Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 25 Januari 2013

Johor DT waspada

25 Januari 2013


Fandi Ahmad (kiri) menenangkan Safee Sali (dua dari kanan) yang mengalami kecederaan ketika latihan di Padang Seri Gelam. Johor Bahru semalam menjelang perlawanan Piala FA menentang Perak hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dengan penyokong yang pasti memenuhi stadium, pastinya memberi kelebihan Johor Darul Takzim untuk melakar kemenangan pada pusingan pertama Piala FA menentang Perak hari ini.

Namun, ketua jurulatih, Fandi Ahmad tidak mahu mendabik dada sebaliknya menyifatkan pengalaman bertemu Perak dalam Liga Super sebelum ini, menjadi pengajaran berguna supaya menghormati skuad Seladang.

Tambahnya, skuad Azraai Khor Abdullah sudah menunjukkan kemampuan mereka dan terbukti boleh beraksi dengan baik dalam apa jua situasi seperti dipamerkan semasa pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Perak sebelum ini.

"Kita hormat mereka (Perak) sebagai pasukan lawan yang mempunyai barisan pemain yang bagus dan rajin, beberapa pemain mereka perlu diberi tumpuan. Bukan tugas mudah untuk kami dan saingan esok (hari ini) pasti sengit.

"Biarpun kita sudah mula menemui rentak dan boleh lega sedikit, setiap pemain perlu terus fokus dan memainkan peranan masing-masing dengan meningkatkan kemampuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Satu lagi pasukan negeri itu, Johor yang akan menentang Pahang dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Pasir Gudang, menyandarkan rekod mengalahkan skuad Tok Gajah dalam saingan Undangan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor baru-baru ini.

Begitupun, jurulatih Johor, Azmi Mohamed berkata, dia tidak mengambil ringan perlawanan malam ini.
Sambil menegaskan, pasukannya tetap menghormati Pahang yang kini berada pada tangga teratas Liga Super, Azmi tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya.

"Bagi saingan Piala FA ini, kita tidak tengok siapa lawan kerana yang penting adalah setiap pemain perlu positif kerana mana-mana pasukan pun boleh tewas sekiranya mereka tidak bermain dengan baik, kita perlu mara untuk ke pusingan seterusnya.

"Saya berharap semua pemain Johor akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan matlamat menewaskan Pahang," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130125/su_01/Johor-DT-waspada#ixzz2IzpmljKx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...