
Mohd. Nazmi Faiz
Walaupun Nazmi berada dalam dunia sukan, tetapi kes ini menjadi bertambah hangat apabila ia turut membabitkan nama-nama 'panas' yang lain.
Nazmi mendakwa, suami kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak telah merampas dan menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.
Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.
Meskipun Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian, ternyata kenyataan itu membawa kesan yang sangat hebat kepada Aidil sendiri.
Menurut Aidil, dia menjadi mangsa 'permainan' dan rasa kecewa wanita bernama Tengku Fiella itu. Hits dapat mendengar luahan hati Aidil pada petang Isnin lalu. Dalam pada itu, Rita Rudaini pula mengaku semakin 'geli' dengan pelbagai kisah cinta yang dikaitkan dengan suaminya akhir-akhir ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130130/hi_04/Benarkah-Aidil-perampas#ixzz2JVI34RQu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan