Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2013

Fandi kecewa aksi anak buah

27 Jun 2013

FANDI AHMAD
JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya yang gagal mengutip tiga mata penuh pada pertemuan menentang Felda United kelmarin meskipun bermain di laman sendiri.
Tegas Fandi, sesetengah pemain tidak beraksi baik dan gagal mengikut arahan yang diberikan sehingga menyebabkan pasukan pelawat berjaya mencuri satu mata pada pertemuan itu.
Menurut beliau, ada antara pemain tidak mempunyai semangat juang yang tinggi dan bermain mengikut emosi sehingga menjejaskan persembahan keseluruhan pasukan.
"Saya kecewa dengan keputusan ini, pemain kurang semangat dan kesungguhan. Kena guna akal untuk bermain, mereka seharusnya berikan 100 peratus atau 200 peratus apabila berada di padang.
"Ia bukan hari untuk kita, ia bukan mudah tetapi saingan masih belum tamat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.
Pada pertemuan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin, Johor Darul Takzim sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Felda United.
Skuad Harimau Selatan memperoleh jaringan pada minit ke-64 menerusi pemain gantian, Muhd. Haidin Azman sebelum pemain gantian Felda United, Rudie Ramli menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.
Fandi mengakui persembahan Johor Darul Takzim tidak konsisten sepanjang musim ini dan dengan keputusan yang dicatatkan itu menyukarkan lagi laluan mereka untuk menjulang kejuaraan Liga Super.
Beliau berkata, para pemain seharusnya memperbaiki mutu persembahan mereka dan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan selain mengikut arahan yang diberikan.
"Dengan keadaan seperti ini, kemungkinan pada perlawanan terakhir akan menentukan pemenang. Kita memang tidak konsisten sepanjang musim tetapi saya percaya kepada keajaiban," katanya.

Selasa, 30 Oktober 2012

Aidil terima Anugerah Pertahanan Terbaik ke-3

31 Oktober 2012


Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak menerima Anugerah Pertahanan Terbaik. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki
SEPANJANG penglibatannya dalam sukan bola sepak, kejayaan menerima Anugerah Pertahanan Terbaik hari ini merupakan kali ketiga bagi pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas dinobatkan buat pertama kali pada 2009 dan kemudian 2010.

Aidil, 25, berjaya mendapat kembali anugerah itu setelah gagal mendapatkan tahun lepas walaupun namanya turut tercalon bersama dua lagi pemain akibat cedera.

"Saya rasa sungguh gembira, segala usaha yang saya lakukan selama ini telah dihargai oleh semua pihak.

"Dengan anugerah yang diberi, saya harap para pemain tanah air akan pergi lebih maju," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012 kali ke-6 di Shah Alam, hari ini.

Melihat perkembangan arena bola sepak di Malaysia, Aidil berkata, pencapaian bertambah baik dan mula dihargai oleh peminat bola sepak tanah air.

"Alhamdulillah, tidak begitu baik, tidak begitu teruk tapi perkembangan bola sepak kita lebih maju berbanding dulu dan menuju ke arah yang lebih baik.

"Masa mula-mula penglibatan saya dulu perkembangan bola sepak negara agak merundum, tapi selepas menjuarai Sukan Sea di Laos nampak satu permulaan kemajuan bagi skuad Kebangsaan," katanya.

Khabar berita tentang penghijrahannya ke kelab lain untuk musim depan, Aidil masih belum mendapat keputusan secara rasmi lagi.

"Saya masih terikat dengan ATM dan kontrak akan berakhir bulan November ini.

"Selagi masih belum menandatagani dengan mana-mana kelab selagi itu saya tidak dapat pastikannya," katanya lagi.

Dua lagi pemain yang tercalon dalam anugerah yang sama adalah S Subramaniam, pemain dari Kelantan dan Amirizwan Taj Tajuddin, juga pemain ATM.

Keputusan Penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012

31 Oktober 2012


BERIKUT adakah keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 yang baru diumumkan:
1. Persatuan Bolasepak Terbaik - Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)
2. Pasukan Kelab Terbaik - Sime Darby FC
3. Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
4. Pengadil Terbaik -Nafeez Abd Wahab
5. Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan )
6. Pemain Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak
7. Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)
8.Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan )
9. Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)
10. Anugerah Khas Bolasepak Kebangsaan 2012 - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat
11. Anugerah Khas Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan-Kementerian Pelajaran Malaysia
12.Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abdul Rahman (Selangor)
13.Ketua Jurulatih Terbaik - B. Sathianathan (ATM)
14. Pemain Paling Bernilai (MVP) - Norshahrul Idlan Talaha

Kelantan kuasai anugerah bola sepak

31 Oktober 2012


 (Dari kiri ke kanan) Rozaimi, Khairul Fahmi, Aidil, Norshahrul,  Sathianathan dan Safiq bersama anugerah yang diterima masing-masing, di Shah Alam, semalam. - Foto Goh Thean Howe(Dari kiri ke kanan) Rozaimi, Khairul Fahmi, Aidil, Norshahrul, Sathianathan dan Safiq bersama anugerah yang diterima masing-masing, di Shah Alam, semalam. - Foto Goh Thean Howe
Terbukti anak didik Rajagobal adalah pemain terbaik negara

Shah Alam: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, semalam dikuasai sepenuhnya pemain kebangsaan, sekali gus membuktikan skuad 35 pemain pilihan Datuk K Rajagobal untuk kempen Piala AFF Suzuki tahun ini dibarisi pemain terbaik negara. 
Walaupun pemilihan pemenang untuk beberapa kategori menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat, keseluruhannya anugerah hasil kerjasama 100Plus-Astro Arena-FAM ini mampu menyuntik semangat kepada pemain kebangsaan yang dicalonkan. 


Mampu tersenyum

Juara treble musim ini, Kelantan mampu tersenyum puas apabila empat anugerah menjadi milik mereka dengan Norshahrul Idlan Talaha menggondol gelaran Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Terbaik) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) (Persatuan Terbaik).

Juara Liga Perdana, Tentera yang hampir mengecewakan harapan treble Kelantan pada aksi final Piala Malaysia 20 Oktober lalu, turut pulang dengan empat anugerah - Adil Zafuan Abdul Radzak (Pertahanan Terbaik), Marlon Alex James (Pemain Asing Terbaik), B Sathianathan (Jurulatih Terbaik) dan Kelab Penyokong Terbaik.

Gandingan mantap 
Bagi Sathianathan yang pernah menjulang anugerah sama ketika membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia dua tahun lalu, kemenangan kali ini adalah hasil gandingan mantap pemain dan pengurusan Tentera yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengendali pasukan selepas meninggalkan Kelantan.

“Saya bangga dapat bersama dengan dua pasukan hebat - Kelantan dan Tentera,” kata pengendali 54 tahun itu yang digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik Liga Malaysia (Liga M).

KEPUTUSAN
PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (Tentera)
PEMAIN TENGAH TERBAIK: Safiq Rahim (Selangor)
PENYERANG TERBAIK: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
PEMAIN HARAPAN: Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
PEMAIN PALING BERNILAI: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
PEMAIN ASING TERBAIK: Marlon Alex James (Tentera)
JURULATIH TERBAIK: B Sathianathan (Tentera)
PERSATUAN TERBAIK: KAFA
KELAB TERBAIK: Sime Darby
KELAB PENYOKONG TERBAIK: Tentera
PENGADIL TERBAIK: Nafeez Wahab

Mat Yo penyerang terbaik, Paling Bernilai

31 Oktober 2012



Barisan pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 (dari kiri) Mohd. Rozaimi Abdul Rahman, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Aidil Zafuan, Norshahrul Idlan Talaha, B, Sathianathan dan Safiq Rahim pada majlis di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Safiyana Salim

SHAH ALAM - Tanpa diduga, penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menggondol Anugerah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 100 Plus-Arena-FAM, iaitu kemenangan hatrik bagi kategori tersebut sejak 2010.

Biarpun tidak diletakkan harapan tinggi, Norshahrul atau Mat Yo menidakkan ramalan awal yang lebih memihak dua pencabarnya, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan Hairuddin Omar.

Selain memenangi kategori Pemain Paling Bernilai, Norshahrul juga memenangi Anugerah Penyerang Terbaik.
Beliau mengakui tidak sangka sekali lagi terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai namun menyifatkan pemilihannya memberikan motivasi menjelang Piala Suzuki AFF 2012.

"Anugerah ini mungkin rezeki bakal anak saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

"Saya sentiasa bercita-cita tinggi untuk membuktikan saya adalah pemain terbaik dan sentiasa menjaga disiplin sama ada di dalam atau luar padang, itu antara resipi kejayaan saya, " katanya.

Bagi Anugerah Penjaga Gol Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat menepati reputasi sebagai penjaga gol No. 1 negara apabila dinobat sebagai pemenang, mengetepikan Mohd. Farizal Marlias dan Norazlan Razali.

Ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim meraih kejayaan sebagai Pemain Tengah Terbaik manakala Pertahanan Terbaik milik Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan membuat kejutan apabila mengungguli Anugerah Jurulatih Terbaik mengecewakan Bojan Hodak (Kelantan) dan Irfan Bakti (Selangor) sementara Mohd. Rozaimi Abdul Rahman menjadi Pemain Harapan Terbaik.

Sathianathan menyifatkan pemilihannya bukan datang daripada dia seorang, sebaliknya disokong pihak pengurusan yang mantap dan dibekalkan pemain yang berkualiti.

"Dua elemen iaitu pihak pengurusan yang sentiasa membantu dan mendapat ramai pemain yang bagus memudahkan tugasan saya selaku jurulatih.

"Tanpa kerjasama daripada pihak pengurusan dan pemain, mustahil saya boleh mengecapi kejayaan ini, " katanya.
Kejayaan merangkul kejuaraan treble tahun ini mengangkat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik.

Naib juara Piala FA, Sime Darby diumumkan sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik sementara ATM diiktiraf Kelab Penyokong Terbaik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121031/su_02/Mat-Yo-penyerang-terbaik-Paling-Bernilai#ixzz2ApcfurRD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Norshahrul terbaik

30 Oktober 2012



DARI kiri, Rozaimi, Khairul Fahmi, Aidil Zafuan, Norshahrul, Sathianathan dan Safiq memegang trofi masing-masing pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 di Shah Alam semalam.

JIKA Kelantan gah dengan gelaran trebel musim ini, skrip yang sama juga boleh digunakan untuk penyerang prolifik mereka dan pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha apabila mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor semalam.
Norshahrul, 26, menewaskan empat pemain lain dalam dua kategori iaitu pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Norfarhan Mohamad (Kelantan) bagi kategori Penyerang Terbaik manakala bagi kategori Pemain Paling Bernilai, dia mengalahkan Mohd. Badri Radzi (Kelantan) dan Hairudin Omar daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan buat kali ketiga berturut-turut ini dan jutaan terima kasih kepada juri yang memilih saya untuk memenangi anugerah ini.
“Kemenangan ini juga boleh dianggap hadiah peribadi saya kepada isteri dan keluarga serta untuk anak saya yang bakal lahir tidak lama lagi dan buat seluruh peminat yang menyokong kerjaya saya selama ini,” kata Norshahrul.
Selain itu, Norshahrul turut memberitahu bahawa perkara terpenting yang perlu ada dalam diri seorang pemain bola sepak untuk berjaya adalah kemahuan serta disiplin yang tinggi.
“Bagi saya, apa yang penting adalah latihan yang berterusan serta sentiasa berusaha untuk menjadi pemain yang lebih baik pada setiap masa,” katanya yang enggan mengulas mengenai spekulasi perpindahan ke pasukan Johor musim hadapan.
Katanya lagi, dia kini hanya menumpukan kepada kem latihan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2012 dan jika ada sebarang keputusan rasmi, dia akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Selain itu, bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, pemain Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat turut mempertahankan gelaran tersebut yang dimenanginya tahun lalu apabila mengatasi dua rakan sepasukan dalam pasukan kebangsaan, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Norazlan Razali (Selangor).
Kategori Pertahanan Terbaik dimenangi Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM), Pemain Tengah Terbaik pula dimenangi kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim (Selangor) manakala bintang muda Sabah, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman meraih anugerah Pemain Harapan Terbaik.
Dalam pada itu, bagi kategori Jurulatih Terbaik, ia dimenangi oleh B. Sathianathan serta kategori baharu diperkenalkan, Pemain Import Terbaik dimenangi Marlon Alex James yang kedua-duanya mewakili pasukan ATM.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan berjaya memenangi anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik, Sime Darby FC pula meraih gelaran Kelab Bola Sepak Terbaik manakala Kelab Penyokong Bola Sepak Terbaik dimenangi oleh ATM.
Bagi Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan 2012, ia diberikan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat dan Anugerah Khas Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan diberikan kepada Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Pelajaran manakala Pengadil Terbaik dimenangi Nafeez Abd. Wahab.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal serta Pengurus Perhubungan Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Anugerah anjuran FAM yang mendapat kerjasama 100PLUS serta Astro Arena itu telah memasuki tahun keenam penganjurannya.

Tahniah

30 Oktober 2012





Keputusan "Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012":
---------------------------------------------------------
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM) 

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (Selangor)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


Pemain Harapan: Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Pemain Paling Bernilai: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM) 

Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan (ATM) 

Persatuan Bolasepak Terbaik: Kelantan FA

Kelab Terbaik: Sime Darby FC

Anugerah Penyokong Terbaik: Kelab Penyokong ATM

Pengadil Terbaik: Nafiz Abdul Wahab





Credit :: 
Astro Arena Saluran 801







Credit :: Info Sukan Malaysia.

Selasa, 2 November 2010

Aidil harap raih Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

2 November 2010

KAPTEN Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang kecewa gagal meneruskan aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu, berharap dapat menebus detik berkenaan dengan meraih Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS/FAM 2010, hari ini.

Aidil yang terpaksa dikeluarkan selepas bertembung dengan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha ketika Negeri Sembilan ditewaskan 2-1 oleh juara baru itu, dicalonkan bagi Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan akan bersaing dengan Mod Nasriq Baharom dari Selangor, Azizi Mat Rose (Kelantan), Marzuki Yusof (Terengganu) dan Reithaudeen Emran (Sabah).

“Umum mungkin merasakan anugerah ini tidak sebesar mana, tetapi bagi seorang pemain, ia satu pengiktirafan atas usaha mereka. Saya bersyukur anugerah ini diwujudkan,” kata Aidil yang turut berpeluang merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai.
Aidil antara pemain paling konsisten bagi pasukan kebangsaan dan Negeri Sembilan sejak beberapa tahun lalu dan dia turut terbabit membantu Malaysia meraih pingat emas pada Sukan SEA Laos 2009.

Panel pemilihan anugerah berkenaan terdiri daripada jurulatih kebangsaan, ahli Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengeluarkan senarai calon kepada semua jurulatih dan ketua pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk membuat pilihan.

Aidil pilihan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

2 November 2010

TONGGAK Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak kecewa kerana gagal mempertahankan Piala Malaysia hujung minggu lalu tetapi dia berharap Anugerah Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 menjadi miliknya kerana setidak-tidaknya, anugerah berkenaan sudah pasti mampu mengubati luka akibat ditundukkan Kelantan.
Tidak cukup dengan itu, perjuangan Aidil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia juga gagal ditamatkan apabila aksinya sekadar terhenti separuh jalan akibat kecederaan.

“Ia satu kecederaan yang agak teruk dan saya harap rehat beberapa hari memadai untuk menyembuhkan kecederaan. Saya harap ia tidak memerlukan pembedahan kerana akan menjejaskan peluang saya untuk beraksi di Piala AFF bulan depan,” kata Aidil.

“Jika beberapa pemain kami tidak cedera, kami mungkin muncul pemenang tetapi itulah bola sepak. Kalah atau menang adat pertandingan. Mungkin ada yang beranggapan Anugerah Kebangsaan 100PLUS-FAM tidak bermakna tetapi bagi kami selaku pemain bola sepak, itulah anugerah yang mengiktiraf kerjaya ini.” Aidil dicalon untuk anugerah Pertahanan Terbaik dan bersaing dengan Mod Nasriq Baharom (Selangor), Azizi Mat Rose (Kelantan), Marzuki Yusof (Terengganu) dan Reithaudeen Emran (Sabah).

Selain itu, jika Aidil mendapat undi secukupnya, dia turut berpeluang memenangi anugerah Pemain Paling Berharga.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu tonggak pasukan kebangsaan dan selain pernah memenangi pingat emas bersama skuad Sukma Negeri Sembilan 2004 serta Piala Malaysia musim lalu, dia turut menjadi nadi kejayaan Malaysia meraih pingat emas Sukan Sea 2009.

Bagi memastikan hanya individu terbaik dicalonkan untuk Anugerah Kebangsaan 100PLUS-FAM, panel pemilihan terdiri daripada jurulatih kebangsaan, ahli Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan pegawai FAM itu tampil dengan beberapa calon lain.

Senarai calon itu diedar kepada jurulatih serta kapten pasukan yang beraksi di Liga Super serta Perdana. Semua akan membuat pemilihan beberapa anugerah, termasuk Pemain Paling Berharga.

Selain tujuh anugerah dipilih panel, FAM turut mewujudkan anugerah untuk Persatuan Bola Sepak Terbaik, Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...