Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Mei 2012

Alasan Aidil Cerai Rita Tidak Munasabah

23 Mei 2012


Pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan Aidil bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak munasabah.
Alasan Aidil Cerai Rita Tidak Munasaba
Semasa prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita Rudaini yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Aidil yang juga  pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan.
Anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu, dakwa Zaidi.
“Aidil Zafuan tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.
“Jika perceraian ini dimetrai dengan drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi,” katanya.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang  hanya mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.
“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu.” katanya yang anggun mengenakan jubah hitam dan bertudung biru.
Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...