Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 26 Ogos 2013

Rita Rudaini Nafi Berbohong, Bidas Kenyataan Aidil

26 Ogos 2013

Masih tetap mahu mempertahankan hak, sekali lagi aktres Rita Rudainimenjawab dakwaan yang telah ditempiaskan oleh bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan minggu lalu.
Pada kenyataan tersebut Aidil mendakwa Rita berbohong dan suka memburukkan dirinya. Dan pada laporan b*pop minggu ini, Rita tampil dengan kenyataan yang marah berbaur kecewa.
“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”
“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”
Menurut Rita lagi, nafkah yang diberikan hanya RM500 dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak yang mahal sekarang
“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”


Undi : Bayi Selebriti Manakah Yang Comel & Menjadi Pilihan Anda?

26 Ogos 2013
Dealova Heyrinna Heykal
Anak Faezah Elai, Dealove Heyrinna
Setiap tahun pasti ada saja selebriti yang mendirikan rumah tangga. Biasalah, jodoh tidak mengenal masa. Paling menggembirakan apabila mengetahui pasangan selebriti yang baru saja melangsungkan perkahwinan telah pun mendapat berita baik, iaitu isteri telah pun hamil.
Jika dulu, untuk mengetahui berita mengenai kelahiran bayi selebriti kegemaran kita bukannya mudah. Samada diketahui esoknya melalui media cetak, atau pun dari mulut ke mulut. Tak kurang juga ada doktor atau jururawat yang balik bercerita dengan kawan-kawan mereka. Nah, tak pasal-pasal jadi cerita lain pula lepas tersebar tanpa maklumat yang sahih.
Tapi, bukan kami mahu katakan yang sumber di internet lebih tepat dari mana-mana sumber lain. Kadang-kadang ada juga kesilapan yang berlaku. Namun melalui laman-laman media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan juga Keek, peminat bukan saja boleh terus berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka, malah boleh melihat apa yang dibuat oleh selebriti tersebut.

Contohnya, foto-foto percutian Nabila Huda dan Elfira Loy ke luar negara, artis pergi menunaikan umrah, artis berbuka bersama keluarga bekas suami, bekas isteri datang melawat anak isteri baru dan macam-macam lagi. Semuanya boleh dikongsi dan dilihat disana.
Namun, disebalik itu semua, hari ini OHBULAN memilih untuk mengumpulkan 10 pasangan selebriti bersama baby-baby mereka. Antara pasangan selebriti tersebut ialah Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Ning Baizura Dalton, Fasha Sandha & Jejai, Faezah Elai & Heykal Hanifah, Dynas, Irma Hasmie & Redza Syah, Tomok & Ayu, Memey Suhaiza & Norman Hakim, Farid Kamil & Diana Danielle, serta Natasha Hudson & Carleed Khaza.
Pemilihan ini dibuat selepas kami selidik gambar-gambar bayi comel yang kami minati dan sehingga kini kami tidak dapat membuat keputusan siapakah yang paling comel.
Apa kata dengan bantuan anda semua, kita undi bayi selebriti manakah yang bakal menjadi bayi paling comel? Jom!
Anak Ayu Raudhah-1
Anak Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Muhammad Aisy Qaiser
Ryan Sky Dalton
Anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton
Putera Rayfal
Anak Jejai & Fasha, Putera Rayfal
Anak Dynas Mokhtar
Anak Dynas Mokhtar, Mohamed Haqaish
Redza Syah Irfhan
Anak Irma Hasmie, Redza Syah Irfhan
Anak Natasha Hudson
Anak Natasha Hudson, Naeema Kalila
Mohamed Darwisz
Anak Memey Suhaiza & Norman Hakim, Mohamed Darwisz
Anak Diana Danielle
Anak Farid & Diana, nama masih dirahsiakan
Anak Tomok & Ayu
Dan ya, siapa tak kenal Arrian, anak Tomok & Ayu
Ini adalah antara bayi-bayi pilihan kami ya! Jadi kini terpulang pada anda untuk mengundi siapakah bayi yan paling comel antara semuanya.

Anak Ayu Raudhah-1

Anak Ayu Raudhah-2
Anak Ayu Raudhah-3

Jumaat, 23 Ogos 2013

Surat Terbuka Daripada Peminat Buat Rita Rudaini & Aidil Zafuan

23 Ogos 2013

Kontroversi yang melanda pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini sememangnya hangat. Kisah mereka menjadi perbualan seluruh genap masyarakat. Ada yang menyokong Rita, ada yang menyebelahi Aidil dan ada juga yang menyalahkan kedua-dua belah pihak.
aidil dan rita
Terbaru, Abang Nara menerima kiriman email daripada seorang pembaca BeautifulNara. Di dalam email tersebut, si pengirim menulis satu surat panjang lebar khas buat Aidil dan Rita. Agak menarik suratnya untuk dikongsikan bersama anda semua. Antara petikan surat tersebut ialah:-
Apakah parents Kak Rita tidak mendidik perkara asas-asas agama seperti ini? Soalan-soalan inilah akan ditanya balik oleh masyarakat kepada Kak Rita.
Tidakkah persoalan itu akan terpantul balik kepada diri sendiri? Masyarakat akan baca statement ini dan membuat penilaian dan perbandingan kpd kak Rita juga.
Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca surat terbuka daripada peminat buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.
Saya ni bukanlah minat dunia hiburan. Tapi disebabkan cerita Kak Rita & Abg Aidil asyik terpampang di media maka secara tak langsung terbaca dan terikutlah story kamu berdua.
Nak kata pihak mana yg salah atau yg betul…Allah sahaja yg tahu…dan mereka sahaja yg tahu…tapi seringkali yg terbaca di media Kak Rita yg selalu mengeluarkan statement terhadap pihak lelaki. 100% keburukan yg diceritakan terhadap bekas suami malah seluruh keluarganya.
Tak ada langsungkah kebaikan lelaki yg pernah Rita cintai tu terhadap Rita. Sekelumit pun tak ada ke? Atau baik sangat ke Rita ni ?…langsung tak ada kesalahan atau kesilapan yg pernah Rita buat ke?
Tak adalah nak cakap sape baik sapa jahat….tapi kekadang cara kita bercakap tu secara langsung menunjukkan sikap kita yg sebenar…
Masyaallah….sebelum kite cakap seseorang itu cetek agama ..jahil agama…cuba kita muhasabah diri. Tengok diri kita.
Kite cakap org tu adalah cerminan didikan agama parent die. Mcm mana dgn kita? Sikap kita…Tingkahlaku, Hati,Dendam, sombong dan ego kite ?
Aurat kita? Pakaian Kita? Adakah ini didikan parents Kak Rita juga…yg mana saya faham secara asasnya seseorang yg ketika berstatus isteri sedang berlakon berpegangan tangan dgn lelaki bukan muhrim…berdosa. Apatah lagi aurat wanita.
Apakah parents Kak Rita tidak mendidik perkara asas-asas agama seperti ini? Soalan-soalan inilah akan ditanya balik oleh masyarakat kepada Kak Rita.
Tidakkah persoalan itu akan terpantul balik kepada diri sendiri? Masyarakat akan baca statement ini dan membuat penilaian dan perbandingan kpd kak Rita juga.
Saya pun wanita..dan saya pun faham dan terkesan dgn apa yg berlaku dan apa yg menimpa kak Rita. Tapi apa yg sering terpampang di dada media hanya statement statement yg mengaibkan. Tetapi bukan usaha usaha ke arah kebaikan.Itu yg sangat terkilan. Maruah wanita dan menantu sedikit tercemar walaupun tak semua mcm Kak Rita.
Mintak maaf Kak Rita atas teguran ini…tapi pada pandangan mata kasar saya …Kak Rita perlu turunkan sikit ego & dendam perasaan. SIfat dendam tu seolah-olah dah terpancar di wajah kak Rita..tidak seperti dulu yg lembut dan ayu.
Dan janganlah sesekali memutuskan SILATURRAHIM antara anak dan bapanya. Besar dosa yg akan ditanggung. Apa-apa pun yg berlaku Kak Rita dan Aidil tetap ibu bapa kpd anak-anak. Didiklah mereka dengan didikan AGAMA yg sempurna.
Jgn sampai tindakan kita menjadi cerminan didikan yg cetek kpd anak-anak kita pula. Tunjuk CERMIN kalian pula terhadap anak-anak.
Kalau kita ajar dan tunjuk perkara yg baik kpd anak-anak..maka kite sbg ibu dan ayah akan dapat ganjaran pahala yg besar. Kebaikan itu akan dtg balik kpd kita. Allah kan ada. DIA maha Adil.
Akhir kata, walaupun pasangan ini dah bercerai…dari lubuk hati saya , sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati Kak Rita dan Aidil untuk berdamai tidak sbg suami isteri pun…..sbg sahabat pun dah ok….dan tidak mengaibkan sesama sendiri…Demi anak-anak.
Saya percaya perasaan cinta yg pernah lahir diantara kamu berdua masih ada 0.01% di hati masing..masing. Mesti ada walau sekelumit kuman. Cuma disebabkan tekanan pelbagai sudut menyebabkan perkara ini berlaku.
Ini dikatakan dugaan yg diberikan Allah. Tapi jgnlah kita menyalahkan takdir pula. Ada hikmah disebalik segala kejadian. Berusaha untuk menjadi lebih baik adalah lebih mulia drp menunjukkan aib dan keburukan.
Moga-moga kamu berdua diberi petunjuk dan hidayah. Muhasabah diri. BERISTIGHFAR.
Yg penting jgn lupakan Allah. Banyakkan berdoa. Bukan memburukkan sesama kita. Jaga Tingkahlaku..Jaga Solat. Mengadu padaNya. Minta yg baik-baik. Buang perasaan dan perkara yg jahat-jahat.
Demi perkembangan rohani anak-anak. Sayangkan anak-anak. Jaga Silaturrahim. Minta dijauhkan anak-anak buat perkara yg sama. Sebab mereka memerhati tindakan kita.
Dan masyarakat menjadi saksi ke atas cerita-cerita yg telah berlaku. Nanti anak-anak bila membesar…sekurang-kurangnya bile masyarakat bercerita pasal ibu ayah mereka….hanya cerita pasal kebaikan bukan yg mengaibkan.
Mana tahu kan. Jodohkan rahsia Allah. Kot-kot jadi mcm Hattan dan Isterinya tuuu..walaupun dah 10 tahun tapi masih ada jodoh mereka. Semoga Allah memberkati dan melembutkan hati kalian berdua.
Amin. Assalamualaikum.

Rita Rudaini Tak Kisah Masyarakat Pandang Serong Kepadanya

23 Ogos 2013

Susulan tuduhan kurang didikan agama terhadap bekas mertuanya, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mula memandang serong terhadap Rita Rudaini. Ada yang menggelar Rita sebagai “wanita bermulut jahat” kerana kata-katanya yang agak kasar. Namun buat Rita, dia tidak kisah sekiranya masyakat memandang seorng terhadap.
rita rudainiMenerusi Berita Harian hari ini, Rita Rudaini memaklumkan kebahagiaan rumahtangga yang dikecapinya hanya bertahan selama 9 bulan sahaja. Kata Rita:-
Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.
Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,
rita rudaini
Biasalah tue kalau isteri tak balik sekali dengan suami, pasti si suami akan dinasihati oleh keluarganya. Menariknya Rita turut berkongsi pengalaman dirinya dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Kata Rita lagi:-
Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.
Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.
Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda
rita rudaini
Entahlah Abang Nara pun susah nak cakap siapa yang benar. Rita cakap macam nie, Aidil cakap macam tue. Kalau dua-dua boleh diam memang terbaik. Tak perlu keluarkan lagi apa-apa kenyataan. Buat pening dan serabut kepala orangnya. Lagi teruk kalau mula-mula kasihan lama-lama jadi benci sebab banyak sangat cerita keluar. Tak gitu?

Isnin, 19 Ogos 2013

Cukuplah Dia Burukkan Saya – Aidil Zafuan

20 Ogos 2013


Akhirnya menerusi Berita Harian hari ini, bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan menjawab segala persoalan yang bersarang di minda orang ramai. Bukan mudah untuk menceraikan seorang isteri lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, namun menurut Aidil, dia sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini.
aidil zafuan
Ditanya mengapa dia tergamak menceraikan Rita di kala Aidilfitri hampir menjelma, kata Aidil:-
Saya tidak mahu mengesahkan menghantar SMS untuk menceraikan Rita atau tidak. Mengenai perkara itu, kita tunggu saja di mahkamah. Tapi apa yang saya boleh katakan, saya sudah hilang saar dengan tindakan Rita selama ini. Bukan tidak menghormati bulan baik Ramadhan, tetapi kesabaran saya ada hadnya.
Biarlah saya saja tahu apa yang berlaku, tak perlu rasanya kongsi dengan masyarakat kerana ini hal rumah tangga kami. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantara SMS yang bukan-bukan kepada saya.
rita rudaini cerai
Mengenai tuduhan Rita yang dirinya tidak mengambil berat hal anak-anak mereka, Aidil menjawab:-
Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara yang sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian ada saya simpan. Sebelum ini dalam perbicaraan di mahkamah, hakim tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada ana-anak. Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar.
Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak-anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup. Saya tidak faham berapa banyak yang dia hendak sebenarnya? Macam persiapan raya baru-baru ini, seinggu sebelum Aidilfitri saya ada menghantar SMS bertanyakan soal persiapan raya anak-anak.
Ini kerana saya bercadang membawa mereka membeli-belah pada 29 Julai lalu. Tapi Rita bising, dia kata, kenapa lagi seminggu hendak raya baru saya sibuk nak bertanya. Bukan saya sengaja, tetapi sebelum itu, saya berada di Jepun untuk menjalani latihan. Seminggu sebelum raya baru saya pulang ke Malaysia.
Selepas bising-bising, Rita kata mereka sudah pulang ke kampung di Perlis pada tarikh itu. Akhirnya saya dapat tahu, rupa-rupanya pada tarikh itu, dia belum pulang ke kampung. Tetapi apabila saya SMS, dia tidak jawab mesej saya.
rita dan aidil
Abang Nara agak sedih juga membaca kata-kata seterusnya daripada Aidil mengenai perjumpaannya dengan anak-anak. Kata Aidil:-
Siapa kata saya tidak rindukan anak-anak? Bukan saya tidak mahu bertemu mereka, tapi beritahu bagaimana saya henda berjumpa anak-anak sedangkan untuk masuk ke rumah Rita memerlukan kad akses. Apabila saya hantar SMS bertanyakan hal anak-anak, dia senyap. Jadi apa lagi yang boleh saya buat? Rita kata saya juga sering memungkiri janji, kononnya sudah berjanji untuk datang bertemu dengan anak-anak tapi saya tidak kotakan.
Memang saya pernah beritahu dia hendak berjumpa dengan anak-anak, tetapi saya kata Insya Allah kerana ketika itu, saya terikat dengan perkara lain. Jika saya tidak datang, dia kata saya menipu. Tak mengapalah, saya sudah lali diburuk-burukkan oleh Rita.
Biarlah masyarakat memandang serong pada saya, lagipun tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tidak ada peminat seperti dia. Saya tidak tergamak melakukan perkara serupa kerana dia selebriti dan ramai peminat. Saya tidak mahu tindakan saya nanti menjejaskan nama dan periuk nasinya pula.
rita
Ditanya sama ada keputusan yang diambil olehnya dipengaruhi oleh orang lain seperti Zareema (wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya), Aidil berkata:-
Tiada siapa yang mempengaruhi keputusan saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini, dia tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa.
Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat semuanya datang lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang pentingkan diri seperti dia? Saya juga impikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
Bayangkan selama beberapa tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Saya akan pulang seorang diri dari mula-mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah anak.
rita
Ditanya adakah keengganan Rita berpunca daripada ketakutan keluarganya tidak akan menerima, Aidil menerangkan:-
Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika keluarga saya tidak terima dia, takkanlah ibu bapa saya datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masin, tapi apabila tiba giliran saya beraya di Seremban, saya terpaksa beraya seorang diri.
Adilkah untuk saya, tapi apabila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi berapa lama lagi saya harus bersabar?
Saya tidak akan berdiam diri kerana saya juga ada hak ke atas anak-anak saya. Mereka zuriat malah saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka. Jadi saya juga ada hak ke atas mereka.
Fuh ~~ Memang panjang lebar penjelasan Aidil Zafuan kali ini. Semoga segala persoalan anda terjawab sudah. Akhir kata, marilah sama-sama kita doakan agar masalah keluarga mereka ini dapat diselesaikan tanpa mencipta sebarang kontroversi lagi.

Zakuan Adha Mengamuk Rita Rudaini Kata Bapanya Cetek Ilmu Agama

20 Ogos 2013


Susulan luahan hati Rita Rudaini menerusi BiPop yang Abang Nara kongsikan sebentar tadi, pasangan kembar Aidil Zafuan, Zakuan Adha telah pun membalas kenyataan tersebut di Twitter. Nampaknya selepas bercerai pun huru-hara masih melanda keluarga yang terbabit.
zakuan adha
Abang Nara faham perasaan Zakuan Adha. Anak mana yang tidak marah apabila bapa mereka dikatakan cetek agama. Kalau Abang Nara pun confirm mengamuk punya. Sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita menjatuhkan maruah keluarga Zakuan. Namun Rita menyatakan apa yang dilakukan oleh Zakuan adalah untuk mencari glamour semata-mata.
zakuan adha
Nampak gaya memang macam tiada kesudahan kontroversi yang melanda mereka ini. Kena cari jalan penyelesaian secepat mungkin. Kalau masing-masing sibuk keluarkan kenyataan, memang sampai kiamat pun tak akan habis bergaduh. Salah seorang mesti mengalah untuk berdamai. Fikirkanlah masa depan anak-anak anda. Apa kata anda?


Gambar Sambutan Hari Jadi Anak Rita Dan Aidil, Airit Rayyan

20 Ogos 2013


ikano10
Aduh comelnya anak sulung Rita Rudaini ini. Sekali pandang memang Airit Rayyan Rizqin ini iras muka ibunya. Confirm besar nanti akan hensem. Silap-silap menjadi rebutan ramai di zaman persekolahan nanti. Mana tahu Airit akan membesar jadi seorang pelakon dewasa kelak.
Sambutan hari jadi ini telah diadakan di Ekids World, Ikano baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh rakan-rakan terapat Rita Rudaini. Pasti majlis akan bertambah meriah sekiranya si bapa turut menghadirkan diri. Namun nak buat macam mana, inilah dugaan yang harus ditempuh oleh Rita dan anak-anaknya.
Semoga Airit Rayyan Rizqin akan membesar menjadi anak yang soleh dan mengenang jasa ibunya yang berpenat lelah membesarkannya tanpa ayah di sisi.
KB Shouts : Airit nak jadi pelakon ke pemain bola
Sumber : beautifulnara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...