Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 19 Julai 2014

Johor DT ada pakej serba lengkap

20 Julai 2014

AMRI (kanan) danAidil Zafuan Abd. Radzak menjulang trofi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 26 Jun lalu.


BEKAS penyerang berbisa Johor, Abbas Saad mahu Johor Darul Takzim (Johor DT) mengekalkan momentum kemenangan dalam setiap perlawanan seandainya berhajat merangkul Piala Malaysia musim ini.
Setelah membawa pulang trofi Liga Super ke bumi Johor, skuad Harimau Selatan kini akan turun dalam misi menjuarai trofi tertua di Malaysia itu bermula 13 Ogos depan, sekali gus menambah koleksi kejuaraan dalam kabinet mereka.
Dibarisi pemain import berkualiti ditambah pula dengan pemain tempatan bertaraf bintang, Abbas optimis peluang Johor DT untuk muncul juara amat cerah jika mereka mengekalkan konsistensi sepanjang kempen tersebut.
"Saya rasa peluang Johor DT untuk menang (Piala Malaysia) amat cerah kerana mereka sudah ada keyakinan. Apa yang perlu mereka lakukan ialah mengekalkan prestasi terbaik setiap perlawanan.
"Johor DT sebuah skuad yang hebat dengan memiliki pemain import berkelas dunia. Jadi, pemain tempatan perlu berusaha lebih keras untuk menyaingi mereka dan membantu pemain import ini di atas padang.
"Kalau mereka mampu melakukannya dengan konsisten, saya yakin mereka boleh menjadi juara Piala Malaysia.
"Itulah prestasi yang harus ditunjukkan di atas padang sepanjang kempen ini," jelas Abbas menerusi laman web rasmi johorsouterntigers.com baru-baru ini.
Kejayaan Johor DT menjulang trofi Liga Super musim ini banyak dibantu oleh kualiti dan permainan bertaraf dunia dua ayam tambatan dari Argentina - Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz yang menggantikan Pablo Aimar.
Namun, Abbas, 46, bekas pemain Australia yang kini menjadi pengkritik bola sepak menganggap pemain tempatan terutama Amri Yahyah juga banyak membantu jentera serangan Harimau Selatan.
"Bagi saya, Amri Yahya adalah pemain tempatan terbaik di Malaysia, namun Luciano pula adalah yang terhebat dalam kalangan 19 pemain import di liga ini.
"Pemain baharu, Jorge Pereyra Diaz juga sangat menakjubkan, dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan lawan, penggerak utama di padang dan memiliki penyudah yang tajam.
"Pemain berkualiti seperti inilah yang harus Johor DT bawa pada masa hadapan, malah pasukan lain juga patut melabur kepada pemain sepertinya.
"Saya teruja menyaksikan pasukan Johor DT beraksi terutama jika Jorge berada di atas padang," tambah Abbas yang beraksi dengan pasukan Johor pada 1991 hingga 1992.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz37z9KkGPh 
Hakcipta terpelihara 

Selasa, 8 Julai 2014

Pemain JDT dapat 'duit raya' RM25,000 seorang

08 Julai 2014

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan memberi ganjaran sebanyak RM25,000 kepada setiap pemain dan pegawai pasukan Johor Darul Tazim (JDT) ekoran kejayaan mereka menjuarai Liga Super musim ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ganjaran itu bukan semata-mata atas pencapaian pasukan berkenaan menjuarai Liga Super pada 25 Jun lalu, malah bagi menghargai kejayaan mereka menamatkan kemarau kejuaraan selama 24 tahun.
"Kerajaan negeri membuat keputusan memberikan RM25,000 kepada pegawai dan pemain JDT atas kejayaan menjuarai Liga Super buat kali pertama selain menamatkan penantian sekian lama semenjak 24 tahun yang lalu.
"Diharap JDT terus unggul dan mengharumkan nama Johor dalam pertandingan yang lain selepas ini, kemenangan ini sungguh membanggakan, " katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Johor bersama rakan Facebook di Hotel M. Suites semalam.
JDT muncul juara selepas mengalahkan Sarawak 1-0 pada aksi terakhir Liga Super, mengetepikan pencabar terdekat, Selangor yang seri 2-2 menentang PKNS.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140705/su_03/Pemain-JDT-dapat-duit-raya-RM25000-seorang#ixzz36rxwBvJy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

JDT II, T-Team lengkapi slot ke Piala Malaysia

08 Julai 2014

Pemain JDT ll, Mohd Zaquan Adha, (kiri), dihalang pemain Selangor PKNS, Helmi Remeli, ketika beraksi pada perlawanan playoff bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia di Stadium Perbandaran Selayang, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN
SELAYANG - Pasukan Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kejutan apabila menyingkirkan PKNS yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada saingan playoff Piala Malaysia di Stadium Selayang, semalam.
Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, dan Mohd. Akmal Ishak menjadi watak penting kepada kemenangan JDT II dengan dua jaringan masing-masing pada setiap separuh masa, sementara gol tunggal PKNS disumbangkan Karlo Primorac
PKNS terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-43 selepas Shahurain A. Samah menerima kad kuning kedua apabila mengasari pemain import JDT II, Jose Manuel Carrasco.
Menerusi kelebihan seorang pemain yang ada pada JDT II, Mohd. Zaquan Adha akhirnya meletakkan JDT II di hadapan pada penghujung separuh masa pertama selepas bijak memanfaatkan kedudukan kelam kabut di hadapan kotak penalti PKNS.
Babak kedua menyaksikan pemain gantian, Mohd. Akmal Ishak meledakkan gol kedua buat JDT II menerusi serangan balas pada minit ke-63.
Tersentak dengan dua jaringan JDT II, PKNS cuba bangkit mengejar dengan jaringan daripada pemain import, Karlo Primorac pada minit ke-74 yang bijak memperdayakan penjaga gol, Mohd Anis Faron.
Ketika PKNS FC cuba mendapatkan gol penyamaan, mereka sekali lagi kehilangan seorang pemain apabila Muhamad Zulhariz Mohd. Noor dilayangkan kad merah ekoran menerjah keras ke atas pihak lawan, Mohd. Zaquan Adha pada minit ke-79.
Di Stadium Shah Alam, T-Team memenuhi ramalan apabila menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan melalui jaringan tunggal Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-42.
Dalam permainan yang banyak dikuasai oleh T-Team, Leandro Dos Santos terlebih dahulu menguji gawang Negeri Sembilan pada minit ke-35 dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar ke kanan.
Jaringan The Titans terhasil melalui tendangan deras daripada Jimmy Mulisa yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Mohamad Yatim Abdullah sebelum ditolak masuk oleh Ramzul.
Dua minit kemudian, Negeri Sembilan berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma cantik oleh Ivan Basic ditolak keluar penjaga gol T-Team, Wan Azrai Wan Teh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140629/su_04/JDT-II-T-Team-lengkapi-slot-ke-Piala-Malaysia#ixzz36rxgfsxB
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...