Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 13 Disember 2014

Aidil Zafuan Sanggup Ke Bali Layan Isteri Mengidam

13 Disember 2014

Screen-Shot-2014-11-25-at-00.07.56
Ini nama dia cinta sejati. Walaupun dah dekat sebulan, tapi Aidil Zafuan tetap gigih melayan kehendak isterinya, Zarema Zainal yang mengidam martabak manis.
Mungkin disebabkan makanan tersebut sukar dicari di Malaysia, maka pasangan ini dilihat telah terbang ke Bali semata-mata untuk mendapatkan apa yang diidam. Tak untung ke dapat suami macam ni?
Screen Shot 2014-11-24 at 23.29.02

Alang-alang dah sampai sana, takkan pergi balik hari semata-mata untuk makan, betul tak? Nampaknya, Aidil turut mencuri peluang untuk terus bercuti di sana bersama adik kembarnya dan Ayu Raudhah.
Baguslah, selagi masih boleh berjalan naik kapal terbang, lebih baik melancong sepuasnya. Mana tahu nanti bila anak dah lahir, tak cukup masa pula nak bercuti panjang.
Tapi kami tertarik melihat sekeping gambar yang tersebar di Internet menunjukkan Aidil-Zarema dan Zaquan-Ayu double date menunggang motor bersiar-siar di Bali. Bukan setakat Aidil dan Zaquan sahaja kembar, tapi makin lama muka Zarema dan Ayu pun makin nampak seiras.
Screen Shot 2014-11-24 at 23.26.39
Comel kan?
Apapun, kami mendoakan agar Zarema selamat melahirkan anak sulungnya kelak. Korang rasa anak ketiga Aidil ni lelaki ke perempuan? Mungkin dapat kembar pula kali ni.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...