Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 3 November 2012

Safiq sah sarung jersi Johor

04 November 2012 (02 November 2012)


Safiq Rahim

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama berteka-teki, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim memberi pengesahan dia bakal menyarung jersi gergasi baru Liga Malaysia, Johor, dalam saingan musim depan.
Tanpa berselindung, Safiq mengakui itu keputusan terbaik setelah mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan mendapat restu keluarga yang membenarkan dia berhijrah ke pasukan selatan tanah air itu yang akan dikenali sebagai Harimau Selatan pada musim depan.

"Terima kasih kepada FAS yang sudi melepaskan saya dan kini sudah pasti saya akan berbakti bersama pasukan Johor pada musim depan.

"Saya akan menunggu kontrak saya habis dengan Selangor pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak dengan Johor.

"Beraksi bersama Johor adalah kerana saya ingin pengalaman baru macam pemain lain dan ini adalah masa sesuai berbuat demikian bagi meluaskan bakat saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi membantu pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan dengan Vietnam dan Thailand.
Jelas Safiq, dia akan mengikat kontrak 1+1 iaitu selama setahun dengan diberi pilihan lanjutan kontrak selama setahun pada musim seterusnya namun diberi kebebasan untuk dilepaskan jika mendapat tawaran dari luar negara.
"Saya ada letak syarat kepada Johor kalau saya dapat tawaran dari mana-mana kelab seperti sekitar ASEAN, mereka perlu lepaskan saya pergi dan mereka bersetuju dengan syarat itu," katanya.

Selain Safiq, beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim telah menyatakan persetujuan ke Johor selain Mohd. Muslim Ahmad serta Nurul Azwan Roya turut dikaitkan setelah pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza mengesahkan bakal beraksi bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Dalam masa sama, Safiq berjanji kepada penyokong Johor yang dia akan berikan terbaik sambil mensasarkan Piala Malaysia sebagai sasaran utama.

''Tidak boleh saya berjanji sesuatu yang luar biasa kepada para penyokong Johor tetapi memandangkan Piala Malaysia satu-satunya piala yang saya masih belum kecapi sepanjang bergelar pemain profesional, itu akan menjadi sasaran utama saya ketika bermain dengan Johor.

Pemain berusia 25 tahun itu juga berkata dia terpaksa menolak tawaran percubaan dengan kelab dari Croatia kerana mahu mengutamakan pasukan kebangsaan menjelang Piala Suzuki AFF.

"Tarikh ujian yang mereka berikan itu bertembung dengan jadual pasukan negara bagi menghadapi Piala Suzuki AFF, jadi saya terpaksa menolaknya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_02/Safiq-sah-sarung-jersi-Johor#ixzz2BEKFWTMp
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...