Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Zaquan Adha Mengamuk Di Twitter, Cemburu Lakonan Ayu Raudhah

28 Oktober 2014

Suami kepada aktres Ayu Raudhah, Zaquan Adha dikatakan mengamuk akibat cemburu dengan lakonan isterinya bersama pelakon Iqram Dinzly dalam filem ‘Lagenda Budak Setan 3’.

Disebabkan perasaan cemburu tersebut, Zaquan Adha tidak mengizinkan isterinya untuk berlakon lagi selepas ini.

Menerusi akaun Twitternya, pemain bola sepak kebangsaan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap lakonan atau babak tertentu sehingga mengeluarkan arahan supaya isterinya itu tidak lagi terlibat dengan mana-mana penggambaran.






Kenyataan yang dimuat naik oleh Zaquan menerusi Twitter.





Kenyataan yang dibuat Zaquan itu telah menarik perhatian aktor Iqram Dinzly di mana dia merupakan gandingan Ayu Raudhah dalam filem tersebut.

Iqram telah membalas kenyataan itu dengan mengatakan bekerja di layar perak tidak sama dengan bermain bola sepak.






Kenyataan balas Iqram Dinzly terhadap Zaquan.






Malah Iqram yang juga seakan-akan berang menegur sikap pemain bola sepak tersebut yang dianggap tidak profesional.




Iqram menganggap pemain bola sepak itu bersikap tidak profesional.








Perbalahan mereka berdua telah mendapat perhatian peminat dan rata-rata bersetuju dengan kenyataan Iqram DInzly serta tidak kurang juga ada yang berpendapat lebih elok sekiranya Zaquan tidak meluahkan rasa marahnya di media sosial sebaliknya berbincang bersama isteri.

Sebelum ini, kes seperti ini pernah terjadi kepada pelakon kacak Farid Kamil apabila isterinya Diana Danielle cemburu dengan sekeping foto promosi aktor tersebut bersama aktres Nora Danish.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...