Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 17 Mei 2012

Rita Tidak Mahu Ditinggalkan Macam Sampah

18 Mei 2012

Rita Tidak Mahu Ditinggalkan Macam Sampah


Umum mengetahui, bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak telah membuat permohonan agar isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar kembali taat kepadanya, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, petang Rabu. Menurut Aidil yang juga merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, dia mahu Rita berpindah ke rumahnya yang terletak di USJ 1 kerana rumah tersebut telah disediakan oleh pihak majikannya secara percuma.

Ini sekaligus dapat mengurangkan kos hidup mereka kerana sewa rumah yang didiami Rita di Damansara sekarang agak mahal iaitu sebanyak RM3000 sebulan. Bagi Rita, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak mahu berpindah dan menganggap isu ini tidak patut ditimbulkan oleh Aidil.

“Kenapa saya perlu berpindah? Itu rumah kelamin kami. Kalau dia cakap mahal, sudah empat tahun kami duduk di situ. Kalau dia cakap tak payah bayar sewa, bagi saya sebab dia berkira rupanya, kedekut sangat ke dia? Kami kongsi bayar semuanya dalam rumah. Saya sendiri tak pernah merungut kerana saya tak sampai hati tengok dia bayar seorang diri.

“Berkira sangat ke dia? Sebab itulah nafkah isteri dan anak pun susah nak bagi. Dia pernah tahu tak saya bayar sewa selama lima bulan macam mana, duit saya bagi anak-anak makan saya dapat mana, semua dia tak nak ambil tahu. Dia tak malu ke saya bayar semua keperluan anak selama lima bulan? 
Kenapa perlu saya ikut arahan suami yang tak bertanggungjawab,” keluh ibu kepada dua anak ini.

“Sepanjang lima bulan meninggalkan rumah, dia hanya memberi saya RM1500. Saya banyak tanggungan, rumah, kereta, anak lagi dan saya bayar semuanya seorang diri. Saya tak tahulah, kalau saya tak kerja, macam mana nak bagi anak-anak makan, silap-silap kami kena halau dari rumah.

Sepatutnya dia tak boleh nak bebankan saya dan dia perlu tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya tak kisah, jika dia nak bagi atau tidak, tapi saya nak dia ingat, itu tanggungjawab dia, jika tak bagi, dia jawablah di akhirat nanti.”

Apabila ditanya mengenai dakwaan Aidil kononnya Rita tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak dengan mengambil access card rumah mereka, Rita memberitahu, “Bohong! Sebelum ini memang saya ambil access card, tapi dia masih boleh masuk. Saya beritahu pengawal mengenai kehadiran dia dan dia sendiri pun dah masuk, tak ada masalah pun.

“Kenapalah nak cakap pasal access card pula, jangan nak salahkan access card pula sekarang ini. Saya tak fahamlah dengan dia, cakap macam kartun. Dia cakap tak dapat jumpa anak? Kenapa dia tak dapat jumpa, sebab dia tak datang. Saya tak pernah menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Saya beritahu padanya, kalau nak tengok anak, datanglah.

“Memang saya kata padanya kalau nak datang biar masa saya ada rumah sebab saya pergi shooting, saya bawa anak-anak saya sekali. Jadi kalau dia datang, kami tak ada, dia nak tengok apa, pintu? 
Jangan cakap saya nak menafikan hak dia, saya masih menunggu sehingga sekarang di mana dia cakap saja nak datang tapi tak datang.”

Ditanya adakah Rita akan kembali kepada suaminya itu dan hidup aman seperti dulu, Rita sambil mengeluh menjawab, “Itu saya tak nak cakap apa-apa. Kita tunggu saja 18 Jun ini. Saya serahkan kepada peguam. Yang penting, saya akan lawan untuk hak saya serta anak-anak dan saya tak akan biarkan kami ditindas. Ini dah tiga kali dia buat saya macam ini, saya dah letih sangat.

“Saya cuma mahu pertahankan hak saya dan tak akan biarkan saya ditinggalkan macam sampah. Saya ikutlah, jika Allah tetapkan macam ini, saya redha. Cuma saya minta, jika dia betul-betul ikhlas, dia sedarlah. Saya harap dia matang dan ada pendirian supaya boleh jadi lelaki yang melindungi serta membimbing keluarga.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...