Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Saja Share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saja Share. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mac 2014

RITA RUDAINI BERI KATA-KATA SEMANGAT KEPADA ISTERI KEKASIH HANEZ SURAYA

04 Mac 2014

rita rudaini beri kata-kata semangat kepada isteri kekasih hanez suraya

KL, 4 MAC2014: Hujung minggu lalu kita semua digemparkan dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kepada kekasih atau bakal suami, Hanez Suraya.
Murai Batu pun terkejut kerana sebelum itu Hanez ada menafikan kekasihnya itu suami orang dan hanya berstatus duda kepada 2 orang anak.
Wanita yang menggelarkan diri sebagai Liyana itu memberitahu media yang dia kecewa dengan tindakan Hanez yang dikatakan merampas suaminya hingga menyebabkan rumahtangganya hampir retak.
Ramai juga yang prihatin dengan nasib Liyana dan tak kurang juga yang mengecam tindakan Hanez itu.
Selain itu, Murai Batu dapat tahu pelakon, Rita Rudaini juga turut bersimpati dengan Liyana kerana merasakan nasib mereka sama apabila suami dirampas wanita lain.
Dalam laman sosial instagram Rita turut memberi kata-kata semangat supaya Liyana terus bersabar dengan ujian yang dihadapinya.
Entri pertama Rita kepada Liyana di laman sosial adalah seperti berikut:
"Dear @liyanamana don't worry dear, Allah akan tolong insan yang dianiaya dan teraniaya, kalau apa2 saje hak milik orang lain jangan ambik, klu nak ambik jugak minta izin...klu tanpa izin dan redha orang itu, insyaAllah Allah telah janjikan bahagian untuk mereka itu. Cuma jangan putus berdoa pada Allah. Doa orang teraniaya tiada hijab...amin"
Rita sekali lagi menulis kepada Liyana dalam laman Instagram miliknya, berbunyi:
"Dear @liyanamanan, sabarlah wahai sahabatku, berdoa banyak2 padaNya. Saya sangat sedih, jaga anak2 mu sebaiknya, kuat demi anak2. Allah sentiasa bersama kita"
Daripada ayat yang ditulis Murai Batu dengar seperti mereka ini berkawan kerana di laman sosial mereka saling follow. Malah Rita juga menggelarkan Liyana sebagao sahabatnya.
Jika benar apa yang diceritakan oleh Liyana, Murai Batu turut bersimpati tetapi Murai Batu haruslah mendengar cerita dari sebelah pihak pula iaitu Hanez.
Murai Batu dengar esok Hanez akan tampil menerangkan segalanya kepada media dalam satu sidang media. Jadi sama-sama kita nantikan ya!



Rita Rudaini Mohon Liyana Manan Bersabar

04 Mac 2014

Nampaknya kisah Liyana Manan yang suaminya dirampas oleh Hanez Suraya bukan sahaja mendapat perhatian orang kebanyakan namun turut diperhatikan oleh golongan selebriti tempatan. Salah seorang daripada mereka ialah Rita Rudaini. Umum mengetahui Rita juga melalui kisah hitam di dalam perkahwinannya. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Rita memahami apa yang dirasai oleh Liyana Manan.
rita rudaini liyana mananMenerusi akaun Instagramnya, Rita Rudaini telah berkongsi gambar keratan akhbar BiPop artikel Liyana Manan dan menulis kata-kata di bawah:-
Dear @liyanamanan..sabar lah wahai sahabatku..Berdoa byk2 pdNYA.. ???? Sy sgt sedih,jaga ank2mu sebaiknya,kuat demi ank2..ALLAH sentiasa bersama kita…
liyana mananSesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kepada Liyana Manan, bersabarlah dengan dugaan ini. Kepada rakan-rakan dan keluarga Liyana Manan, inilah masanya untuk anda memberikan sokongan moral dan menjadi bahu buat diri Liyana. Sama-samalah kita doakan agar kisah hitam ini akan berakhir dengan kadar segera. Yang penting, anak-anak perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Tabahkanlah hatimu.

Ahad, 19 Januari 2014

Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad

20 Januari 2014

Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu “Tetap Menantimu”. Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
rita rudaini nomadKata-kata yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini menerusi Metro Ahad semalam memang jelas menunjukkan kemarahannya dan ada sindiran pedas yang ditujukan kepada mereka yang terbabit mengelurkan gosip ini. Kata Rita:-
Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat nudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.
Hakikatnya saya bertemu Nomad sewaktu promosi filem Balistik tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.
Yang menghairankan saya, sebelum ini ramai bergambar dengan saya atau saya bergambar dengan artis lain, baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda dan ia tidak pernah pula menjadi isu.
Entah mengapa dengan Nomad tiba-tiba ada pihak mahu menimbulkan gosip mengarut. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya
Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-
Saya tidak berniat memburukkan Rita tetapi sebagai orang baru, saya tiada pengalaman dalam menangani isu sebegini. Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gosip.
Saya juga tidak terlintas langsung untuk menjadi popular dengan cara begini. Apa yang berlaku timbul daripada salah faham dan di luar jangkaan. Sekali lagi saya memohon maaf banyak-banyak.
Bagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda.

Jumaat, 20 Disember 2013

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

21 Disember 2013

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

Umum tahu bahawa sebelum ini seorang gadis bernama Zarema Zainal pernah dikaitkan dengan pergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.
Biarpun sebelum ini Zarema menafikan perkara tersebut, namun sebuah kenyataan oleh Aidil baru-baru ini telah menarik perhatian banyak pihak mengenai hubungan mereka berdua.
Ekoran daripada itu, Rita Rudaini yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Balistik malam tadi ketika ditemubual menegaskan bahawa dia tidak mahu mengulas gosip perkahwinan bekas suaminya itu.
Mereka tak ada kena mengena dengan hidup saya, saya tak perlu tahu apa mereka nak lakukan dan saya tak nak komen.
Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil
Rita enggan ulas gosip kahwin bekas suaminya
Dalam perkembangan lain, Rita turut memberitahu kes tuntutan nafkah bagi anak-anaknya dengan pemain bola sepak itu masih belum selesai.
Menurut Rita, jumlah yang seharusnya dibayar oleh Aidil untuk dua orang cahaya matanya sebanyak RM5000 adalah wajar dan melebihi nafkah yang dituntut, berlainan dari apa yang dikatakan oleh Aidil.
RM5000 ini dikira sebagai diskaun daripada saya kerana hanya orang yang mempunyai anak saja tahu tentang perbelanjaan anak-anak. Nasib baik saya bekerja, dapatlah saya tampung hidup saya.
Sebelum ini masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan makan pakai anak. Kalau nak cakap anak-anak dah besar tak payah minum susu, rasanya.. orang dewasa macam kita pun perlu minum susu untuk jaga kesihatan, kan?
Dalam pada itu, Rita menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mengutamakan kemewahan untuk anak-anaknya.
Kalau saya ajar anak saya hidup mewah, masa dia lahir saya dah beli kasut Gucci untuk dia. Saya membeli ikut kemampuan saya kerana mereka itu anak kandung saya. Selagi saya mampu, saya nak berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.
Untuk pengetahuan, Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkahwinannya itu, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

RITA RUDAINI TEMPELAK DAKWAAN NAFKAH TIDAK MUNASABAH OLEH AIDIL ZAFUA

21 Disember 2013

rita rudaini tempelak dakwaan nafkah tidak munasabah oleh aidil zafuan

KUALA LUMPUR, 20 DIS 2013: Bekas pasangan selebriti popular iaitu Rita Rudaini dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan yang telah disahkan berpisah pada September lalu nampaknya masih lagi dibelenggu kes tuntutan nafkah yang masih dalam perbincangan pihak mahkamah.
Rita Rudaini, 37, telah membuat tuntutan nafkah keatas dua cahaya mata yang dikurniakan sepanjang bergelar isteri kepada Aidil Zafuan sejak tahun 2008, yang mana kini berada di bawah jagaannya sejak daripada awal pergolakan rumahtangganya dengan Aidil.
Tuntutan bulanan yang dikemukan Rita berjumlah RM5,392 sebagai nafkah untuk Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di mahkamah baru-baru ini khabarnya telah dipertikaikan oleh pihak Aidil. Dia malah menyifatkan tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah namun ditempelak oleh Rita yang membalasnya dengan mempersoalkan tanggungjawab Aidil sebagai seorang bapa yang berkemampuan.
“Kalau dia (Aidil) nak pertikaikan tuntutan nafkah saya itu, dia patut tahu bahawa saya mintak nafkah tersebut bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak dia. Saya telah bertolak ansur kerana saya sebagai penjaga tidak membuat sebarang tuntutan. Jumlah tersebut adalah untuk kedua-dua anaknya yang kini berada dalam jagaan saya.
“Untuk apa saya kemukakan angkah atau jumlah tuntutan yang tidak masuk akal kalau saya tahu dia tidak mampu. Dia berkemampuan dan saya tidak nampak sebarang situasi yang boleh dianggap tidak munasabah.
“Sudah semestinya ia meliputi semua perbelanjaan yang diperlukan oleh kedua anak-anak saya itu. Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak dan itu pun dah diskaun kerana saya punya mata pencarian sendiri,” bidas Rita mengenai kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya itu terhadap tuntutan nafkah anak oleh aktres berkenaan.
Dalam pada itu Rita Rudaini yang baru sahaja habis tempoh edah itu turut dihujani dengan pertanyaan dan diminta mengulas mengenai perkembangan bekas suaminya itu yang kini dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan teman wanitanya.
Namun begitu, Rita yang nyata tidak terkejut dengan berita itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta supaya masyarakat menilai sendiri perkara tersebut.
Kisah perhubungan Aidil serta gadis bernama Zarema sudah lama diperkatakan dan disebut antara punca keretakan hubungan Aidil dan Rita. Berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
Aidil dan Rita telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki dikatakan mengalami masalah kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa kepada Aidil ZAfuan.

Rabu, 18 Disember 2013

'Tak Terkejut Aidil Nak Kahwin, Nafkah Anak Jangan Lupa' - Rita Rudaini

19 Disember 2013

Rita Rudaini
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak terkejut mendengar berita bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema Zainal.
Rita, 37, berkata, gosip mengenai perhubungan Aidil serta Zarema sudah lama diperkatakan sebelum dia bercerai dan berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
"Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka.
"Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar," katanya.
Minggu lalu, sebuah portal melaporkan Aidil, 26, yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Zarema bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.
Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Aidil yang mengaku terhadap khabar angin tersebut.
Aidil bersama wanita yang dikaitkan dengannya.
Tambah Rita, dia enggan mencampuri urusan perkahwinan pasangan berkenaan namun berharap agar Aidil tidak lupa memberikan nafkah kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
"Sekarang ini saya telah membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,000 di mahkamah dan kes ini masih lagi belum selesai.
"Pelik juga bila dia bangkitkan tuntutan saya itu tidak munasabah. Bukankah wang itu untuk anak-anaknya juga?
"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," tegasnya.
Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Rita Rudaini Nafi Hasut Anak-Anak Benci Aidil

19 Disember 2013



Rita Rudaini tampil menjawab tuduhan dan cakap-cakap orang yang mendakwa dia bertindak melampau apabila melakukan tuntutan nafkah sebanyak RM5392 daripada bekas suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

“Saya rasa tuduhan itu yang sebenarnya melampau. Mungkin mereka tidak pernah mempunyai anak ataupun tidak menjaga anak mereka. Saya memohon jumlah sebegitu untuk dua orang anak saya. Itu pun saya rasakan sikit kerana saya ada dua orang anak yang masing-masing sedang membesar,” ujar Rita memulakan bicara.

“Kalau ikutkan hati, saya enggan minta pada bekas suami kerana saya mampu. Tapi apabila difikirkan semula, saya perlu lakukan perkara tersebut kerana itu adalah hak anak-anak saya. Saya minta jumlah sebegitu pun kerana saya tahu dia mampu dan itu merupakan tanggungjawab dia sebagai ayah kepada anak-anaknya,” tutur heroin drama bersiri ‘Sehangat Asmara’ ini lagi.

Rita juga mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Rita menghasut anak-anaknya untuk membenci ayah mereka.

“Tidak sama sekali. Dahulu semasa saya kecil, saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana ayah saya menghilang. Sewaktu umur saya 17 tahun, saya berjumpa semula dengan ayah dan saya melayannya seperti biasa. Saya juga ada mengikutnya balik ke kampung dan sebagainya. Ibu saya tidak pernah ajar saya untuk membenci dan saya tidak akan buat perkara itu,” ujar Rita lagi ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Balistik di Cathay Cineleisure, Damansara pada Selasa.

Mengulas mengenai berita yang bekas suaminya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan bersama wanita yang pernah digosipkan dengan Aidil, Rita memberitahu, dia sudah menjangkakan perkara tersebut dan dia tidak berasa terkejut. dengan berita itu.

“Saya boleh jangka dan tidak terkejut. Saya tak perlu ulas lanjut, orang boleh tengok sendiri dan nilai. Saya enggan komen kerana saya tidak terlibat dan perkara itu tiada kaitan dengan saya,” jelas Rita lagi.

Rita yang kini masih solo belum lagi memikirkan soal pengganti. Jelas Rita, perkara tersebut tidak pernah terlintas di benak fikirannya. Apa yang penting baginya sekarang adalah untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia mencari rezeki dalam menyara anak-anaknya.

Dalam perkembangan lain, filem ‘Balistik’ lakonan Rita bersama Dato’ Rosyam Nor, Adi Putra, Zul Ariffin dan ramai lagi bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 9 Januari 2014.

Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini

19 Disember 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.
anak rita rudaini
Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-
Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.
Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?
Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya
anak rita rudaini
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...