Selepas kisah pergolakan rumah tangga pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan menjadi bualan hangat masyarakat, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini akhirnya mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu. 
Memetik laporan Utusan Malaysia Online, Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan perceraian yang dilafazkan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Rita yang memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram menunjukkan kehadirannya ke mahkamah telah ditemani oleh rakan-rakan yang banyak menyokongnya sepanjang prosiding ini berlangsung.