Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 5 Mei 2014

JDT hilang dua tonggak?

05 Mei 2014

SKUAD Harimau Selatan dikhabarkan bakal kehilangan dua tonggak import iaitu Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Pemain dari Argentina, Aimar dan pemain pertahanan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, Baihakki dikatakan turut tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkhabaran itu sudah mula menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook oleh beberapa peminat bola sepak negeri ini yang mendakwa Aimar mengambil keputusan mengundurkan diri sementara Baihakki pula digugurkan.

Tidak kurang juga ada peminat yang menjalankan kempen #savebaihakki, selain menuntut penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Baihakki yang juga bekas pemain Lions XII sudah menyatakan perkara itu di laman Instagram miliknya dengan akaun nama baihakki06, selain turut mengucapkan selamat tinggal kepada rakan dan peminat.

Beliau menulis: “Selamat tinggal kawan-kawan Johor ku, mahu pun di luar padang atau pun di luar sana. Saya ingin ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai sini saja sumbangan saya.

“Saya tak ingat perkara begini boleh berlaku tetapi itu keputusan ahli pelatih. Berjuanglah teman hingga ke garis penamat."

Baihakki turut memaklumkan mengenai status dirinya yang direhatkan buat sementara waktu dan dijangka akan beraksi semula bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada musim depan, sekali gus berharap perubahan skuad JDT memberi ruang untuk pasukan berkembang.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...