Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 14 Januari 2013

Program Karpet Merah Warnai Resepsi Apex Leuniey

14 Januari 2013

Program Karpet Merah Warnai Resepsi Apex Leuniey


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Kemuncak resepsi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha pada Ahad ini, 13 Januari 2013 akan diserikan lagi dengan acara karpet merah yang bakal dilalui selebriti tempatan yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Acara karpet merah ini bakal dirakam sinematografi rasmi perkahwinan Apex Leuniey iaitu LH Media TV dengan menampilkan dua pengacara iaitu Elly Raja Lawak dan penyampai THR Gegar, Shah.

Tambah menarik lagi, rakaman tertunda karpet merah ini akan ditayangkan secara eksklusif di murai.com.my.

Difahamkan, detektif Stailista, Ayie Ali akan turut serta karpet merah berkenaan yang mana sesi rakaman bersama Ayie bakal ditayangkan dalam program Propaganza yang disiarkan setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Mustika HD(Saluran 134).

Menerusi acara ini, antara selebriti tempatan yang bakal melalui acara karpet merah ialah Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Aznil Hj Nawawi, Sabri Yunos, Mustapha Kamal, Gambit Saifullah, Dina Nadzir, Adibah Noor, Fizo Omar, Marsha Milan Londoh, Syed Aiman, Linda Rafar, Hazama, Ayu Raudah, Danny X Factor, penyampai Era FM dan ramai lagi.

Menurut penganjur, program karpet merah diwujudkan bagi menghargai jemputan yang hadir dengan mengenakan pakaian yang bertemakan English Style.

Selain artis, antara selebriti sukan yang bakal melusuri karpet merah ini adalah Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Izham Tarmizi, Fadhli Saas, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli, Fandi Othman, wan Zaharul Nizam dan Izzaq Faris.

Tambah menarik lagi, jemputan lain yang terdiri daripada sanak saudara, sahabat dan peminat Apex juga akan diberi peluang untuk melalui karpet merah dan ditemuramah pengacara program Elly dan Shah.

Lebih istimewa, pada malam itu juga, tetamu yang mengenakan pakaian yang mengikut tema dan paling bergaya bakal diberikan hadiah daripada penganjur. Acara karpet merah ini akan dimulakan jam 7.45 malam sehinggalah pengantin tiba di dewan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...