Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 20 September 2012

Zaquan tak gentar jumpa bekas pasukan

21 September 2012


KUALA LUMPUR - Pertama kali bersemuka dengan bekas rakan sepasukan, Negeri Sembilan pada suku akhir Piala Malaysia 28 September ini, penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zaquan Adha Abdul Razak berkata, tiada istilah gementar sebaliknya mahu beraksi seperti biasa.

Zaquan dan abangnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang menjadi dua tonggak membantu skuad Hoben Jang Hoben menjuarai Piala Malaysia edisi lalu, mengakui dia masih menyimpan hormat terhadap pasukan Negeri Sembilan yang banyak membentuk dirinya menjadi pemain seperti hari ini.

"Bagi saya dalam bola sepak, perasaan hormat memang ada terhadap pasukan lama, tetapi pada perlawanan itu nanti saya hanya mahu memberikan yang terbaik bagi pasukan yang saya wakili kini iaitu ATM.

"Memang tidak dinafikan, Negeri Sembilan adalah negeri kelahiran saya namun apabila masuk ke dalam padang, saya perlu bersikap profesional dan mengetepikan rasa sentimen terhadap pasukan lama saya, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak menafikan bakal berdepan provokasi segelintir penyokong Negeri Sembilan menjelang dua pertemuan suku akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pemain berusia 25 tahun itu menganggap ia adalah asam garam dalam dunia bola sepak.

"Jika keadaan itu berlaku, saya anggap itu sebagai satu yang lumrah sebagai pemain profesional kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Saya faham apa yang difikirkan oleh penyokong tetapi saya mahu beritahu yang saya bukannya keluar Negeri Sembilan kerana benci.

"Ini adalah soal kerja semata-mata namun saya tetap ingat jasa Negeri Sembilan menaikkan karier saya sebelum ke ATM, " katanya.

Dilahirkan di Seremban, Zaquan telah bersama dengan skuad Rusa selama enam musim sejak 2006 selepas membantu Negeri Sembilan menjuarai pingat emas Sukan Malaysia 2004 namun bertukar angin ke ATM musim ini di bawah bimbingan B. Sathianathan.

Menyentuh mengenai aksinya dengan skuad kebangsaan, Zaquan berharap para peminat memberikannya sedikit masa untuk kembali menemui sentuhannya seperti satu masa dulu apabila mendapat kritikan hebat ekoran persembahan hambar semasa berdepan Vietnam pada 11 September lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...