Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Iqram Dinzly Cabar Zaquan Adha Jumpa “Face To Face”

28 Oktober 2014

iqram dinzly cabar zaquan adha jumpa face to face

KUALA LUMPUR 10 SEPT 2014: Pelakon Iqram Dinzly cabar pemain bola sepak negara Zaquan Adha bersua muka dengannya dek kerana status twitter Zaquan yang tidak berpuas hati dengan Iqram. Ia berpunca setelah melihat lakonan Iqram bersama isterinya Ayu Raudah dalam filem Lagenda Budak Setan 3.
Bagi Iqram ia adalah lakonan semata-mata, ‘shoot’ memukul isteri (Ayu Raudah) dalam filem itu dilakukan secara professional.
“Saya tak faham, kenapa Zaquan seperti marah sangat dengan saya mengenai babak lakonan itu, itu hanya lakonan sahaja. Kalau tak puas hati, cari saya dan bersemuka, bukannya memalukan saya di laman sosial,” kata Iqram di hubungi Murai.
Menurut sumber yang diterima oleh Iqram, Zaquan bertindak demikiaan setelah menonton filem itu bersama isteri dan anaknya di Malam Gala Pratonton baru-baru ini. Setiap kali babak memukul itu, difahamkan anaknya telah menangis seperti ibunya benar-benar dipukul.
“Saya tak salahkan Zaquan 100%, mungkin dia tidak pernah pukul isterinya seperti dalam lakonan saya. Tapi professional lah, saya pun professional untuk melakonankan babak itu. Jadi tak perlu melenting tanpa usul periksa,” ujarnya.
Menurut Iqram, sebelum melakonkan babak itu, dia dan Ayu Raudah sudah berbincang dengan sepenuhnya dan kerjasama antara dia dan Ayu amat baik. Iqram juga tidak mahu babak memukul itu dibuat berulang kali.
“Babak pukul-memukul memang saya dan Ayu buat sekali ‘Shoot” jer, saya perasan yang Ayu agak trauma dengan babak itu. Saya minta Ayu tenang dan jangan terlalu memikirkan sangat. Alhamdulilah babak itu dilakukan dengan baik dan pengarah berpuas hati,” katanya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...