Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 16 Mei 2012

Aidil Mahu Kembali Bersama Rita

17 Mei 2012

Aidil Mahu Kembali Bersama Rita


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari, memohon untuk menarik balik kes tuntutan lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, petang semalam. Difahamkan, permohonan tersebut telah difailkan pada petang Selasa lalu oleh pihak plaintif atas alasan mahu berdamai kembali dengan isterinya itu.

“Anak guam saya ingin menarik balik kes tersebut atas tiga alasan, pertama, permohonannya sebelum ini di bawah Seksyen 47 tidak boleh diteruskan kerana defendan tidak bersetuju dengan permohonan cerai tersebut. Alasan kedua pula adalah atas dasar ingin berbaik semula dan kembali bersama anak-anak. Plaintif mahu tinggal sebumbung dan juga inginkan rumahtangga mereka aman seperti dulu.

“Manakala, alasan ketiga pula ialah jika diteruskan kes tersebut juga, akan ada campur tangan pihak ketiga dan anak guam saya risau serta bimbang perbincangan tersebut akan mengeruhkan lagi hasrat untuk berdamai. Justeru, anak guam saya mengambil inisiatif untuk menarik balik perkara ini,” ujar peguam Aidil di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Aidil ketika ditemui selepas selesai prosiding berkata, “Saya mengambil keputusan untuk membatalkan serta menarik balik kes ini kerana pada sebutan pertama, Rita sendiri yang tidak mahu bercerai. Dia mahukan alasan tapi pada saya, dia sendiri sudah tahu atas alasan apa kami nak bercerai. Dah lah dia suruh percepatkan cerai, tapi bila dah buat sebutan cerai, kami terkejut sebab dia pula tak nak. Bagi saya, buat apa nak berbincang lagi, sedangkan saya tahu dia tak nak bercerai. Dari pemahaman saya, maksudnya dia nak berbaik semulalah. Saya anggap dia tak nak bercerai dan sebab itulah saya tarik balik kes ini.”

Ditanya adakah keputusannya itu dibuat kerana masihkan sayangkan Rita dan anak-anaknya, Aidil memberitahu, “Jika boleh saya memang nak kembali bersama dengan dia balik. Tipulah saya cakap saya tak sayangkan anak-anak. Saya juga masih sayang pada dia, tapi bila dia selalu buat kenyataan memburukkan saya di akhbar dan cakap tentang keluarga saya masuk campur, itu buat saya rasa makin lama seolah-olah dia nak memalukan saya. InsyaAllah, jika dia boleh jadi isteri yang baik, mendengar cakap saya dan boleh ikut apa keluarga suami kehendaki, insyaAllah saya akan baik balik dengan dia. Saya buat macam ini pun demi anak-anak dan saya masih sayangkan anak-anak.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...