Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan

Ahad, 10 Februari 2013

Video Nazmi Faiz Bertepuk Manja Bersama Kekasih Baru, Ada Kaitan Dengan Balik Ke Malaysia

11 Februari 2013


Belum pun berapa reda dengan kontroversi yang melibatkan bekas kekasihnya Tengku Fiella bersama Aidil Zafuan, kini tersebar pula videoNazmi Faiz bersama seorang gadis yang dikaitkan dengan kepulangannya ke Malaysia.
Nazmi telah kembali ke Malaysia dan dikatakan akan bermain untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bukan lagi dengan pasukan Portugal, S.C. Beira Mar.
Nazmi ditemui keluar makan bersama gadis tersebut sekitar jam 1 petang, pada Sabtu lalu, 9 Febuari.
Pasti ramai yang menyedari kehadiran Nazmi di restoran itu kerana dia seorang public figure. Namun tanpa menghiraukan banyak mata yang memandang, Nazmi dan pasangan dilihat tanpa segan silu bermesra dihadapan orang ramai.
Besar kemungkinan gadis tersebut adalah kekasih baru Nazmi Faiz.
Diatas merupakan rakaman video aksi mesra Nazmi bersama gadis tersebut di sebuah kedai makan.
Video telah dikirim oleh seorang pembaca yang sempat merakam aksi pasangan ini tanpa disedari.
Video ihsan dari Buahmulut.com



Khamis, 7 Februari 2013

Nazmi balik sebab gaji, bukan cinta

07 February 2013


Tengku Nurshufilla

KOTA BHARU - Model jelita, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, yang juga bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor menafikan kepulangan pemain muda itu ke negara ini dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Nurshufilla atau lebih dikenali sebagai Tengku Fiella bagaimanapun menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.

"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.

"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Nazmi, 19, yang membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia sehingga namanya meniti bibir peminat bola sepak tanah air.

Harapan peminat untuk melihat anak muda ini berjaya dalam arena bola sepak menjadi lebih cerah apabila dia menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar yang beraksi di Divisyen Satu Portugal.

Bagaimanapun, jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Kepulangan Nazmi ke negara ini segera menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya malah pemain itu sendiri sehingga sekarang masih cuba berahsia.

Pada masa sama, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengejutkan tanah air, baru-baru ini.
Ini berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Sementara itu, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.

"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130207/su_01/Nazmi-balik-sebab-gaji-bukan-cinta#ixzz2KDbeaDS7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahad, 3 Februari 2013

Bukan kerana Tengku Fiella

03 Februari 2013


NAZMI dikatakan kembali ke tanah air untuk beraksi dalam saingan Liga Super bersama Selangor PKNS.


KEPULANGAN ‘arkitek’ muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas dikhabarkan tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar bukannya berpunca daripada masalah peribadi.
Bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu, emosi anak keempatnya daripada lima beradik itu berada dalam keadaan stabil sebaik tiba di tanah air baru-baru ini.
Enggan mendedahkan punca sebenar kepulangan semula Nazmi ke Malaysia, Mansor sebaliknya menafikan tumpuan anaknya terjejas ekoran kontroversi yang tercetus baru-baru ini.
“Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu.
“Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga.
“Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini,” kata Mansor semasa dihubungi Kosmo! semalam.
Baru-baru ini, Nazmi mendapat perhatian banyak pihak apabila secara terbuka mengaitkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak dengan bekas teman wanitanya, Tengku Norshufilla Tengku Shubli (gambar).
Nazmi menerusi Twitter peribadinya mendakwa, Tengku Norshufilla, 21, yang juga mesra dengan panggilan Tengku Fiella dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil yang merupakan bekas suami kepada aktres, Rita Rudaini itu.
Nazmi kemudiannya memadam semula status Twitter berkenaan manakala Tengku Fiella juga tampil menafikan memiliki hubungan istimewa dengan Aidil.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depan Nazmi bersama Beira-Mar yang dilihat seakan-akan ternoktah selepas dikatakan bakal beraksi dengan kelab Selangor PKNS dalam saingan Liga Malaysia selepas ini, Mansor juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Pada masa sama, Mansor juga memberi jaminan bahawa Nazmi hanya akan tampil bertemu media apabila benar-benar sudah bersedia.
Begitupun, Nazmi dikatakan akan menandatangani kontrak dengan Selangor PKNS hari ini.
“Semuanya akan diperjelaskan pada sidang akhbar nanti,” katanya ringkas sambil enggan mendedahkan lokasi sebenar Nazmi ketika ini.
Cubaan pemberita mendapatkan Nazmi di kediaman keluarganya di AU5, Lembah Keramat, Kuala Lumpur petang semalam juga menemui jalan buntu ekoran kediaman itu dilihat tidak berpenghuni.
Beberapa jiran yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Nazmi tidak lagi menetap secara tetap di situ, sebaliknya hanya pulang sekali-sekala.
Untuk rekod, Nazmi sebelum ini menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Beira-Mar pada 21 Mei 2012 selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika membantu Harimau Muda mengharungi kempen kelayakan Olimpik 2012 London Zon Asia.
Dalam pada itu, pegawai media Selangor PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan yang Nazmi bakal menyertai kelab itu, dan satu sidang akhbar khas akan diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya hari ini.
Begitupun, segala butiran lanjut mengenai perpindahan itu katanya, akan dimaklumkan pada sidang akhbar berkenaan.
Pada masa sama, beliau membayangkan yang Nazmi bakal beraksi bersama Selangor PKNS sehingga penghujung musim dan bukannya sekadar pemain pinjaman semata-mata.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2JpQqpjez 
Hakcipta terpelihara 

Rabu, 30 Januari 2013

Benarkah Aidil perampas?

31 Januari 2013 (30 Januari 2013)


Mohd. Nazmi Faiz

AWAL pagi Isnin yang cerah, dunia seni dan dunia sukan tempatan dikejutkan dengan berita panas. Kisah ini ciptaan bintang bolasepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Walaupun Nazmi berada dalam dunia sukan, tetapi kes ini menjadi bertambah hangat apabila ia turut membabitkan nama-nama 'panas' yang lain.

Nazmi mendakwa, suami kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak telah merampas dan menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.

Meskipun Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian, ternyata kenyataan itu membawa kesan yang sangat hebat kepada Aidil sendiri.

Menurut Aidil, dia menjadi mangsa 'permainan' dan rasa kecewa wanita bernama Tengku Fiella itu. Hits dapat mendengar luahan hati Aidil pada petang Isnin lalu. Dalam pada itu, Rita Rudaini pula mengaku semakin 'geli' dengan pelbagai kisah cinta yang dikaitkan dengan suaminya akhir-akhir ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130130/hi_04/Benarkah-Aidil-perampas#ixzz2JVI34RQu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuntut maaf secara terbuka

30 Januari 2013


Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.
Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, menuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.
Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.

Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.
Foto
TENGKU Fiella membaca laporan kisahnya dalam Harian Metro.

“Saya ada melihat Twitter Nazmi yang memburukkan saya sebelum dia memadamnya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Isnin, 28 Januari 2013

Kisah Cintan Cintun Nazmi Faiz

29 Januari 2013




Gambar dari Twitter Nazmi: Bersama ayahnya

Biasalah remaja belasan tahun, kecewa dalam percintaan. Bila dah 'frust', nak lepas kemarahan itu di mana? Di era yang serba canggih ini, laman sosial-lah jawabnya!

Alkisahnya, itulah yang berlaku semalam apabila pemain bola sepak muda Nazmi Faiz atau nama penuhnya, Muhamad Nazmi Faiz b Mansor menjadikan Twitter medan luahannya.

Terbeliak biji mata bila membaca status Nazmi. Bukan saja berat tuduhan yang dilemparkan tetapi individu yang dituduhnya itu cukup dikenali rakyat Malaysia.

Selain menuduh bekas kekasih Tengku Fiella seorang kaki cukur, Nazmi juga mendakwa bekas teman wanitanya itu mempunyai hubungan sulit dengan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini. Kononnya mereka berdua sudah dua, tiga minggu tinggal bersama di Johor.

Hendak dijadikan cerita, luahan semalam bukanlah yang pertama dari Nazmi. Mungkin disebabkan cuti hujung minggu yang panjang ditambah pula kurangnya cerita hiburan panas untuk dijadikan bahan, luahan kali ini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi bila nama Aidil Zafuan dikaitkan.

Pada 15 Januari 2013, Nazmi memberi amaran kepada pengikut-pengikut Twitternya supaya 
berwaspada dengan Tengku Fiella yang dikatakan seorang mata duitan dan "fake". Waktu itu, Nazmi siap 'tag' Johan As'ari, memberitahu "its your turn" dan "be happy".

Bagaimanapun, kesemua tweet tersebut telah dipadamkan, sama seperti kali ini. Yang berlainannya, insiden lalu melihat Nazmi memberi alasan akaun Twitternya "telah dihack oleh orang yang tak bertanggungjawab".

Kali ini, selain memohon maaf atas apa yang berlaku, Nazmi turut meminta supaya Aidil Zafuan tidak salahkan kerana dia tiada kaitan apa apa.

Nasihat GUA kepada Nazmi, yang berlalu tu biarlah berlalu. Adik masih muda, baru 18 tahun. Tidak perlulah difikirkan sangat hal-hal percintaan. Fokus dulu pada kerjaya. Jangan disia-siakan peluang bersama kelab S.C. Beira-Mar.

Pabila Aidil Zafuan Dituduh Bersekedudukan

29 Januari 2013


Awal pagi Isnin GUA dikejutkan dengan kisah Aidil Zafuan yang didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis Kelantan, Tengku Fiella.  Perkara itu didedahkan oleh pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitter miliknya. Selain mendakwa mereka bercinta, Nazmi juga mendedahkan pasangan ini bersekedudukan.

Namun, GUA tidak begitu memberi perhatian kerana  agak meragui kesahihan cerita itu. Maklumlah, kalau membabitkan akaun Twitter ini, ramai yang tidak mengakui dengan entri yang dibuat . Sebaliknya memberi alasan akaun Twitter di ‘hacked’. 
Bagaimanapun, kisah Aidil dan Tengku Fiella ini mendapat perhatian beberapa blog hiburan. Malah, Aidil turut memberi kenyataan bahawa dia telah menghubungi Nazmi bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Dalam perbualan telefon itu, Aidil memberitahu Nazmi telah memohon maaf di atas perbuatannya itu dan mengakui telah melakukan kesilapan kerana terlalu mengikut kata hati.

Persoalannya, adakah benar beberapa entri yang dipos oleh Nazmi itu tidak benar? Atau ia adalah kisah sebenar yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua bintang bola sepak ini? Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Lagipun, ini bukan kali pertama insiden sebegini berlaku. 

Jika anda masih ingat, kisah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey pernah hangat dibualkan apabila seorang individu membuat beberapa entri tentang percintaan pasangan ini. Biarpun masing-masing menafikan saling mengenali, namun kini terbukti ada kebenarannya dakwaan itu memandangkan Apex dan Leuniey sudah berkahwin.

Jadi apa pendapat anda dengan kisah Aidil Zafuan dan Tengku Fiella ini? Dalam satu laporan akhbar, isteri kepada Aidil, Rita Rudaini, tanpa berselindung memberitahu dia tidak terkejut kerana ini bukan kes pertama suaminya itu dikaitkan dengan wanita lain. Menurut Rita, dia sudah tidak mahu memikirkannya, cuma berharap Aidil segera menyelesaikan kes perceraian mereka di mahkamah dan bertanggungjawab kepada anak-anak. 

Walau apa pun, GUA berpendapat perkembangan terbaru ini  sedikit sebanyak pasti  akan mempengaruhi  kes mahkamah  Aidil dan Rita. 

Sementara itu, Tengku Fiella menafikan dia mengenali Aidil Zafuan dan mendakwa Nazmi seorang yang kuat cemburu sehingga bertindak memburuk-burukkannya di Twitter.  Gadis ini meminta orang ramai tidak mengambil serius kenyataan Nazmi itu.

Nazmi juga telah membuat permohonan maaf seperti yang diminta oleh Aidil Zafuan menerusi akaun Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin. Dia juga meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.

"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada berkaitan apa-apa.”

“Jangan Salahkan Aidil Zafuan” – Nazmi Faiz Minta Maaf

28 Januari 2013


imageSedikit  terlambat, tapi OHBULAN! pasti anda tahu tentang kekecohan yang berlaku sepanjang hari ini apabila pemain bola Malaysia, Nazmi Faiz telah mengeluarkan kenyataan mengatakan Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.
Beberapa buah status dari laman Twitter Nazmi Faiz yang telah pun dipadam telah menimbulkan kontroversi apabila Nazmi menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella. Dia turut menulis mengatakan Aidil Zafuan dan Tengku Fiella telah tinggal bersama selama beberapa minggu di Johor Bahru.
Walau bagaimanapun, Nazmi sebentar tadi telah menulis sebuah lagi status meminta maaf dan meminta agar Aidil Zafuan tidak dipersalahkan. “Saya minta maaf pasal perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada berkaitan apa apa.”
Screen Shot 2013-01-28 at 8.25.15 PM
Namun begitu, Rita Rudaini yang juga merupakan isteri Aidil Zafuan dalam kenyataannya kepada Utusanmemberitahu bahawa dia sudah lali dan tidak terkejut dengan perkara yang berlaku.
“Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.”

Tengku Fiella Dakwa Nazmi Faiz Psiko, Minta Nazmi Jadi Profesional

28 Januari 2013


Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi.
Kami mengambil tweets yang ditweet ulang oleh beberapa pengguna twitter, oleh sebab itu tweet handles mereka dikaburkan.

Kalau betul ini semua tidak berlaku, kasihan juga Tengku Fiella. Mungkin Nazmi hanya menyebut Aidil Zafuan kerana nama itu yang terlintas di fikirannya.
Apa pun kita tunggu jika Nazmi dan Aidil akan membuat ulasan lanjut berkenaan perkara ini.

Tuduhan Rampas Kekasih, Aidil Zafuan Tuntut Mohd Nazmi Mohon Maaf

29 Januari 2013


Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.
Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.
Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.
Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.
Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.
Aidil Zafuan
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.
"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.
“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.
"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.
Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.
Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.
“Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.
Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.
"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

Nazmi Mohon Maaf Pada Aidil Zafuan, Rita Rudaini Tidak Terkejut

28 Januari 2013


Dua cerita dalam satu entri. Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.
nazmi faiz
Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
rita
Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. Hehehe ~~

Aidil Zafuan Dakwa Tidak Kenal Tengku Fiella

28 Januari 2013


Berita yang hangat pagi ini mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan telah disangkal sendiri oleh suami Rita Rudaini itu melalui MH Online.
Aidil membuat penafian itu melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan. Aidil menambah yang dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.
Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini.
Aidil turut memberitahu dia akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan.
Begitu pula cerita pihak Aidil. Sekarang kita tunggu penjelasan Nazmi pula jika ada. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Dengan Tengku Fiella Melalui Twitter

28 Januari 2013


Pagi tadi, Nazmi Faiz telah membuat kejutan berikutan tweets berkenaan Tengku Fiella yang didakwanya menjalinkan hubungan dengan suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan.
Sebelum ini Nazmi Faiz pernah tweet dengan nada yang sama kepada pelakon Johan As’ari tentang Tengku Fiella, kemudian dipadam dan Nazmi mendakwa akaun twitternya digodam.

Untuk makluman anda, tweets terbaru Nazmi Faiz ini telah dipadam olehnya pagi tadi. Kami menjangkakan mungkin Nazmi akan memberikan alasan yang sama juga. Namun menariknya, bagaimana Aidil Zafuan boleh terlibat dalam drama ini?

Aidil jalin hubungan sulit dengan bekas kekasih Nazmi?

28 Januari 2013


GAMBAR kenangan Mohd. Nazmi Faiz Mansor bersama bekas teman wanitanya yang dikenali Tengku Fiella.

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bintang bola sepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mencetuskan isu sensasi apabila mendakwa pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal dalam twitternya pagi ini antara lain mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.

Pemain muda itu turut mendakwa Tengku Fiella pernah tinggal bersama Aidil selama beberapa hari di Johor Bahru.

Beliau mendakwa mengetahui semua aktiviti Aidil yang juga suami kepada Rita Rudaini dan Tengku Fiella itu menerusi seorang rakannya yang berada di tanah air.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.

Sementara itu, Tengku Fiella menafikan dakwaan Mohd. Nazmi Faiz itu dan mengaku tidak mengenali Aidil.

“Saya tidak pernah kenal pun Aidil. Nazmi saya tidak tahulah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi saya tetapi saya tak layan," katanya seperti dipetik dari blog Rotikaya.com hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi Faiz yang berada di Portugal masih gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130128/hi_04/Aidil-jalin-hubungan-sulit-dengan-bekas-kekasih-Nazmi#ixzz2JHKdVSCZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rita Rudaini tidak terkejut dakwaan Nazmi Faiz

28 Januari 2013

KUALA LUMPUR, 28 JAN.- "Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku," demikian ulas pelakon Rita Rudaini mengenai kontroversi terbaharu membabitkan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dikatakan telah 'merampas' kekasih kepada pemain bolasepak skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.
Rita sendiri membaca komen-komen membabitkan Aidil dalam laman twitter Nazmi, yang dihantar oleh peminat ke laman sosial peribadinya.

“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.

“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," beritahu Rita kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas dakwaan pemain yang kini beraksi untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal itu di dalam twitter hari ini yang mendakwa Aidil menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang dikenali Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi mendakwa, Aidil pernah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk dia berbelanja di Johor dan tinggal bersama pemain Johor Darul Takzim itu selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130128/hi_05/Rita-Rudaini-tidak-terkejut-dakwaan-Nazmi-Faiz#ixzz2JHKKwm9F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dakwaan Nazmi Faiz — Rita Rudaini Tidak Terkejut

28 Januari 2013


Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.
Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.
Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi.
Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.
“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya”
“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” ujar Rita Rudaini.

Ahad, 27 Januari 2013

Kekasih Nazmi Faiz Mansor 'Disailang' Aidil Zafuan??

28 Januari 2013



BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.


Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya. Ada pendapat mengatakan akaun Twitter Nazmi telah digodam, kesahihan berita ini belum dapat dipastikan. -MediaPjO

Tengku Fiella: Nazmi Faiz Kuat Cemburu & Saya Tidak Kenal Aidil Zafuan

28 Januari 2013


Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …
Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu’lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.
RTKY: Bila putus?
TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap.
RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?
TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.
Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.
Berkaitan Johan As’ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.
I kasihankan Aidil Zafuan apabila di’kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di’bawa entah siapa siapa.
RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di’kaitkan dengan you?
TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.
RTKY: Jadi, di’sini memang you menafikan semua yang di’tulis Nazmi Faiz pagi tadi?
TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.
Dia siap beritahu I,”Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter” & saya terkejut yang dia betul betul buat.
Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.
RTKY: Okay, terima kasih!

Nazmi Faiz Dakwa Bekas Kekasih & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

28 Januari 2013


Gossip ahli sukan negara, memang terasa seperti berada di Hollywood. Heh. Kali ini sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitter beliau.
Sebelum ini Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis & penipu — tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau di’ceroboh.
Awal pagi Isnin, sekali lagi Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.
“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.
Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.
Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?
#05 Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit - ROTIKAYA

#04 Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit - ROTIKAYA

#03 Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit - ROTIKAYA#04 Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit - ROTIKAYA

#01 Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit - ROTIKAYA


Aidil Zafuan Nafi Kenal Tengku Fiella

28 Januari 2013

nazmi


Susulan pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz yang mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan, MH Online berjaya mendapat kenyataan daripada suami Rita Rudaini ini. 
Melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan, Aidil Zafuan menjelaskan dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini. 
Malah, Aidil juga menafikan mengenali Tengku Fiella. 
"Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini," ujar Aidil yang akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...