Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang telah menyambut kelahiran anak kedua mereka pada Jumaat lalu, kira-kira jam 2.15 petang dengan berat 2.73 kilogram. 
 
Cahaya mata lelaki ini adalah yang kedua bagi pasangan ini selepas dikurniakan anak sulung, Aisy Qaiser yang kini telah berusia 14 bulan. 
 
Media Hiburan online mendoakan semoga anak kedua ini akan memberikan lebih kebahagiaan buat Ayu dan Zaquan sekali gus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Tahniah sekali lagi diucapkan!