Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 11 Disember 2014

Aidil lewat failkan hujahan balas

12 Disember 2014

SHAH ALAM – Kes tuntutan nafkah dua orang anak pelakon Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak yang sepatutnya diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini semalam terpaksa ditangguhkan pada tahun hadapan.
Ia berikutan kelewatan defendan memfailkan hujahan balas mereka baru-baru ini.
Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah turut memutuskan Mohd. Aidil Zafuan, 27, yang merupakan pemain Johor Darul Takzim (JDT) membayar kos kehadiran RM500 kepada Rita Rudaini, 38, ekoran mahkamah tidak dapat memberikan keputusan kes itu pada hari tersebut.
Abdul Halim kemudian menetapkan 26 Januari depan bagi keputusan kes itu.
Terdahulu, Rita Rudaini sebagai plaintif yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memohon kepada mahkamah agar diberikan satu tarikh baharu bagi keputusan kes itu kerana pihaknya baru menerima hujahan balas defendan pada 1 Disember lalu.
“Defendan sepatutnya memasukkan hujah itu pada 22 Oktober dan kami perlu memfailkan hujahan penutup pada 12 November lalu.
“Namun defendan hanya memfailkan hujah mereka awal bulan ini menyebabkan kami memerlukan masa bagi memfailkan hujahan penutup,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3LepbJzkT 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...