Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 11 November 2012

Corat-Coret Anugerah Skrin 2012

12 November 2012



Tidak lengkap rasanya apabila sesebuah majlis penganugerahan yang sudah pun melabuhkan tirainya tidak disertakan dengan artikel corat-coret. Di sini GUA paparkan beberapa perkara menarik yang berlaku di sebalik Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu.

1. Penggiat seni teater, Rusminah Tahir yang bertindak selaku koreografer bagi persembahan pentas ASK 2012 dilihat menengking serta memarahi para pelakon tari ketika sesi latihan akhir yang dibuat tiga jam sebelum majlis bermula.

2. Terkenal sebagai ikon fesyen pelik Malaysia, Didie Alias merupakan antara selebriti yang paling mendapat perhatian ramai ketika melalui karpet merah apabila hadir dengan karakter dari 101 Dalmatians, Cruella de Vil. Mujur tidak membawa anjing, Didie hadir dengan menbawa seekor kucing putih. Menurut Didie, kucing itu dinamakan Beckham kerana malam itu beliau ‘feeling’ ala-ala Victoria. 

3. Pasangan pelakon yang baru saja mengumumkan mengenai hubungan rapat mereka, Zalif Sidek dan Fida Ibrahim dilihat berjalan bersama ketika di karpet merah.

4. Ketika sedang ‘catwalk’ memperagakan busana yang dipakai, pelakon Amyza Adnan terpaksa ‘cover line’ apabila anting-anting yang dipakainya terjatuh ketika melalui karpet merah.

5. Biar susah, asalkan cantik. Ayat ini sesuai ditujukan buat pelakon, Nor Khiriah. Hadir dengan busana merah dipadankan bersama ‘veil’ panjang, Nor kelihatan agak sukar dan terpaksa berhati-hati untuk berjalan dengan ‘veil’ yang panjang meleret itu kerana takut nanti dipijak orang lain. 

6. Sewaktu acara karpet merah berlangsung, sebuah replika kaca yang diletakkan di tepi pintu masuk utama dewan pecah sehingga petugas terpaksa membersihkannya dengan cepat bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

7. Klon Ziana Zain mencuri perhatian tetamu di dalam dewan apabila menjerit memanggil nama Misha Omar dan Shaheizy Sam ketika kedua-dua artis tersebut membuat persembahan dan menerima trofi.

8. Setiap kali kemunculan Adi Putra melakukan persembahan, peminatnya, Hot Lovers tidak penat untuk menjerit bagi menyokong bintang kesayangan mereka itu.

9. Pengarah Kabir Bhatia yang sedang ditemubual di Bilik Sidang Media bergegas lari menuju ke dalam dewan ketika dramanya, ‘Di Telapak Kaki Bonda’ diumumkan sebagai Drama Terbaik. Namun, beliau tidak sempat naik ke atas pentas kerana penerima Lakon TV Terbaik, Lum Pung Hui mewakili drama itu untuk menerima trofi tersebut.

10. Masih ada juga peminat yang sanggup menunggu artis kesayangan mereka di luar pintu acara Post Party walaupun ketika itu waktu sudah menunjukkan jam 3.00 pagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...