Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 19 Julai 2014

Johor DT ada pakej serba lengkap

20 Julai 2014

AMRI (kanan) danAidil Zafuan Abd. Radzak menjulang trofi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 26 Jun lalu.


BEKAS penyerang berbisa Johor, Abbas Saad mahu Johor Darul Takzim (Johor DT) mengekalkan momentum kemenangan dalam setiap perlawanan seandainya berhajat merangkul Piala Malaysia musim ini.
Setelah membawa pulang trofi Liga Super ke bumi Johor, skuad Harimau Selatan kini akan turun dalam misi menjuarai trofi tertua di Malaysia itu bermula 13 Ogos depan, sekali gus menambah koleksi kejuaraan dalam kabinet mereka.
Dibarisi pemain import berkualiti ditambah pula dengan pemain tempatan bertaraf bintang, Abbas optimis peluang Johor DT untuk muncul juara amat cerah jika mereka mengekalkan konsistensi sepanjang kempen tersebut.
"Saya rasa peluang Johor DT untuk menang (Piala Malaysia) amat cerah kerana mereka sudah ada keyakinan. Apa yang perlu mereka lakukan ialah mengekalkan prestasi terbaik setiap perlawanan.
"Johor DT sebuah skuad yang hebat dengan memiliki pemain import berkelas dunia. Jadi, pemain tempatan perlu berusaha lebih keras untuk menyaingi mereka dan membantu pemain import ini di atas padang.
"Kalau mereka mampu melakukannya dengan konsisten, saya yakin mereka boleh menjadi juara Piala Malaysia.
"Itulah prestasi yang harus ditunjukkan di atas padang sepanjang kempen ini," jelas Abbas menerusi laman web rasmi johorsouterntigers.com baru-baru ini.
Kejayaan Johor DT menjulang trofi Liga Super musim ini banyak dibantu oleh kualiti dan permainan bertaraf dunia dua ayam tambatan dari Argentina - Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz yang menggantikan Pablo Aimar.
Namun, Abbas, 46, bekas pemain Australia yang kini menjadi pengkritik bola sepak menganggap pemain tempatan terutama Amri Yahyah juga banyak membantu jentera serangan Harimau Selatan.
"Bagi saya, Amri Yahya adalah pemain tempatan terbaik di Malaysia, namun Luciano pula adalah yang terhebat dalam kalangan 19 pemain import di liga ini.
"Pemain baharu, Jorge Pereyra Diaz juga sangat menakjubkan, dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan lawan, penggerak utama di padang dan memiliki penyudah yang tajam.
"Pemain berkualiti seperti inilah yang harus Johor DT bawa pada masa hadapan, malah pasukan lain juga patut melabur kepada pemain sepertinya.
"Saya teruja menyaksikan pasukan Johor DT beraksi terutama jika Jorge berada di atas padang," tambah Abbas yang beraksi dengan pasukan Johor pada 1991 hingga 1992.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz37z9KkGPh 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...