Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 28 Januari 2013

Aidil jalin hubungan sulit dengan bekas kekasih Nazmi?

28 Januari 2013


GAMBAR kenangan Mohd. Nazmi Faiz Mansor bersama bekas teman wanitanya yang dikenali Tengku Fiella.

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bintang bola sepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mencetuskan isu sensasi apabila mendakwa pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal dalam twitternya pagi ini antara lain mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.

Pemain muda itu turut mendakwa Tengku Fiella pernah tinggal bersama Aidil selama beberapa hari di Johor Bahru.

Beliau mendakwa mengetahui semua aktiviti Aidil yang juga suami kepada Rita Rudaini dan Tengku Fiella itu menerusi seorang rakannya yang berada di tanah air.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.

Sementara itu, Tengku Fiella menafikan dakwaan Mohd. Nazmi Faiz itu dan mengaku tidak mengenali Aidil.

“Saya tidak pernah kenal pun Aidil. Nazmi saya tidak tahulah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi saya tetapi saya tak layan," katanya seperti dipetik dari blog Rotikaya.com hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi Faiz yang berada di Portugal masih gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130128/hi_04/Aidil-jalin-hubungan-sulit-dengan-bekas-kekasih-Nazmi#ixzz2JHKdVSCZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...