Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 25 September 2012

Aidil gagal dapat hak

26 September 2012


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan hak lawatan dan bermalam yang dikemukakan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak terhadap dua anak lelakinya hasil perkongsian hidup dengan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal difailkan Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berhubung isu permastautinan.

Mahkamah turut memerintahkan Aidil selaku plaintif membayar kos RM3,000 kepada Rita Rudaini. Aidil sebelum memfailkan permohonan hak lawatan dan bermalam dua anaknya itu pada 20 Jun lalu dan afidavit diserahkan kepada defendan iaitu Rita pada 27 Jun 2012. Bagaimanapun, Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain mengemukakan bantahan dengan alasan mahkamah tidak mempunyai locus standi atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Hujah Zaidi, ia disebabkan Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah kelamin yang turut diduduki Rita Rudaini dan anak-anaknya di Damansara sedangkan dia tidak lagi menetap di alamat berkenaan. Tambahnya, Aidil dalam jawapan kepada bantahan itu mengaku sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari lalu dan kini tinggal di rumah disediakan majikan di USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding, memberikan alamatnya di USJ1, Subang Jaya. Selain itu, peguam Aidil turut menggunakan alamatnya di Negeri Sembilan dalam kes berkenaan.

Pada prosiding semalam, Aidil hadir ke mahkamah bersama peguam Norasyada Osman. Rita Rudaini ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu dan menyifatkan apa yang dilakukannya sebagai berani kerana benar.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana kebenaran terbukti. Saya tidak takut kerana saya tidak buat salah.
“Saya benarkan Aidil jumpa anak. Selepas tiga bulan dia menghilangkan diri, Aidil ada datang dan bertemu dengan anak empat kali,” katanya yang berbaju kurung dan bertudung biru sedondon. Rita Rudaini dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...