Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 17 Mei 2012

Rita Rasa Macam Kartun, Geli Hati Tindakan Aidil

18 Mei 2012

Rita Rasa Macam Kartun, Geli Hati Tindakan Aidil


“Dia minta saya kembali taat dan saya nak tanya, di mana yang saya nusyuz?” ujar pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar mengulas mengenai permohonan suaminya, bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang ingin isterinya itu kembali taat kepadanya.

“Dalam surat nikah, rumah kami di Damansara. Siapa yang lari dari rumah sebenarnya, saya atau dia? Keluar rumah pun tak ada alasan, jadi siapa yang nusyuz sekarang, dia ke saya? Saya tengah geli hati, keliru, terkesima dan semua ada dengan permohonannya itu. Dia bermimpi ke tidak, waras ke tidak bila bercakap macam itu?

“Saya rasa rumah kelamin kami di Damansara. Dia minta saya pindah ke rumah di USJ, siapa yang sepatutnya kena kembali taat sebenarnya kerana bagi saya, dia yang sepatutnya kembali ke rumah kelamin. Kenapa saya pula yang nusyuz? Dia cakap semua ini, dia sedar ke tidak dia cakap apa. Itulah sikap orang yang tak matang.

“Bagi saya, kalau nak kembali bersama ke atau nak bercerai ke, perlu ada perbincangan. Ini nak bercerai pun tak ada perbincangan, nak kembali bersama pun tak ada perbincangan. Saya pun dah rasa macam kartun kat sini,” ujar Rita ketika ditemui selepas prosiding selesai.

Rita yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari memberitahu pihaknya baru saja mengetahui permohonan Aidil, lima minit sebelum masuk ke dalam dewan mahkamah. Menurut peguam Rita, tindakan pihak plaintif tersebut seolah-olah menganiaya anak guamnya itu kerana tidak ada sebarang perbincangan sebelum plaintif membuat permohonan tersebut.

“Saya nampak di sini dia naik main-main. Jika betul dia nak berdamai, tak perlu nak mohon perintah kembali taat sebab kita ada Jawatankuasa Pendamai. Lebih baik pergi ke Jawatankuasa Pendamai untuk berbincang dan bukan dengan memohon perkara tersebut. Dia nak Rita balik kepada dia? Balik ke mana? Di mana rumah kelamin dia? Rumah mereka di tempat Rita tinggal sekarang, sepatutnya dia yang kena kembali.

“Saya lihat ada sesuatu yang tak kena. Tak apalah, saya pun belum meneliti keseluruhan permohonan ini lagi, jadi saya akan berbincang dengan Rita dulu. Bagi saya, tindakan menfailkan kes ini sudah kali ketiga bagi Aidil, jadi saya rasa Rita seperti dianiaya. Kes ini akan dibicarakan pada 18 Jun, jadi kita akan lanjutkan perbincangan pada hari itu.”

Sebutan kedua yang berlangsung petang Rabu, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling itu sepatutnya adalah bagi melakukan perbincangan di Jawatankuasa Pendamai di mana pasangan ini perlu membawa seorang wakil ke mahkamah. Rita membawa bapa tirinya, Johari Joned manakala Aidil tidak membawa sesiapa atas alasan mahu membatalkan penceraiannya.

Ekoran dari perkara tersebut, pihak Rita telah menuntut kos ganti rugi RM500 kepada Aidil sebagai kos tambang balik bapa tirinya yang datang dari Perlis serta kos mereka datang ke mahkamah. Hakim memutuskan Aidil membayar RM250, namun pihak plaintif memberitahu ingin membuat rayuan mengurangkan kos tersebut kepada RM100.

“Kereta boleh bayar, motor Ducati boleh bayar, tak kan RM250 pun nak berkira sampai nak buat rayuan bayar RM100 saja. Kalau itu pun dia tak mampu nak bayar apatah lagi nafkah anak, nafkah isteri. Dia kena ingat, dalam duit gaji tu, ada nafkah anak dan isteri, insyaAllah Tuhan akan tunjuk tak lama atau sekejap. Apapun, saya harap sangat kes ini berjalan lancar, itu saja.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...