Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha Mengamuk?

28 Oktober 2014

Kalau sebelum ni kecoh dengan isu Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran suami Ayu Raudhah pula yang 'bising' selepas menonton Lagenda Budak Setan 3, filem terbaru lakonan isteri beliau.
Ada pihak yang menyatakan, Zaquan Adha cemburu. Akan tetapi, jika kita dilihat pada status yang di kemas kini oleh Zaquan menerusi akaun twitter beliau, kami dapat mengagak yang suami Ayu Raudhah marah apabila melihat salah satu adegan dalam filem tersebut. Bukan cemburu ye, tapi marah. Zaquan dikatakan tidak sanggup melihat isterinya diperlaku begitu di dalam filem tersebut. Diperlakukan bagaimana, kami pun tak pasti.

Zaquan juga telah me-retweet salah satu status Farid Kamil. Nampaknya Farid Kamil seperti memberi hint, kenapa suami kepada Ayu Raudhah ni mengamuk sehinggakan dia tak mahu membenarkan isterinya untuk berlakon lagi. Haa! Nampak tak?
Kenyataan Zaquan Adha itu telah menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak.
P/s: Adegan apa lah yang membuatkan Zaquan ni marah sangat, nampak gayanya kita semua kenalah tengok Lagenda Budak Setan 3 ni. Apa pun nasihat daripada kami, isu kecil tak perlulah diperbesarkan ye. Kalau dapat diselesaikan dengan yang cara baik, lagi elok.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...