Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 14 Januari 2013

Sehangat Asmara Ganti Adam dan Hawa di Mustika HD

14 Januari 2013

Sehangat Asmara Ganti Adam dan Hawa di Mustika HD

KL, 14 JAN 2013: Tanggal 10 Januari 2013 yang lalu, berakhirlah sudah drama bersiri Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di Astro, Mustika HD (saluran 134).
Murai Batu pasti ramai yang tertanya-tanya siri apakah yang bakal menggantikan Adam dan Hawa yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisya Sofea ini.

Ha... Untuk pengetahuan semua, ada sebuah lagi siri menarik yang bakal menggantikan tempat Adam dan Hawa di Mustika HD tidak lama lagi. Judulnya ialah Sehangat Asmara dan ianya bakal dibintangi pasangan yang memang cukup ditunggu-tunggu serta dinanti-nanti ialah Ady Putra dengan Rita Rudaini.

Menarikkan? Mesti korang semua tak sabar-sabar nak tengok cerita ni. Tambah menarik apabila drama ini sekali lagi diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan ia juga merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptasi daripada novel Aisya Sofea.

Bezanya kalau Adam dan Hawa dihasilkan sebanyak 80 episod, Sehangat Asmara pula hanyalah sebanyak 33 episod saja. Apapun, kalau korang semua nak tahu lebih lanjut tentang drama bersiri Sehangat Asmara ini, tunggu sajalah perkembangan terkini daripada portal murai.com.my dan astrogempak.com.my.


MURAIBATU: Wah! Ramai yang tak sabar nak tengok konsert K-Pop esok!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...