Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 4 Mei 2011

Rajagobal uji pemain baru lawan Hong Kong

04 Mei 2011


PEMAIN baru bakal diberi peluang menyarung jersi skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 3 Jun ini apabila jurulatih K Rajagobal berkemungkinan besar tidak akan membawa beberapa pemain utama daripada skuad Olimpik negara.
Keputusan Rajagobal itu dilihat sebagai tidak mahu menjejaskan persiapan skuad Olimpik yang sibuk melakukan persiapan bagi mengharungi pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Lubnan pada 19 Jun.

“Saya akan berbincang mengenai perkara ini dengan jurulatih Ong Kim Swee minggu ini sama ada memanggil pemain skuad Olimpik ataupun tidak. Saya tahu keadaan sekarang di mana kedua-dua pasukan (skuad negara dan Olimpik) masing-masing memikul tanggungjawab dan saya akan membuat keputusan demi kebaikan bersama.
“Kemungkinan besar saya tidak akan memanggil pemain skuad Olimpik untuk bersama skuad kebangsaan bagi perlawanan menentang Hong Kong. Sebelum ini, saya sudah beri gambaran akan memanggil pemain baru berdasarkan aksi mereka dalam liga tapi saya hanya akan mengumumkan senarai pemain minggu depan,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Pemain skuad Olimpik yang sebelum ini mendapat tempat dalam skuad kebangsaan adalah Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan.

Jika mereka tidak dipanggil bagi perlawanan dengan Hong Kong, Rajagobal masih boleh menggunakan khidmat pemain muda itu bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.
Mengikut perancangan, pemain skuad kebangsaan akan melaporkan diri pada 29 Mei ini sebelum bertolak ke Hong Kong tiga hari kemudian. Selepas itu anak buah Rajagobal akan bertemu Myanmar dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 18 Jun sebelum menghadapi Taiwan bagi perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia di gelanggang yang belum lagi ditentukan di Kuala Lumpur pada 29 Jun.

Pada 3 Julai, Malaysia akan bertandang ke Taiwan bagi perlawanan kedua. Tugasan skuad kebangsaan diteruskan dengan aksi perlawanan menentang Chelsea pada 21 Julai.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...