Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 19 September 2012

Untuk Tiga Hari Perjudikan Cinta Dan Prinsip Diri

20 September 2012

Untuk Tiga Hari Perjudikan Cinta Dan Prinsip Diri

TAJUK: Untuk Tiga Hari
GENRE: Drama 
PENGARAH: Afdlin Shauki
PELAKON: Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar
Tayangan: Mulai 20 September 2012

Sekali Imbas

Merujuk kepada kenyataan Afdlin Shauki selaku pengarah, dia memang mementingkan krediibiliti pelakon yang diambil untuk menjayakan filem Untuk Tiga Hari yang diangkat dari[ada novel karya Ahadiat Akasha. Percaturan itu boleh dikira berjaya apabila Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Dira Abu Zahar malah Ayu Raudhah berjaya menghidupkan watak dan lakonan masing-masing di dalam filem tersebut. Jalan cerita yang mungkin jarang kita dengar, tapi yang pasti ianya berlaku dalam kehidupan realiti pada zaman ini.

Ulasan Penuh

Di awal mulanya filem ini, penonton telah dihamburkan dengan beberapa persoalan tentang percaturan dua hati di antara Ujie dan Affin yang dilamun cinta namun tidak bisa bersatu. Biarpun sangat mencintai Ujie, namun perasaannya seperti tidak kukuh kerana Affin tidak pernah mahu mencuba untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Begitu dengan Ujie yang sukar untuk mengucapkan sayang dan berjuang demi cinta yang disemai bersama Affin.

Melalui imbasan sebelum mereka dewasa, Ujie pernah kecewa kerana tidak mempertahankan cinta dengan meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Kedua karektor ini seolah berlawanan namun mereka berikrar tetap akan bersama satu hari nanti.

Tindakan Affin yang menuruti kata ibunya kerana tidak mahu mengecewakan orang tuanya itu telah mewujudkan satu konflik. Namun Ujie pula tidak tahu kenapa dia terpaksa menerima Armi dalam hidupnya kerana tiada kisah menceritakan perihal Ujie dan Armi. Perkahwinan ini berlangsung tanpa kerelaan kedua hati ini. Demi mentaati kedua ibu bapa, cinta yang mereka bina digadai untuk tiga hari.

Usul yang tercetus daripada Affin telah meyakinkan Ujie untuk menerima takdir mereka yang harus menerima pilihan orang tua. Dalam masa tiga hari mereka akan kembali bersatu walaupun perkara tersebut hanya janji yang terungkap sebelum takdir yang telah tertulis datang meragut cinta yang mereka pertahankan selama ini.
Juwita yang cantik jelita telah menggugat iman Affin selepas mereka berkahwin manakala Ujie tidak mengendahkan Armi. Tetapi Armi bijak mengatur langkah mengambil hati Ujie yang dilihat mudah untuk dijinakkan. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan Ujie berfikir mengenai cinta dia bersama Affin, apakah kesudahannya.

Pertemuan yang terjadi menjadi klimaks pada filem ini, namun ia sedikit cliché namun Afdlin tahu bagaimana untuk memberikan twist dalam jalan cerita agar ia tidak menjadi bosan dan membuatkan penonton berfikir. Walaupun ada beberapa adegan yang agak keterlaluan namun dia tahu bagaimana untuk mengawal situasi supaya tidak nampak sedemikian.

Berbalik pada kisah Affin yang hanya menturuti kata ibunya. Hingga dia tidak berpeluang langsung untuk membuat pilihan dalam hidup yang seharusnya menjanjikan kebahagiaan bukannya konflik yang memperlihatkan nilai cinta yang rapuh. Dia juga sewenangnya meletakkan kesalahan kepada orang lain dan membiarkan sebuah hati yang tidak bersalah hancur dek kerana kelemahannya untuk berjuang demi kebahagiannya.

Nilai cinta kembali terbela apabila Armi dapat mewujudkan adegan yang membuatkan anda berfikir cinta itu tidak semestinya harus dinilai melalui masa. Armi percaya pada takdir dan mengutuk perbuatan Ujie yang memainkan takdir melalui rancangannya untuk meminta cerai selepas tiga hari. Bagi Armi, Ujie telah mempermainkan ketentuan tuhan dan Armi telah melakukan sesuatu yang membuat Ujie memikirkan tentang cintanya dengan Affin.

Persoalan kini timbul apabila Ujie bersetuju untuk terus bersama Armi dan Affin pula telah menceraikan Juwita dengan talak tiga. Kisah cinta yang menjadi tulang belakang filem ini berbalas dengan konflik yang tercetus oleh kelemahan seorang jejaka yang tidak boleh membuat keputusan dalam hidupnya.

Pelbagai persoalan yang terungkap daripada pengakhiran filem ini. Walaupun pada Afdlin, pengakhiran yang dibuatnya menjawab semua persoalan, tetapi ramai yang mahu ianya disambung. Namun begitu ramai yang menggemari jalan cerita garapan Afdlin Shauki kerana dia tahu mengimbangi plot di mana adegan romantis serta humor yang digabungkan membuatkan ia lebih terkesan di hati penonton. Karya pertama adaptasi novel oleh Afdlin ini boleh dibanggakan.

Sinopsis

Filem arahan Afdlin Shauki berkisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.

Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin..

Namun, setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah mereka akan meneruskan juga perjanjian untuk bersama? Adakah Armi akan melepaskan Ujie kepada Zafrin?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...