Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 29 Ogos 2012

Rita jangan kaitkan dengan saya dengan Aidil – Jue Aziz

30 Ogos 2012


“MASALAH mereka suami isteri pun belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil pun macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana saya tahu segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.
Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa pula mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan saya dengan suaminya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri dulu, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota.
“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, sila beritahu saya produksi mana sekang.
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan kemukakan bukti sekali.
“Saya harap dia jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain ye,” katanya.
Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun akan perkara ini.
“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya.
“Kalau dia tak puas hati dengan Ayu Raudhah, itu masalah dia dan bukannya masalah saya. Kemelut yang melanda rumah tangga mereka, nampaknya hanya menyusahkan orang lain saja.
“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ianya tidak benar sama sekali.
Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,” kata Jue lagi.
Menurut Jue, ini adalah kenyataannya yang terakhir dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Ketika dihubungi Jue Aziz berada di lokasi penggambaran drama Antara Laut China Selatan di Dungun, Terengganu.
“Saya menjalani penggambaran drama 26 episod ini sebelum Ramadan lagi dan akan selesai pada awal Oktober nanti. Dengan jadual yang padat kerana penggambaran ini turut dirakamkan di Sabah, manalah saya ada masa nak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan terutama dengan suami orang,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...