Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 17 Mei 2012

Aidil Zafuan - Rita Rudaini Berdamai

18 Mei 2012

Aidil Zafuan - Rita Rudaini Berdamai


PETALING JAYA, 17 MEI 2012: Pemain bola sepak ATM serta kebangsaan, Aidil Zafuan semalam telah menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini.

Dalam kenyataannya yang dipetik menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aidil atau nama sebenarnya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya berkata, dia masih sayangkan Rita dan ingin kembali bersama Rita dan anak-anak.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Aidil juga berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih. Aidil dalam perbicaraan itu juga telah membuat tuntutan nusyuz (kembali taat) terhadap Rita dan sekiranya Rita bersetuju dengan tuntutan itu, dia inginkan Rita dan anak-anak pulang ke rumahnya di USJ1 (Subang) kerana ketika ini, Rita menetap di rumah sewa di Damansara.

Sementara itu, Rita Rudaini pula menyifatkan tuntutan nusyuz oleh Aidil adalah sebagai satu tindakan yang kelakar dan macam "budak-budak".

Menurut Rita, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya. Rita berkata selama ini dia telah menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

Tambah Rita lagi, dia melihat tindakan Aidil itu sebagai sesuatu yang tidak serius kerana dengan cepat berubah fikiran sama ada ingin bercerai atau tidak.

"Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak cerai, selepas itu tarik balik. Pada masa sama dia kemukakan pula permohonan supaya saya kembali taat dan tinggal di rumah, sedangkan yang meninggalkan rumah adalah dia bukan saya," kata Rita lagi.

Mengenai tuntutan Aidil yang mahukan Rita dan anak-anak berpindah ke rumahnya di Subang, Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.

"Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita.

Rita dan Aidil telah bernikah pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...