Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 31 Ogos 2012

Rita cabar Jue

01 September 2012


“SAYA cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.
“Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak. 
Rita Rudaini yang menghubungi Rap, Rabu lalu, melahirkan rasa kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan menerusi akhbar ini pada hari yang sama, Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan.

Antara petikan kenyataan Jue: “Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya dengan suaminya untuk meraih simpati masyarakat.”

Satu lagi kenyataan Jue: “Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota.”

Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan.

“Seperti yang saya jelaskan dalam siaran akhbar ini, Rabu lalu, saya sendiri dimaklumkan gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue melalui rakan media yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu.

“Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

“Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

“Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri,” katanya.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas oleh Rita apabila wanita itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

“Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu?

“Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat.

“Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

“Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu.

“Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada ‘job’ tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

“Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan kontroversi melainkan isu ‘kahwin lari’ itupun kerana ingin melakukan perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

“Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukan seorang artis yang boleh dianggap ‘bersih dan bebas’ kontroversi,” kata Rita.

Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM Aidil dan pemain bola sepak itu, baru-baru ini ada berhubung dengan Jue untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita serahkan pada umum untuk menilai.

“Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai dilaporkan Harian Metro, Rabu lalu menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai.

“Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat ‘retak menanti belah’.

“Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012

Khamis, 30 Ogos 2012

Rajagobal panggil Zaquan

31 Ogos 2012


KUALA LUMPUR - Penyerang ATM, Zaquan Adha Abd. Radzak sedia merebut posisi penyerang selepas dinamakan dalam senarai 25 pemain untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Vietnam 11 September ini.

Kali terakhir Zaquan mewakili negara pada aksi persahabatan menentang Filipina 29 Februari lalu.
Katanya, sebelum ini prestasinya kurang memberangsangkan selepas sembuh daripada kecederaan lutut kiri sehingga tercicir daripada skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

"Ini peluang terbaik untuk saya kembali setelah kali terakhir mewakili negara pada aksi persahabatan menentang Filipina Februari lalu," katanya semalam.

Zaquan berdepan saingan empat lagi penyerang yang disenaraikan jurulatih Datuk K. Rajagobal iaitu Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Ahmad Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan Safee Sali (Pelita Jaya) yang turut disenaraikan Rajagobal.

Pemain lain yang disenaraikan Rajagobal ialah Bunyamin Umar, Safiq Rahim (Selangor), Farizal Marlias, S. Kunanlan (Negeri Sembilan) Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, S.Subramaniam (Kelantan) Abdul Shukor Jusoh, Faizal Muhamad, Zubir Mohd. Azmi (Terengganu)

Turut dipanggil termasuk Azamuddin Mohd. Akil (Pahang) Muhammad Zamir Selamat (Johor FC) Amiridzwan Taj Tajudin, Christie Jayaselan, Azmi Muslim Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Mahalli Jasuli, Fadhli Mohd. Shas Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A).

Bangganya dapat BBM dengan suami orang – Rita Rudaini

31 Ogos 2012


Bangganya dapat BBM dengan suami orang - Rita Rudaini
Dibawah berikut adalah antara penjelasan Jue Aziz yang dipetik :-
“MASALAH mereka suami isteri pun belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil pun macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana saya tahu segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.
Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa pula mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan kemukakan bukti sekali.
Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun akan perkara ini.
sumber : Rita jangan kaitkan saya dengan Aidil – Jue Aziz.
Dalam pada itu, melalui akaun rasmi twitter Rita Rudaini semalam juga, kelihatan Rita Rudaini mengulas lagi perkara ini dengan beberapa siri tweet seperti dibawah.
Eyriqazz Vs Denaihati

Aidil cedera, Raja resah

31 Ogos 2012


WALAUPUN menang 2-0 ketika menentang Myanmar malam kelmarin, pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berdepan dilema apabila pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan mengalami kecederaan serius sehingga berkemungkinan terpaksa membuat percaturan lain ketika menentang Taiwan untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2014, 29 Jun ini.
Rajagobal berkata, kecederaan serius Mohd Aidil mengambil masa lama untuk pulih sekali gus membayangkan dia tidak dapat menyertai kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Taiwan.

“Jika Aidil tidak dapat diturunkan menentang Taiwan, saya terpaksa membuat percaturan lain,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Rajagobal, dia tidak terlalu gusar kerana skuad Harimau Muda memiliki barisan pemain terbaik dan bersemangat tinggi.

Katanya, aksi memberangsangkan anak buahnya dibuktikan ketika menentang Myanmar.

“Walaupun hujan dan padang licin, keadaan itu tidak mematahkan semangat pemain untuk memberikan persembahan terbaik seperti dijanjikan, malah kemenangan dalam perlawanan persahabatan itu akan memberi keyakinan untuk perlawanan menentang Taiwan.


“Sebelum beraksi, kita dapat lihat pemain tidak mempunyai masalah untuk beraksi dan ini membuatkan mereka (pemain kebangsaan) tenang menghadapi tentangan lawan,” katanya.

Rajagobal turut memuji pemain baru seperti Mohd Shakir Shaari (pemain tengah), Mohd Farisham Ismail (pemain pertahan) dan Helmi Remeli (pemain pertahanan) yang menunjukkan satu persembahan mantap di posisi masing-masing.

“Kesemua pemain menunjukkan persembahan yang memberangsangkan terutama pemain baru seperti Mohd Shakir, Mohd Farisham dan Helmi yang berjaya menyesuaikan diri di dalam pasukan.

“Saya kagum dan puas hati dengan keupayaan serta komitmen mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

Rabu, 29 Ogos 2012

Rita jangan kaitkan dengan saya dengan Aidil – Jue Aziz

30 Ogos 2012


“MASALAH mereka suami isteri pun belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil pun macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana saya tahu segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.
Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa pula mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan saya dengan suaminya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri dulu, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota.
“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, sila beritahu saya produksi mana sekang.
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan kemukakan bukti sekali.
“Saya harap dia jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain ye,” katanya.
Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun akan perkara ini.
“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya.
“Kalau dia tak puas hati dengan Ayu Raudhah, itu masalah dia dan bukannya masalah saya. Kemelut yang melanda rumah tangga mereka, nampaknya hanya menyusahkan orang lain saja.
“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ianya tidak benar sama sekali.
Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,” kata Jue lagi.
Menurut Jue, ini adalah kenyataannya yang terakhir dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Ketika dihubungi Jue Aziz berada di lokasi penggambaran drama Antara Laut China Selatan di Dungun, Terengganu.
“Saya menjalani penggambaran drama 26 episod ini sebelum Ramadan lagi dan akan selesai pada awal Oktober nanti. Dengan jadual yang padat kerana penggambaran ini turut dirakamkan di Sabah, manalah saya ada masa nak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan terutama dengan suami orang,” katanya lagi.

Selasa, 28 Ogos 2012

Hati sudah lama kosong

29 Ogos 2012


PERASAAN cintanya sudah lama padam buat sang suami mengenangkan apa yang diperlakukan terhadap dirinya dan anak-anak. Justeru itu, pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar, 35, enggan mengenang lagi kisah sedih yang singgah mencemari rumah tangga mereka yang suatu ketika pernah bahagia.
Namun, dalam semakin dia memperoleh ketenangan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, hidupnya kembali diduga apabila menjadi buruan pihak media tatkala umat Islam sedang sibuk meraikan lebaran. 
Semuanya gara-gara gosip berhubung Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, yang dikatakan intim dengan pelakon seksi, Jue Aziz, sebagaimana disiarkan dalam ruangan gosip, sebuah akhbar, baru-baru ini.

“Rita sebenarnya terlalu sibuk dengan aktiviti harian selain menguruskan anak-anak, mencari rezeki buat mereka. Rita tidak sempat hendak fikir langsung gosip yang berlegar. Apapun Rita tidak terkejut dimaklumkan hal ini.

“Gosip mengenai mereka berdua Rita dengar sejak Mac lalu, tetapi tidak pernah ambil pusing lagipun ia bukan hal Rita. Malah, Rita sendiri pernah bertanyakan kepada Aidil mengenai hal ini menerusi SMS dan dia membalas gosip itu tidak benar dan dia langsung tidak mengenali Jue.

“Bagaimanapun, kenyataan Jue pula di sebuah akhbar baru-baru ini, mengakui bahawa dia dan Aidil hanya kenalan biasa. Jadi, Rita tidak tahu siapa yang bercakap benar dan yang mana satu Rita harus percaya. Kalau nak ‘coverline’ pun berpakat untuk keluarkan jawapan yang seiring.

“Tapi tidak kisahlah sama ada kenal atau tidak, Rita cuma hendak beritahu bahawa hati Rita sudah lama kosong buat Aidil. Perasaan cinta juga sudah hilang. Jadi terserahlah apapun yang dia ingin lakukan,” katanya.

Pun begitu, jelas Rita status mereka yang masih suami-isteri membuatkan dirinya sedikit terganggu apabila tidak semena-mena turut diheret sama kerana sejak gosip itu tersebar ramai wartawan mencari dan mahukan komennya.

Paling menyedihkan, dalam berita suaminya dikatakan dekat dengan Jue ada pula pihak yang menuding jari padanya walhal yang dikatakan sedang bercinta adalah mereka berdua. Sedangkan Rita, mendedikasikan seluruh hidupnya sehari-hari buat anak dan kerjayanya.

“Selesai penggambaran saya pulang rumah fokus pula pada anak-anak. Tidak ada masa nak melepak dan inilah diri Rita sejak dulu sejak berkahwin dengan Aidil. Tetapi mengapa Rita pula yang hendak dipersalahkan, sedangkan gosip yang bertebaran membicarakan soal Aidil dan Jue.

“Rita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip yang disampaikan. Kalau benar dia berlaku curang di belakang, itu dia kena jawab dengan Tuhan. Memang benar rumah tangga kami hampir hancur, namun perbuatan curang di belakang tanpa pengetahuan isteri tetap bersalah.

“Ramai orang beritahu Rita sebelum ini, Rita hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Serius Rita tak kuasa sebabnya sebelum ini pun ada beberapa perempuan menghubungi dan bertemu Rita sendiri memaklumkan mereka rasa tertipu dengan Aidil yang mengaku dirinya sudah berpisah dengan Rita walhal kami belum bercerai.

“Berbalik mengenai Aidil dan Jue, kalau benar bagai dikata Rita tidak mahu salahkan sebelah pihak saja kerana umum tahu keadaan rumah tangga kami iaitu bermasalah, namun belum bercerai. Apa yang penting jangan kacau Rita kerana sekarang ini Rita hanya mahu fokus kehidupan Rita yang sangat gembira bersama anak-anak.

“Rita ada memaklumkan Aidil, dia boleh buat apa saja atau mahu skandal dengan sesiapapun, tetapi tolong jangan sampai menyusahkan Rita,” katanya.

Rita mengahwini Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, juga pemain skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, setahun dua bulan.

Mohon untuk menamatkan bicara berkisar permasalahan rumah tangga yang belum berkesudahan, Rita bagaimanapun bersiap sedia menghadapi sebarang ketentuan Ilahi. Kalau jodohnya tidak panjang, dia menerima dengan reda dan hati yang ikhlas.

Beralih topik perbualan, Rita yang baru pulang dari bercuti panjang di Perlis, Ahad lalu sempena meraikan Aidilfitri di kampung halamannya berkata, perayaan kali ini disambut dengan meriah meskipun tanpa kehadiran suami di sisi.

“Selalunya setiap tahun Rita akan buat rumah terbuka pada hari raya pertama. Bagaimanapun, tahun ini Rita terpaksa buat rumah terbuka dua kali iaitu pada hari raya pertama dan keempat.

“Peminat yang hadir adalah mereka yang Rita jemput melalui twitter. Rita berasa cukup terharu kerana ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Lumpur,” katanya.

Kepulangan Rita, nampaknya terus diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya bakal terbabit dengan sebuah penggambaran filem (masih dirahsiakan judulnya) serta telefilem, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah untuk Astro, September ini.

Menyifatkan tahun ini sebagai tahun bertuah buatnya apabila diberi peluang membintangi pelbagai filem antaranya yang sudah selesai dijalani iaitu Balistik dan Pengapit. Pelakon berwajah jelita itu memanjatkan rasa syukur kerana dia terus diberi kepercayaan dalam lambakan pelakon baru yang tidak kurang hebatnya.
Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012

Jumaat, 24 Ogos 2012

Hati Rita sudah kosong

25 Ogos 2012



PERTEMUAN Kosmo! dengan aktres jelita Rita Rudaini, 36, untuk merakam suasana raya dirinya bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang masing-masing berusia tiga dan satu tahun, berlangsung dalam keadaan cukup tenteram di kediaman Rita di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Cuma sekali-sekala anak-anaknya meragam, mahu dipeluk dan didukung ibunya yang ketika itu sedang sibuk disolek oleh jurusolek Tiar Zainal.
Apabila semua sudah bersedia, tanpa disuruh ketiga-tiga mereka beraksi dengan penuh gaya terutama anak sulung Rita, Rayyan yang seperti tidak sabar menyambut raya tatkala disarungkan baju Melayu.
Qaqa pula tidak henti-henti berjalan di sekeliling rumah kerana baru sahaja pandai berjalan. Kata Rita: "Macam inilah anak-anak saya, tetapi saya seronok sebab dapat saksikan mereka membesar di depan mata saya sendiri.
"Setiap momen istimewa anak-anak seperti gigi pertama tumbuh, langkah pertama serta perkataan pertama yang disebut semuanya terpahat dalam ingatan saya."
Sememangnya anak-anak Rita membesar dengan baik, namun jauh di sudut hatinya, Rita tahu anak-anaknya kehilangan sesuatu yang sangat besar iaitu kasih sayang dan belaian seorang ayah.
"Sekarang ini, sayalah ibu dan ayah untuk anak-anak saya sejak Aidil meninggalkan rumah tujuh bulan yang lalu. Anak-anak pun jarang bertanya tentang ayah mereka kerana sejak kecil lagi ayah mereka jarang menghabiskan masa bersama.
"Sebagai ibu, saya akan melakukan yang terbaik supaya anak-anak saya tidak rasa kekurangan walau sedikitpun berbanding orang lain disebabkan masalah rumah tangga saya dan Aidil," luah Rita penuh serius.
Ketika di Malaysia sedang kecoh dengan isu rumah tangganya, sekitar Jun lalu Rita sempat menenangkan diri seketika ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama anak sulungnya.
Akui Rita, pemergiannya ke Tanah Suci adalah untuk mengumpul kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang.
"Saya berdoa, jika perkara yang baik dekatkan dengan saya, jika perkara yang buruk harap dijauhkan selain berdoa yang terbaik untuk keluarga saya," ucap Rita sedikit perlahan.
Naik turun mahkamah
Cukup panjang sejarah Rita dan suaminya di mahkamah, umpama main tarik tali, pada Oktober 2010, Aidil atau nama penuhnya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.
Kemudian pada 20 Januari lalu, Aidil telah keluar daripada kediaman mereka. Selepas itu, sekitar April lalu, Aidil menghantar permohonan cerai yang kemudiannya ditarik balik dan selepas itu membuat permohonan kembali taat.
KATA Rita, anak-anaknya sudah membiasakan diri menjalani rutin kehidupan seharian tanpa kehadiran insan bergelar bapa, sejak Aidil keluar dari rumah tujuh bulan lalu.


Kata Rita: "Saya sendiri pening apatah lagi orang lain yang membaca rentetan kisah rumah tangga kami. Hakim telah menasihat Aidil untuk menyelesaikan kes ini secara baik sempena bulan Ramadan.
"Apa yang saya tahu, pada 25 September ini saya akan naik mahkamah sekali lagi berhubung hak penjagaan anak-anak walaupun pada dasarnya kami belum lagi bercerai."
Ditebak soalan masih adakah kasih dan cinta buat suaminya itu, dia termenung seketika, mungkin untuk bertanya kepada hatinya sebelum akhirnya dia nekad menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Jujur, hati saya sudah kosong untuk dia. Air mata saya sudah kering untuk menangis, sudah tidak ada apa lagi," akuinya.
Ditanya adakah itu bermakna dia sudah bersedia untuk hidup sendirian sebagai ibu tunggal andai itulah takdir yang tertulis untuknya, Rita mengiakannya.
"Saya sudah sangat bersedia untuk segala kemungkinan, diceraikan atau tidak diceraikan. Saya tidak takut untuk menjadi ibu tunggal kerana selama ini pun saya menjalani hidup sendirian dengan anak-anak.
"Sebelum ini ya, saya takut. Saya menangis sekarang tidak lagi kerana saya sudah menerima nasib yang menimpa saya. Ketika pertama kali berlaku krisis rumah tangga, keluarga saya menasihatkan saya untuk berbaik semula dengan Aidil.
"Namun, apabila kejadian yang sama berulang untuk kali kedua, keluarga menyerahkan segala keputusan kepada saya. Mereka hanya mahu lihat saya bahagia," tutur sambil mendukung anak bongsunya itu.
Walaupun apa yang terjadi antara dirinya dengan suami, Rita akur Aidil tetap bapa kepada anak-anaknya dan dia tidak pernah menghalang suaminya itu untuk berjumpa dengan mereka.
"Saya tidak mahu dipersalahkan jika anak-anak tidak kenal ayah mereka sendiri, jadi saya tidak pernah halang mereka untuk berjumpa.
"Setakat hari ini, Aidil hanya bertanya khabar tentang anak-anak kami menerusi panggilan telefon sahaja. Jika dia ingin datang ke rumah jumpa anak-anak, silakan, saya tidak kisah," tegas Rita.
Azam baharu
Sudah terbiasa barangkali, ujar Rita, tahun ini merupakan kali kedua dia meraikan Aidilfitri tanpa insan bergelar suami di sisi. Tidak janggal mahupun sunyi, kata Rita, anak-anak serta keluarga sudah cukup untuk membuatkannya bahagia.
"Aidil sudah meninggalkan rumah selama tujuh bulan, jadi saya dan anak-anak sudah membiasakan diri tanpa kehadiran dirinya.
"Raya mahupun hari-hari lain tidak ada perbezaan buat saya. Apa yang penting, saya mahu beraya sakan tahun ini. Suami ada ataupun tiada, sama sahaja," katanya yang mempunyai empat pasang baju raya tahun ini.
Rita yang pulang ke kampungnya di Kangar, Perlis selama seminggu untuk beraya, memberitahu, selama empat tahun berkahwin dengan Aidil, dia lebih banyak menjaga kepentingan hati orang lain daripada diri sendiri.
Tidak mahu berterusan meratap kalah kepada dugaan yang diberi kepadanya, Rita mempunyai azam baharu demi masa depan dirinya dan anak-anak.
"Memang selama ini saya selalu pentingkan orang lain sehingga tidak menjaga hati dan perasaan sendiri. Tahun ini, saya berazam untuk gembirakan diri sendiri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding orang lain," ujarnya yang pada tahun ini memakai busana berwarna ungu sedondon dengan warna baju anak-anaknya di pagi raya.
Penggemar laksa dan ketupat palas yang merupakan menu wajibnya di hari raya berkata, dia mempunyai pilihan dalam hidupnya dan kini memilih untuk hidup lebih bahagia walaupun masalahnya setinggi gunung.
"Tahun ini saya lebih bahagia dan lebih ceria, orang sekeliling pasti berasa kasihan pada saya tetapi tidak perlu kerana sekarang saya benar-benar bahagia dengan kehidupan saya.
"Allah maha adil, apa yang berlaku sekarang pasti ada hikmah pada kemudian hari, jadi apa yang boleh saya lakukan pasrah, berdoa dan hadapi hari-hari mendatang dengan tenang," luahnya.

Khamis, 23 Ogos 2012

(29 GAMBAR)Rita Rudaini Dan Anak-Anak Di Hari Raya

24 Ogos 2012


Sebentar tadi Abang Nara menerima sepucuk email daripada seorang pembaca yang berkongsikan gambar terbaru Rita Rudaini dan anak-anaknya. Menurut si pengirim, gambar ini diambil ketika Rita mengadakan rumah terbuka di kampung halamannya, Kedah. Untunglah penduduk kampung Rita dapat berjumpa dengannya secara face to face.
rita rumah terbuka
Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka
rita rumah terbuka

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

23 Ogos 2012

JUE AZIZ begitu terkilan kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang merupakan suami kepada pelakon Rita Rudaini.


NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.
Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.
Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?
JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan
1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.
Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.
AIDIL ZAFUAN


Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?
Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.
Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.
Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?
Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada
hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.

Gossip: Belum Cerai, Aidil Zafuan Sedang Bercinta Dengan Jue Aziz?

23 Ogos 2012

Sebenarnya gossip ini timbul pada hari pertama Aidilfitri yang lalu, namun sehingga hari ini masih tiada kenyataan dari kedua dua pihak yang di’sebut dalam gossip ini.
Menerusi ruangan gossip Harian Metro Ahad lalu, Aidil Zafuan kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan aktress Jue Aziz walaupun masih bergelar suami orang.
Aidil Zafuan yang tinggal berasingan dengan isteri, Rita Rudaini kini sedang dalam proses perbicaraan kes penceraian mereka di’mahkamah yang tidak kunjung selesai.
Menurut gossip tersebut, hubungan Aidil Zafuan dan Jue Aziz begitu akrab dan seolah olah sedang asyik bercinta walaupun mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum.
Ada krew produksi yang pernah terserempak mereka berdua keluar bersama & lebih menarik, Jue Aziz di’kenalkan kepada Aidil Zafuan oleh adik ipar beliau, Ayu Raudhah.
Agak melampau sebenarnya peranan yang di’mainkan oleh Ayu Raudhah jika benar mereka berdua kini sedang asyik bercinta sedangkan si lelaki masih bergelar suami orang. Isk.

Jue Aziz Nafikan Hubungan Dengan Aidil Zafuan, Tahu Angkara Siapa

23 Ogos 2012


Maklumbalas pertama secara rasmi dari satu pihak berkaitan gossip yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta sudah keluar dan ia’nya agak menarik.
Jue Aziz hari ini menerusi Kosmo! menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang kini masih suami kepada Rita Rudaini.
Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa.
“Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk,” ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini.
“Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil & jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu.”
Menariknya, Jue Aziz mendakwa yang beliau tahu gossip ini timbul angkara siapa kerana ia’nya turut melibatkan nama Ayu Raudhah — dan beliau meminta bukti.
“Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah,” tambah Jue Aziz

Saya Tiada Sebarang Hubungan Istimewa Dengan Aidil – Jue Aziz

23 Ogos 2012


Pasti ramai yang terkejut apabila Jue Aziz dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan seperti yang dikeluarkan menerusi Metro Ahad baru-baru ini. Percintaan mereka dikatakan berputik selepas dikenalkan oleh Ayu Raudhah. Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Jue Aziz tampil menafikan yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil.
jue aziz aidil
Jue mengakui mengenali Aidil namun hanyalah sekadar kenalan biasa. Malah Jue berkata yang semenjak dua ini dia sememangnya sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tak mungkin mempunyai masa untuk keluar berdua-duaan dengan Aidil. Kata Jue:-
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.
jue aziz
Jue juga memberitahu Kosmo yang dia mengetahui siapakah dalang di sebalik gosip ini. Malah Jue turut melahirkan rasa simpatinya kepada Ayu Raudhah yang tercalar reputasinya kerana dikatakan menjadi orang tengah memperkenalkan dia dan Aidil:-
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.
Dan Jue memberikan masa seminggu kepada individu yang terbabit mengeluarkan gosip ini untuk tampil dan menunjukkan bukti yang dia mempunyai hubungan dengan Aidil. Jika gagal, individu terbabit haruslah memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan nama Jue. Bagi Jue, kontroversi sebegini mampu menutup periuk nasinya di dalam bidang lakonan.
jue aziz aidil
Abang Nara masih tak boleh agak siapakah individu yang dimaksudkan oleh Jue Aziz. Namun itu semua tidak penting. Apa kata sempena Syawal ini, individu terbabit datang berjumpa dengan Jue Aziz dan memohon maaf. Pastinya lebih berkat mendapat kemaafan di bulan Syawal yang mulia ini. Tak gitu?

(GOSIP)Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Dikatakan Bercinta?

23 Ogos 2012


Ahad yang lepas, walaupun di Hari Raya yang pertama, Abang Nara tidak melupai tabiat membeli suratkhabar untuk membaca perkembangan terbaru dunia selebriti tempatan. Dalam banyak-banyak cerita yang dikongsikan, Abang Nara terkejut dengan tulisan CAK di dalam Harian Metro Ahad tentang Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta.
adil zafuan dan jue bercinta
Menurut CAK, Aidil dan Jue telah diperkenalkan menerusi adik ipar Aidil iaitu Ayu Raudhah. Abang Nara quote sikit tulisan CAK untuk tatapan anda semua.
MACAM tidak mahu percaya dengan apa disampaikan sumber mengenai Jue Aziz, yang kini kelihatan seperti menyepi daripada publisiti, dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan.
Kalau hendak diikutkan, apa kaitannya dramatis itu dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), juga suami kepada Rita Rudaini (masih lagi suami kerana perbicaraan perceraiannya belum selesai)? Menurut sumber, Jue kini dikatakan akrab dengan Aidil, malah ada ketika kelihatan mereka seakan-akan dilamun cinta. CAK rasa macam nak tersembul biji mata bila sumber terbabit menceritakan perkara ini.
Tambahnya, walaupun kedua-duanya seperti mahu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan umum, ada kakitangan produksi yang pernah bekerja dengan Jue terserempak mereka berdua.
Hairan juga CAK, macam mana mereka berdua boleh bertemu memandangkan dunia mereka jauh berbeza. Hendak kata Jue akrab dengan Rita, tidak juga.
Kata sumber itu, sebenarnya adik ipar Aidil yang juga pelakon, Ayu Raudah yang memperkenalkan mereka berdua.
Andai benar seperti disampaikan, CAK rasa ia keterlaluan memandangkan Aidil masih lagi suami Rita.
Berat jugak kalau apa yang ditulis oleh CAK ini benar. Kes mahkamah Aidil dan Rita pun masih belum tamat lagi. Kalau dah tamat baru nak bercinta barulah kiranya molek jugak. Apa-apa pun diharapkan Aidil atau Jue tampil untuk membuat kenyataan mengenai tulisan CAK ini.

Selasa, 14 Ogos 2012

Ayu Raudhah: Dialog Dalam Drama Dorong Saya Berhijrah

15 Ogos 2012


Ayu Raudhah: Dialog Dalam Drama Dorong Saya Berhijrah

















KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, pelakon Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.

"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,

"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.

Ayu tidak mengerjakan umrah keseorangan sebaliknya ditemani suaminya sepertimana tahun lalu bersama akak dan abang iparnya.

Bercuti rehat daripada berlakon sepanjang ramadan, Ayu bagaimanapun bakal kembali aktif untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September ini.

Dialog Ketika Berlakon Dorong Saya Berhijrah – Ayu Raudhah

15 Ogos 2012


Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.
ayu raudhah tudung
Berkata kepada portal Murai, Ayu memberitahu yang dialog-dialog yang dilontarkan di dalam drama turut memberi kesedaran kepada dirinya.
Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut. Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.
Siapa sangka daripada dialog-dialog sahaja hati Ayu Raudhah terbuka untuk bertudung. Malah, suami Ayu, Zaquan yang pada mulanya terkejut ternyata sangat gembira dengan perubahan ini. Kepada Ayu, semoga rezeki anda dimurahkan lagi selepas berhijrah ini. Tahniah sekali lagi kepada Ayu atas perubahan ini.

Sumber Ayu

14 Ogoss 2012


Isnin, 13 Ogos 2012

(TAHNIAH) Ayu Raudhah Sahkan Dirinya Sudah Bertudung

14 Ogos 2012


Susulan entri sebelum ini tentang penghijrahan Ayu Raudhah yang tampil dengan imej bertudung,Media Hiburan telah pun mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan mengenai hal ini. Ternyata berita baik ini memang benar dan sahih.
ayu raudhah kini bertudung
Menurut Ayu, dia memang sudah lama teringin untuk bertudung namun hatinya terbuka selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini. Kata Ayu:-
Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini.
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah atas penghijrahan ini. Semoga dengan penghijrahan ini rezeki Ayu akan dimurahkan. Tahniah sekali lagi.

Giliran Ayu Raudhah Pula Berhijrah Dan Bertudung?

14 Ogos 2012


Berita baik ini masih belum disahkan oleh tuan punya badan. Namun menurut Kosmo Ahad semalam, selain daripada Shila Amzah dan Nurul Syuhada, Ayu Raudhah turut dikatakan telah berhijrah dan memakai tudung sekarang. Menurut Diva, penulis cerita ini, Ayu Raudhah meminta agar disediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia sudah pun berhijab.
ayu raudhah bertudung
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah sekiranya berita ini adalah benar. Kepada suami Ayu iaitu Zaquan, tahniah juga Abang Nara ucapkan kerana penghijrahan isteri anda. Nampaknya semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah. Semoga trend ini dapat diteruskan di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Daripada Suami Kerana Melodi

14 Ogos 2012


Kerana kenyataannya di Melodi Ahad lepas, Rita Rudaini telah menerima SMS berbaur ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan. Menurut Rita, menerusi SMS tersebut, suaminya mengugut untuk memalukan Rita menerusi rancangan Melodi juga sebaik sahaja dia pulang daripada latihan di luar negara.
rita rudaini
Menerusi Melodi, Rita memberitahu yang sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga. Rita juga memberitahu yang suaminya sudah termakan hasutan pihak ketiga sehingga menyebabkan keadaan rumah tangganya bertambah parah dan sukar untuk diselesaikan.
rita baru
Berkata kepada wartawan Mstar Online, Rita menjelaskan:-
Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara. Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?
Makin lama makin mendalam kemelut rumah tangga Rita dan Aidil ini. Hari raya pun dah makin dekat. Apa kata kedua-duanya bermaaf-maafan dan segera menyelesaikan masalah mereka berdua. Lagi lama dibiarkan lagi teruk nampaknya. Tak gitu?

Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara 'Melodi'

14 Ogos 2012


Rita Rudaini bersama dua anaknya. Foto petikan Metro Ahad.
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad.
Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.
“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).
"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita pada Ahad.
Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.
Rita menerima SMS berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan.
Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami.
Dalam perkembangan berkaitan Rita menambah, selama ini Aidil juga banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting.
Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan.
“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...