan dikatakan tidak sanggup melihat isterinya diperlaku begitu di dalam filem tersebut. Diperlakukan bagaimana, kami pun tak pasti.

Zaquan juga telah me-retweet salah satu status Farid Kamil. Nampaknya Farid Kamil seperti memberi hint, kenapa suami kepada Ayu Raudhah ni mengamuk sehinggakan dia tak mahu membenarkan isterinya untuk berlakon lagi. Haa! Nampak tak?
Kenyataan Zaquan Adha itu telah menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak.
P/s: Adegan apa lah yang membuatkan Zaquan ni marah sangat, nampak gayanya kita semua kenalah tengok Lagenda Budak Setan 3 ni. Apa pun nasihat daripada kami, isu kecil tak perlulah diperbesarkan ye. Kalau dapat diselesaikan dengan yang cara baik, lagi elok.

Khamis, 26 Jun 2014

Rita Rudaini Dedah Aidil Zafuan Dikongkong Isteri

26 Jun 2014

rita rudaini
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, bekas suaminya itu  akan terus berhadapan dengan masalah jika niatnya untuk berjumpa anak-anak terus dihalang.
“Saya sangkakan Aidil sudah berubah (perangai) lamanya. Rupa-rupanya tidak! Saya minta jadilah suami yang tegas. Awak kena ingat, awak tu bekas duda yang ada anak,” sindir Rita.
Rita berkata demikian ketika menghubungi mStar Online pada Jumaat sebagai mengulas permintaan Aidil atau nama sebanrnya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang meminta agar Rita tidak berterusan memburuk-burukan nama bekas suami sendiri dalam media massa.
Aidil turut meminta Rita tidak menyalahkan isteri yang baru dikahwininya iaitu Zarema Zainal yang dikatakan menjadi punca dia sudah lama tidak berjumpa anak sendiri.
Terdahulu menerusi mStar Online Khamis lalu Rita mendedahkan Aidil sudah lupa tanggungjawabnya untuk menjenguk anak-anak sejak mendirikan rumah tangga.
Dalam perkambangan berkaitan Rita mendedahkan Aidil pernah mengadu sikap Zarema yang telah menyekat aplikasi WeChat dan WhatsApp mereka berdua kerana cemburu.
Malah Zarema juga menurut Rita bimbang seandainya Aidil masih menghubunginya untuk bertanya khabar sehinggakan semua mesej di telefon bimbit Aidil diperiksa oleh wanita itu.
“Saya tak akan mereka cerita sendiri tetapi perkara ini didedahkan oleh Aidil kepada saya. Aidil dan isterinya pernah bergaduh besar kerana sikap Zarema yang cemburu sehinggakan segala mesej di telefon Aidil disemaknya.
“Pernah pada satu malam saya mendapat banyak kali panggilan telefon daripada salah satu daripada nombor milik Aidil tetapi apabila saya jawab, tiada suara yang menyahutnya,” kata Rita.
Jelasnya, selepas membuat panggilan menerusi satu lagi nombor telefon Aidil dan memberitahu kejadian itu, Aidil agak terkejut sambil memberitahu kad sim untuk nombor telefon berkenaan dipegang oleh Zarema.
Rita turut menambah,  Zarema pernah mengawal telefon milik Aidil terutamnya semasa sambutan ulang tahun Rita yang ke 38 pada 11 April lalu kerana bimbang Aidil akan menghantar mesej  ucapan “happy birthday” untuk Rita.
“Selepas dari tarikh 11 April itu, Aidil tidak lagi menghubungi saya untuk bercakap atau pun membuat panggilan video dengan anak-anaknya yang berada bersama saya. Jadi, saya fahamlah dia sudah sukar untuk berhubung dengan anak-anaknya kerana masalah berkenaan,” dedah Rita lagi.
Lebih memeranjatkan kata Rita dia pernah menegur  bebeapa status di Instagram (G) milik Aidil yang mendapat komen negatif pengikut-pengikutnya tetapi beritahu Aidil, akaun IG berkenaan sebenarnya dikemaskini oleh isterinya sendiri.
Malah Aidil juga tidak tahu kata laluan IG berkenaan.
“Selama ini orang ingat status di IG Aidil itu di’upadate’ oleh Aidil tetapi bukan dia yang buat sebaliknya orang lain. Ini semua Aidil mengadu kepada saya. Kalau tidak macam mana saya tahu?” soalnya.
Ditanya apakah tujuan mendedahkan cerita ini Rita berkata, dia berbuat demikian kerana marah dengan sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai kegagalannya untuk bertemu anak-anak sedangkan dia sudah bersumpah untuk berbuat demikian sebelum menikahi Zarema.
Tambah Rita, ketika anak-anak mulai ada perasaan sayang terhadap bapa sendiri selepas sekian lama ditinggalkan, seharusnya Aidil mengambil peluang berkenaan untuk bersama mereka dan bukannya menghilangkan diri.
“Saya mengambil masa untuk yakinkan anak-anak agar menyayangi ayah mereka dan Alhamdulillah, ia berjaya. Sebelum ini sembilam bulan Aidil tak ambil tahu tentang mereka dan sekarang dia buat balik perangai lamanya,” ujar Rita.
Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, yang berusia tiga tahun.
Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal pada 14 Mac lalu.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan-filem-tempatan/hiburan/rita-rudaini-dedah-aidil-zafuan-dikongkong-isteri/#sthash.yFmPO7ha.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...