Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 28 Oktober 2014

Kalau Saya Gila Duit, Baik Kejar VVIP…Bukan Mahkamah! – Rita Rudaini

28 Oktober 2014

“Kalau ada orang cakap saya gila duit, saya tiada hak nak tutup mulut mereka, tetapi mereka harus ingat saya ada anak-anak yang perlu saya tanggung dan bapa mereka masih hidup!

“Kalau betul saya nak duit, baiklah saya kejar kahwin VIP atau kerabat…buat apa susah-susah nak naik turun mahkamah tuntut hak anak-anak saya?,” tegas Rita ketika menjawab tohmahan sesetengah individu yang melemparkan tuduhan negatif kepadanya ekoran tuntutan Mutaah sebanyak RM300,000 terhadap bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan baru-baru ini.

Tambah Rita, dia bertindak memfailkan permohonan Mutaah terhadap bekas suami, demi mempertahankan hak dan maruah serta membela nasib anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna,3.

"Ada yang cakap RM300,000 tu banyak, ada yang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah tu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah.

"Tiada satu pun mahkamah yang putuskan saya ini isteri yang nusyuz. Saya tak salah apa-apa. Saya bukan kacau kebahagian dia. Saya hanya menuntut hak anak-anak dan pertahankan maruah mereka.

"Tapi apabila keputusan telah dibuat nanti, kalau saya rasa masih tidak berpuas hati, saya akan tuntut dan perjuangkan lagi hak anak-anak saya", katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia bertempat di Kampus Kota UniKL, pada petang Rabu.

Laporan media sebelum ini menyebut Rita memfailkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta'ah sebanyak RM300,000 terhadap Aidil Zafuan. Difahamkan prosiding tuntutan muta'ah akan berjalan dalam bulan ini manakala keputusan tuntutan nafkah pula akan diketahui pada Disember.

Dalam pada itu Rita turut menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menuduhnya sengaja mengganggu kebahagian rumah tangga bekas suaminya itu.

“Saya nak ganggu dia buat apa? Saya dah penat dengan sikap dia yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.



“Contohnya macam Raya tahun ini…dia langsung tidak bertanyakan tentang persiapan raya anak-anak…Baju raya tidak dibelikan, duit raya jauh sekali.

“Kenapa dia tergamak membiarkan anak-anaknya susah macam tu sekali? Sedangkan dia hidup senang? Tetapi tidak mengapalah, saya tidak akan membiarkan Rayyan dan Arjuna hidup susah,” luah Rita lagi.
Tambah Rita, dia kecewa kerana Aidil tidak menghargai usahanya untuk merapatkan semula dia dengan anak-anak.

“Banyak kali dia berjanji dengan anak-anak..Nak beli itu ini..Last-last janji tinggal janji. Dia permainkan perasaan anak-anak.

“Selepas ini pandai-pandailah dia ambil hati anak-anak dia. Rayyan sekarang pun tidak langsung bertanya tentang bapanya. Cuma Arjuna yang kerap bertanya ke mana bapanya menghilang,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...